Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.42K photos
112 videos
2 files
404 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
Selalu saya akan cakap perkara yang sama, simpan emas memang boleh buatkan kita kaya tetapi itu bukan matlamat sebenar.

Jika sebut matlamat, terlalu banyak untuk disenaraikan. Jadi saya kongsikan matlamat yang selalu menjadi sandaran di dalam kehidupan kita.

1. Dana kecemasan 6 hingga 12bulan pendapatan.

2. Dana Haji atau Umrah.

3. Dana pendidikan anak anak.

4. Dana persaraan.

5. Deposit rumah.

6. Dan sebagainya.

Ini antara contoh-contoh matlamat. Antara kesemua yang disenaraikan, ada satu perkara yang boleh kita masukkan dalam senarai iaitu,

β€˜Simpan emas boleh elakkan kita dari meminta-minta’

Ayat diatas seolah-olah kita pentingkan diri tetapi percayalah disaat kita diuji dengan kesusahan, kebiasaanya kita akan keseorangan.

Dalam 10 orang kawan, mungkin seorang saja yang akan tampil untuk membantu.

Tapi,
Tapi,
Tapi,

Kita tidak boleh salahkan orang sekeliling sebenarnya kerana kita perlu meletakkan kesalahan itu di #bahu kita.

Mana mungkin kita salahkan orang sekeliling jika situasi kita perlukan duit.

Bukankah kita sepatutnya menyediakan #backup untuk diri kita?

YA, persoalan inilah yang kita seharusnya bertanya dengan diri kita. Kita selalu salahkan orang tidak membantu kita sedangkan kisah asal bermula daripada kita.

Kita boros.
Kita tidak beringat.
Kita tidak mahu bersedia.
Kita tidak kisah.
Kita tidak peduli.
Kita ambil ringan.
Kita ambil mudah.
.

Kawan-kawan,

Saat kita terdesak tetapi kita dapat manfaatkan simpanan emas kita itu, ketika itu akan hadirnya rasa syukur dan kita mula terfikir tentang pengorbanan kita selama ini untuk menyimpan emas.

Kita ikat perut menyimpan emas.
Kita tangguhkan kehendak.
Kita lupakan Handbag Coach.
Kita padam niat miliki Jam Bonia.
Kita buang memori kasut tumit tinggi.

Ouhhhh peritnya jika difikir-fikir tentang #pengorbanan.
.

Teringat saya dengan satu kisah pelanggan saya.

Ketika beliau mulakan simpanan emas, beliau hanya mencuba-cuba. Tidak ada satu pun senarai diatas yang menjadi matlamat beliau. Apa yang beliau fikir ialah simpan, simpan dan terus simpan.

Suatu hari beliau diuji oleh keadaan yang mendesak. Ibunya mahu membantu tetapi ada dengar-dengar ayat yang kurang enak daripada adik beradik beliau. Jadi beliau menolak hasrat ibu beliau itu dan fikirkan penyelesaian lain.

Kemudian beliau teringat emas yang beliau simpan selama ini. Hampir 2 tahun simpan secara konsisten, beliau mempunyai emas seberat 135gram. Anggaran nilai emas ketika itu RM200 bagi segram emas bermaksud 135gram itu bernilai RM27,000.

Mendengar jumlah sebanyak itu, maka berjurai air mata beliau.

Sujud penuh syukur beliau.

Mulut berkumat-kamit kalimah Alhamdulillah.

Nilai itu lebih daripada cukup.😭
.

Kawan-kawan,

Berbalik kepada matlamat, kebanyakkan penyimpan emas yang saya lihat berjaya adalah disebabkan mereka mempunyai matlamat yang jelas.

Mereka akan bertanya dengan diri, Kenapa perlu capai matlamat ini dalam bentuk emas?

Jawapan mudah untuk faham, jika matlamat ini dalam bentuk duit, maka matlamat itu akan menjadi mimpi.

Yes, mimpi yang ngeri.

Cuba berkali-kali menyimpan duit tetapi tidak pernah berjaya.

Bukan semua orang akan berjaya simpan duit tetapi pengalaman saya melihat hampir 100% orang berjaya menyimpan duit dalam bentuk emas.

