Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.44K photos
112 videos
2 files
405 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
3 Rahsia Orang Kaya Urus Duit

Ramai orang nak jadi kaya, tapi tak ramai yang ikut cara orang kaya urus duit. Kalau kita bandingkan, sebenarnya ada perbezaan besar antara cara orang kaya dan orang biasa mengendalikan wang.

3 cara utama orang kaya urus duit:

1. Simpan Dulu, Baru Belanja
Orang biasa:
Gaji masuk, bayar bil dulu, beli itu ini, hujung-hujung baru fikir nak simpan (kalau ada lebihan).

Orang kaya:
Mereka simpan automatik minimum 10-30% sebaik saja duit masuk. Belanja guna baki.

“Simpan bukan sebab ada lebih, tapi simpan dulu supaya ada lebih.”

2. Matlamat Kewangan Jelas
Orang biasa:
Campur semua duit dalam satu akaun. Duit gaji, belanja, simpanan, semua serentak.
Orang kaya pecahkan duit mereka dengan penuh disiplin :
Akaun simpanan jangka panjang
Akaun kecemasan
Akaun pelaburan
Akaun belanja harian
Setiap sen ada ‘tugas’ masing-masing.

3. Duit Dikerah Bekerja, Bukan Disimpan Saja
Orang biasa
Takut buat apa-apa dengan duit risau rugi, jadi mereka simpan saja dalam bank.

Orang kaya
Mereka faham duit yang tak bergerak akan ‘mati’. Jadi mereka cari cara duit tu boleh bekerja beli emas, beli saham, masuk bisnes kecil, atau beli aset sewa.

“Kalau kita dah penat kerja cari duit, biarlah duit pun penat bekerja untuk kita pula.”

Duit bukan sekadar kuantiti dan kita belanjakan sebebasnya. Duit perlu dikawal, diarahkan, dan dilatih bekerja. Itulah ilmu yang orang kaya tahu tapi ramai orang biasa tak ambil tahu.

“Kaya itu bukan nasib. Kaya itu cara urus.”
TURUN? LAGI HAPPY!

Bagi yang simpan emas untuk dijadikan sebagai pelindung kekayaan iaitu wealth protection.

Mereka tak rasa risau bila harga emas turun, bahkan mereka rasa happy!

Sebab apa?
Mereka berpeluang tambah lagi simpanan emas pada harga murah.

Emas tetap emas.
Dan emas itu tak berkurangan walaupun 1 gram.

Emas tu masih ada NILAI MELEKAT (instrinsic value) pada berat dan ketulenan emas tu sendiri. Dan sejarah membuktikan, tak pernah ada orang jatuh lingkup sebab simpan emas, bahkan ramai yang kekal kaya sebab simpan emas.

Kalau tak simpan emas.
Duit kita terbiar dalam bentuk duit kertas.

Maka kita akan berhadapan dengan RISIKO YANG LEBIH BESAR, antaranya duit Ringgit Malaysia jatuh!

Ringgit Malaysia pernah jatuh hingga 50% setahun! Ianya tak pernah berlaku kepada emas dalam sejarah 30 tahun harga emas.

Kalau ringgit jatuh, apa yang masih tinggal kepada kita?

Yang tinggal hanyalah kertas yang tak ada nilai sebenar padanya.

Nilai duit kertas bukan terletak pada kertasnya, tapi ia bergantung sejauhmana kekukuhan ekonomi dan politik negara. Ia sentiasa berubah-ubah.

Jadi adakah selamat kalau simpan duit kertas?
Sangat berisiko berbanding penurunan harga emas.

Simpanan jangka pendek simpan dalam bentuk tunai tapi dalam jangka masa panjang 2 tahun dan ke atas, tukarkan dalam bentuk emas.
Eh, kenapa tiba-tiba harga emas jatuh ya?

Baru je hari tu harga emas naik mencanak sebab orang panik takut perang Iran-Israel meletus.

Sekarang bila diumumkan gencatan senjata, harga emas terus turun.

🤔 Kenapa boleh jadi macam tu? Bukankah emas patut sentiasa naik?

