Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.43K photos
112 videos
2 files
404 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
SELANGKAH DEMI SELANGKAH

Semua orang hendak hidup senang, tiada siapa yang meminta kesusahan. Semua orang hedak berjaya, tiada siapa mengimpikan sebuah kegagalan.

Namun kadangkala apa yang kita inginkan itu terlalu besar atau terlalu jauh.

Seperti mustahil untuk kita lakukan.

Misalnya, kita mengimpikan mempunyai simpanan 1 kilogram emas. Kita merasakan;

“Wah.. banyaknya 1 kilogram emas? Dapat tak aku kumpul simpanan sebanyak itu”

“Dengan gaji/pendapatan aku sekarang seperti mustahil”

Ya! Sememangnya mustahil kalau kita hanya berangan tanpa berbuat apa - apa. Berangan tak sudah, tanpa berusaha ianya akan menjadi angan - angan Mat Jenin.

Sebenarnya berangan tak salah. Kita berangan bermaksud kita memasang impian. Sepatutnya, jadikan impian itu sebagai pembakar semangat untuk kita capai apa yang kita mahu.

Berangan hendak ada simpanan 1kilogram emas tak salah. Tetapi apa yang kita lakukan untuk capai impian kita itu?

Mulakan hari ini. Bermula lah dengan langkah kecil. Sebagai permulaan, saiz langkah itu tidak penting. Apa yang penting kita fokus pada langkah pertama kita dan terus konsisten.

Ada sesetengah orang mudah panik atau di serang ‘anxiety’ bila lihat apa yang dia ingin capat itu terlalu besar. Kecilkaan ‘skop’. Impian yang besar tidak lagi nampak sukar jika kita mula fokus pada setiap langkah kecil yang kita ambil.

1kilogram emas bermula dengan 1gram
.
Belajar menabung dengan betul bersama Public Gold.
𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗚𝗔𝗣 𝟭 𝗚𝗥𝗔𝗠 (𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟮)

𝟭/𝟲/𝟮𝟮 = 𝗥𝗠𝟮𝟳𝟵/𝗴𝗿𝗮𝗺 ⬇️(-𝗥𝗠𝟯)
𝟮/𝟲/𝟮𝟮 = 𝗥𝗠𝟮𝟴𝟬/𝗴𝗿𝗮𝗺 ⬆️(+𝗥𝗠𝟭)
𝟯/𝟲/𝟮𝟮 = 𝗥𝗠𝟮𝟴𝟰/𝗴𝗿𝗮𝗺 ⬆️(+𝗥𝗠𝟰)
𝟰/𝟲/𝟮𝟮 = 𝗥𝗠𝟮𝟴𝟭/𝗴𝗿𝗮𝗺 ⬇️(-𝗥𝗠𝟯)
𝟱/𝟲/𝟮𝟮 = 𝗥𝗠𝟮𝟴𝟭/𝗴𝗿𝗮𝗺 ➡️
𝟲/𝟲/𝟮𝟮 = 𝗥𝗠𝟮𝟴𝟭/𝗴𝗿𝗮𝗺 ➡️
𝟳/𝟲/𝟮𝟮 = 𝗥𝗠𝟮𝟴𝟬/𝗴𝗿𝗮𝗺 ⬇️ (-𝗥𝗠𝟭)
𝟴/𝟲/𝟮𝟮 = 𝗥𝗠𝟮𝟴𝟭/𝗴𝗿𝗮𝗺 ⬆️(+𝗥𝗠𝟭)
𝟵/𝟲/𝟮𝟮 = 𝗥𝗠𝟮𝟴𝟮/𝗴𝗿𝗮𝗺 ⬆️(+𝗥𝗠𝟭)
𝟭𝟬/𝟲/𝟮𝟮 = 𝗥𝗠𝟮𝟴𝟬/𝗴𝗿𝗮𝗺 ⬇️(-𝗥𝗠𝟮)
𝟭𝟭/𝟲/𝟮𝟮 = 𝗥𝗠𝟮𝟴𝟯/𝗴𝗿𝗮𝗺 ⬆️(+𝗥𝗠𝟯)
𝟭𝟮/𝟲/𝟮𝟮 = 𝗥𝗠𝟮𝟴𝟰/𝗴𝗿𝗮𝗺 ⬆️(+𝗥𝗠𝟭)
𝟭𝟯/𝟲/𝟮𝟮 = 𝗥𝗠𝟮𝟴𝟰/𝗴𝗿𝗮𝗺 ➡️
𝟭𝟰/𝟲/𝟮𝟮 = 𝗥𝗠𝟮𝟳𝟵/𝗴𝗿𝗮𝗺 ⬇️(-𝗥𝗠𝟱)
𝟭𝟱/𝟲/𝟮𝟮 = 𝗥𝗠𝟮𝟳𝟳/𝗴𝗿𝗮𝗺 ⬇️(-𝗥𝗠𝟮)
𝟭𝟲/𝟲/𝟮𝟮 = 𝗥𝗠𝟮𝟳𝟴/𝗴𝗿𝗮𝗺 ⬆️(+𝗥𝗠𝟭)
𝟭𝟳/𝟲/𝟮𝟮 = 𝗥𝗠𝟮𝟴𝟮/𝗴𝗿𝗮𝗺 ⬆️(+𝗥𝗠𝟰)
𝟭𝟴/𝟲/𝟮𝟮 = 𝗥𝗠𝟮𝟴𝟮/𝗴𝗿𝗮𝗺 ➡️
𝟭𝟵/𝟲/𝟮𝟮 = 𝗥𝗠𝟮𝟴𝟭/𝗴𝗿𝗮𝗺 ⬇️(-𝗥𝗠𝟭)
𝟮𝟬/𝟲/𝟮𝟮 = 𝗥𝗠𝟮𝟴𝟭/𝗴𝗿𝗮𝗺 ➡️

𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺 😍

𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗥𝗠𝟯𝟬𝟭 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟮
CARA KIRA SPREAD / SISIH NILAI

Sisih nilai atau spread value ialah nilai yang ditolak bila kita jual emas.

Di Public Gold, susut nilai sekitar 6-9% bergantung kepada berat.
Lebih besar gram, lebih rendah sisih nilai untuk harga per gram.

Cara kira spread:
((Harga jual-harga beli) / harga jual) x 100%

Contoh nak kira % spread 10 gram :
((1963-1786) / 1963) x 100%
= 9%

Nota: Imej jadual bukan harga semasa

Spread di Public Gold adalah tetap dan sangat telus 😇
Yang masih meragui kekukuhan syarikat Public Gold.
Saya kongsikan cerita mahaguru Emas Malaysia yang telah membuat simpanan emas dari tahun 2008 sehingga sekarang.

Nampak tak perbezaan harga emas dulu dan sekarang. Masih nak menunggu harga terbaik!. Pakar analisis pun tidak boleh jangkakan bila harga emas yang terbaik. Sebaiknya beli emas time kita berduit itulah waktu yang sesuai.

Soalan biasa bila customer baru nak bermula. Ini jawapan dari Mahaguru Emas Malaysia Tuan syukor Hashim.

Soalan dari orang yang baru nak berjinak-jinak dengan Public Gold.
=======================================

Soalan: Macam mana saya nak dapat jaminan yang emas Public Gold adalah emas yang terbaik dan ori? Sebab jika saya bersetuju dan berminat untuk sertai, saya hanya mampu secara online kerana jarak yang jauh.

Jawapan: Saya yakin dengan Public Gold kerana saya sendiri telah membeli produk Public Gold sejak tahun 2008 sehingga sekarang.

Saya membuat pembelian pertama emas Public Gold pada 18/12/2008 dengan nilai RM30,507.00. Itu adalah nilai yang cukup besar, memandangkan ketika itu Public Gold baru sahaja dibuka kat Bukit Jambul.

hehehe... cuba tengok gambar resit. Zaman itu, resit Public Gold tulis dengan tangan ajer. Banyak sangat perubahan sistem Public Gold dulu dan sekarang. Semua jual beli boleh dilakukan hanya menggunakan online sahaja just click-click emas fizikal sampai depan rumah.