Ada duit belum tentu ada emas. Ada emas sudah tentu ada duit.

Ini kenyataan mudah untuk kita faham. Malah saya pasti semua orang akan setuju dengan kenyataan ini.
.

Saya bahagia menyimpan emas. 😊

Saya juga bahagia membimbing orang sekeliling menyimpan emas.πŸ₯°

Saya sangat bahagia mendengar kisah-kisah inspirasi tentang emas.😘

Mahu rasa bahagia?
Mula simpan emas!
Jika sudah mula, konsisten! Konsisten! Konsisten!

Simpan 1gram 1bulan.
Konsisten 1gram 1bulan.
Paksa diri 1gram 1bulan.

Melihat & Berkongsi,
Fairuz Aziz
Master Dealer Public Gold
#TeamFairuzAziz
BNM serius monitor transaksi jual beli emas sekarang. Mungkin akan ada banyak lagi company emas yang akan kena compound oleh BNM lepas ni.

News yang BNM release ni sebenarnya bukan tentang Habib, tapi sebagai peringatan untuk semua terlibat dalam industri jual beli emas.

Kalau staff PG agak cerewet untuk dapat pengesahan daripada kita lepas ni khususnya transaksi melibatkan jumlah besar dan transaksi tunai, itu sebenarnya requirement di bawah AMLA. Kalau tak, PG boleh dikenakan compound sama macam Habib.

Sumber asal berita dari website BNM.

https://www.bnm.gov.my/-/ea-hjsb24
ππ€πŠ 𝐓𝐀𝐇𝐔 𝐀𝐏𝐀 ππ„π‘π‹π€πŠπ” πŠπ„ππ€πƒπ€ πŠπ„π‡πˆπƒπ”ππ€π π’π„π‡π€π‘πˆπ€π πŠπˆπ“π€ ππˆπ‹π€ π‘πŒ πŒπ„ππ˜π”π’π”π“ πŒπ„ππ†π‡π€πŒππˆπ‘πˆ π‘πŒπŸ“ = 𝟏 𝐔𝐒𝐃???

Ringgit dah cecah RM4.80!

Sejak setahun lalu, ringgit dah jatuh sebanyak 22.57%. Dari RM4.43 (pada 20 Februari 2023) kepada RM4.80 pada hari ni, 20 Februari 2024.

Maksudnya apa?

Siapa simpan kekayaan dalam bentuk duit ringgit, kekayaan dia dah hilang 22%.

Kalau ada hutang luar negara, dia kena bayar extra 22%.

Kos barang import naik 22%. Ingat, barang makanan dan keperluan yang kita gunakan kebanyakannya import.

Walaupun ayam kita beli di sini, makanan ayam diimport dari luar negara.

Secara tak langsung, kesan berantainya menyebabkan harga barang keperluan kita juga naik sampai 22% dalam setahun hanya disebabkan kejatuhan ringgit.

Walaupun bukan salah kita, tapi kita tetap yang tanggung akibatnya!

Sudahlah harga barang makin naik, gaji pula naik cuma 5% sahaja, duit dividen yang dapat dari ASB atau Tabung Haji pun sekitar 5% sahaja...

Hidup sempit makin terhimpit...

Jadi buatlah sesuatu... Berhentilah salahkan sesiapa... Sebab walaupun siapa yang salah, kita juga yang kena...

Buatlah side income... Berusahalah upgrade skill supaya majikan sanggup bayar lebih mahal... Dan kalau ada duit simpanan jangka panjang, tukarkanlah kepada emas.

Sekurang-kurangnya walaupun ringgit terus jatuh, kita taklah rasa sakit macam orang lain yang cuma mengeluh tak sudah-sudah tu...

Apapun keadaan ekonomi di luar sana, kita bertanggungjawab 100% atas jatuh bangun ekonomi kita sendiri.

Biarlah arah mana pun angin bertiup. Yang penting kita kena tahu jaga layar untuk sampai ke destinasi kita.

Apapun keadaan ekonomi, yang penting kita kena makin kaya. Atau sekurang-kurangnya dapat bertahan...

InsyaAllah...

