Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.44K photos
112 videos
2 files
405 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
NEKAD TAMATKAN RIWAYAT KREDIT KAD

Saya rasa kejayaan ini besar untuk diri ini. Berada dalam belenggu hutang kredit kad semenjak awal bekerja lagi. Jumlah kesemua hutang kredit kad adalah RM12000. Kenapa berhutang? Ingat pandai urus duit, sekali bila dah swipe, rasa macam dapat beli barang secara percuma. Ye lah kan, sebab duit dalam akaun simpanan tak menyusut, jadi feeling macam sentiasa berduit.

Direzekikan oleh Allah S.W.T untuk mengenali simpanan emas dan melalui pembacaan Buku Misi Bebas Hutang dan Buku Wang Emas penulisan Tn Mohd Zulkifli Shafie serta banyak lagi buku kewangan dari Tn Azizi Ali, Dr Azizul Azli dan Dave Ramsey. Pertengahan tahun 2023 saya nekad potong dua semua kad kredit saya dan berjaya selesai separuh hutang.

Harga emas yang menaik tinggi bulan Mac ini saya ambil peluang jual 23 gram emas saya dan dalam masa 2 hari, masuk sahaja duit dalam akaun terus saya bayar lump sum baki hutang.

Sekarang saya lega tiada lagi hutang kredit kad, dan tak sakit mata lagi tengok caj tambahan yang dikenakan.

Kad kredit bagus untuk orang yang boleh kawal diri, tetapi bukan saya. Selagi tak potong dua kad kredit, selagi itu tewas dengan godaan boros berbelanja.

Next, adalah hutang peribadi pula. Doakan saya ya!

#TestimoniPenyimpanEmas

Kredit Pn Shazarin
Emas bila ada di tangan kita, apa pun terjadi kepada syarikat pengeluar, kita tak ada masalah.

Kalau jatuh bangkrup, emas di tangan kita tak terjejas.

Kalau harta kena freeze, emas di tangan kita tak ada masalah.

Kalau duit kertas tak laku, emas di tangan kita masih selamat.

Kekuatan sebenar emas pada fizikalnya.

Sebab tu nasihat saya sudah berbelas tahun kepada penyimpan emas; beli emas pastikan dapat emas (fizikal).

Bukan sekadar dapat nombor, bukan dapat surat hutang, bukan dapat kertas. Tapi pastikan dapat emasnya...

Siapa cuba-cuba selain dari itu, dia akan belajar pengalaman mahal dengan emas.

Kalau emas fizikal pun banyak penipuan, inikan pula beli emas tapi emasnya tak nampak. Back to basic! #TipKayaDenganEmas #MohdZulkifliShafie
๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐— ๐—”๐—›๐—”๐—Ÿ ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—œ
๐—ฅ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ๐˜ ๐—ก๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ถ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐˜‚๐˜€๐˜‚๐˜

Ramai mungkin tak perasan dengan mengatakan emas sekarang sudah mahal tapi hakikatnya emas tidak mahal tapi matawang yang nilainya semakin menyusut (menurun).

Saya beri contoh sekitar tahun 2000 emas 1gram berharga lebih kurang RM35/gram. Tahun 2024 hari ini harga emas 1gram bersamaan dengan RM388/g.

Emas tetap sama tanpa kurang beratnya tapi duit semakin bertambah untuk dapatkan emas dengan berat yang sama.

Ini bermaksud duit kertas yang kita gunakan telah menyusut kuasa beli, tapi emas tetap dengan berat yang sama.

๐—ž๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป,

Jangan tunggu harga terbaik untuk buat belian dan simpan emas.

Selalunya ia tidak berbaloi kalau tunggu, sebab risiko duit bocor (dibelanja) adalah lebih besar.

Bila harga dah turun, duit pun dah habis digunakan. Emas tak bertambah, duit pun dah habis.

๐—ž๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป,

Setiap kali dapat gaji, paksa diri beli sekurangnya satu gram. Jangan tunggu ada duit lebih baharu nak beli (simpan). Kalau tunggu duit lebih, sampai bila-bila takkan ada lebih.

Konsep simpanan yang betul adalah "simpan dulu, belanja selebihnya. Bukan "belanja dulu, simpan selebihnya".

Kredit: KhajaNazimudeen
Sejarah harga 1 kilo saya kongsikan buat tatapan semua.

Tahun 2000 : RM 35,000
Tahun 2008 : RM 95,000
Tahun 2012 : RM 180,000
Tahun 2020 : RM 292,000
Tahun 2023 : RM 324,000
Tahun 2024 : RM 379,000

Bagi yang tak faham mana datangnya harga emas, meh saya kongsikan.