Public Gold telah berusia 14 tahun. The Big Boy dalam bidang logam berharga di Malaysia.

Anda untung banyak sebab produk emas Public Gold berstatus antarabangsa. Public Gold sediakan banyak kemudahan untuk memaksimakan keuntungan anda.

Jangan meragui lagi ketulenan emas di Public Gold,
Senang beli
Senang jual
Senang gadai
Senang simpan
Yang paling penting beli emas dapat emas

Jom bermula sekarang jangan tangguh


#publicgoldmalaysia
#NotaEmasSyukorHashim
Ilmu untuk dealer-dealer Public Gold 🥰
================================

Pasal sijil patuh syariah produk-produk Public Gold yang dikeluarkan oleh penasihat Syariah kita iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd.

Untuk pengetahuan anda. Sijil patuh syariah hanya dikeluarkan sekali sahaja.

Kemudian, setiap tahun Amanie Advisors akan mengenakan 2 jenis fee kepada Public Gold iaitu:

1. Shariah Advisory Fee
2. Shariah Compliant Audit Fee

PG membayar 2 fees ini kepada Amanie Advisory setiap tahun.

Setiap tahun Amanie Advisors akan melakukan audit tahunan untuk memastikan kepatuhan syariah Public Gold.

Dengan sistem ini, sijil patuh syariah Public Gold tidak perlu dicetak setiap tahun.

Ps: Setiap penasihat syariah mempunyai sop yang berbeza-beza. Ada penasihat syariah yang mengeluar sijil yang mempunyai tempoh laku tertentu, namun untuk Public Gold, penjelasan adalah seperti diatas.

Syukor Hashim.
Atuk Sapphire.
Macammana emas bagi pulangan ye?

Haaaa... ini soalan favourite

Selalu je member bertanya “ada dividen tak setiap tahun kalau melabur dalam emas?”

Saya cuba terangkan sikit.

Setiap pelaburan memberikan keuntungan dalam bentuk tersendiri. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.

Sebagai contoh, pelaburan ASB dan TH memberikan dividen dan bonus. Kemudian pulangan ini boleh digandakan dalam bentuk compounding (jika pelabur biarkan ajer dividen dan bonus)

Emas pula memberikan pulangan di dalam bentuk peningkatan harga (price appreciation). Dengan kata lain pelabur untung apabila membeli emas ketika harga rendah dan jual emas ketika harga tinggi.

Sebab itu pelabur emas boleh rugi jika jual emas ketika harganya jatuh.

Boleh ke harga emas terus naik?

Erm... saya cuma boleh cakap berdasarkan bacaan saya dan graff sebenar.

Tahun 2001, ketika beli emas segram RM50

Tahun 2020. Segram emas sekitar RM250.

10 gram dulu RM500, sekarang RM2500.

Tapi berat sama ajer... 10 gram

Jadi, inilah pengiraan untung melabur emas.

Akhirnya,semua atas kita..👌

JOM beli emas...JOM menabung! 😎
JOM belajar ILMU emas...
JOM simpan 1 gram setiap bulan

Dalam gambar dibawah adalah adalah harga 100 gram emas + 250 gram pada tahun 2015 vs 2020. jom tengok berapa harga harini.

Tahun 2015 = RM 48,816
Tahun 2020 = RM 88,940
Tahun 2022 = RM 96,930

Nampak tak keuntungan simpanan emas. tak mampu beli 350gram emas mulalah dengan 1 gram. 1 kg emas bermula dengan 1 gram emas. simpan dan peram untuk masa depan.

Kredit Penulisan : Tuan Adam Fahmi Ghazali

Tak perlu bertangguh untuk memulakan simpanan emas, asyik dok mengkaji tak mula-mula kita akan rugi bila harga emas dah meningkat naik. Kita tak akan rugi apa-apa selagi emas fizikal ada di tangan melainkan anda buat pelaburan emas yang tak dapat emas fizikal itu bahaya🤭
Penulisan oleh :
Ahmad Sufyan Che Abdullah
muamalat.my

Pelaburan Emas :
ANTARA SIMPANAN DAN SPEKULASI

Pelaburan emas sebenarnya ialah satu bentuk pengurusan kewangan melalui kaedah simpanan.

