Public Gold dilantik sebagai pengedar utama jongkong Emirates Gold di Asia Tenggara dan Asia Barat
Oleh 'AINA SYAZWINA
aina@dagangnews.com
KUALA LUMPUR 6 Mei – Public Gold Marketing Sdn Bhd dilantik sebagai pengedar utama jongkong dan produk emas jenama Emirates Gold di Asia Tenggara dan Asia Barat, susulan
termeterainya dua perjanjian strategik dengan syarikat penapis dan pengeluar jongkong emas terkenal Emiriah Arab Bersatu (UAE), Emirates Gold DMCC.
Antara tumpuan utama kerjasama itu adalah pameran sulung produk Emirates Gold di Malaysia menerusi "Malaysia Gold Jewellery Exhibition (MGJE) 2025" yang akan berlangsung dari 9 hingga 11 Mei di Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang.
Public Gold akan menjual jongkong dan produk emas berjenama Emirates Gold di seluruh Asia Tenggara dan Asia Barat dengan sokongan bekalan emas fizikal secara berterusan daripada Emirates Gold, yang turut menjamin kualiti, keselamatan, dan keupayaan pengeluaran yang konsisten.
Kerjasama itu melihat Emirates Gold membekalkan emas fizikal berterusan kepada Public Gold untuk diedarkan di
seluruh Asia Tenggara, seterusnya mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan emas global.
Public Gold berkata, perjanjian tersebut akan memperluas akses pengguna kepada emas runcit inovatif, mengukuhkan hubungan ekonomi antara Malaysia dan UAE, serta membuka peluang untuk integrasi industri emas di peringkat serantau.
"Kerjasama ini menggabungkan kepakaran penapisan bertaraf dunia Emirates Gold dengan kekuatan infrastruktur runcit dan jaringan pelanggan Public Gold serantau," kata syarikat dalam satu kenyataan.
Ketua Pegawai Eksekutif Emirates Gold, Abhijit Shah menyifatkan kerjasama tersebut sebagai langkah strategik ke arah membina ekosistem emas yang telus, inovatif, dan mampan di rantau ini.
"Dengan jaringan pelabur, pengguna, dan rakan institusi yang luas di Asia Tenggara dan Asia Barat, kami yakin Public Gold mampu menaikkan jenama Emirates Gold ke tahap lebih tinggi," katanya.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Public Gold akan membawa teknologi “ATM Emas" miliknya ke UAE dalam menjadikan Malaysia pelopor dalam penjualan automatik emas secara global.
Kini, lebih 70 mesin ATM Emas telah ditempatkan di Malaysia.
Public Gold akan mengendalikan operasi penuh termasuk pengurusan inventori, perkhidmatan pelanggan dan pemasaran, manakala Emirates Gold akan menyediakan bekalan emas serta kemudahan penyimpanan di UAE.
Pengasas merangkap Pengerusi Eksekutif Public Gold Group yang juga Presiden Persatuan Emas Malaysia (MGA), Datuk Wira Louis Ng berkata, kerjasama tersebut membuktikan
keupayaan Malaysia dalam inovasi perdagangan emas dan meningkatkan daya saing negara di peringkat antarabangsa.
"Ini bukan hanya kejayaan Public Gold, tetapi satu pengiktirafan terhadap industri emas negara yang kini memasuki fasa baharu di peringkat global," katanya.
Laporan: DagangNews.com
#NotaEmasSyukorHashim
6/5/2025

Analisis harga emas 19/5/2025.
Oleh Tn Syukor Hashim
Gais.
Harga emas dibuka dengan lonjakan naik pagi ini.
Walaupun ada penganalisis yang mengatakan harga emas akan jatuh minggu ini namun agak tersasar ramalan tersebut.
Kenapa harga emas naik? Ini analisis daripada saya.
Pada 16 Mei 2025 (Jumaat), agensi penarafan kredit antarabangsa, Moody’s, telah menurunkan penarafan kredit rating Amerika Syarikat daripada Aaa kepada Aa1.
Langkah ini didorong oleh kebimbangan terhadap peningkatan beban hutang melebihi AS$36 trilion, serta tekanan pembayaran faedah yang semakin meningkat.
Penurunan penarafan ini telah mencetuskan reaksi dalam pasaran kewangan global, khususnya terhadap harga emas.
Jam 8.26 pagi waktu Malaysia, harga emas naik 📈 62.08 USD/ Oz menjadi 3247.94 USD/Oz.
Kenapa?
Bila credit rating US jatuh, ia menyebabkan nilai USD jatuh dan harga emas naik.
Apabila kepercayaan terhadap sekuriti kerajaan seperti Bon Perbendaharaan AS mula goyah, para pelabur cenderung beralih kepada emas sebagai simpanan nilai yang lebih stabil.
Kenaikan hasil bon (bond yields) yang kini mencecah 4.5% turut menandakan peningkatan risiko serta kos pinjaman yang lebih tinggi bagi kerajaan AS, sekali gus meningkatkan daya tarikan emas.
Untuk pengetahuan anda, buat masa nie saya dapati harga emas sukar dijangka.
Ia boleh turun naik dengan banyak dan cepat bergantung kepada news yang keluar.
Kadang-kadang ada news yang tidak dijangka seperti ini keluar dan ia boleh menggerakkan harga emas.
Kita ingat emas boleh turun, tetapi tiba-tiba dia naik.
Jadi sebagai pelabur dan penyimpan emas; kalau emas turun banyak, ia adalah peluang kita membeli aset mahal pada harga yang lebih murah.
Ingat 2 strategi simpan emas.
1. Tambah gram emas anda.
2. Fikir long term
Sila share jika bermanfaat.
19/5/2025
#NotaEmasSyukorHashim
#Emas
#publicgold