Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.44K photos
112 videos
2 files
405 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
GOLD ATM MACHINE DAH BOLEH WITHDRAW DARI AKAUN GAP!!

Hari ini, bermula di 3 lokasi ;

1) Menara Public Gold
2) Branch Ampang
3) Branch Bangi

Boleh terus ke ATM Gold Machine untuk keluarkan emas fizikal anda dengan menggunakan baki gram semasa Akaun GAP.

Pergi ATM tak cucuk duit dah, cucuk emas je lepas ni.

Jangan lupa tinggalkan 1 gram untuk akaun terus aktif. Kita nak jadi penyimpan emas long term. ☺️

Belum ada akaun emas GAP?? Daftar sekarangπŸ‘‡πŸ»

https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&intro_pgcode=PG00540198
𝐀𝐒𝐁 𝐀𝐓𝐀𝐔 π„πŒπ€π’?

Saya suka petik kata Pakar Kewangan No 1 Malaysia, Tn Azizi Ali.

1. Sepertimana yang kita semua maklum, syarikat Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) telah membuat pengumumun yang dividen Amanah Saham Bumiputra ASB pada tahun 2023 ialah 5.25%.

2. Angka 5.25% ini adalah lebih tinggi daripada dividen pada tahun 2022 iaitu 4.6% dan juga kadar faedah purata yang ditawarkan oleh Fixed Deposit pada tahun 2023 iaitu 2.85%.

3. Based on keadaan ekonomi Malaysia dan di luar negara, saya rasa dividen 5.25% ini adalah reasonable. It could be better, but kira OK lah.

4. Berikut adalah dividen ASB dari tahun 2013 hingga ke tahun 2023. Seperti yang anda boleh lihat, dividen ASB pada tahun 2013 hingga ke tahun 2017 adalah tinggi – 8.7% pada tahun 2013 dan 8.5% pada 2014. Angka ini kekal di atas 7% sehingga tahun 2018.

5. Tetapi situasinya berubah bermula pada 2019. Dividen ASB pada tahun 2019 jatuh kepada 5.5%, dan malah kekal di bawah angka ini pada tahun-tahun berikutnya termasuk 5.25% pada tahun 2023.

6. Grafik ini membuktikan apa yang saya sebut dan sarankan sejak dua tiga tahun lepas.

Tuan puan, adik-adik, zaman kegemilangan ASB – bayaran dividen7% - 8% sudah berakhir. Dan lebih pentingnya tidak akan kembali lagi.

7. Oleh kerana inilah situasinya, strategi pelaburan kita juga perlu diubahsuai untuk menangani situasi semasa. Kita tidak boleh mendiamkan diri dan membiarkan wang itu dalam ASB semata-mata kerana ianya boleh merugikan kita dan keluarga kita.

8. Saya tidak berkata kita perlu keluarkan semua wang ASB kita. Tidak!

Simpan sedikit wang dalam ASB – saya syorkan untuk tinggal wang bernilai 3 bulan belanja dalam ASB sebagai dana rizab, dan hijrahkan wang selebihnya kepada pelaburan yang memberikan pulangan yang lebih tinggi.

9. Salah satu pelaburan yang saya maksudkan di sini ialah emas fizikal.

10. Memandangkan emas telah memberikan pulangan 8%-10% setahun sepanjang 20 tahun kebelakangan – angka ini lebih tinggi daripada pulangan ASB – tindakan untuk menghijrahkan sebahagian wang kita dalam ASB kepada emas merupakan tindakan yang betul, bijak dan menguntungkan.

11. Jadi hijrahkan wang untuk dana persaraan anda, dana IPT anak-anak anda, wang untuk deposit beli rumah dan malah wang untuk menunaikan haji ke dalam emas fizikal.

Kredit: Tn Azizi Ali
Tuan puan dan adik-adik semua, hidup kita ini memang penuh dengan risiko. Kita boleh dipatuk ular, dibaham harimau, tenggelam di laut, accident kereta dan jatuh tangga. Of course, risiko itu varying in degree. Sebagai contoh, peluang untuk dipatuk ular atau dibaham harimau adalah teramat rendah – mungkin tak sampai 0.1% pun - terutamanya jika kita tak masuk dalam hutan. Malah risiko kita terlibat dalam accident kereta dan jatuh tangga jauh lebih tinggi. Tetapi kita semua memandu dan naik turun tangga boleh dikatakan setiap hari. After all, takkanlah kita nak mengelak memandu kerana ada risiko accident?