Dalam simpanan, tujuannya hanya untuk mengekalkan harta, ia bukan bertujuan untuk pelaburan. Cuma ia dinamakan pelaburan emas sebab ia ada kemungkinan untung atau rugi melalui kenaikan dan penurunan harga emas berbanding wang utama saja.

Kalau untung pun ia taklah untung sangat dan kalau rugi pun ia taklah rugi sangat. Yang lebih utama ialah kemampuan simpan wang dan kemampuan MENJAGA NILAI wang jangka panjang.

Ia sesuai untuk mereka yang susah mendidik diri menyimpan atau elakkan belanja duit kepada jalan yang tak perlu.

Konsep pelaburan simpanan emas sebegini juga tidak ada khilaf semua ulama membenarkannya.

Sekarang ada pula syarikat yang memperkenalkan kaedah baru menggunakan LEVERAGE.

Saya tidak mahu ulas aspek kepatuhan Syariah susunan akadnya, biarlah penasihat Syariah produk itu sendiri menjelaskan dan berikan jawapan, pandai-pandai lah beri jawapan kalau dah berikan kepatuhan Syariah.

Saya cuma ingin ulas dalam aspek pelaburan. Menggunakan HUTANG untuk membeli emas akan mengubah konsep simpanan emas sebelum ini.

Struktur berbeza, tujuan berbeza dan teknik pun berbeza.

Tak kiralah sama ada anda beli emas 1 dapat 10, atau beli emas, gadai dapatkan tunai untuk belanja hangus, kedua-dua kaedah ini bukan kaedah simpanan emas. Ia adalah pelaburan yang bersifat spekulasi. Ia menjadikan tujuan utama beli emas hanya untuk menunggu harga naik sahaja.

Spekulasi dalam pelaburan emas mengundang kritikan ramai ulama. Emas adalah mata wang dan majoriti ulama MELARANG spekulasi mata wang.

Dalam kaedah spekulasi, anda boleh rugi besar sekiranya emas jatuh. Emas dalam akaun boleh jadi 'negatif', inilah BEZA SPEKULASI dengan SIMPANAN.

Dalam simpanan emas, walaupun menggunakan akaun, tidak akan wujud jumlah emas negatif. Selagi ada gram, selagi itu kita tidak rugi.

Tapi dalam PELABURAN MENGGUNAKAN HUTANG, emas boleh jadi negatif kerana kejatuhan. Mereka yang alami situasi negatif ini mungkin join semasa harga mencanak, tiba-tiba merudum.

Ada yang kata, sebab itu kena ada ilmu. Betul, tapi ILMU SIMPANAN EMAS dengan ILMU SPEKULASI EMAS adalah berbeza.

Walaupun ulama berbeza pendapat tentang isu spekulasi emas ini, ulama tak berbeza tentang simpanan emas.

Jadi, untuk lebih selamat, ELAKKAN terlibat dengan PELABURAN SECARA SPEKULASI kerana mengundang pelbagai risiko.

Semoga pelaburan kita di dunia mendapat hasil di akhirat. Pelaburan emas terbaik ialah menderma kepada fakir miskin dan orang yang memerlukan.
Saya selalu pesan, jangan tengok emas macam kita tengok unit trust, fixed deposit, ASB atau tabung haji kerana emas adalah pelaburan yang bersandarkan aset selainnya hanya bersandarkan nombor dan kertas saja.

Tapi mentaliti kita sejak sekian lama dijajah oleh fahaman bahawa pulangan dividen (RM) itu akan mengkayakan kita.

Kita tak ambil kira pertambahan kadar inflasi, kenaikan harga barangan keperluan harian dan minyak, cukai di sana-sini dan sebagainya, maka tinggallah duit kita telanjang bulat!

Emas?

