Saya ada pengalaman 15 tahun dengan emas.
Saya telah melalui fasa strong uptrend 2008 - 2011 (gambar A)
Pada waktu ini, antara teknik yang popular ialah teknik 1+2 dan masuk arrahnu.
Anda beli 1 gold bar, company “bagi free 2 ketul gold bar” lepas tu semua 3 ketul masuk Ar-Rahnu. Duit pinjaman tu semua company ambil.
Jadi pelabur “dapat 3 ketul emas”, tetapi semua dalam Arrahnu dan hutang atas nama pelabur. Company dah dapat balik modal sebab hasil gadaian 3 ketul (termasuk yang pelabur punya mereka ambil).
Bila harga naik, company ajar buat overlap surat baru. Dapat duit lebihan, tapi pelabur tak sedar bahawa overlap surat tu = tambah hutang atas nama dia.
Teknik kedua ialah rempit.
Teknik yang popular tahun 2008 - 2011 (Tengok gambar A) Iaitu beli emas dengan modal besar, contohnya 20k nilai emas, lepas tu gi gadai dan dapat duit 85%.
Duit tu beli lagi emas, lepas tu gi gadai lagi, pastu dapat duit lagi 85% dan beli lagi emas, pastu gi gadai lagi dapat 85% duit, pastu beli lagi emas.
Cycle ini diulang-ulang sampai surat gadai tu penuh satu folder.
Namun bila trend harga emas menurun daripada tahun 2012 - 2015 (B), maka kesemua teknik ini bungkus habis. Tak relevan dengan trend harga emas yang semakin jatuh.
Waktu nie, skim cepat kaya naik macam cendawan. Pengelola cakap “Buat apa kau beli emas dan simpan? RUGI!! Baik kau labur dengan syarikat kami (skim cepat kaya).
Kami akan ehem! ehem! dagangkan emas anda dan akan kongsi keuntungan dengan anda. Masa nie keluarlah skim ETA, pilot, pisang, kotak dan macam-macam istilah lagi.
Lepas tu. Tahun 2014, semua skim cepat kaya jatuh habis satu persatu. Nama nama popular seperti tok b**k dan k* b* semua lingkup. Kerugian dianggarkan berpuluh juta RM. Yang kena tipu majoriti orang Melayu.
Tahun 2015 - 2018 (C), harga emas sideway.
Waktu nie orang tak berapa minat nak beli emas. Sebab takde trend yang jelas. Naik sikit, jatuh balik. Naik sikit jatuh balik. Memang slow orang beli emas.
Tahun 2019 - 2020 (D) gold strong uptrend balik, faktor trade war us china, us vs iran dan covid-19 menyebabkan harga emas naik banyak dan cepat. Emas jadi trending balik.
Jadi banyak syarikat emas aktif kembali/ditubuhkan.
Macam macam-macam investment produk masuk pasaran.
Ada yang konservatif dan ada yang offer leverage. Ada yang offer gadaian murah takde tarikh luput.
Banyak nasihat dan skill pelaburan yang didendangkan oleh konsultan emas. Banyak yang perlu disemak akan kebenarannya.
Sekarang 2022 (E). Apakah trend harga emas? Adakah produk-produk investment baru mampu bertahan dengan trend? Kita tunggu dan lihat.
Namun satu perkara yang saya nampak sepanjang 15 tahun dengan emas nie.
Orang yang konsisten beli dan simpan emas akan untung dalam jangka masa panjang.
Straight forward beli dan simpan.
#Notasifuemas