Ini membawa saya kepada soalan yang saya terima daripada seorang prospek baru-baru ini: Emas boleh habis kah?

Jawapan pertama kepada soalan ini ialah I suppose yang satu hari nanti supply emas akan habis. Malah bukan sahaja emas tetapi supply perak, platinum, minyak dan itu dan ini juga akan habis dari dunia juga satu hari nanti. Tetapi supply emas itu mungkin hanya akan habis beribu tahun lagi!

Ingat yang emas telah wujud sebagai pelaburan dan perhiasan selama lebih 5,000 tahun. Saya rasa, dan saya pasti anda juga bersetuju, yang besar kemungkinan emas akan kekal 5,000 tahun lagi.

Keduanya, oleh kerana emas kuat dan tahan lasak, ianya last basically forever. Malah lebih 90 peratus emas yang kita gunakan hari ini ialah emas yang direcylekan. Yes, emas yang kita gunakan hari ini ialah emas yang dahulunya digunakan oleh datuk, nenek, moyang kita dan malah raja, sultan dan keluarga firaun sepanjang sejarah!

Ketiganya, why worry about benda dan risiko yang begitu tipis untuk berlaku? Sebagai contoh, takut nak melabur dalam emas kerana takut supply emas habis? Atau takut nak melabur dalam emas kerana takut internet tak ada? Kedua situasi ini boleh berlaku tetapi peluangnya berlaku teramat tipis sekali. Mungkin kurang daripada 0.001%? Bukankah ini merugikan diri kita dan keluarga kita?

Akhirnya, semua pelaburan termasuk saham, unit amanah, hartanah, kripto dan emas mempunyai risikonya masing-masing. Tidak ada pelaburan yang sempurna dan yang hanya memberikan keuntungan semata-mata. Kita boleh kurangkan risiko dengan menambahkan ilmu tentang subjek berkenaan tetapi kita tidak boleh mengelaknya altogether. Jadi kita perlu melabur despite risiko yang wujud. Dan jutaan orang diseluruh dunia telah berjaya membina kehidupan yang lebih baik kerana mereka melabur despite risiko yang wujud.

Jadi tambahkan ilmu dan kemudian take action. Gunakanlah akal dan common sense semasa nak melabur. Insya-Allah, berkat ilmu, usaha dan izin Allah, kita akan mengaut keuntungan walaupun risiko wujud dalam pelaburan yang kita pilih itu.

Semoga penjelasan ini membantu anda menjadi pelabur yang lebih berilmu dan lebih berjaya.
DAPAT GAJI, BAYAR DIRI SENDIRI DULU

Alhamdulillah, Minggu ni minggu gaji.

Hari paling menggembirakan bagi yang makan gaji.

Untuk pastikan kegembiraan tu bertahan lama, bila terima duit gaji, alihkan sebahagian duit sebagai simpanan PAKSA DAN LUPA, selebihnya baru dibelanjakan.

Jangan tunggu duit lebih baru nak menyimpan sebab sampai bila-bila pun tak akan ada duit lebih.

Apa yang kita belanjakan, itu membuatkan orang lain lebih kaya. Sebaliknya apa yang kita simpan, itu yang menambah kekayaan kita.

Jadi bayar diri sendiri dulu sebelum membayar orang lain.

Guru-guru kewangan sarankan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji perlu disimpan sebagai;

1. Dana kecemasan
2. Pelaburan masa depan
3. Perbelanjaan penting masa depan

Bagi penyimpan emas, sebahagian daripada 10% itu boleh digunakan untuk beli emas melalui #AkaunEmasGAP Public Gold, #1gram1bulan. Disiplinkan yang itu dulu.

Selebihnya terpulanglah nak letak dalam Tabung Haji atau ASB.

Kalau start simpan awal tahun, sedar-sedar hujung tahun, kita dah ada 12 gram.

Jom kita mulakan bersama-sama menyimpan emas demi masa depan.

All the best semua! ❀️
TIPS JADIKAN 1 DINAR SEBAGAI ALIRAN TUNAI

Ada ramai orang membeli emas hanya 1 dinar (sekitar RM1600+ harga terkini) dan berharap ia boleh menjadi pelaburan yang menguntungkan.

Saya katakan, emas tidak boleh bertambah dengan sendiri. Item sekecil 1 dinar pula bukanlah item pelaburan yang baik kerana gramnya kecil dan kenaikan tidak menjadi begitu ketara.

Bayangkan kalau kenaikan RM2 atau RM3.. Pelaburan apa kalau hanya ada sekeping 1 dinar??!!!