☝🏻Tulisan Mentor Tuan Zulkifli Shafie
Soalan favourite:

Harga emas sekarang tengah mahal. Baru-baru ini emas mencatat harga tertinggi iaitu USD2450/Oz (All Time High @ ATH)

Apa saya nak buat? Nak beli ke nak jual?

Jawapan:

Bila emas mencatatkan harga tertinggi maka anda boleh untung jika menjual emas tersebut.

Apa nasihat saya kepada anda yang dah untung?

Jika anda teringin sangat nak rasa keuntungan maka ada 2 strategi yang anda boleh gunakan.

Strategi 1: Jual semua emas fizikal dan dapat duit + untung. Bila harga emas jatuh, boleh beli balik.

Teknik nie cakap senang, tapi bila masa yang sesuai untuk beli balik?

Jawapan: sekurang-kurangnya anda kena tahu harga support dan resistance. Saya suka pakai teknik fibonacci retracement sebab itu paling senang nak ukur penurunan harga emas.

Contohnya retracement level 23.6% atau 38.2%.

Namun nak tunggu harga emas jatuh ke level ini, anda perlukan kesabaran. Mungkin makan masa berminggu-minggu juga.

Strategi 2: Jual nilai untung sahaja.

Strategi ini sesuai jika anda simpan emas dalam akaun GAP Public Gold atau pun anda melabur dalam emas bersaiz kecil seperti 1 dinar atau 10 gram, 20 gram dan ada banyak keping.

Anda kena kira berapa RM nilai keuntungan dan kemudian jual unit emas yang senilai dengan nilai keuntungan tersebut.

Contoh, anda simpan 20 dinar. Kemudian harga dinar naik dan anda dah ada keuntungan sekitar RM3000 plus minus.

Jadi anda hanya perlu jual 2 keping dinar untuk dapat RM3000 plus minus (harga buyback 1 dinar sekarang sekitar RM1527)

Baki 18 dinar tu anda simpan.

Gais.

Untuk kedua teknik diatas, anda kena pastikan yang anda memilih produk emas yang betul.

Jika tersalah memilih produk maka anda mungkin tak boleh buat strategi yang saya tulis diatas.

Sebagai contoh, strategi pertama sesuai untuk kebanyakan produk emas.

Namun untuk strategi ke-2, kebiasaannya ia sesuai untuk emas bersaiz kecil seperti 1 dinar, 10g, 20g.

Saya ingin tekankan sekali lagi.

Jika anda tersalah pilih produk emas dan syarikat emas maka anda berkemungkinan besar akan tepuk dahi ketika harga emas sedang tinggi🀦

Sebab ada syarikat emas yang terciduk setiap kali harga emas all time high (ATH).

Asal ATH ajer syarikat ini terciduk.

Sebab syarikat jual produk emas bunian boleh dapat emas berganda-ganda. Katanya kalau harga emas naik maka potensi untung berganda-ganda untuk pembeli emas mereka.

Namun telah terbukti produk seperti ini mengarut.

Customer mereka yang jual ketika harga emas tertinggi pada bulan Disember 2023 (tahun lepas 🀦) terpaksa menunggu hampir setengah tahun masih tak nampak bayang duit sampai sekarang.

Dengan kata lain, bila harga emas tinggi, sepatutnya dia gembira.

Namun asbab tersalah memilih, dia akan keciwa…

Untuk selamat, belilah emas fizikal.

Kalau nak simpan dalam akaun emas, pilih yang boleh keluarkan emas fizikal seperti Public Gold GAP.

Simple.

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Saya nak share sikit.

Ada berita penting yang keluar pada 16/5/2024 yang boleh menaikkan harga emas dalam jangka masa panjang.

Ia berkenaan penjualan hutang US oleh China dalam bentuk US Treasury Bond dan Agensi Bon US dalam kadar yang besar.

Untuk suku tahun pertama tahun 2024, China telah menjual sebanyak USD53.3 billion hutang US. Dengan kata lain, China tidak mahu membeli hutang kerajaan US malah mula menjualnya secara besar-besaran.

Kemudian, China juga telah mula meningkatkan rizab simpanan emas mereka. Dalam jangka masa panjang, belian emas oleh bank pusat China akan meningkatkan harga emas.

