Masjid Yusof Ishak
1.8K subscribers
1.56K photos
71 videos
24 files
552 links
Download Telegram
Nabi s.a.w bersabda: "Anak Adam berkata: Hartaku, hartaku. Apakah benar engkau memiliki harta, wahai anak Adam? Bukankah apa yang engkau makan akan lenyap? Bukankah pakaian yang engkau pakai akan usang? Bukankah apa yang engkau sedekahkan akan berlalu? [HR. Muslim]

Harta yang digunakan sudah tentu akan berkurangan, sementara harta yang disimpan pula kelak menjadi warisan dan mungkin juga rebutan.

Namun, harta yang disedekahkan, pada hakikatnya, itulah harta kita yang sesungguhnya, kerana ia akan menjadi saham pahala untuk kita pada akhirnya.

Semoga Allah jauhkan kita dari sifat bakhil dan semoga harta yang kita miliki sentiasa diberkati olehNya.

#masjidyusofishak
#masjidSg
𝟐𝟎 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐣𝐮 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧

“Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti” (Ali Imran:193)

Sebagai hamba yang tak luput dari dosa, marilah kita merebut peluang di bulan Syaaban yang mulia ini untuk memperbanyak istighfar. Semoga Allah menerima taubat kita dan mengampuni segala dosa.

#masjidyusofishak
#masjidSg
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang menunaikan zakat. Dan mereka yang menjaga kehormatannya."
[Al-Mukminun:1-5]

Zakat dari segi bahasa bererti: bersih, suci, subur, berkat, dan berkembang.
Dari segi istilah: Sejumlah harta yang wajib dikeluarkan oleh umat Islam dan diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya sesuai dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Tunaikan kewajipan zakat agar kita termasuk di kalangan Mukmin yang berjaya!

#masjidyusofishak
#masjidSg
#Ramadan1444H
ʙᴇʀᴋᴀᴛɪʟᴀʜ ᴡᴀᴋᴛᴜ ᴘᴀɢɪᴍᴜ
ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴍᴇᴍʙᴇʀɪ ꜱᴇɪᴋʜʟᴀꜱ ʜᴀᴛɪ
ᴅᴏᴀ ᴍᴀʟᴀɪᴋᴀᴛ ᴜɴᴛᴜᴋᴍᴜ
ʏᴀɴɢ ʙᴇʀꜱᴇᴅᴇᴋᴀʜ ᴅɪ ꜱᴜʙᴜʜ ʜᴀʀɪ
-----
Marilah kita meraih keberkatan dengan memberikan sedekah kita yang terbaik di pagi hari ini. Semoga kita sama-sama didoakan para Malaikat di pagi hari Jumaat yang penuh berkah ini.


#masjidyusofishak
#masjidSg