Ilmu Emas | Munirah Marzuki
23 subscribers
1.33K photos
110 videos
2 files
389 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
Hari gaji.
Salah satu hari paling menggembirakan bagi yang makan gaji.Untuk kekalkan kegembiraan tu sepanjang bulan.

Bila terima duit gaji, alihkan sebahagian duit tu sebagai simpanan paksa dan lupa.

Selebihnya baru dibelanjakan.

Elakkan tunggu duit lebih baru nak menyimpan. Sebab memang tak akan ada duit lebih sampai bila-bila.

Apa yang kita belanjakan, itu membuatkan orang lain lebih kaya. Sebaliknya apa yang kita simpan, itu yang menambah kekayaan kita.

Jadi nak kaya setiap kali gaji, bayar diri sendiri dulu sebelum membayar orang lain.

Guru-guru kewangan sarankan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji perlu disimpan sebagai;

1. Dana kecemasan
2. Pelaburan masa depan
3. Perbelanjaan penting masa depan

Bagi penyimpan emas, sebahagian daripada 10% itu boleh digunakan untuk simpan emas melalui #AkaunEmasGAP Public Gold, #1gram1bulan atau ikut BAJET sendiri.

Disiplinkan yang itu dulu.

Selebihnya terpulanglah nak letak dalam Tabung Haji atau ASB.

Nanti sedar-sedar hujung tahun, kita dah ada 12 gram. Itu bukan sahaja simpanan kalis inflasi, paling penting, ia akan jadi simpanan kalis boros!

Dah fahamkan?

#StevenBlanda
Simpan dulu, selebihnya baru belanja.