Masjid Yusof Ishak
1.79K subscribers
1.56K photos
71 videos
24 files
552 links
Download Telegram
Masjid Yusof Ishak pinned «Assalamualaikum . . Kami lampirkan jadual kuliah di Masjid Yusof Ishak. . . Kami menjemput anda semua untuk sama-sama tingkatkan ilmu tentang agama dan memakmurkan masjid. . . Semua dijemput hadir. Kuliah kami percuma dan dibuka kepada semua. #masjidyusofishak…»
HEALTH FOR ALL
Jaga Kesihatan, Jaga Ummah 💯
Assalamualaikum everyone!

Masjid Yusof Ishak will be organising 👁Functional Screening👂🏽

🗓 20th October 2018
🕘 9am -12.30pm
🚻 Especially for our pioneers, 60 years old and above

Open to all Singaporens!

🆓 $0 for PG cardholders
$2 for CHAS card holders
$5 for non-cardholders

Please register. Call us at 6893 0093 or come to L2 Reception counter during office hours to register.

Register for your family and friends!
Do share around with your family members, neighbours and friends!

Let's be healthy together! 💪🏼💪🏽💪🏾💪🏿

🙌
☆Amanat Asatizah☆
Sabtu, 13 Oktober 2018
Selepas solat Isyak
Sudah sedia maklum bahawa bersedekah adalah satu ibadah dan sifat yang amat digalakkan.

Tetapi adakah kita pasti, sedekah yang kita hulurkan, akan membawa kita lebih dekat kepada syurga?

Mari kita sama-sama renungkan dan pelajari, agar sedekah yang diberikan akan menjadi penyelamat kita di akhirat nanti.

Dibuka kepada umum. Semua dipersilakan hadir agar mendapat ilmu yang manfaat, dunia dan akhirat. InsyaAllah
Assalamualaikum

Lanjutan dari program Super 4 (Fardhu 'Ain) modul 2, dengan pengkhususan kepada Fiqh, kami bawakan pada minggu ke-10 kuliah khusus bersama Ustaz Izal Mustafa Kamar, Penolong Pengarah, Pejabat Mufti, MUIS.

Peranan fatwa menjadi lebih genting dalam kehidupan hari ini yang semakin pesat berubah.

Fatwa memainkan peranan penting dan memberi kesan yang besar dalam kehidupan setiap Muslim, lebih-lebih lagi terhadap masyarakat Islam di Singapura sebagai golongan minoriti dalam sebuah negara kosmopolitan yang sekular, berbilang bangsa dan agama.

Ikuti kuliah ini untuk mengetahui dan membincangkan isu-isu yang dekat di hati, bersama Ustaz Izal Mustafa.

Tarikh: Rabu 31 Oktober 2018
Masa: 8 malam - 10 malam
Tempat: Oditorium, Aras 5
Pembayaran: $10 setiap seorang

Emel kepada islamic_learning@yusofishak.mosque.sg untuk pendaftaran/pertanyaan, atau langsung ke meja penyambut tamu pada waktu pejabat untuk pendaftaran.

Semua dipersilakan hadir.

#masjidyusofishak
#ilmuyangmanfaat
🔸Amanat Mufti🔸
27 Oktober 2018
Selepas Solat Isyak

Pada zaman sekarang, kita dapat melihat tren kesungguhan masyarakat Islam kita dalam mendalami ilmu agama. Mereka berusaha untuk mendalami semampu mungkin ilmu agama yang disediakan di Masjid-Masjid, organisasi-organisasi Islam, malahan ada juga yang mengambil peluang untuk mendapatkannya di laman media sosial.

Dalam kesungguhan ini juga, kita mendapati sebahagian daripada masyarakat kita menggunakan ‘ilmu’ yang mereka miliki ini untuk kepentingan peribadi atau memaparkan kekuatan diri, berbanding mereka yang lain. Dan ada juga sesetengah masyarakat kita suka mengambil fatwa atau hukum hakam dari luar negara dan mengaplikasikannya di dalam negara kita, tanpa mengambil kira konteks dan keadaan masyarakat yang berbeza.

Bagaimanakah kita ingin menjadikan ilmu yang kita terima ini, dapat memberikan manfaat kepada diri kita dan juga yang lain? Adakah dengan banyaknya ilmu, kita boleh menggunakannya tanpa rasa tanggungjawab dengan apa yang kita sampaikan? Adakah yang sepatutnya, ilmu yang kita perolehi membolehkan kita berkuasa untuk meninggikan pendapat kita sehingga pendapat yang lain diperkecilkan? Inilah yang berlaku di sesetengah masyarakat kita, khususnya di laman media sosial yang tiada simpangan.

Semoga dengan pencerahan daripada Mufti, masyarakat lebih memahami akan ilmu yang perlu diraih, adab yang perlu ditonjolkan, rahmah yang perlu disebarkan, dengan panduan Baginda Rasul saw.
InsyaAllah Qiyamullail Sabtu ini! Masjid akan dibuka dari 4 pagi. 😃