Sebenarnya, harga emas banyak dipengaruhi oleh isu global – perang, politik, ekonomi dunia semua beri kesan. Bila ada berita perang, ramai berebut beli emas sebab nak selamatkan nilai duit mereka. Tapi bila ada berita damai, orang mula lega, permintaan emas pun menurun, harga pun turun.

Jadi… bagus ke tak bila harga emas turun ni?

Kalau tanya penyimpan emas tegar… mereka akan jawab:
“Ini lah masa untuk borong!”

Sebab apa?

✔️ Kalau anda dah ada emas – jangan panik. Naik turun tu normal. Emas macam ombak laut, tapi dalam jangka panjang, tetap naik juga.

✔️ Kalau anda belum ada emas – inilah peluang terbaik untuk mula simpan. Harga tengah rendah, boleh dapat lebih gram untuk nilai yang sama.

Ingat, emas bukan untuk cepat kaya. Tapi untuk selamatkan nilai duit kita yang makin lama makin susut.
Ada orang jadikan alasan harga emas mahal untuk tidak mulakan simpanan emas.

Ada juga orang jadikan alasan harga naik untuk berhenti menyimpan emas.

Malah, ada juga orang jadikan alasan harga turun untuk tidak menambah simpanan emas.

Sebab itu ramai yang buat silap. Tunggu harga emas setiap masa, sebaliknya harga emas makin naik mencanak-canak.

Harga emas tiada siapa boleh kawal. Tanyalah pakar kewangan atau pelabur tegar tentang harga emas 2 tahun akan datang sekalipun, mereka tetap tiada jawapan.

Orang yang selalu monitor harga emas ini akan selalu terikat dengan emosi. Harga emas naik resah. Harga turun pun gelisah.

Cara terbaik ialah fokus sahaja kepada pertambahan gram emas mengikut target dan matlamat anda. Terus menabung secara konsisten mengikut bajet setiap bulan sehinggalah cukup 2-3 tahun ke atas.

Selepas dua tahun , yang menentukan anda berjaya mencapai objektif kewangan bukanlah harga emas tetapi berapa banyak gram emas yang berjaya dikumpulkan.

Lagi banyak gram emas yang dikumpulkan, lagi untung. Sudah tentu harga emas ketika itu lebih tinggi dari hari ini.
Pernah tak anda alami situasi macam ni:

💸 “Eh, mana pergi duit gaji aku?”
💸 “Baru tengah bulan, dah tinggal RM50…”
💸 “Aku tak beli apa sangat pun, tapi duit macam ‘lesap’…”

Sebenarnya, ramai orang tak suka boros tapi sebab emosinya pada wang kertas…
Emosi ini boleh didisiplinkan dengan kaedah simpan awal-awal.

Di sinilah emas memainkan peranan penting.

Dengan Akaun GAP
1. Kita boleh asingkan siap-siap RM100 ke dalam emas.
2. Duit tu terus jadi gram emas, bukan lagi RM yang mudah habis.
3. Nak keluarkan semula pun ambil masa jadi tak mudah terguna.

Inilah cara paling mudah 'ajar diri' menyimpan secara paksa rela. Bila duit dah jadi emas,
otak kita lebih berat nak jual semula tanpa sebab.

Jadi, emas tu “mengunci” simpanan kita secara psikologi. Nak mula disiplin kewangan?
Start simpan emas. Biar sedikit, tapi konsisten.
HARGA EMAS DI BANK LEBIH MURAH?

Saya dapati ramai orang buat perbandingan harga emas di Public Gold dengan harga emas di bank.

Mari saya cerita;

Beli emas hanya sekadar dapat nombor memang boleh dapat harga rendah. Sebab penjual tidak perlu keluarkan kos untuk pembuatan emas tersebut.

Contoh harga emas yang dipaparkan oleh kebanyakkan bank yang sediakan akaun emas, mereka boleh jual harga murah sebab pembeli tidak keluarkan emas fizikal.

Tapi ramai terlepas pandang ada kos yang tinggi terpaksa dibayar sekiranya pembeli nak keluarkan emas fizikal.

