Masjid Yusof Ishak
1.8K subscribers
1.56K photos
71 videos
24 files
552 links
Download Telegram
Seringkali kita terdengar perkataan “Infaq”, tetapi apa erti sebenar perkataan tersebut?

Infaq membawa maksud berbelanja - berbelanja yang berbentuk sedekah di mana seseorang itu tidak mengharapkan balasan, hanya untuk kesenangan ummah, keluarga dan juga kerana Allah.

Terdapat beberapa potongan ayat Al-Quran mengenai syarat-syarat melakukan infaq antaranya ialah untuk mendapat keredhaan Allah, untuk memudahkan mereka yang dalam kesusahan tanpa mengharapkan balasan dan hendaklah dilakukan sebelum seseorang itu meninggal dunia.

Kelebihan melakukan infaq ialah seperti sabda Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya sedekah itu memadamkan kemurkaan Allah dan mencegah kematian yang buruk (su’ul khotimah).”

Oleh itu marilah sama-sama kita melakukan infaq agar dapat memberi kesenangan bukan sahaja untuk kita di akhirat kelak tetapi juga menyenangkan kehidupan mereka yang memerlukan di dunia ini, biiznillah insyaAllah.
🔉aLIVE’s Ramadan Booklet is back and better!

📌Our pages will be filled with more fun activities and information to prepare you for another meaningful Ramadan insyaAllah. Plus, it's FREE!

Pre-order here: https://bit.ly/MRB2023-preorder
aLIVE students will receive their booklets in class

Order link closes *3 Mar 2023* at *5pm* sharp. So hurry!

P.S. Share and forward to all your family and friends. They won't want to miss this 😉 #Bismillah

#aLIVEinRamadan #RamadanSG2023
---
_Follow @learnislamsg on Telegram for aLIVE & ADIL updates_
Merangkai kata di bulan suci
Mengharap rahmat dariMu Rabbi
Doa dipanjatkan setulus hati
Buat mereka yang telah pergi

------

Mega Ta kembali lagi!

Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang, Masjid Yusof Ishak akan menganjurkan majlis tahlil "Mega Ta" pada tarikh-tarikh berikut:
7 Mac, 8 April & 21 April 2023.

Istimewa di malam Nisfu Syaaban juga, syarahan khas dengan tema "Pengampunan Allah lebih besar dari kemurkaanNya" akan disampaikan oleh Ustaz Dr. Yusri Yubhi Yusoff.

Mari sama-sama kita jayakan majlis ini.

Kehadiran anda sangat dialu-alukan.

Jumpa anda di Mega Ta!
Assalamualaikum.

Harap maklum.
Nabi s.a.w bersabda: "Anak Adam berkata: Hartaku, hartaku. Apakah benar engkau memiliki harta, wahai anak Adam? Bukankah apa yang engkau makan akan lenyap? Bukankah pakaian yang engkau pakai akan usang? Bukankah apa yang engkau sedekahkan akan berlalu? [HR. Muslim]

Harta yang digunakan sudah tentu akan berkurangan, sementara harta yang disimpan pula kelak menjadi warisan dan mungkin juga rebutan.

Namun, harta yang disedekahkan, pada hakikatnya, itulah harta kita yang sesungguhnya, kerana ia akan menjadi saham pahala untuk kita pada akhirnya.

Semoga Allah jauhkan kita dari sifat bakhil dan semoga harta yang kita miliki sentiasa diberkati olehNya.

#masjidyusofishak
#masjidSg
𝟐𝟎 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐣𝐮 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧

“Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti” (Ali Imran:193)

Sebagai hamba yang tak luput dari dosa, marilah kita merebut peluang di bulan Syaaban yang mulia ini untuk memperbanyak istighfar. Semoga Allah menerima taubat kita dan mengampuni segala dosa.

#masjidyusofishak
#masjidSg
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang menunaikan zakat. Dan mereka yang menjaga kehormatannya."
[Al-Mukminun:1-5]

Zakat dari segi bahasa bererti: bersih, suci, subur, berkat, dan berkembang.
Dari segi istilah: Sejumlah harta yang wajib dikeluarkan oleh umat Islam dan diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya sesuai dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Tunaikan kewajipan zakat agar kita termasuk di kalangan Mukmin yang berjaya!

#masjidyusofishak
#masjidSg
#Ramadan1444H