Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.42K photos
112 videos
2 files
404 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
Nak menangis saya baca ni ๐Ÿฅน

Saya banyak kali share 2 dana penting yang kena ada iaitu dana persaraan dan kecemasan. dana persaraan paling penting dan kena bermula awal.

ini bahaya bila ada duit yang banyak. sebab emosi dengan duit seronok dibelanjakan atau dihabiskan. berbeza dengan emas seronok disimpan.

ada orang dia guna duit KSWP untuk kembangkan kekayaan dengan beli emas. kerana dia tahu untuk dana persaraan

ada orang pergi habiskan. pergi tarah harta mereka. bukit kalau tarah pun boleh habis apatah lagi duit simpanan kita yang tak berapa nak banyak.

orang kaya tak akan tarah harta (simpanan) mereka. mereka berbelanja gunakan passive income.

sampai satu masa kita tak mampu bekerja. cepat atau lambat. mungkin sebab dah tua atau mungkin lumpuh akibat kemalangan, tetapi ketika itu kita masih perlukan duit untuk hidup/survive

bayangkan. sekarang pun harga barang dah mahal. apatah lagi harga barang ketika kita nak bersara nanti. pasti lebih mahal.

Pesan Guru saya. "Kita sentiasa mengharapkan dan berdoa yang terbaik tetapi kena sentiasa bersedia untuk yang terburuk."

ikhlas,
Adam Fahmi Ghazali
๐——๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ ๐—ป๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ & ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐Ÿ˜€

Robert Kiyosaki menggelar ๐—š๐—ข๐—Ÿ๐—— sebagai 'God's money' ๐Ÿ˜ kerana ia bukan dicipta oleh manusia, dan tidak subject to manipulation.

๐ŸŒŸ EMAS mempunyai intrinsic value yg tersendiri, yang mana sumbernya terhad, telah ditentukan berapa jumlah kejadiannya di mukabumi ini oleh Allah swt, yang kita sendiri tidak tahu bila ia akan habis digali dan akhir sekali exhausted.

๐ŸŒŸ EMAS seperti minyak, natural resources yg sgt relevant dlm kehidupan manusia.

๐ŸŒŸ EMAS juga relevant sepanjang zaman, yang mana matawang dinar telah digunakan sejak zaman

โœจ Rasullullah saw dan para sahabat lebih 1400 tahun dahulu. Kisah sahabat nabi yang bernama Urwah telah diberikan oleh Rasulullah saw 1 dinar untuk membeli seekor kambing.

โœจ Pakar dan sejarah Islam telah membuktikan yang EMAS adalah harta bernilai sepanjang zaman ๐Ÿฅฐ

Semoga bermanfaat ๐Ÿ™๐Ÿฝ
TIPS EMAS:

Nak konsisten menabung emas, menabunglah ikut bajet, bukan ikut gram.

Harga emas sentiasa berubah-ubah. Kalau bajet RM400, teruslah menabung RM400 sebulan walaupun harga dah naik RM500 segram.

Tak perlu monitor harga supaya emosi tak terganggu.
๐Ÿ‘1
TIPS EMAS :

Tanah,Hartanah dan Emas adalah aset fizikal.

Walaupun sama,tapi tanah dan hartanah kita tak boleh beli sekaki (sikit-sikit).

Berbeza dengan emas, kita boleh kumpul sedikit demi sedikit, bermula dengan item sekecil satu gram.
Rasa muda lagi, tak perlu simpanan kerana yakin setiap bulan gaji masuk dalam akaun bank.

Hati hati ya langit tak selalu cerah!
Update Harga Emas GAP

Jangkaan Harga: RM 386
Harga Hari Ini: RM 383

Harga emas GAP dijangka NAIK kepada RM 386 (naik RM 3) pada tengah malam nanti.

Topup akaun GAP sekarang!
ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู…
Wahai diri,
Setiap orang ada masa yang sama iaitu 24jam. Uruslah diri agar setiap detik menjadi ibadah dan setaip saat bermanfaat.
Baiki diri, didik hati.