Dengan kata lain, permintaan emas fizikal oleh bank pusat China dan negara-negara yang mempunyai hubungan baik bakal meningkatkan harga emas dalam jangka masa panjang.

Untuk pengetahuan anda, sekarang hubungan diantara China dan US menjadi semakin dingin.

Ini disebabkan oleh perang perdagangan US vs China sejak zaman Donald Trump, sokongan China kepada Russia dalam perang Russia vs Ukraine dan juga sekatan perdagangan keatas China oleh pentadbiran Joe Biden.

Saya berpendapat, situasi yang berlaku sekarang boleh menaikkan harga emas dalam jangka masa panjang.

Namun dalam jangka masa pendek harga emas boleh jatuh disebabkan data ekonomi, data inflasi dan juga kadar faedah US.

Jadi, untuk pelabur emas fizikal.
Buy and hold. Beli dan simpan emas fizikal elok-elok untuk jangka masa panjang.

Untuk pembeli emas bunian ganda-ganda, anda boleh berdoa banyak-banyak.

Sebab pembeli emas bunian boleh kena sidai 6 bulan selepas menjual emas. Payment tak dapat.

Ingat! Jika tersalah pilih syarikat dan tersalah pilih produk emas, anda akan sakit hati dan sakit poket.

Ok gais, sila baca berita πŸ‘‡

Artike asal di sini:

https://theedgemalaysia.com/node/711847

China sells record sum of US debt amid signs of diversification
By Masaki Kondo & Iris Ouyang / Bloomberg

(May 16): China sold a record amount of Treasury and US agency bonds in the first quarter (1Q), highlighting the Asian nation’s move to diversify away from American assets as trade tensions persist.

Beijing offloaded a total of US$53.3 billion (RM249.59 billion) of Treasuries and agency bonds combined in 1Q, according to calculations based on the latest data from the US Department of the Treasury.

Belgium, often seen as a custodian of China’s holdings, disposed of US$22 billion of Treasuries during the period.

China’s investments in the US are garnering renewed investor attention amid signs that tensions between the world’s largest economies may worsen.

President Joe Biden has unveiled sweeping tariff hikes on a range of Chinese imports, while his predecessor Donald Trump said he might impose a levy of more than 60% on Chinese goods if elected.

β€œAs China is selling both despite the fact that we are closer to a Federal Reserve rate-cut cycle, there should be a clear intention of diversifying away from US dollar holdings,” said Stephen Chiu, the chief Asia foreign-exchange and rates strategist of Bloomberg Intelligence. β€œChina’s selling of US securities could speed up as US-China trade war resumes”, especially if Trump returns as president, he said.

With China selling dollar assets, its holdings of gold have risen in the nation’s official reserves.

The share of the precious metal in the reserves climbed to 4.9% in April, the highest according to central bank data going back to 2015.

China and countries with close ties to it have increased their holdings of gold in foreign-exchange reserves since 2015, while countries in the US bloc have kept them broadly stable, Gita Gopinath, the first deputy managing director of the International Monetary Fund, said in a speech this month. β€œThis suggests that gold purchases by some central banks may have been driven by concerns about sanctions risk,” she said.

Kredit: tn syukor
Gais.

Bila anda beli emas, paling bagus adalah anda dapat emas fizikal. Pegang dalam tangan dan simpan sendiri.

Walaupun ada konsultan yang cakap emas digital bagus sebab company tolong simpankan dan takde risiko dicuri, namun digital gold ada risiko-risiko tersendiri seperti risiko pihak pengurusan (management risks), risiko pihak berkuasa (authority risks)

Contoh risiko pihak pengurusan adalah jika pengurusan syarikat tersebut tidak jujur dan tidak menyimpan deposit pelanggan dalam bentuk emas.

Kemudian pengurusan boleh memberikan alasan tertentu seperti system upgrade dan kemudian menghilangkan diri.

Contohnya, anda boleh baca kat wikipedia tentang syarikat emas digital e-Bullion, e-gold dan Pecunix.

Bagaimana syarikat-syarikat emas digital ini boleh berkembang dan kemudiannya bungkus, menyebabkan kerugian sehingga jutaan USD pemegang akaun mereka.

