Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.42K photos
112 videos
2 files
404 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
5 Jangan Tentang Pelaburan Emas

Sebelum menceburi mana-mana pelaburan dari apa pun syarikat emas. Buat selidikan dulu, jika ada 5 red flag ini.Lari jauh-jauh dari pelaburan itu. Bimbang nanti duit yang tak seberapa ada tu, terlebur pula..Rugi.

1️⃣ Jangan beli emas kalau hanya dapat kertas

2️⃣ Jangan beli emas kalau janjikan hibah

3️⃣ Jangan bayar yuran ahli kononnya untuk dapatkan emas murah, kemudian ditawarkan bonus tinggi kerana cari ahli (dah jadi ahli harga masih mahal)

4️⃣Jangan serah semula emas kepada penjual untuk dapat keuntungan. (untung sebenar Buy Low, Sell High)

5️⃣ Jangan sertai Syarikat yang terdapat dalam senarai peringatan BNM (Alert list)

Semoga bermanfaat..
Perasan tak? Sekarang bank pun dah mula jual emas. Tapi… Ada “syarat pelik” di sebaliknya.

Salah satu bank ni, nak keluarkan emas fizikal wajib kena beli sekurang-kurangnya 200 gram dulu. Kenapa?

Sebab bank makin kehilangan penyimpan wang.
Bila orang tak letak duit dalam bank, bank tak cukup modal untuk buat pinjaman.

Bila kurang pinjaman, untung bank pun jatuh.
Jadi sekarang, bank pun mula cari “produk baru” iaitu EMAS.

Tapi pelik kan?
Kalau betul emas tu aset selamat, kenapa ada banyak syarat sebelum boleh keluarkan emas fizikal?

Kalau kita simpan emas sendiri (macam dalam akaun GAP Public Gold):

Boleh mula dari serendah RM100
Emas boleh dikeluarkan ikut bajet – tak perlu tunggu 200 gram
Tak terikat dengan urusan pinjaman bank
Emas milik penuh kita bukan ‘kertas janji’
Kalau bank sendiri dah mula kumpul emas… itu petanda mereka pun sedar duit kertas makin hilang nilai.

Maka kita yang rakyat biasa ni jangan tunggu.
Simpan emas, lindung nilai.
Biar kita yang “jadi bank” kepada masa depan kita sendiri.
𝐁𝐢𝐥𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐰𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢 𝐞𝐦𝐚𝐬?

Bagi penyimpan emas, secara asasnya waktu terbaik membeli emas ialah apabila ada duit untuk tujuan simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya untuk tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Apabila ada sahaja duit lebihan untuk simpanan jangka panjang terus tukarkan kepada bentuk emas. Tidak perlu tunggu harga rendah (atau harga terbaik) atas beberapa faktor di bawah ini:

a) Jumlah setiap belian selalunya tidak besar, tetapi KONSISTEN. Sekurang-kurangnya satu gram sebulan.

Apabila harga rendah, itu hanyalah 'bonus' untuk menambah belian lebih banyak.

b) Apabila konsisten membeli, kita telah pun mendapat apa yang dipanggil “kos purata”. Kalau tiga kali belian RM170 segram, RM180 segram dan RM190 segram, maka kos purata keseluruhan pembelian ialah RM180 segram.

c) Ditambah lagi pergerakan harga emas biasanya tidak banyak, mungkin sekitar tiga peratus sahaja sebulan.
Jadi, kalau kerana hendak jimat tiga peratus tetapi duit simpanan telah pun bocor 50 peratus dibelanjakan dalam tempoh menunggu harga rendah, itu satu kerugian besar. Apa yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

d) Akhir sekali, penyimpan emas simpan emas untuk jangka panjang, bukan untuk dijual dalam masa terdekat. la adalah duit simpanan PAKSA dan LUPA. Duit untuk digunakan dalam masa terdekat, telah pun siap-siap disimpan dalam akaun bank seperti Tabung Haji atau ASB. Jadi, apa nak risau dengan turun naik harga emas?

Bimbingan saya adalah PERCUMA.
𝐓𝐔𝐍𝐓𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋 𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀

Kalau meninggal nanti apa yang akan terjadi pada emas dalam akaun GAP kita?

Ini antara persoalan yang paling kerap saya terima sebelum mereka memulakan simpanan emas bersama Public Gold.

Cara tuntutan emas dalam akaun GAP sebenarnya sama sahaja prosesnya seperti kita buat tuntutan duit di dalam akaun bank,hanya berikan dokumen yang diperlukan oleh Public Gold.