Saya bagi contoh dalam gambar, kos yang terpaksa dibayar sekiranya pembeli emas di bank nak keluarkan emas secara fizikal.

Sebab tu saya sejak dulu lagi menekankan jika beli emas JANGAN lihat sekadar murah, tapi perlu lihat beberapa lagi kriteria lain.

Antaranya;
• Peratusan spread bila jual semula
• Stok emas mesti sentiasa ready
• Cawangan urusan mesti kena banyak
• Jaminan beli balik tanpa banyak cerewet

Harga murah saja tidak semestinya terbaik dan jadi pilihan, sekiranya selepas beli nak tebus emas fizikal dikenakan caj yang TERLALU MAHAL. Apa guna beli harga murah tapi tebus emas mahal?

Gambar yang saya kongsikan tersebut adalah kos penebusan emas beberapa buah bank jika pembeli ingin menebus emas fizikal.

Setiap daripada kita kalau beli emas, mesti perlu simpan emas fizikal tu sendiri. Kata mentor saya emas yang terbaik adalah yang berada dalam simpanan sendiri.

Sekiranya apa-apa terjadi, emas tu selamat dalam simpanan dan mudah untuk kita gunakan atau dibawa lari ke mana-mana.

Selain daripada tu kalau nak jual semula mereka mengenakan syarat yang tak masuk akal sehingga menyebabkan kita susah.

Contohnya emas perlu dalam keadaan yang asal, kalau dah rosak nanti nak jual mungkin susah atau kadar spread lebih tinggi!

Setakat pemerhatian saya selama 13 tahun dalam industri emas, apa yang saya dapati Public Gold adalah tempat terbaik untuk kita beli dan simpan emas. InsyaaAllah..

Public Gold sendiri sudah bertapak di Malaysia selama 17 tahun dan hari ini Public Gold kekalkan reputasinya ditahap terbaik.

Dan yang pasti, orang beli emas dapat emas!

Saya adalah dealer Aktif Public Gold di bawah rangkaian G100, dibawah mentor Tuan Mohd Zulkifli Bin Shafie.

Bimbingan saya adalah secara percuma.

Misi saya untuk membantu mengubah hidup 3000 keluarga keluar daripada masalah kewangan, mempunyai simpanan yang kukuh, bebas hutang Dan mencapai financial freedom

Jom kaya dengan emas. Niatkan nak simpan emas sehingga mampu keluarkan zakat

P/s : Daftar Dan buat minimum RM100. Support group disediakan untuk belajar lebih banyak ilmu kewangan Dan emas insyaallah.

Kredit Puan Rabitah
Kereta mahal. Rumah besar. Gelang emas berlapis. Screenshot baki KWSP, ASB

Tayang sikit, ramai like. Ramai share. Ramai percaya dia berjaya.
Tapi kenapa kita mudah terpedaya?

Sebab dalam kepala otak kita, kaya = berjaya. Barang mahal = status. Lagi besar rumah, lagi mahal kereta, lagi tebal gelang, lagi tinggi status.

Benda ni dah ditanam sejak kecil, sampai kita sendiri obses nak tunjuk “aku dah berjaya” bila dapat duit sikit.

Banyak kes orang beli kereta mahal bukan sebab kaya, tapi sebab nak "nampak" kaya. Nak pancing followers. Nak buat orang percaya. Yang kaya sebenar pun belum tentu dia tayang.

Kaya itu bagus. Usaha itu wajib. Mencari rezeki itu mulia.
Kaya bukan untuk tunjuk, kaya untuk bagi manfaat.

Kita kena mula ajar anak-anak: Jadi kaya itu bukan untuk tunjuk dekat orang.

Sebenarnya apa yang lebih penting adalah:
Masa lebih banyak dengan keluarga
Kesihatan yang baik
Pendidikan anak-anak terjaga
Hati yang rasa cukup dan bersyukur
Kaya lain. Mewah pula lain.

Orang kaya, tak semestinya pilih hidup mewah.

Orang yang nampak mewah, belum tentu kaya.