GAP RM 387/g
SAP RM 554/100g
TIPS EMAS

โ€œSavers are loser!โ€

Kita akan kerugian nilai yang banyak dalam jangka panjang jika membiarkan duit tersimpan dalam bentuk wang kertas. -Robert Kiyosaki
TIPS EMAS:

Belum ada orang kaya dengan hanya 1 gramโ€ฆ

tapi ramai yang kaya dengan 1 gram pertama.

Konsisten dan sabar sampai capai target simpanan.
#satugramsatubulan
KOS HAJI TURUN 80% DENGAN EMAS

Walaupun kita masih belum berkemampuan untuk pergi haji, ia tidak akan menghalang kita dari mempunyai impian ke sana. Impian bermula dengan doa, usaha dan tawakal.

Jadikan ia sebagai salah satu matlamat kita simpan emas. Niat baik InshaAllah dipermudahkan. Semoga ada rezeki kita semua kesana. aaminn

Jom kita tengok bagaimana simpanan emas memudahkan kita lebih cepat capai matlamat.

Pada tahun 1998 , kos menunaikan haji untuk jemaah dari Malaysia ialah sebanyak 267gram emas, tapi sangat mengejutkan selepas 20 tahun iaitu pada tahun 2017, kos haji menurun kepada 56 gram emas sahaja. Penurunan sekitar 80%.

Pada Tahun 2020, hanya sekitar 39 gram emas sahaja diperlukan untuk tunaikan haji. Lebih mengejutkan. Hanya 35 gram emas saja diperlukan untuk mengerjakan haji walaupun kos haji telah meningkat sekitar RM13,000 pada tahun ini.

bagi sahabat yang belum menunaikan haji, disarankan membuat simpanan emas sebagai simpanan utk menunaikan haji. Ia simpanan lebih baik berbanding simpanan bentuk duit kertas.

Duit kertas ni ada susut nilai. Emas pula meningkat nilainya dalam jangka masa panjang.

Anda boleh letak target simpanan 50 gram sebagai dana haji . Simpan 1 gram 1 bulan , bermula dari sekarang. In sha Allah dalam masa 5 tahun, 50 gram akan terkumpul dan ianya mencukupi kos utk pergi haji.

50 gram emas 5 tahun lepas hanya RM10,300. harini 50 gram emas dah RM19,000

Alhamdulillah kenal dan mula menabung Emas ni lebih awal.

Bagi rakan-rakan yang nak selamatkan sedikit duit gaji kepada aset emas dan nak bantu step by step. Terus contact saya ya.
#PublicGold #Emas #EmasPatuhSyariah
#Simpananemas #SimpanEmas #1gram1bulan
P R O T E C T I O N

Sediakan payung sebelum hujan. Itulah pepatah orang-orang lama kita yang kita boleh belajar untuk kehidupan seharian.

Maksud pepatah ini adalah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dalam kehidupan.

Secara logiknya kita perlu ada persediaan untuk perkara luar jangka. Tidak semua perkara akan berjalan seperti kita rancang.

Pepatah ini mengajarkan kita untuk berfikir secara โ€˜advanceโ€™ 2-3 langkah kedepan. Sebelum sesuatu perkara berlaku kita dah cukup bersedia.

Bukannya bila dah terjadi baru nak buat sesuatu. Ianya mungkin sudah terlambat.

Bawa payung bukan bermakna perlu pakai, tujuannya standby untuk cuaca panas terik atau hujan.

Memang leceh nak kena bawa tapi bila berlaku apa-apa kita boleh senyum sebab ada payung.

Sama seperti kita simpan emas hari ini, memang nak kena kawal belanja dan berjimat cermat.

Emas diibaratkan sebagai payung yang akan melindungi kita bila memerlukan, tak perlu pinjam bank ataupun ahlong kalau nak pakai duit.

Sebagai contoh di waktu pandemik Covid-19, disaat orang ramai sesak tiada duit tidak boleh bekerja tapi penyimpan emas tetap tersenyum duduk rumah.