1. Surat kematian.
2. Surat kuasa pentadbir harta pusaka daripada mahkamah.
3. IC pewaris.
4. Surat pengesahan hubungan dengan si mati. (Sijil Nikah / Sijil kelahiran)

Tetapi bila kita ada emas fizikal dalam simpanan sendiri,prosesnya lebih mudah dan cepat untuk kita wariskan kepada kelurga melalui kaedah faraid ataupun mengikut wasiat si mati atau dibahagikan sesama ahli kelurga / waris mengikut persetujuan semua waris.

Berbanding dengan aset fizikal lain seperti rumah, tanah atau kereta. Prosesnya boleh makan masa sehingga bertahun lamanya.

Bagi emas di akaun GAP, waris boleh keluarkan dalam bentuk emas fizikal dari akaun ataupun jual emas tersebut terus melalui akaun GAP dan dapatkan wang tunai untuk dibahagikan kepada sesama waris.

Meninggalkan waris dengan harta itu lebih baik dari meninggalkan waris tanpa harta dan hutang.

Semoga bermanfaat.
"Kumpul Dana Kahwin RM40,000 Dalam Bentuk Emas Tanpa Hutang & Tanpa Tekanan"

Ramai pasangan muda stres bila fikir soal kahwin. Kos makin meningkat, barang hantaran makin mahal dan yang paling membimbangkan ramai terpaksa berhutang semata-mata nak mulakan kehidupan baru.

Tapi ada satu cara yang lebih tenang dan bijak untuk kumpul dana kahwin dalam bentuk simpanan emas. Inilah kaedah yang saya sendiri cadangkan sejak dulu lagi.

Kalau kita rancang awal, insyaAllah majlis tetap berjalan, tanpa perlu bebankan diri dengan hutang. Dan poster ini tunjukkan satu strategi mudah untuk kumpul RM40,000 dalam bentuk emas dalam masa 3 tahun.

❇️ Kenapa Simpan Emas Untuk Dana Kahwin?

1. Emas Lindungi Nilai Duit
📍 Bila kita simpan duit dalam bentuk tunai, nilainya makin susut sebab inflasi. Tapi kalau simpan dalam bentuk emas, nilainya akan bertambah seiring masa.

2. Strategi Mudah & Konsisten
📍 Kos kahwin yang disasar: RM40,000. Jika harga emas RM500/gram → RM40,000 ÷ RM500 = 80 gram emas. Jadi 80 gram ÷ 36 bulan (3 tahun) = 2.22 gram sebulan

Nak lebih mudah?
Lelaki simpan 1.11 gram sebulan. Pasangan pun simpan 1.11 gram sebulan. Gabung, cukup 2.22 gram sebulan. Simpan dalam Akaun GAP Public Gold. Mudah dan fleksibel.

❇️ Kelebihan Guna Akaun GAP Public Gold

📍 Boleh mula simpan dengan serendah RM100
📍 Tak perlu simpan emas fizikal di rumah
📍 Boleh kumpul gram demi gram tanpa tekanan
📍 Bila cukup 80 gram, boleh keluarkan emas atau jual bila diperlukan

Kelebihan Kahwin Tanpa Hutang

Bebas tekanan selepas berkahwin
Tak perlu fikir bayar balik pinjaman setiap bulan
Fokus kepada bina keluarga dan simpanan masa depan
Pasangan makin yakin dan tenang

Jangan tunggu sampai nak kahwin baru nak kumpul duit. Mulakan dari sekarang. Kita boleh rancang majlis yang sederhana tapi bermakna dengan cara yang lebih tenang dan bijak.

Simpan emas setiap bulan, capai 80 gram dalam 3 tahun, dan anda akan ada dana kahwin tanpa perlu berhutang. Ingat, emas bukan sekadar simpanan, ia pelindung nilai dan penjaga masa depan.

Kalau nak mula, saya boleh bantu. Daftar Akaun GAP dan mulakan simpanan serendah RM100 hari ini. Nak cepat kahwin? Ajak pasangan simpan emas bersama-sama!
Sebenarnya, bagi siapa yang tahu tentang nilai wang kertas. Dia sangat selesa simpan sebahagian kekayaannya dalam bentuk emas.

Sebab apa?

1. Tiada siapa dapat tahu berapa banyak emas yang kita miliki.

Ya, kerajaan juga tidak tahu.
Emas satu-satunya aset kewangan yang tidak dalam sistem kewangan.