Kemewahan ialah apa yang kita belanjakan. Sedangkan kekayaan ialah apa yang kita miliki.

Ada orang nampak berbelanja mewah bukan dari harta yang dia miliki. Tapi dengan hutang yang dia mampu buat.

Dia tak ada harta. Sebaliknya dia menanggung hutang yang banyak.

Dia kerja kuat hanya semata-mata nak bayar duit yang sudah dia belanjakan dan hutang-hutang yang dia buat.

Kaya lain. Mewah pula lain.

Ajari lah anak-anak kekayaan yang sebenar.

#TipKekayaan
Abu kerja sebagai juruteknik. Dah lama simpan impian nak beli motor Yamaha MT15, tapi gaji cukup-cukup makan.

Satu hari, kad kredit CIMB dia berkelip-kelip… limit RM15,000 available. Dia pun swipe kad –

“Sekali je aku hutang, nanti gaji aku cover.” 😅

💳 Abu guna kad kredit RM10,000.

Tapi dia lupa… kad kredit macam makan KFC hari-hari – sedap masa mula, terseksa kemudian. 🍗💸

🧮 Kiraan Faedah Kad Kredit
👉 Kadar interest kad kredit = 18% setahun (minimum)
👉 RM10,000 x 18% = RM1,800 setahun / RM150 sebulan faedah
🤯 Kalau tak bayar penuh, interest berganda-ganda.
Silap haribulan, 10 tahun pun tak habis bayar.

“Aku tak nampak lagi motor tu, tapi hutang dah ke bulan.” – Abu, 3 bulan selepas swipe

💛 Famous Quote:
“Compound interest is the 8th wonder of the world. Those who understand it, earn it. Those who don’t, pay it.” – Albert Einstein

xxxxxxxxxxxxxxxx

Hafizul pula baru selesai kumpul 30g emas GAP (lebih kurang RM15,000 nilai). Cukup masa nak pakai duit, Hafizul buat keputusan bijak:

🏦 Pinjam RM10,000 dari Ar-Rahnu, cagarkan emas Public Gold 30g.

(Nota: emas tak dijual ya, cuma digadaikan secara patuh syariah)

🧮 Kiraan Upah Simpan Ar-Rahnu
👉 Upah simpan purata 0.75% sebulan
👉 RM10,000 x 0.75% = RM75 sebulan
👉 Tempoh pinjaman: 6 bulan = RM450
💰 Total bayaran balik: RM10,450 sahaja.

📌 Lagi best – nilai emas Hafizul makin naik sepanjang tempoh tu. Bila tebus balik, emas tetap milik dia, modal tetap terpelihara.

“Motor aku dapat, emas aku kekal. Siapa kata kita tak boleh bijak dua-dua sekali?” – Hafizul, sekarang GAP makin bertambah 😎

💛 Famous Quote:
"Don’t work for money. Let your money (and gold) work for you." – Robert Kiyosaki

xxxxxx

Kad Kredit – Interest Charge
➡️ Untuk yang tak bayar penuh, bank akan kenakan faedah bulanan ~1.5%

= RM10,000 x 1.5% = RM150 sebulan interest

JIKA bayaran hanya minimum dibuat setiap bulan (3%-5%), hutang boleh ambil 5–10 tahun untuk selesai – kerana bunga dikira secara kompaun (interest atas interest)

⚠️ Ar-Rahnu tak kenakan faedah / riba, hanya upah simpan.
Tempoh maksimum biasanya 6 bulan, tapi boleh renew jika tak tebus.

Begitulah.

Hafizul Hakim
Emas bukan sekadar buy low, sell high
Gais.

Analisis harga emas 7/7/2025.

Hari ini harga emas mengalami penurunan sekitar 0.7%, mencecah sekitar $3,311 setiap auns.

Penurunan ini berlaku disebabkan gabungan beberapa faktor penting yang saling berkait rapat:

1. Penangguhan Tariff Amerika Syarikat.

Presiden Trump mengumumkan bahawa tarif baru yang sepatutnya bermula 9 Julai telah ditangguhkan ke 1 Ogos.