Daripada tunggu harga emas 1 dinar naik dengan harapan boleh menjual dan mengaut keuntungan, baik fikirkan satu perniagaan yang boleh menjana keuntungan. Sebagai contoh menjual nasi lemak dara atau apa2 perniagaan online cth kosmetik atau berbagai jenama kopi yg ada. (sebagai contoh).

Anda boleh gunakan 1 dinar tersebut sebagai modal pusingan dengan meletakkannya di Arrahnu untuk mendapat tunai. Mulakan perniagaan dengan modal tunai tersebut. Bila dah dapat pulangan dan untung, tebus semula 1 dinar tersebut.

Untung yang selebihnya, boleh beli 1 lagi 1 dinar untuk menambah aset.

GUNAKAN EMAS ANDA SEBAGAI ALIRAN TUNAI UTK MENDAPAT LEBIH KEUNTUNGAN.

Insya Allah
Untung ke simpan 1 Dinar? 😁

BERAPA KEUNTUNGAN AKAN DAPAT JIKA SIMPAN 1 DINAR?

Simpanan emas tak menjanjikan keuntungan tetap sebab tiada siapa tahu naik turun harga emas in future.

Tapi based on sejarah harga emas sejak 20 tahun lepas, purata kenaikan harga emas sekitar 10% setahun.

Sebab tu penting untuk simpan emas at least 2 tahun ke atas.

πŸ“Œ Tahun pertama untuk cover spread jualan emas.

πŸ“Œ Tahun kedua untuk pulang modal.

πŸ“Œ Tahun ketiga untuk keuntungan.

Lagi lama kita simpan, lagi tinggi keuntungan simpanan.

Contohnya :

πŸ“Œ Siapa yang beli 1 dinar tahun 2021 ketika harganya RM1046, hari ini emasnya bernilai sekitar RM1658. Untung RM612!

πŸ“Œ Siapa yang beli 1 dinar tahun 2005 ketika harganya RM213, harini untung RM1445.

Nak simpan emas, guna duit lebihan yang takkan digunakan dalam tempoh 2 tahun atau asingkan 10% dari gaji bulanan.

Gunakan teknik EPP untuk cara paling mudah miliki 1 Dinar
Bismillah ο·Ί ο·΄

Harga Emas turun pun takut nak beli, Harga emas naik pun takut nak beli

Akhirnya langsung tak beli. biasanya orang takut nak beli emas sebab tiada ilmu!

Nanti sedar sedar harga emas naik banyak. ketika itu dia masih lagi tidak ada walau 1 gram dan masih mengharapkan harga emas turun.

Ramai dok monitor harga. bazir emosi dengan harga emas.

Jangan takut beli emas. takutlah jika simpan wang kertas (fiat money)

Ada kawan saya nak beli emas tahun 2020. masa tu harga emas dah naik RM230 segram. dia kata nak tunggu harga emas turun RM190 segram macam tahun 2019. sampai harini dah RM381 segram, beliau masih tak beli langsung!

Sebagai penyimpan emas. jangan bimbang tentang harga. kita bukan pelabur atau nak beli berkilo kilo. harga emas confirm naik dalam jangka masa panjang.

Beli harga murah belum tentu kaya dengan emas. mungkin kita jimat sikit atau untung sikit saja.

Ramai sibuk tunggu harga emas turun atau sibuk dengan harga. biasanya dia dah banyak buang masa monitor harga. masa berjalan dan gram emas tak bertambah.

Yang buat kita kaya adalah gram emas. jika dulu beli 1 dinar tahun 2015 sekitar RM600. harini 1 dinar dah RM1600. kita untung RM1,000 saja. kita rasa untung banyak. sebab harga naik banyak tapi tidak.

Sebaliknya jika kita beli secara konsisten tak kira masa. harga emas naik pun beli, turun pun beli. sedar sedar dah ada 100 dinar. maknanya nilai simpanan kita dah RM160,000. ini lebih kaya!

sebab apa saya kata lebih kaya? sebab dengan 100 dinar dah boleh bayar zakat. dah boleh beli tanah secara cash. atau beli kereta cash. atau boleh pergi haji/umrah. atau boleh lebihkan sedekah amal jariah.

Orang kaya sentiasa pastikan simpanan mereka bertambah. mereka tidak akan tarah harta mereka melainkan betul betul mendesak.

Guru saya selalu pesan
"Bukan Emas yang membuatkan kita kaya, tetapi ilmu tentang emas"

Kredit :Adam Fahmi Ghazali