Masjid Yusof Ishak
1.79K subscribers
1.56K photos
71 videos
24 files
552 links
Download Telegram
Assalamualaikum

A little step-by-step guide before you book your space for Friday prayers for 9 and 16 July.

Before you join the 'battle' tomorrow, at 10am, via bit.ly/BookSolat, please:

1. Ensure you have completed your vaccine and it is reflected on the TraceTogether / HealthHub app (install and/or update if needed please)
or
2. Confirm that you are able to bear the cost of, and take the ART/PCR
-- ART costs from $28.50 (cheapest at SATA Clinic at Woodlands Civic Centre)
-- PCR costs $160 at selected clinics (refer to MOH website for details)

This is our first time for this initiative and we really hope we the process will be a breeze.

If you are booking for your elderly parents/relatives/friends, please assist them to install/update their apps as well.

Thank you.

May Allah SWT make it easy for us, and may HE bless our efforts.

#masjidyusofishak

P/S: From our limited knowledge, SATA Clinic (at Woodlands Civic Centre) offers the ART at $28.50.
MyDoctors (at Blk 768 Woodlands Ave 6) offers the ART at $30
The other clinics in Woodlands are offering the test from $40 onwards.

If you know any clinics in the area that offers the testing at an affordable price, do share with us!

Also, do the ART on the Thursday before your Friday prayer slot, from 3.30pm! (Test results are valid for 24h only, and should be valid until after your prayer session ends!)
😀
#masjidyusofishak
Assalamualaikum

Sebentar lagi, jam 10 pagi, anda boleh tempah ruang untuk solat Jumaat di Masjid Yusof Ishak ini.

Tambahan ruang solat adalah satu usaha dari kami, sebagai tanda penghargaan kami.

Jika anda sudah selesai proses vaksinasi, insyaAllah tiada halangan untuk anda memasuki masjid.

Bagi anda yang belum menerima / belum selesai divaksin, kami mengucapkan terima kasih kerana anda berusaha untuk membiayai kos ujian ART/PCR. Semoga Allah SWT melimpahi rahmatNYA dan mengurniakan rezeki. Ameen.

Kami melampirkan nota ringkas tentang keperluan PET di sini.

Jika anda menetap di kawasan Woodlands, klinik yang menawarkan harga yang agak rendah untuk ART adalah SATA di Civic Centre ($28.50) atau MyDoctors di Blk 768 Woodlands Ave 6 ($30).

Maklumkan kepada kami juga di 'comments' jika ada klinik yang menawarkan harga berpatutan. Kita kongsi maklumat bersama.

Terima kasih.

#masjidyusofishak
Assalamualaikum

Jika anda mendapat tempahan untuk solat Jumaat esok, jangan lupa ambil ujian ART atau PCR, sekiranya anda belum selesai proses vaksinasi anda.

Kami sarankan anda membuat ujian itu selepas jam 3.30ptg hari ini.

Kami berharap anda dalam keadaan sihat sejahtera. InsyaAllah.

Jangan lupa untuk membawa kertas/maklumat pengesahan ujian atau vaksin anda esok!

Terima kasih.

#masjidyusofishak
https://www.instagram.com/p/CRDWP4kLaNV/?utm_medium=share_sheet
Masjid Yusof Ishak
Assalamualaikum

InsyaAllah pada Isnin, 19 Julai 2021, malam raya EidulAdha, kami akan adakan bacaan Tahlil dan doa, yang akan dibawakan oleh Ustaz Idris Rifaei.

Ia akan disiarkan langsung, menerusi lelaman Facebook, selepas solat Maghrib, 7.30 malam, insyaAllah.

Kami mengalu-alukan penyertaan nama arwah untuk disertakan. Anda boleh berikan kepada kami melalui bit.ly/dermaMYI selewat-lewatnya Ahad, 18 Julai, pada 12 tengahari.

Terima kasih.

#masjidyusofishak
Assalamualaikum

InsyaAllah Masjid Yusof Ishak akan menyediakan 𝟓 𝐙𝐨𝐧 (𝟓𝟎 𝐣𝐞𝐦𝐚𝐚𝐡 𝐗 𝟓 𝐳𝐨𝐧) 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝟑 𝐬𝐞𝐬𝐢 pada Hari Raya AidilAdha ini (Selasa, 20 Julai).

Sebelum "bertarung" esok untuk menempah tempat, mohon baca beberapa perkara penting yang kami ingin sampaikan.

𝟭. 𝗝𝗘𝗠𝗔𝗔𝗛 𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧, 𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗 𝗧𝗘𝗥𝗣𝗘𝗟𝗜𝗛𝗔𝗥𝗔
Pastikan anda:
a. Sudah selesai proses vaksinasi (ambil kedua-dua dos, dan dos kedua diambil 5 Julai atau lebih awal)

ATAU

b. bersedia untuk membiayai kos dan mengambil ART / PCR

𝟮. 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗛 𝗥𝗨𝗔𝗡𝗚 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗧𝗨𝗟
Muslimin: Zon 1 , 2 , atau 5
Jika anda sihat dan boleh naik/turun tangga - mohon pilih zon 5 (aras 1)

Muslimah: Zon 3 & 4 (aras 3)

𝟯. 𝗦𝗘𝗗𝗜𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗
i. Pengesahan Tempahan (Booking Confirmation)
ii. Bukti status vaksin (applikasi TraceTogether/HealthHub atau surat klinik/tempat vaksinasi)
atau
Keputusan ujian ART / PCR (pastikan ia masih sah)

𝟰. 𝗕𝗔𝗪𝗔 𝗕𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗕𝗔𝗗𝗜
i. Sejadah
ii. Telekung

𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭, 𝟏𝟔 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢, 𝟗 𝐩𝐚𝐠𝐢 --> 𝐛𝐢𝐭.𝐥𝐲/𝐁𝐨𝐨𝐤𝐒𝐨𝐥𝐚𝐭

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kita dan memberkati usaha kita bersama.

Terima kasih.

#masjidyusofishak
🔔🔺‼️ PENTING
Jika belum selesai proses vaksinasi, anda mesti lakukan ART / PCR.
Termasuk kanak-kanak.