Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.42K photos
112 videos
2 files
404 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
Gais.

Perkara yang senang cakap, buat susah adalah simpan duit.

Kenapa susah simpan duit?

Sebab simpan duit bukanlah tabiat seorang manusia.

Fitrah manusia dengan duit adalah berbelanja.

Duit adalah RANGSANGAN untuk berbelanja.

Sebab itu, bila anda ada banyak duit, maka kepala otak anda akan ligat berputar…

Apa benda nak beli?
Apa benda nak beli?
Apa benda nak beli?

Jadi, jika anda ada sindrom suka membeli dan perabih duit maka anda perlu mencari ubat secepat mungkin.

Ikut pengalaman saya, ubat terbaik untuk mengubati rangsangan berbelanja adalah beli emas fizikal.

Ya. Emas fizikal yang warna kuning tu 😆

Letak emas atas tapak tangan dan tenung dia dalam-dalam.

Formula dia macam nie.

Bila rasa nak berbelanja, beli emas fizikal dan letak atas tangan. Lepas tu bila tenung-tenung, emas tu, maka otak anda akan bagi arahan berikut:

“Nanti simpan emas nie elok-elok, jangan bagi hilang”

Baik, ada satu cerita.

Baru-baru nie, ada sorang kawan saya dapat duit durian runtuh RM20,000++

Dia cakap “Aku nak beli emas la… kalau tidak.. nanti aku terbeli motor” Sebab member nie suka motor besar 😄

Jadi, saya pun belikan dia jongkong emas 70 gram.

Jadi lepas dapat emas tu, member terus simpan. Keinginan beli motor sudah hilang 100%. Duit dia selamat asbab membeli emas.

Jika anda ada masalah suka terguna, terbelanja dan terpakai duit dan sudah nak simpan duit.

Ubatnya adalah tukar duit jadi emas fizikal.

Cuba try, InsyaAllah mujarab.

Nak bagitau juga hari ini harga emas turun RM277/g rugi tak beli!!

Simpan emas hilang keinginan nak berbelanja kehendak kadang-kadang yang merugikan kita bila dah beli.😄

Jom mulakan tabiat yang baik dengan simpan emas.

#NotaEmasSyukorHashim
EMAS SEBAGAI MAGNET KEKAYAAN

Simpan emas harini, bulan depan kita akan kaya. Walaupun ia adalah benar, namun ramai orang yang salah faham dengan maksud ‘kaya’.

Kebanyakan orang sangka kaya itu hidup bermewah – punyai kereta dua pintu, duduk di rumah agam, pakaian berjenama belaka. Itu semua adalah maksud gaya hidup yang bermewah, bukanlah bermaksud sepenuhnya orang itu kaya. Kata mentor kami En. Mohd Zulkifli Shafie;

“ Kaya belum tentu mewah,
Mewah belum tentu kaya”

Maksudnya orang yang gaya hidup mewah itu belum tentu lagi dia kaya – boleh jadi setiap kemewahan yang dia ada itu ‘memakan’ lebih 98% dari pendapatan bulanan dia. Dia hidup dengan berhutang semata untuk menyara gaya hidup yang mewah.

Manakala orang yang kaya pula belum tentu dia mewah. Boleh jadi dia memakai kereta jenama tempatan, duduk di rumah ‘biasa biasa’ sahaja namun dia boleh menyimpan 10% - 100% pendapatannya setiap bulan. Bermakna dia semakin kaya 10% setiap bulan berbanding mereka yang hidup mewah – hanya 2% atau tiada langsung simpanan boleh dibuat setiap bulan.

“Living paycheck to paycheck” ialah seperti perlumbaan tikus di roda.
Lagi laju kita lari, lagi kita penat.
Kita ‘burnout’ namun tidak ada hasil – masih di dalam kitaran roda.

.
Pernah dengar ayat EMAS MAGNET KEKAYAAN ?

Magnet ialah alat yang boleh menarik, maksud ayat ni ialah dengan tindakan kita simpan emas boleh ‘menarik’ kekayaan itu kepada kita. Adakah ini ilmu hitam atau rekaan cerita karut ? Ada teknik yang baru ke untuk kaya dengan emas ?

JANGAN RISAU KAWAN !!
Ini bukanlah rekaan cerita karut.
Perkongsian cerita dari Mahaguru Emas Malaysia Tuan Syukor Hashim

Gais.

Sepanjang 15 tahun dalam bisnes emas, saya berjumpa dengan ramai penyimpan emas yang sangat memberikan inspirasi.

Contohnya, peniaga pasar malam.

Kisah sebenar saya nak share, baru-baru ini, Kakak R, seorang peniaga pasar malam dan pasar pagi telah membeli 5 Dinar x 2 pcs. Dia regular customer saya gais.

Harganya dekat-dekat RM12,000 gais.

Akak R nie berniaga kain baju yang murah-murah sekitar RM10 sehingga RM25.

Kalau yang mahal pun biasanya dalam RM60-70 (iyerlah.. berniaga kat pasar malam, kena jual harga rakyat marhein mampu beli).

Kalau untung sikit, dia beli sekeping atau 2 keping dinar.

Tapi kali nie dia beli 10 dinar.

Ada untung lebihlah tu 😆.

Saya tanya dia “kenapa kak suka beli emas?”

Dia jawab “Sebab kalau nampak duit cash banyak, akak takut terpakai” balas kak R

Untuk pengetahuan anda, dulu kak R pernah terlibat dengan satu skim cepat kaya pelaburan emas namanya Khazanah Bangsa.

Habis duit dia RM3,000. Menyesal tak sudah.

Bagi anda, mungkin RM3,000 tu kecil. Tapi bagi peniaga pasar malam yang jual baju RM10.. nilai RM3,000 tu sangat besar.

Sejak kena tipu dengan Khazanah Bangsa tu, kak R dah tak percaya dengan pulangan bulan-bulan.

Bagi dia beli emas mesti dapat fizikal dalam tangan. Lepas tu simpan sendiri.

Itu paling mudah dan selamat.

Itulah kisah customer saya, seorang peniaga baju di pasar malam 🥰

Duit lebih selamat bila dah ditukarkan kepada bentuk emas akan kekal lama di tangan.

Nak mulakan simpanan emas boleh terus buka akaun emas di Public Gold. Pendaftaran adalah percuma dan boleh terus mulakan simpanan dan belian emas bila dah boleh login akaun.