Masjid Yusof Ishak
1.79K subscribers
1.56K photos
71 videos
24 files
552 links
Download Telegram
Assalamualaikum para jemaah yang dikasihi

HARAP MAKLUM
.
Kuliah Dhuha akan direhatkan mulai hari ini dan akan kembali pada hari Isnin, 23 May 2022, inshaAllah.

Kami mengambil kesempatan ini, mendoakan agar anda semua meraih Ramadan yang penuh barakah dan bertemu dengan malam Lailatul Qadr, aamiin.

Sekiranya anda ingin mengikuti kuliah yang sudah lepas, boleh juga ke saluran YouTube kami @masjidyusofishak
⭐️ BERITA BAIK⭐️

Anda boleh membayar zakat pada hari Jumaat, mulai jam 3ptg (selesai sesi ke-2 solat Jumaat).

Harap maklum kami hanya menerima pembayaran melalui wang tunai atau NETS.

Semoga tambahan waktu ini memudahkan urusan anda, InsyaAllah
Assalamualaikum para jemaah yang dikasihi

Harap anda sihat-sihat belaka.

Kami ingin berpesan agar prihatin tentang kesihatan anda sebelum berlangkah pergi ke masjid dan tempat awam.

Kita sama-sama ingin mengurangkan penularan penyakit-penyakit, jadi kami berharap langkah berjaga-jaga harus diteruskan.

Terima kasih.
Assalamualaikum

Sukacita kami ingin menjemput anda semua untuk Qiyamullail bersama.

Mulai Sabtu, 23 April sehingga 2 Mei InsyaAllah, ia akan bermula dari 3.30pagi (Masjid akan dibuka dari 3pagi).

Kami ingin memohon agar anda memahami keadaan. Kami perlu menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman selepas sesi Qiyam nanti. Para jemaah diharap dapat beredar sementara.

Masjid akan dibuka kembali untuk solat Subuh pada 5.15pagi, InsyaAllah.

Pendaftaran (booking) tidak diperlukan 🚫

Sejadah peribadi
Keperluan solat peribadi
Pelitup muka dipakai sepanjang masa
Muslimah di aras 3 😁

InsyaAllah kita berjumpa. Semoga meraih keredhaan Allah SWT, aamiin.
Dari Abu Hurairah Ra., ia berkata, Rasulullah SAW bersabda,

"Tidaklah sekelompok orang berkumpul di suatu masjid untuk membaca Al-Qur'an dan mempelajarinya, melainkan mereka akan diliputi ketenangan, rahmat, dan dikelilingi para malaikat, serta Allah SWT akan menyebut-nyebut mereka pada malaikat-malaikat yang berada di sisi-Nya." [HR Muslim]

Dengan sukacitanya, kami ingin menjemput anda untuk turut serta bersama Majlis Khatam Quran yang bakal diadakan Sabtu ini, mulai jam 10 pagi.

Setelah dua tahun sepi di masjid ini, kami berharap anda dapat mengisi ruang masjid dengan alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Pendaftaran diperlukan melalui: bit.ly/khatamalquranmyi

Semoga kegiatan dan majlis ukhuwwah ini membawa kita ke Syurga Allah SWT. Aamiin.

#masjidyusofishak #masjidsg #ramadan #ramadanSG
Bismillahirrahmanirrahim

Teruja rasanya - setelah 2 tahun kita tidak beramah mesra, InsyaAllah kita kembali sambut Aidilfitri.

Dengan izin Allah SWT, Solat Aidilfitri di Masjid Yusof Ishak:

︎ 2 sesi: 7.30pagi | 8.45pagi
︎ Mesti buat tempahan
︎ Setiap jemaah mesti ada tempahan, termasuk kanak-kanak
︎ 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗱𝗮𝗵 peribadi mesti dibawa
︎ Sebaiknya berwudhu' dari rumah
*𝘒𝘢𝘮𝘪 𝘮𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘮𝘦𝘮𝘦𝘳𝘭𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘯𝘥𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘚𝘢𝘧𝘦𝘌𝘯𝘵𝘳𝘺 /𝘤𝘩𝘦𝘤𝘬-𝘪𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘴𝘰𝘭𝘢𝘵 Tarawih /𝘑𝘶𝘮𝘢𝘢𝘵 / 𝘚𝘰𝘭𝘢𝘵 𝘙𝘢𝘺𝘢 (𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘫𝘶𝘮𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘴𝘶𝘭𝘶𝘳𝘶𝘩𝘢𝘯 𝘫𝘦𝘮𝘢𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩𝘪 500 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨).

𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝗵𝗮𝗻?
ℹ️ 𝗞𝗵𝗮𝗺𝗶𝘀, 𝟮𝟴 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝗯𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝟭𝟬𝗽𝗮𝗴𝗶
ℹ️ 𝗯𝗶𝘁.𝗹𝘆/𝗕𝗼𝗼𝗸𝗦𝗼𝗹𝗮𝘁

⚠️ Apa anda harus sediakan?
a. Nama penuh

b. NRIC/BC anda / anak / pasangan

c. Nombor Telefon (setiap tempahan perlukan nombor telefon berasingan)

d. Alamat emel (setiap tempahan perlukan email berasingan)

e. Jangan lupa ambil gambar / screenshot tempahan anda

Sekiranya emel pengesahan lewat (check junk/spam inbox anda), boleh mendapat kepastian melalui bit.ly/SolatConfirm

Tempat amat terhad. Sekiranya anda sudah tempah, tetapi tidak dapat hadir, mohon batalkan tempahan anda untuk memberi laluan kepada orang lain.

Terima kasih.

#masjidyusofishak
#masjidsg
#solatgowhere
Assalamualaikum

Kami berbesar hati ingin menjemput anda malam ini, bersama-sama kita bertakbir pada malam Raya.

Aturcara program untuk malam Raya, serta maklumat tentang solat Hari Raya Aidilfitri esok, turut dilampirkan. Jemaah Muslimah, terutamanya, mohon rujuk pada panduan ini tentang solat Raya esok.

Kami ingin mengambil kesempatan ini, mengucapkan syukur dan terima kasih di atas sokongan, pemberian dan derma yang telah anda hulurkan. Hanya doa yang kami mohon, agar segala kebaikan yang telah anda berikan, diberikan ganjaran sebaik-baik ganjaran di akhirat kelak. Aamiin.

#masjidyusofishak