Jika anda tahu tentang emas mengekalkan nilai (kuasa beli) sudah pasti anda akan beralih arah kepada aset emas.

Cuma emas ni anda perlu tahu, ia bukan pelaburan jangkapendek, ia perlu disimpan untuk jangkapanjang.

Paling kurang anda pegang emas selama 2 tahun.
Paling selamat pegang emas 5 tahun ke atas.

Paling bagus, pegang terus. Bila nak realisasikan matlamat contoh nak pergi Mekah ke, anak nak masuk U ke, baru jual.

Semakin lama anda boleh pegang, semakin bagus.

Mat salleh cakap “the longer you can hold, the better” cewah.. speaking london 🤭

Emas jauh lebih baik dari pelaburan nombor (RM) sejak zaman berzaman.

Obses sangat dengan nombor, maka saya tunjuk nombor. Selamat menjamu mata.

Begitulah,
Khaja Nazimudeen
Gais.

Beli emas nie senang.

Tapi percayalah… jika anda nak jual emas semula bukan semudah membeli emas.

Silap haribulan anda boleh rugi banyak. Namun dengan ilmu yang betul, anda boleh elakkan kesilapan sewaktu menjual emas.

Mari saya kongsikan pengalaman jual emas yang pernah saya jumpa.

1. Syarikat tak beli balik emas 🥹.

Fuh! Ini yang paling naya sekali. Ada syarikat yang tahu menjual emas namun tidak menerima kembali jika anda nak jual emas kepada mereka.

Antara variasi kes ini adalah syarikat tersebut ada jual emas digital (akaun simpanan emas digital). Pembeli boleh jual beli emas digital dalam akaun.

Namun apabila pembeli mengeluarkan emas fizikal daripada akaun tersebut, syarikat itu tidak membeli balik emas fizikal tersebut dan meminta pembeli menjualnya kepada kedai emas.

2. Penjual tak beli balik emas jika emas itu calar, goris, bengkok atau pun jika resit belian hilang.

Ada syarikat yang menjual emas dalam sarung plastik (laminated bar contohnya emas LBMA ke) kemudian jika anda buka sarung tersebut maka mereka tidak mahu membeli balik emas tersebut atau pun susut nilai tambahan dikenakan.

Alasan; gold bar tu tak boleh dijual semula kepada pembeli baru.

3. Anda jual emas syarikat A kepada syarikat B. Contoh, beli emas jenama Public Gold tapi pergi jual kat syarikat pembeli emas terpakai atau mana-mana individu yang beli emas terpakai.

Memang dapat harga rendahlah jawabnya.

Silap-silap boleh lari sampai RM20-30 segram. Rugi banyak.

Jadi, sebelum anda beli emas fizikal, apa kata anda buat homework sikit.

Tanya dealer syarikat berkenaan, apakah syarat jual balik emas syarikat anda?

Kalau buka sarung plastik macammana? Kalau tergoris macammana? Kalau resit asal hilang macammana?

Kalau anda tak tanya, besar kemungkinan mereka tak jawab.

Macam Public Gold, mereka beri jaminan belian balik walau calar, goris, bengkok, kemek, resit tak ada. No problem.

Harga sama seperti dalam website.

Peace of mind.

Tips tambahan jika anda nak jual emas.

Sekarang Public Gold menawarkan harga yang tinggi untuk barang kemas 916 yang rosak, buruk, lusuh dan putus.

Public Gold juga membeli jongkong emas jenama lain pada harga tertinggi.

Bandingkan harga pembeli emas terpakai lain dan harga Public Gold.

Jika anda jual kat menara Public Gold maka anda dapat cash on the spot.

Jika jual kat branch Public Gold, anda dapat tunai dalam akaun bank dalam tempoh 1 hari bekerja.

Sekian tips saya 😁

Kredit Tn Syukur Hashim

kami sentiasa berkongsi Ilmu Emas dan Tips emas supaya kita lebih celik dalam ilmu Emas,Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu
#Publicgoldmalaysia #PGG100Network
#NotaEmasSyukorHashim