Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.42K photos
112 videos
2 files
404 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
#TabungSimpanan

"CUBA CUBALAH DAHULU"

Dalam menabung tiada istilah 'cubalah dulu'. Jika ingin menabung mesti bersungguh sungguh.

Manusia yang suka cuba tiada kesungguhan. Hasilnya nanti sekadar cuba cuba sahaja.

Mencuba tidak menghasilkan sesuatu yang kongkrit.

+ Kita cuba buat kek nie dulu, tak jadi kita bagi kucing makan.

+ kita cuba 'apply' loan tengok, kalau dapat kita tempah pelamin dalam taman.

+ kita cuba pakai Camry dulu, kalau tak mampu baru kita beli City.

+ kita cuba la ngorat Aida Jebat dulu, kalau tak dapat kita ngorat la Nabila Husna!

Kawan kawan yang baik,

Dalam usaha menabung tidak boleh cuba cuba. Semakin kerap anda sebut cuba semakin banyak hasil yang sekadar cubaan sahaja.

Berhentilah menyebut cuba dululah. Nak buat, Buat betul betul, baru hasilnya kita kagum

Gegadis tak suka kita cuba cuba 'hati' mereka, mereka rapuh dan mudah menitis air mata bila kita tinggalkan mereka.

Jangan cuba cuba perasaan dan hati mereka, mereka mudah terluka.

Azizul Azli Ahmad

#HidupBukanUntukDiCubaCuba
#TabungSimpanan

BAGAIMANA NAK ADA RM100K?

Jika adik ada RM1000, mulakan simpanan bulan pertama di ASB dengan RM1000.

Bulan berikutnya selama 10 tahun buat simpanan sebanyak RM625 sahaja setiap bulan.

Dengan pulangan ASB 5.25%.

Pada tahun ke 10, akan ada simpanan sebanyak RM100,049.13.

Paling bagus buat arahan tetap potongan gaji. Pasti tak akan lupa.

Mula umur 25, usia 35 boleh ada RM100k pertama.

Ada banyak lagi kaedah yang lebih baik dan singkap jika kita bijak dan rajin. Ada berani?

Azizul Azli Ahmad
#TabungSimpanan

TABUNG BULANAN

Jika kita masih bujang, kita ada peluang banyakkan simpanan kerana komitmen kita belum begitu besar sebagaimana orang kahwin.

Kita ada peluang buat simpanan 30%-45% dari gaji kita.

Jika nak jimat lagi, duduk sahaja dengan mak ayah. Jimat duit sewa.

Jika kita berjaya laburkan duit RM700 sebulan dalam ASB selama 10 tahun dengan pulangan 5% setahun. Kita akan ada RM109,850.50 duit nantinya.

Rajin rajin lah menabung dan melabur dik

Azizul Azli Ahmad
#TabungSimpanan

DANA KECEMASAN BUAT YANG SINGLE

Walaupun orang bujang tidak mempunyai tanggungan seperti pasangan atau anak-anak, dana kecemasan tetap penting untuk beberapa sebab:

1. Kehilangan Pekerjaan:

Jika kehilangan pekerjaan berlaku, dana kecemasan boleh menampung perbelanjaan harian seperti sewa, makanan, dan bil sehingga mendapat pekerjaan baru.

2. Kecemasan Kesihatan:

Kemalangan atau penyakit boleh berlaku pada bila-bila masa. Dana kecemasan boleh membantu menampung kos rawatan perubatan yang tidak dijangka.

3. Pembetulan Rumah atau Kenderaan:

Sekiranya berlaku kerosakan yang memerlukan pembaikan segera, seperti kerosakan kereta atau masalah di rumah, dana kecemasan boleh mengurangkan tekanan kewangan.

4. Perbelanjaan Tak Terduga:

Kehidupan sering kali menghadirkan kejutan, seperti jemputan perkahwinan, hadiah hari jadi, atau situasi lain yang memerlukan wang secara tiba-tiba.

5. Lebih Seksi Dan Yakin Diri :

Bila ada duit kita akan rasa lebih yakin jalani hidup ini. Kita boleh belanja dan sedekah tanpa ragu ragu lagi. Gegadis akan yakin nak hidup dengan kita nanti.

Kawan kawan,

Dengan adanya dana kecemasan, orang bujang boleh lebih bersedia menghadapi sebarang kejadian yang tidak dijangka tanpa bergantung kepada hutang atau pinjaman.

Azizul Azli Ahmad
#TabungSimpanan

BERAPA LAMA RAKYAT MALAYSIA BOLEH MENYIMPAN UNTUK ADA RM50,000 PERTAMA?

1) Alicia (Penganalisis Kandungan), Gaji: RM3,500/sebulan

Saya adalah seorang penganalisis kandungan berusia 25 tahun di Petaling Jaya dan gaji saya adalah sekitar RM3,500 sebulan (RM45,000 setahun).

