Masjid Yusof Ishak
1.79K subscribers
1.56K photos
71 videos
24 files
552 links
Download Telegram
Let's try to learn about ourselves a little deeper this Ramadan.Time to renew our personal pledge to be better.
#nakmasukSyurgaplease
Be a Part of the Masjid Yusof Ishak Team!

We have an opening for a Youth aLIVE Coordinator!

This FULL-TIME role requires someone who is:
• passionate about working with kids and youths;
• familiar with physical and online teaching methods & tools;
• able to multitask;
• able to manage part-time staff; and
• ARS-certified, with QTRS Tier 1 qualifications.

Email your resume to career@masjidyusofishak.sg. Closing date: 25 April 2022. Only shortlisted candidates will be notified.
Bismillah

Program Tilawah Al-Qur'an sempena bulan Nuzul Qur'an ini akan diadakan di perkarangan Masjid Yusof Ishak pada Hari Selasa, 19 April 2022.

Kita menyasarkan untuk mengkhatamkan Al-Qur'an pada hari tersebut secara beramai-ramai inshaAllah. Setiap peserta akan diberikan juzu' tertentu untuk dibacakan.

🌹Masa: 10pagi-12tengahari
🌹Tema Warna: Hijau
🌹Tempat: Masjid Yusof Ishak, Dewan Solat tingkat 2

Muslimah harap dapat hadir jam 9.30pagi atau selewatnya sebelum jam 10pagi untuk pendaftaran dan pembahagian juzu'.

Semua Muslimah dipersilakan hadir dan mengimarahkan rumah Allah ini.

*Sila register kehadiran disini:* bit.ly/tilawathonMYI
Ahad, 17 April 2022

Bismillahirrahmanirrahim

Kita diberi peluang untuk menyumbang kepada peningkatan Masjid Darul Makmur Ramadan ini.

Malam ini, kehadiran Ustaz Mohamed Fatris Bakaram akan menyerikan lagi masjid kita.

Kami berharap anda akan dapat menyokong tulisan mantan Mufti ini dan membeli bukunya yang berharga $50 senaskah. Buku akan dijual di masjid malam ini, InsyaAllah, bersama sesi tandatangan.

Semoga kita meraih ganjaran dan ilmu yang barakah untuk bekalan akhirat. Aamiin


#masjidsg
#masjidyusofishak #Wakaf #tarawihgowhere
Assalamualaikum para jemaah yang dikasihi

HARAP MAKLUM
.
Kuliah Dhuha akan direhatkan mulai hari ini dan akan kembali pada hari Isnin, 23 May 2022, inshaAllah.

Kami mengambil kesempatan ini, mendoakan agar anda semua meraih Ramadan yang penuh barakah dan bertemu dengan malam Lailatul Qadr, aamiin.

Sekiranya anda ingin mengikuti kuliah yang sudah lepas, boleh juga ke saluran YouTube kami @masjidyusofishak
⭐️ BERITA BAIK⭐️

Anda boleh membayar zakat pada hari Jumaat, mulai jam 3ptg (selesai sesi ke-2 solat Jumaat).

Harap maklum kami hanya menerima pembayaran melalui wang tunai atau NETS.

Semoga tambahan waktu ini memudahkan urusan anda, InsyaAllah
Assalamualaikum para jemaah yang dikasihi

Harap anda sihat-sihat belaka.

Kami ingin berpesan agar prihatin tentang kesihatan anda sebelum berlangkah pergi ke masjid dan tempat awam.

Kita sama-sama ingin mengurangkan penularan penyakit-penyakit, jadi kami berharap langkah berjaga-jaga harus diteruskan.

Terima kasih.
Assalamualaikum

Sukacita kami ingin menjemput anda semua untuk Qiyamullail bersama.

Mulai Sabtu, 23 April sehingga 2 Mei InsyaAllah, ia akan bermula dari 3.30pagi (Masjid akan dibuka dari 3pagi).

Kami ingin memohon agar anda memahami keadaan. Kami perlu menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman selepas sesi Qiyam nanti. Para jemaah diharap dapat beredar sementara.

Masjid akan dibuka kembali untuk solat Subuh pada 5.15pagi, InsyaAllah.

Pendaftaran (booking) tidak diperlukan 🚫

Sejadah peribadi
Keperluan solat peribadi
Pelitup muka dipakai sepanjang masa
Muslimah di aras 3 😁

InsyaAllah kita berjumpa. Semoga meraih keredhaan Allah SWT, aamiin.