Tak kerja 1-2 tahun duduk rumah pun boleh, sebab apa? Bukan sebab boleh dikโ€ฆhahaha

Sebab penyimpan emas dah ada โ€˜reservedโ€™ dana kecemasan yang cukup 1-2 tahun gaji dalam bentuk emas.

Pada waktu ramai yang beratur di kedai emas untuk jual emas atau beratur di arrahnu untuk gadai emas. Pada masa tu ramai yang sedar emas akan bantu kita.

Sifu emas saya pesan; emas adalah harta di waktu senang dan duit di waktu sesak.

Bila kita dah simpan emas ramai yang sedar bila untung emas bukan sekadar โ€˜buy low sell highโ€™ tapi untung ada simpanan emas di waktu sesak.

Semoga perkongsian ini memberikan kita idea bagaimana untuk kita konsisten simpan emas setiap bulan. Insyaallah.
G O L D S A V E R

Nak jadi penyimpan emas yang berjaya tak susah, cuma perlu buat DUA perkara sahaja;

1. Mula bertindak dari sekarang.

Mula dengan RM100 atau 1 gram pertama, fahamkan sistem online bagaimana nak simpan emas. Belum pernah orang jatuh miskin sebab โ€˜terbeliโ€™ emas RM100 atau 1 gram.

2. Konsisten menyimpan setiap bulan.

Bila dah tahu cara menyimpan emas, ada duit gaji atau untung bisnes terus tukarkan kepada simpanan emas. Tak perlu tunggu harga emas turun baru nak simpan.

Kita adalah penyimpan emas; tak perlu fokus pada turun naik harga emas. Kita perlu fokus berapa banyak gram emas yang kita boleh simpan.

Kalau harga tinggi kita dapat gram kurang, kalau harga rendah kita dapat lebih gram. Yang penting gram simpanan kita makin bertambah setiap bulan.

Dari masa ke semasa kita akan mula faham tentang simpanan emas, simpanan emas bertambah seiring dengan ilmu yang kita ada.

Kalau kita faham ilmu emas sepenuhnya, kita akan jadi risau kalau tak simpan emas. Sebab selain dari emas semuanya โ€˜creditโ€™ atau hutang.

โ€œGold is money. Everything else is credit.โ€

Semoga perkongsian ini memberikan idea bagaimana untuk kita mula simpan emas. Insyaallah.
TIPS EMAS:

Setiap kali duit habis beli emas, setiap kali tu jugak harta makin bertambah.

Nafsu belanja puas,
nilai aset pun makin naik.

#satugramsatubulan
#ubahcarashopping
Kenapa orang masih lagi bila emas waktu harga tinggi?

Seperti mana kita semua tahu harga emas sentiasa orang anggap mahal dari zaman dulu sampai sekarang.

Pada 20 tahun lepas harga ยฑRM30 per gram pun orang tetap cakap emas mahal, hari ini ยฑRM400 per gram pun orang cakap mahal.

Harga emas boleh jadi murah bila kita dah mula simpan, baru kita ada โ€˜benchmarkโ€™ harga mahal @ murah.

Saya nak kongsikan DUA jawapan kepada soalan diatas;

1. Harga emas yang kita beli hari ni adalah tinggi pada waktu sekarang, dan ianya boleh jadi murah pada waktu akan datang.

2. Simpan emas untuk bekukan duit dari terbelanja benda yang tak perlu, kalau tak simpan emas duit tetap habis.

Simpan emas jauh adalah solusi kepada poket bocor. Berapa banyak duit beli emas, makin bertambah aset simpanan kita.

Beli emas duit tak hilang, duit tukar bentuk dari kertas jadi logam aset yang bernilai pada masa depan.

Pantang ada duit lebih, teruskan tukarkan kepada emas. Ulang cara ini sampai kita capai target simpanan kita.

Cukup target simpanan boleh jual balik dapatkan tunai. Kesimpulannya emas adalah alat (medium) untuk kita kumpul duit.

Mudah kan?

Ya. Sangat mudah bagi yang dah mula, segalanya bermula dari 1g yang pertama.

Semoga perkongsian ini memberikan idea bagaiman emas dapat bantu kita buat simpanan duit dengan berkesan. Insyaallah.