Contoh management risk yang lain adalah apabila anda menjual emas digital anda, namun tiba-tiba anda tak dapat duit dalam tempoh yang sewajarnya daripada syarikat.

Sepatutnya takde masalah. Straight forward aja urusniaganya. Syarikat tidak mampu membayar wang anda atas apa jua alasan.

Samada alasan tersebut logik atau tidak, anda dapati yang anda tidak dapat berbuat apa-apa.

Itu risiko emas digital.

Selain itu, risiko lain adalah seperti risiko daripada pihak berkuasa. Sebagai contoh, pihak berkuasa negara seperti Bank Negara, Suruhanjaya Securities, Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) boleh mengambil tindakan kepada syarikat emas digital.

Contohnya, jika ada kes salah laku, serbuan pihak berkuasa boleh dibuat ke atas syarikat, pembekuan akaun bank syarikat, tindakan undang-undang, denda dan pembatalan lesen boleh berlaku.

Ini akan menjejaskan pelanggan-pelanggan yang menyimpan emas digital dengan syarikat terbabit.

Sebab itulah, guru emas saya selalu menekankan pemilikan emas fizikal.

Saya, dari tahun 2008 sehingga hari ini amat menekankan pemilikan emas fizikal. Beli dan dapat fizikal. Simpan sendiri.

Kalau emas fizikal dah banyak, maka anda boleh sewa safe deposit box dan letaknemas anda kat sana.

Kalau anda simpan dalam akaun simpanan emas pun, pastikan anda boleh keluarkan emas bila-bila masa yang anda suka.

Bila kita simpan emas. Kita nak tidur lena. Kita taknak pihak yang simpan emas digital kita masuk berita.

Terutamanya berita yang negatif!

#NotaEmasSyukorHashim
Jim Sinclair, juga dikenali sebagai James Sinclair, adalah tokoh utama dalam dunia kewangan selama beberapa dekad.

Beliau dikenali kerana kepakaran dalam logam berharga, khususnya emas, dan kemampuannya untuk meramal trend pasaran.

Sinclair memulakan kerjayanya pada awal tahun 1960-an sebagai broker saham dan kemudian terlibat dalam perdagangan komoditi.

Sepanjang kerjayanya, Sinclair adalah penyokong tegar terhadap emas sebagai simpanan nilai dan pelindung nilai terhadap ketidakpastian ekonomi.

Beliau terkenal dengan pendirian bullishnya terhadap emas, sering meramalkan peningkatan harga yang signifikan dan menyokong pemilikan emas fizikal sebagai sebahagian daripada portfolio pelaburan.

Beliau telah menulis banyak artikel dan penerbitan mengenai pelbagai topik dari dasar monetari hingga geopolitik global, berkongsi perspektifnya tentang bagaimana faktor-faktor ini mempengaruhi pasaran kewangan.

He loves gold and gold love him πŸ₯°

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Ini adalah guru emas saya, allahyarham En. Abdul Halim bin Abdul Hamid.

Beliau adalah bekas lecturer untuk subjek Finance and Islamic Banking, Universiti Multimedia kampus Melaka (MMU).

Saya kenal En. Abdul Halim tahun 2008 sebab saya juga staff MMU. Cuma saya kerja bahagian administrative.

Beliau aktif mengajar tentang emas, perak, dinar dan dirham. Kalau anda search kat YouTube, anda boleh jumpa video beliau.

Saya belajar secara bersemuka dengan beliau di biliknya. Beliau sangat menekankan pemilikan emas dan perak fizikal.

Sebab dinar dan dirham yang digunakan oleh umat Islam adalah emas fizikal.

Bagi beliau, emas dan perak adalah wang yang sebenar. Emas dan perak adalah harta sebenar.

Sehinggakan beliau bagitau saya , bahawa emas nie adalah harta untuk dipegang selamanya. Kalau nak pakai duit, gadaikan emas dan ambil duit, lepas tu bila ada duit maka tebus semula emas tersebut.

Jika dah di hujung hayat, emas tu anda boleh wariskan kepada zuriat dan keturunan anda. Biar mereka pula memegang emas tersebut sebagai harta mereka.