Disebabkan saya bekerja di PJ, gaji saya boleh dikatakan cukup-cukup makan. RM3,500 terlalu rendah untuk saya menyara kehidupan di PJ.

Sebahagian besar perbelanjaan kewangan saya adalah untuk pinjaman kereta dan pinjaman belajar, serta penyelenggaraan kereta.

Bagaimanapun, saya boleh bertahan namun tidak dapat menympan untuk perkara-perkara besar di masa depan.

Kerana saya masih muda, saya sentiasa belajar perkara baru dan mencari kerja sampingan untuk mendapatkan pendapatan tambahan dan memperoleh kemahiran tambahan.

Untuk menyimpan RM50,000, saya mungkin akan mengambil masa lebih dari 5 tahun, itupun dengan mengambil kira saya tidak mendapat sebarang pendapatan tambahan dari kerja sampingan.

Namun, jika saya mendapat beberapa kerja sampingan, saya mungkin dapat mencapai matlamat itu dalam masa yang lebih singkat.

Dari segi kerjaya, saya mungkin akan bekerja dalam industri ini untuk tempoh 3-5 tahun.

2) Daniel (Jurutera Awam). Gaji: RM2,200/sebulan

Saya adalah seorang jurutera awam berusia 26 tahun untuk sebuah syarikat pembangun hartanah yang berpusat di Lembah Klang. Saya memperoleh sekitar RM2,200 sebulan dan RM800 sebagai elaun.

Boleh dikatakan, saya memperoleh RM3,000 sebulan. Sewa, pinjaman kereta, insurans, minyak petrol, dan makanan merupakan perbelanjaan terbesar dari pendapatan saya.

Sudah pasti, gaji saya terlalu kecil untuk hidup dengan selesa di Kuala Lumpur. Menurut anggaran, saya perlukan sekitar RM5,000 hingga RM6,000 untuk hidup dengan selesa di sini.

Berikutan kenaikan kos sara hidup, saya fikir gaji seorang jurutera awam yang baru sahaja habis belajar (fresh graduate) perlukan sekitar RM3,500.

Walaupun kadar pasaran sekarang adalah RM3,000 untuk graduan baru, kebanyakan orang tidak dibayar begitu banyak. Malah, ada beberapa rakan sebaya saya menerima tawaran gaji lebih kurang saya, namun dengan elaun yang jauh lebih rendah.

Dengan pendapatan semasa, saya dapat menyimpan antara RM100 hingga RM150 sebulan. Walaupun tidak banyak, saya masih menyimpan.

Jika saya cukup disiplin untuk menyimpan RM150 sebulan, saya akan memerlukan kira-kira 27 tahun atau lebih untuk menyimpan sehingga RM50,000.

Walaupun begitu, saya juga mempunyai kerja separuh masa sebagai pemandu Grab.

Dengan pendapatan sampingan ini, saya berharap dapat menyimpan RM50,000 dalam masa kurang dari 15 tahun.

3) Vernon (Instruktor Yoga & Pekerja Bebas). Gaji: Berubah-ubah.

Saya adalah pengajar yoga sepenuh masa. Dalam masa lapang, saya juga bekerja sebagai pekerja bebas/separuh masa untuk dua pekerjaan lain.

Kini, sukar untuk hidup di KL atau PJ sekiranya mempunyai hanya satu pekerjaan sahaja.

Secara purata, pekerjaan sebagai pengajar yoga mencukupi untuk membayar perbelanjaan seperti kereta, sewa rumah, dan perbelanjaan lain-lain.

Kerja lain yang saya lakukan adalah seperti hobi; saya melakukannya bukan kerana wang semata-mata tetapi demi minat.

Perbelanjaan bulanan saya tidak banyak. Bagaimanapun, saya bertuah kerana tidak mempunyai tanggungjawab seperti menjaga ibu bapa atau menyumbang kepada mereka secara kewangan.

Gaji saya adalah dalam mata wang asing dan lebih dari mencukupi apabila ditukar kepada RM.

Saya mungkin hanya memerlukan 1 tahun untuk menyimpan RM50,000.

Setelah saya telah menyimpan lebih banyak, saya bercadang untuk berhijrah ke Kanada atau Australia.

4) Margaret (sudah berpencen). Pencen: RM 2,500

Ketika saya mula bekerja pada tahun 1982, gaji asas saya hanya RM250.

Benar, hidup pada masa itu lebih mudah: saya bujang, tinggal bersama ibu bapa, dan tidak mempunyai tanggungjawab.

Pada zaman itu, kami boleh menggunakan bas untuk bergerak. Malah, kami juga tidak mempunyai kafe seperti Starbucks yang mewah, kafe hipster, atau bistro yang memakan banyak wang.