Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.43K photos
112 videos
2 files
404 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
Perkongsian dari Mahaguru emas Malaysia Tuan Syukor Hashim

π„πŒπ€π’ π‹π€πŠπ” πƒπˆ 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐓𝐀 πƒπ”ππˆπ€

Saya nak share pengalaman menjual sekeping dinar emas di Dubai Gold Souk (pasar emas Dubai).

Saya nak tahu. Adakah emas boleh dijual di Dubai nie?

Jawapannya. Ya. boleh jual. Senang sekali.

Saya bawa emas dan bagi kat owner kedai tu. Dia akan quote satu harga.

Untuk pengetahuan anda, saya terkejut apabila mendapati harga belian emas di souk market nie agak tinggi (hampir bersamaan harga Public Gold buyback).

Dia quote harga belian AED210 segram (RM250 segram) Jadi 1 Dinar emas (emas 999.9, berat 4.25g) saya boleh dapat AED890 (dibundarkan).

Lebih kurang RM1062 ringgit.

Harga nie memang hampir dengan harga kalau jual balik kat Public Gold di Malaysia.

Jadi untung ler saya jual 1 Dinar Emas nie kat Dubai.

Owner kedai emas nie nama dia Mr. wafi (nie ha say tagging nama dia kat sini), sebab dia nak tengok posting nie 😁 Wafai Katib

Saya pun kasik dia 1 Dinar Emas dan cakap saya nak jual 1 Dinar Emas nie.

Apa yang dia buat? Mula-mula dia timbang berat. Lepas tu dia check ketulenan.

Lepas tu dia kasik saya 900 AED. Saya pulangkan baki 10AED. Transaksi selesai πŸ˜†

Saya tanya dia. Dinar Emas ini buatan Malaysia. Dia terima ke?

Dia cakap. β€œOf course I accept. Gold is valuable all over the world” (sudah tentu saya terima sebab emas bernilai di seluruh dunia).

Inilah pengalaman menarik saya ketika bercuti kat Dubai. Yakni menjual emas di Dubai souk market πŸ˜†

Gais.

Kalau takde duit. Bawak emas ajer. Ia boleh jadi duit di seluruh dunia πŸ’ͺπŸ’ͺ

Tak perlu bawa duit banyak gais pergi luar negara, hanya bawa emas dan tukarkan matawang sana #mudahkan #emasbernilaiseluruhdunia

Jom mulakan simpanan emas di public gold!
#NotaEmasSyukorHashim
#publicgoldmalaysia
ο‚§ Apakah itu emas putih?

Emas putih ialah emas 18 karat, yang bermaksud ia dibuat daripada 75 peratus emas dan 25 peratus logam lain. Logam itu menjadi putih kerana ia disalut dengan rodium (logam yang keras, bersinar dan berwarna putih).

ο‚§ Apakah itu bulion?

Bulion bermaksud satu logam berharga yang disiapkan dan mempunyai berat tertentu. Jadi, jongkong emas dan syiling emas adalah kedua-duanya bulion.
Apakah itu karat?

Emas biasanya dikira dengan karat, iaitu bahagian emas dalam sesuatu produk emas. Emas tulen adalah 24 karat. Angka yang lebih rendah menunjukkan kandungan emas berbanding aloi dalam barangan emas itu. Jadi, 18 karat ialah 18/24 daripada 100 peratus emas atau 75 peratus emas. Bahagian 25 peratus lagi terdiri daripada logam lain yang mungkin boleh jadi perak, tembaga, zink atau paladium. Tujuan utama menambahkan logam lain ialah untuk menguatkan produk itu (emas tulen adalah lembut).

Secara alternatifnya, kandungan emas boleh dikira melalui β€˜ketulenan’, iaitu kandungan emas dalam bahagian-bahagian setiap ribu, sebagai contoh 750 (iaitu 75 peratus atau emas 18 karat). Untuk pengetahuan anda, carat (yang dieja dengan huruf β€˜c’) pula ialah ukuran bagi mengukur berat batu berharga, terutamanya permata.

Jadual berikut menunjukkan skala karat yang berlainan dan kandungan emasnya dalam peratus dan ketulenan seperti diterima pakai oleh standard antarabangsa.