Masjid Yusof Ishak
1.78K subscribers
1.56K photos
71 videos
24 files
552 links
Download Telegram
RELAWAN BANTU PELIHARA MASJID

Kami amat terharu dan tumpang bangga dengan kecerdasan, serta kecenderungan para sukarelawan kami untuk perlihara kawasan masjid.

Relawan kami dari Green Circle Club, yang membantu menjaga tanam-tanaman di seluruh kawasan masjid telah diberi pengiktirafan oleh Community In Bloom (NParks). Secara kesuluruhan, taman-taman di persekitaran masjid telah dianugerahkan sijil Platinum.

Jika anda suka kepada bunga dan minat berkebun, ikuti acara kami pada Ahad ini, 16 September, dari 9 pagi hingga 5 petang. Pelbagai program diadakan. Sila rujuk kepada poster yang kami lampirkan.

Bantuan tenaga serta kepakaran dalam pelbagai aspek amat dialu-alukan. Jika anda berminat untuk menjadi sukarelawan kami, sila emel kepada outreach@yusofishak.mosque.sg.
AMANAT ASATIZAH
SABTU, 15 SEPTEMBER, 8.45 malam

AKU TAKUT PADA ALLAH

Lelaki yang diajak berzina oleh wanita yang berkedudukan dan cantik, lalu dia berkata: “Sesungguhnya aku takutkan Allah” adalah turutan kelima dari tujuh golongan manusia utama yang akan mendapat naungan Allah s.w.t di akhirat nanti.

Takut pada Allah berdasarkan kadar keilmuan dan darjat keimanan seseorang.
• Apakah yang boleh dipelajari daripada keimanan Nabi Yusuf AS, ketika digoda oleh isteri penguasa, kemudian beliau menolaknya?

Hanya dengan mengingati Allah, memohon perlindungan dan dan mengharapkan rahmatNya, dapat mendorong seorang muslim untuk meninggalkan kesenangan sementara, yang kemudiannya membawa penyesalan dan kerugian di belakang hari.

Mari sama-sama ikuti ceramah ini. Semoga Allah memelihara kita dan dijauhkan dari segala fitnah yang zahir mahu pun yang batin.

#masjidyusofishak
☆MALAM INI☆
Kita akan mulakan dengan bacaan Al- Ma'thurat. Sila rujuk pada lampiran ini. :)
Assalamualaikum

Kami mengajak anda untuk Qiyamullail pada pagi Sabtu ini, 22 September.

Seperti biasa, solat akan dipimpin oleh Ustaz Mustafalhafi Afandi.

Masjid akan dibuka pada jam 4 pagi. InsyaAllah.

#misiraihpahala
#masjidyusofishak
(Berikut adalah acara yang akan disampaikan di dalam Bahasa Inggeris.)
.
<OPEN TO ALL>
.
The next installment for our popular Talk Over Tea series will focus on Prophet SOLOMON A.S.

. Find out how we can avoid bad leadership and authority and do it with the best of intention, and faith.
.
How? Find out more! Saturday, 6 October. From 2.30pm.
.
Register to chope your seats k! Here’s the link:
https://myi-talkovertea-7.eventbrite.sg/
Assalamualaikum
.
.
Kami lampirkan jadual kuliah di Masjid Yusof Ishak.
.
.
Kami menjemput anda semua untuk sama-sama tingkatkan ilmu tentang agama dan memakmurkan masjid.
.
.
Semua dijemput hadir. Kuliah kami percuma dan dibuka kepada semua.

#masjidyusofishak
#kuliahMYI