Harga emas bergantung kepada harga emas semasa dan sentiasa berubah setiap masa.

Apa kita perlu buat cuma beli dan 'peram', lepas 2 tahun ke atas, harganya auto naik lebih tinggi.

Masa tu, kita jual dan dapat pulangan lebih tinggi kerana harga semasa dah makin tinggi.

Mudah!

Kata pakar kewangan, kalau nak simpan kekayaan untuk jangka masa panjang, tukar duit tu jadi aset seperti hartanah, emas dan perak. Sebab aset ini mampu kekalkan kuasa belinya, bukan sekadar nombor.
"Kalau nak pergi beli kasut bagitahu la. Hafiz boleh advise mana kasut sesuai untuk running"

"Kalau salah beli, nanti boleh injured (cedera). Dulu Hafiz dah pernah injured sebab pakai kasut yang salah"

Hafiz (adik saya) cek kaki saya. Katanya saya kena pakai kasut jenis "ArchFit". Yang ada lekuk dekat tengah tu. Barulah tak sakit kaki...

Tiba-tiba Mama mencelah,

"Sebenarnya kaki mudah rasa sakit tu sebab ada duit..."

Haha... Betul juga... ๐Ÿคฃ๐Ÿ˜…

Dulu bertahun-tahun saya cuma ada 2 pasang kasut je. Satu kasut kerja, satu kasut casual. Dua-dua warna hitam - supaya sesuai dengan semua jenis pakaian.

Kasut kerja untuk pergi kerja.

Kasut kasual tu guna untuk pelbagai; naik motor, bersukan, jalan-jalan...

Dua pasang dah cukup.

Tapi sekarang... Aah... Saya pun tak ingat berapa pasang kasut yang saya ada.

Kasut kerja sahaja saya ada 4 pasang. Untuk urusan lain, lain kasutnya.

Untuk pergi mengopi, kasut lain. Untuk exercise, lain... Untuk bermotorsikal, lain... Untuk travel, lain pulak...

Aduhnya... Banyaknya kasut saya... Takut jatuh membazir (duit yang disia-siakan).

Setiap kali nak beli kasut baru, mesti ada justifikasi. Justifikasi tu semua betul-betul belaka...

Semalam pergi beli kasut baru di EON Mall Kota Bharu, sebab kasut lama (yang saya pakai tiap-tiap pagi untuk exercise) tapaknya dah haus...

So terpaksa beli baru...

Walhal masih ada 2 pasang lagi (seingat saya) kasut sukan di rumah. Yang satu kasut sukan saya cuma pakai bila nak travel. Sambil travel sambil exercise.

Lagi satu kasut sukan dah lama tak pakai. Rasa ketat... Sakit kaki bila exercise...

Masing-masing ada justifikasi yang betul untuk beli lagi satu kasut sukan baru... ๐Ÿ˜‚

Kenapa dulu bertahun-tahun cukup cuma 2 pasang kasut tapi sekarang 5 pasang pun tak cukup?

Sebabnya sekarang ada duit... Bila ada duit, dan pendapatan meningkat, keinginan kita pun akan meningkatkan.

Kita buat keputusan dengan emosi (untuk berbelanja), lepas tu kita justifikasikan dengan logik. Apa pun justifikasi kita, semuanya betul untuk menyedapkan hati.

Tiada siapa boleh bantah...

Pakar kewangan pun tak boleh bantah dan jangan cuba-cuba bagi saranan supaya "menabung dulu belanja selebihnya" sebab justifikasi kita adalah betul (untuk kita).

Tapi akhir sekali, itulah keadaan kewangan kita hari ni. Berapa banyak tabungan dan harta kita ada, berapa banyak hutang yang kita tanggung hari ni, itu semua hasil yang kita kumpul bertahun-tahun lamanya.

Keadaan kewangan kita 5 - 10 tahun akan datang, ia bergantung pada sikap dan tabiat kita hari ni.

Berbelanja yang nampak kecil, hutang yang kecil-kecil, tapi bila dikumpul bertahun-tahun lamanya, jumlah akhirnya besar juga...

Sebenarnya nak berbelanja berapa banyak pun tak ada masalah. Tapi kalau nak kaya, tak kisah berapa besar pun income kita hari ni, kita tetap kena pegang pada prinsip yang disarankan oleh guru-guru kewangan, "menabung dulu, berbelanja selebihnya".