Penangguhan ini telah memberi nafas lega sementara kepada pasaran global dan menyebabkan permintaan terhadap emas sebagai aset selamat (safe haven) menjadi lebih perlahan.

2. Ancaman Tarif Tambahan ke atas Negara BRICS.

Walaupun ada penangguhan, Trump turut memaklumkan perancangan untuk mengenakan tarif tambahan 10% terhadap negara-negara BRICS (Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan).

Meskipun butiran lanjut masih belum jelas, pengumuman ini meningkatkan risiko geopolitik yang boleh melonjakkan semula harga emas pada masa depan.

3. Kemungkinan berlaku penurunan kadar faedah US semakin kurang.

Data pekerjaan AS yang kukuh sebelum ini sudahpun melemahkan jangkaan bahawa Fed akan menurunkan kadar faedah secara agresif dalam masa terdekat.

Kini, pasaran hanya menjangkakan dua kali penurunan kadar faedah menjelang akhir tahun.

Kadar faedah yang lebih tinggi biasanya menyokong nilai Dolar AS, sekali gus menekan harga emas.

4. Dolar AS Masih Kukuh
Dolar kekal stabil dan agak menguat sedikit, menambah tekanan ke atas logam berharga.

Ini kerana emas diniagakan dalam Dolar, jadi apabila mata wang AS menguat, kos pegangan emas bagi pembeli luar AS meningkat.

Secara ringkas, terdapat tekanan jangka pendek ke atas harga emas kerana:

Penangguhan tarif.
(mengurangkan permintaan safe haven)

Dolar AS yang lebih kukuh.

Jangkaan penurunan kadar faedah yang semakin pudar.

Namun, risiko jangka sederhana dan panjang masih tinggi, antaranya:

1. Potensi tarif tambahan terhadap BRICS
2. Ketidaktentuan rundingan perdagangan lain (EU, Jepun, India)
3. Risiko inflasi dari pakej perbelanjaan besar Trump bernilai $3 trilion

Jangkaan harga emas bulan depan.

1 Ogos 2025 – Tarikh akhir tarif baru: Jika tarif dilaksanakan secara menyeluruh, permintaan terhadap emas boleh melonjak semula.

Mesyuarat Fed seterusnya: Sebarang kenyataan dovish (cenderung pelonggaran) boleh memberi sokongan kepada harga emas.

Data inflasi AS dan global: Jika inflasi melonjak, emas berpotensi menjadi lindung nilai (hedge) yang lebih menarik. Jadi harga akan naik.

Kesimpulan
Penurunan harga emas hari ini lebih bersifat sementara kerana pasaran menyesuaikan diri dengan berita penangguhan tarif.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#Emas #PelaburanEmas #AnalisisPasaran #TarifAS #EkonomiGlobal #Fed #BRICS
ABAIKAN HARGA, BELI SAHAJA EMAS SETIAP BULAN

1. Satu point PENTING yang tidak diketahui atau disedari oleh ramai pelabur dan penyimpan emas sendiri.

2. Sudah tentu kita semua mahu emas meningkat nilainya dengan peredaran masa - kerana itulah caranya untuk mengaut untung daripada emas. Ini bermakna nilai emas akan naik dan naik dan naik.

3. Bagi maksimumkan keuntungan, kita perlu memiliki jumlah gram emas yang banyak. Jika lebih berat emas kita, lebih besarlah keuntungannya.

4. Point 3 diatas hanya akan berlaku jika kita menambahkan jumlah gram emas secara Konsisten– sebaiknya setiap bulan.

5. Jadi ini bermakna kita akan membeli emas secara konsisten - walaupun harganya nampak “tinggi”. (Line biru dalam grafik menunjukan harga belian emas kita.) Malah kita akan abaikan harga emas dan terus membeli emas secara konsisten - sebaiknya setiap bulan.

6. Ini memerlukan disiplin dan juga strength untuk mengabaikan komen mereka yang berkata “Harga emas tinggi sekarang”.

7. Jadi pejam mata, dan terus menerus membeli emas secara konsisten kerana kita tahu harganya akan jauh lebih tinggi di masa hadapan.

