marini.PG Channel
312 subscribers
11.2K photos
544 videos
4 files
4.12K links
Assalamualaikum,
Saya berkongsi ilmu kewangan dan simpanan emas yg mudah, selamat dan patuh syariah.

Marini Abu Bakar
Master Dealer Public Gold
PG00521019

Daftar akaun emas percuma:
https://publicgold.me/marini
https://wasap.my/60192616244/emasPG
Download Telegram
Analisis harga emas 19/5/2025.
Oleh Tn Syukor Hashim

Gais.

Harga emas dibuka dengan lonjakan naik pagi ini.

Walaupun ada penganalisis yang mengatakan harga emas akan jatuh minggu ini namun agak tersasar ramalan tersebut.

Kenapa harga emas naik? Ini analisis daripada saya.

Pada 16 Mei 2025 (Jumaat), agensi penarafan kredit antarabangsa, Moody’s, telah menurunkan penarafan kredit rating Amerika Syarikat daripada Aaa kepada Aa1.

Langkah ini didorong oleh kebimbangan terhadap peningkatan beban hutang melebihi AS$36 trilion, serta tekanan pembayaran faedah yang semakin meningkat.

Penurunan penarafan ini telah mencetuskan reaksi dalam pasaran kewangan global, khususnya terhadap harga emas.

Jam 8.26 pagi waktu Malaysia, harga emas naik 📈 62.08 USD/ Oz menjadi 3247.94 USD/Oz.

Kenapa?

Bila credit rating US jatuh, ia menyebabkan nilai USD jatuh dan harga emas naik.

Apabila kepercayaan terhadap sekuriti kerajaan seperti Bon Perbendaharaan AS mula goyah, para pelabur cenderung beralih kepada emas sebagai simpanan nilai yang lebih stabil.

Kenaikan hasil bon (bond yields) yang kini mencecah 4.5% turut menandakan peningkatan risiko serta kos pinjaman yang lebih tinggi bagi kerajaan AS, sekali gus meningkatkan daya tarikan emas.

Untuk pengetahuan anda, buat masa nie saya dapati harga emas sukar dijangka.

Ia boleh turun naik dengan banyak dan cepat bergantung kepada news yang keluar.

Kadang-kadang ada news yang tidak dijangka seperti ini keluar dan ia boleh menggerakkan harga emas.

Kita ingat emas boleh turun, tetapi tiba-tiba dia naik.

Jadi sebagai pelabur dan penyimpan emas; kalau emas turun banyak, ia adalah peluang kita membeli aset mahal pada harga yang lebih murah.

Ingat 2 strategi simpan emas.

1. Tambah gram emas anda.
2. Fikir long term

Sila share jika bermanfaat.

19/5/2025
#NotaEmasSyukorHashim
#Emas
#publicgold
Analisis harga emas 23/5/2025.

Gais.

Malam nie harga emas tiba-tiba harga emas mencanak naik (54.03 USD/Oz) menjadi USD3351.31

Apa sebabnya?

Jom saya buat analis untuk anda.

Malam nie ada satu news yang keluar dan ia meningkat ketegangan dalam perang perdagangan.

Donald Trump mengumumkan cadangan tarif baharu — 25% ke atas iPhone yang tidak dikilangkan di AS dan 50% tarif terhadap semua import dari Kesatuan Eropah bermula hujung minggu depan.

Reaksi pasaran adalah serta-merta dan negatif, dengan saham Apple menjunam lebih 3% manakala indeks pasaran hadapan S&P 500 dan Eurostoxx 600 turut terjejas.

Berita ini menyebabkan harga emas memberikan tindakbalas positif.

Sebagai aset lindung nilai, emas mencatatkan lonjakan harga sebanyak 1.1% dan melepasi paras $3,300 seauns — satu peningkatan yang signifikan.

Walaupun harga emas jatuh mendadak minggu lepas (14/5/2025) disebabkan perkembangan positif antara US dan China, namun ia tidak bermaksud harga emas akan terus jatuh.

Perang perdagangan antara US dan the rest of the world masih wujud dan masih hangat.

Apabila ada negatif news yang keluar (seperti malam nie), harga emas boleh mendadak naik.

Pada pendapat saya, bila harga emas menjunam, itu adalah peluang membeli aset mahal pada harga murah.

Ingat strategi pelaburan emas.

1. Tambah gram emas anda dari masa ke semasa.

2. Fikir jangka masa panjang (2 tahun ke atas)

3. Bila harga jatuh banyak, itu adalah peluang membeli aset mahal pada harga murah.

Sekian.

Sila share jika bermanfaat.

23/5/2025 jam 8.50 malam.

#emas
#publicgold
#EkonomiGlobal #PasaranEmas #AnalisisEkonomi #SafeHavenAssets #PelaburanBijak