Menabunglah sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan setiap bulan (sebagai permulaan), dan belanjalah selebihnya.

Kalau tunggu duit lebih baru nak menabung, alamatnya sampai bila-bila pun kita tak akan ada duit lebih untuk menabung.

Sebab bila pendapatan kita meningkat, keinginan kita pun sama meningkat.

Kasut yang dulu (waktu tak ada duit) okay jer kita pakai pun akan mula rasa sakit-sakit kaki bila ada duit (dalam akaun)... ๐Ÿ˜‚

#TipKewanganPeribadi
Mohd zulkifli shafie
Perkongsian Mentor Tn Syukor Hashim

Bulan Jun 2024 hari ke 18.

Group sales group PG1M dah mencecah RM9 juta ringgit pada hari ke 18. Alhamdulillah ๐Ÿ˜„๐Ÿ’ช

Nampaknya momentum pembelian emas fizikal oleh rakyat Malaysia terbukti masih kuat sejak April, Mei dan Jun.

Tahniah kepada anda yang menukarkan tunai kepada aset emas!

You love gold and gold will love you 10X ๐Ÿฅฐ

Tak kan nak tengok je orang lain menabung emas dah berpuluh ratus gram..

Nak mula dulu 1 gram atau RM 100, klik sini

https://pgbo.net/PG00540198/
Masa muda tak perlu ikut trend. Biar kawan anggap ketinggalan zaman.

Nanti usia 40 tahun, kawan masih struggle dengan hutang, kita dah pencen selesa dan bergaya.
Malaysia dah bersedia menyertai pakatan BRICS?

Kita tahu negara2 yg menyertai BRICS is targeting to reduce or maybe to totally eliminate dependencies on USD for trade.

Malaysia sudah bersedia to join the move? Kita tunggu dan lihat.

Nevertheless tahniah kepada tuan puan yang mula memiliki simpanan emas sebagai salah satu portfolio kewangan sedia ada, selain simpanan dalam bentuk wang fiat/cash.

Emas sangat bagus sebagai a hedging tool against the risk of inflation, hence keep saving GOLD to preserve our WEALTH against inflation.

Diversification is the KEY.

Hilyati
19 June 2024
DAPAT GAJI, BAYAR DIRI SENDIRI DULU

Minggu ni minggu gaji.

Hari paling menggembirakan bagi yang makan gaji.

Untuk pastikan kegembiraan tu bertahan lama, bila terima duit gaji, alihkan sebahagian duit sebagai simpanan PAKSA DAN LUPA, selebihnya baru dibelanjakan.

Jangan tunggu duit lebih baru nak menyimpan sebab sampai bila-bila pun tak akan ada duit lebih.

Apa yang kita belanjakan, itu membuatkan orang lain lebih kaya. Sebaliknya apa yang kita simpan, itu yang menambah kekayaan kita.

Jadi bayar diri sendiri dulu sebelum membayar orang lain.

Guru-guru kewangan sarankan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji perlu disimpan sebagai;

1. Dana kecemasan
2. Pelaburan masa depan
3. Perbelanjaan penting masa depan


Bagi penyimpan emas, sebahagian daripada 10% itu boleh digunakan untuk beli emas melalui #AkaunEmasGAP Public Gold, #1gram1bulan. Disiplinkan yang itu dulu.

Selebihnya terpulanglah nak letak dalam Tabung Haji atau ASB.

Kalau start simpan awal tahun, sedar-sedar hujung tahun, kita dah ada 12 gram.

Jom kita mulakan bersama-sama menyimpan emas demi masa depan.

https://pgbo.net/PG00540198/
Update Harga Emas GAP

Jangkaan Harga: RM 383
Harga Hari Ini: RM 383

Harga emas GAP dijangka KEKAL kepada RM 383 pada tengah malam nanti.
#TabungTipu

JIKA KENA SCAM BUAT APA?

Simpan no ini baik baik.

Selain kena tipu secara nyata, kita hari ini juga banyak kena tipu dengan selebriti agama, influencer topeng agama yang kuat kutip derma.

Diam diam komisyen untuk mereka antara 5%-20% dari jumlah kutipan pun ada.

Mereka semua ada Porsche , Roger dan kita yang derma hanya ada Axia dan Saga.

Mereka semakin halus permainannya.

Jika nak sumbang, masukkan tabung masjid dan surau terdekat kita. itu lebih baik dan jelas penerimanya.

Jangan mudah simpati dan percaya gais!

Azizul Azli Ahmad