Sudah tentu anda perlu mengajar zuriat keturunan anda tentang ilmu emas yang betul supaya mereka simpan emas dengan ilmu.

Bagi guru emas saya, kita mesti back to basic. Emas bermaksud logam berharga yang berwarna kuning, ada fizikalnya dan anda simpan sendiri.

Sepanjang tahun 2008 sehingga sekarang, saya lihat banyak model simpanan emas / pelaburan emas yang lingkup dan bermasalah asbab lari dari konsep asas simpanan emas.

Contoh beberapa bisnes model yang saya pernah tengok.

1. Syarikat emas yang jual emas guna teknik 30:70 yakni pembeli bayar 30% harga emas, lepas tu syarikat bawa ke emas tu ke arrahnu dan gadaikan.

Duit gadaian company ambil. Emas tu dalam Arrahnu, tapi atas nama pembeli.
Dalam kes nie pembeli terlibat dengan hutang dan upah simpan.

Bisnes model nie dah tak tak dengar sekarang. Sebab lebih kepada menguntungkan company sebab boleh push sales tapi boleh jadi perangkap hutang kepada pembeli.

2. Customer beli emas, lepas tu serahkan emas kepada company untuk didagangkan.

Kononnya company terrer jual beli emas ikut analisis teknikal. Jadi company akan generate untung trading kononnnya. Lepas tu company akan share untung dengan customer setiap bulan. Kononnya kalau customer simpan sendiri kurang untung. Kalau serah balik kat company untuk didagangkan = lebih untung.

Bisnes model nie pun dah melingkup.

3. Customer beli emas pada harga yang lebih mahal dari harga pasaran. Customer ambil emas. Namun setiap bulan customer akan dapat bayaran untung setiap bulan daripada company.

Kontrak biasanya 3 bulan. Lepas tu customer boleh jual balik emas ikut harga semasa. Ataupun renew balik kontrak selama 3 bulan dan dapat untung lagi selama 3 bulan.

Model nie pun dan melingkup.

Ps: Ada beberapa variable model seperti nombor 3, hampir serupa. Semua melingkup.

4. Customer beli emas, tapi kena tunggu. Semakin lama customer sanggup tunggu maka semakin murah harga yang mereka dapat.

Contoh. Harga emas RM340 segram. Namun kalau anda sanggup tunggu 1 bulan, harga segram jadi murah RM320 segram. Kalau tunggu 2 minggu, harga RM335 segram. Kalau nak emas murah maka kena sanggup tunggu lama.

Lepas tu, bila emas dah sampai, company offer pulak. Kalau anda jual balik kat company, mereka akan beli balik pada harga tinggi dari harga pasaran.

Tapi anda kena tunggu payment dalam masa seminggu sehinggalah sebulan. Semakin lama delay, semakin tinggi harga buyback yang ditawarkan.

Bisnes model nie dah melingkup. Kalau nak tahu, nie model bisnes Tok Belagak.

Waktu tengah rancak, mereka nie tak boleh ditegur langsung. Dikatanya kita jealous dengan syarikat bumiputera Islam. Agen mereka cakap sales syarikat competitor mereka merudum sebab ini bisnes model ini ini kononnya mengubah lanskap emas Malaysia.

Lepas 2 tahun ajer, semua melingkup.

5. Customer beli emas sikit, tapi dapat banyak ganda emas. Gamenya adalah, bila harga emas naik, maka customer boleh jual emas dan dapat untung berganda.

Customer yang terlibat dengan model ini dah mula nampak masalah.
Sebab bila ramai-ramai jual ketika harga emas mahal, maka payment jadi sangkut beberapa bulan. Jadi masing-masing kena sabar menunggu.

Ini adalah contoh sebenar… bila membeli emas.. kena belajar bersabar 🀭

Sudah 16 tahun saya belajar dengan guru emas saya, saya dah lihat banyak syarikat datang dan pergi. Banyak personaliti dalam emas datang dan pergi.

Saya pegang ilmu guru emas saya. Back to basic. Beli emas mesti ada emas.

Urusniaga emas mesti straight forward. Kalau ada bengkok sikit ajer, ia akan lingkup dan bermasalah.

#NotaEmasSyukorHashim