Masjid Yusof Ishak
1.79K subscribers
1.56K photos
71 videos
24 files
552 links
Download Telegram
MAJLIS AWAL MUHARRAM 1440H
ISNIN, 10 SEPTEMBER 2018
DARI 6 PTG

Assalamualaikum

Jemaah dijemput untuk sama-sama menyambut Awal Muharram 1440H pada Isnin ini.

Para asatizah kami akan mulakan majlis dengan bacaan Ma’thurat serta Doa Akhir Tahun.

Selepas selesai Solat Maghrib, ia akan diikuti dengan Doa Awal Tahun.
Tazkirah oleh Ustaz Ahmad Shamsuddin Ahmad dengan tajuk "Permulaan & Pengakhiran Dengan Ketaatan"

Selepas Solat Isyak, anda dijemput untuk bersama-sama menikmati jamuan yang disediakan.

*Jemaah juga dipersilakan untuk membawa sumbangan makanana/minuman, untuk
dikongsi bersama.

#masjidyusofishak
Assalamualaikum

The coming months will see a lot of us going on holidays. We are sure you are super excited to go and see more of the world!

But....how do we fulfill our obligations while travelling? Surely, Allah has made it easy for us, but do we know exactly how easy it is? And how to go about doing it?

Join us Saturday 29 September, for a whole day of explanation, discussion and new knowledge.

This one-day in-depth course will be conducted in English.

Registration is required at https://tinyurl.com/travellersfiqh-29Sep

#masjidyusofishak
#ilmuforjannah
MAJLIS AWAL MUHARRAM 1440H
ISNIN, 10 SEPTEMBER 2018
DARI 6 PTG

Assalamualaikum

Jemaah dijemput untuk sama-sama menyambut Awal Muharram 1440H pada petang ini.

Para asatizah kami akan mulakan majlis dengan bacaan Ma’thurat serta Doa Akhir Tahun.

Selepas selesai Solat Maghrib, ia akan diikuti dengan Doa Awal Tahun.
Tazkirah oleh Ustaz Ahmad Shamsuddin Ahmad dengan tajuk "Permulaan & Pengakhiran Dengan Ketaatan"

Selepas Solat Isyak, anda dijemput untuk bersama-sama menikmati jamuan yang disediakan.

*Jemaah juga dipersilakan untuk membawa sumbangan makanana/minuman, untuk
dikongsi bersama.

#masjidyusofishak
Assalamualaikum
Berikut kami sertakan panduan Doa Akhir & Awal Tahun untuk Majlis Awal Muharram sebentar nanti.
RELAWAN BANTU PELIHARA MASJID

Kami amat terharu dan tumpang bangga dengan kecerdasan, serta kecenderungan para sukarelawan kami untuk perlihara kawasan masjid.

Relawan kami dari Green Circle Club, yang membantu menjaga tanam-tanaman di seluruh kawasan masjid telah diberi pengiktirafan oleh Community In Bloom (NParks). Secara kesuluruhan, taman-taman di persekitaran masjid telah dianugerahkan sijil Platinum.

Jika anda suka kepada bunga dan minat berkebun, ikuti acara kami pada Ahad ini, 16 September, dari 9 pagi hingga 5 petang. Pelbagai program diadakan. Sila rujuk kepada poster yang kami lampirkan.

Bantuan tenaga serta kepakaran dalam pelbagai aspek amat dialu-alukan. Jika anda berminat untuk menjadi sukarelawan kami, sila emel kepada outreach@yusofishak.mosque.sg.
AMANAT ASATIZAH
SABTU, 15 SEPTEMBER, 8.45 malam

AKU TAKUT PADA ALLAH

Lelaki yang diajak berzina oleh wanita yang berkedudukan dan cantik, lalu dia berkata: “Sesungguhnya aku takutkan Allah” adalah turutan kelima dari tujuh golongan manusia utama yang akan mendapat naungan Allah s.w.t di akhirat nanti.

Takut pada Allah berdasarkan kadar keilmuan dan darjat keimanan seseorang.
• Apakah yang boleh dipelajari daripada keimanan Nabi Yusuf AS, ketika digoda oleh isteri penguasa, kemudian beliau menolaknya?

Hanya dengan mengingati Allah, memohon perlindungan dan dan mengharapkan rahmatNya, dapat mendorong seorang muslim untuk meninggalkan kesenangan sementara, yang kemudiannya membawa penyesalan dan kerugian di belakang hari.

Mari sama-sama ikuti ceramah ini. Semoga Allah memelihara kita dan dijauhkan dari segala fitnah yang zahir mahu pun yang batin.

#masjidyusofishak
☆MALAM INI☆
Kita akan mulakan dengan bacaan Al- Ma'thurat. Sila rujuk pada lampiran ini. :)
Assalamualaikum

Kami mengajak anda untuk Qiyamullail pada pagi Sabtu ini, 22 September.

Seperti biasa, solat akan dipimpin oleh Ustaz Mustafalhafi Afandi.

Masjid akan dibuka pada jam 4 pagi. InsyaAllah.

#misiraihpahala
#masjidyusofishak