8. Ingat yang emas telah memberikan pulangan 10% setahun sepanjang 20 tahun kebelakangan dan malah naik nilai 46% dalam masa setahun lepas! Ini adalah pulangan yang amat hebat sekali. Dan based on what is happening in the world sekarang, besar kemungkinan prestasi hebat emas ini akan berulang lagi di tahun-tahun akan datang.

Perkongsian ilmu dari Pakar Kewangan No.1 Malaysia Tuan Azizi Ali Mentor Wang
“𝐒𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐢𝐭 𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐛𝐚𝐧𝐤 𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭… 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐡𝐚𝐤𝐢𝐤𝐚𝐭𝐧𝐲𝐚, 𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐝𝐮𝐢𝐭 𝐭𝐮 𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐮𝐬𝐮𝐭.”

Bila kita ada RM50k, RM100k dalam akaun — memang nampak banyak.

Tapi bila tengok harga barang sekarang, baru sedar kuasa beli dah jauh berubah.

Saya pernah bandingkan:
Tahun 2010, 100g emas sekitar RM13,000.

Hari ni, nak dapat 100g kena sediakan lebih RM35,000.

Ringgit susut, tapi emas kekal.

Sebab tu saya mula asingkan sebahagian simpanan tunai dan tukar kepada emas — terutamanya yang tak guna dalam masa terdekat.

Emas kekalkan nilai asal
Simpanan lebih ‘kebal’ terhadap inflasi
Boleh dicairkan bila betul-betul perlu

Bila duit dalam bank terlalu lama, kita hilang secara senyap.
Tapi bila dalam bentuk emas, kita simpan dan lindungi nilainya.

🌱 Simpan emas bukan sebab nak kaya. Tapi sebab nak selamatkan hasil usaha kita.
#JomTambahIlmu

Gaji RM2,000 Boleh survive kah ? Cukup kah untuk buat simpanan ?

Jawapan dia : BOLEH, kalau pandai urus.

💵 RM2,000 pecah ikut formula yang mudah :-

60% = Keperluan hidup (sewa, makan, bil) → RM1,200
20% = Simpanan/Pelaburan (emas/public gold) → RM400
10% = Emergency fund → RM200
10% = Reward diri/sendiri → RM200

RM400 boleh simpan dalam bentuk Emas. Ataupun agihkan
Baki RM200 boleh simpan dalam tunai.

Emergency fund boleh simpan Samada Dalam ASB atau TH untuk jangka pendek. Boleh lah dapat dividen 4-5%.

Reward diri , kalau nak cepat kaya simpan dalam #AkaunEmasGAP maksudnya Tambah gram emas 😁

Tidak perlu tunggu gaji besar baru menyimpan.
Orang yang berjaya, dia menyimpan dulu, bukan tunggu ada duit lebih.

Disiplin dulu, hasil akan menyusul anda !

‘Save Gold Today, It Will Save You Tomorrow’
Uols tau tak?

Di Menara Publicgold, dah ada Galeri Gold ATM. Dalam ni ada 10 buah mesin gold ATM yang berfungi untuk mengeluarkan gold bar dan juga barang kemas yang berketulenan 999.9. Wah👍

Lagi best gold bar ini boleh withdraw dari akaun GAP atau pun pembelian tunai melalui kad debit atau kad kredit. Wow😀

Best, kan.

Di Publicgold, anda bukan sahaja mudah untuk membuat belian emas, malah mudah juga untuk membuat pengeluaran emas fizikal. Semua emas yang disimpan dalam akaun emas GAP adalah backup by physical goldbar.

Nak simpan emas ni mudah sahaja.

Yang paling sukar adalah semasa anda nak buat keputusan untuk buat simpanan emas pertama.

Anda dah buat keputusan untuk simpan emas? Roger² untuk saya bantu👌
.
Latest from Public Gold!
Live update dari Mahaguru Emas Tn Syukor Hashim.

https://www.facebook.com/share/v/1AkBpUzSxk/

Bilik special menempatkan 11 gold ATM machine yang mana anda boleh access 24 jam untuk beli emas dan withdraw emas dari akaun GAP 😊