2. Emas kekal jadi miliki kita selagi ia masih di tangan kita.

Tidak ada siapa yang boleh merampas nilai kekayaan kita sebab nilai emas dipegang kukuh oleh berat dan ketulenannya sendiri tanpa perlu jaminan daripada sesiapa.

3. Emas tidak tergugat walau apapun terjadi kepada politik ataupun ekonomi sesebuah negara.

Sama seperti keadaan dunia sekarang.

Berlaku peperangan sekalipun, nilai kekayaan itu tidak hilang sama sekali. Bahkan kita boleh bawanya lari ke tempat lain untuk memulakan hidup baru.

Bagi yang belum faham nilai emas, dia takut beli emas.

Tapi bagi yang tahu "kuasa sebenar" emas, dia akan takut tidak memiliki emas!

#StevenBlanda
Kalau simpan duit, lama-lama nilainya makin susut.

Hari ni RM100, 10 tahun lagi belum tentu cukup untuk beli barang yang sama.

Tapi bila simpan emas…
Nilainya ikut naik dengan inflasi

Emas tak boleh dicetak sesuka hati, sebab tu ia jaga kekayaan.

Tak perlu tunggu kaya baru mula simpan emas!

Mula dulu dengan RM100.
#TabungRumah

RISIKO BINA RUMAH SENDIRI

1. Bajet Lari
Asal bajet RM250k, siap-siap jadi RM350k.
Silap kira, silap percaya kontraktor mulut manis.

2. Kualiti Tak Konsisten
Kontraktor suka tukar tukang. Hari ni mat Indomi, esok mat Bangladeshiesh.
Hasil? Lantai senget, siling bocor.

3. Tiada Warranty
Silap hari bulan, baru duduk 3 bulan dah retak dinding.
Nak tuntut? Kontraktor hilang, senyap tanpa berita.

4. Tempoh Lari Jauh
Janji 6 bulan siap, 2 tahun tak siap-siap.
Hari-hari stress, tengok tapak rumah macam tapak sejarah.

5. Urus Sendiri Semua Benda
Bina rumah bukan macam beli nasi lemak.
Perlu pantau plan, bahan, kerja tukang semua atas kepala sendiri.

6. Risiko Kena Tipu
Ramai jadi mangsa ‘kontraktor palsu’.
Duit lesap, rumah tinggal rangka.

7. Kos Tambahan Tersembunyi
Tak masuk kos pagar, grill, landskap, jalan masuk.
Baru tahu bila rumah dah nak siap. "Ingat tak buat, kena tambah duit lagi nie".

8. Susah Dapat Pembiayaan Bank
Bank lebih suka rumah pemaju, mudah urus.
Rumah sendiri bina? Kena lalui proses lebih rumit.

Kawan kawan,

Nak buat juga? Tak salah. Tapi Ilmu kena penuh didada, jangan main redah sahaja.

Tanya yang pakar, bukan tanya group WhatsApp je.

Pakcik saya buat rumah sendiri, tukang kampung, nak jual tak ada value, hanya nilai tanah sahaja. Kualiti bangunan tiada.

Lantik arkitek agar hidup kita lebih tenang.

Nak rumah impian, pastikan mimpi tu tak jadi mimpi ngeri kita. Doakan moga puan ini dipermudahkan urusannya dan rumahnya siap segera.

Azizul Azli Ahmad
“Simpan Emas 1 gram tu rugi ke?”

Ramai cakap macam tu… tapi pendapat saya tidak.

Spread bagi emas 1 gram adalah 9%, sama dengan 1 dinar dan 10 gram gold bar. Bezanya kos upah emas 1 gram ni lebih tinggi iaitu RM15, berbanding 1 dinar cuma RM10.

Emas adalah aset yang mahal, jadi ramai bermula dengan 1 gram untuk ajar diri disiplin menabung. Bila dah ada sekeping, rasa makin bersemangat. Kemudian mula target nak kumpul 2 keping, 3 keping dan seterusnya.

Ramai penyimpan emas yang bermula dengan 1 gram… akhirnya capai 10g, 50g, 100g.

Kalau nak tunggu mampu beli 10g baru nak mula simpan, percayalah, memang takkan mula-mula.

Biar kecil, asalkan bermula. Sebab habit yang kecil hari ini, akan memberi impak yang besar jika diulang berkali-kali.

Jadi mulai hari ini bermula dulu simpan 1 gram di dalam #AkaunEmasGAP Public Gold.

Kemudian terpulang sama ada kita nak keluarkan emas yang kecil ni atau terus target item yang besar seperti 1 dinar dan 10 gram.

#NotaEmasHilyati