Nasihat Emas Makcik
429 subscribers
620 photos
78 videos
2 files
355 links
Segala Tips tentang emas; pelaburan, barang kemas 916, aurora italia & pelindung masa depan
Download Telegram
Subhanallah.. Allah bagi peluang bagi yg baru nak mula dan yang nak tambah simpanan emas.... Mari lah alih simpanan RM kita kepada Gram logam Mulia...
Kenapa Harga Emas Turun Pulak?

Nie jawapan daripada sifu emas makcik... Baca dan hadam ๐Ÿ˜Š

Jumaat (6/8/2021) harga emas jatuh mendadak ketika sesi dagangan New York.

Jadi saya nak berkongsi ilmu dengan anda, kenapa harga emas jatuh banyak?

Pelabur emas dan penyimpan emas patut belajar ilmu ini sebab ia akan berulang setiap bulan.

Baik, untuk pengetahuan anda kejatuhan harga emas semalam berpunca daripada Laporan pekerjaan US (Non Farm Payroll) atau singkatannya dipanggil NFP.

Laporan NFP mengukur berapa banyak pekerjaan yang dicipta atau hilang pada bulan lepas (Julai). Laporan ini biasanya dikeluarkan pada jam 8.30 pagi waktu US, hari Jumaat minggu pertama.

Laporan ini SANGAT PENTING kerana ia menggambarkan kekuatan ekonomi US. Kekuatan ekonomi US diukur dengan melihat berapa banyak pekerjaan yang tercipta (atau hilang) setiap bulan.

Mula-mula pakar ekonomi US akan MEMBUAT ANGGARAN berapa banyak peluang pekerjaan yang tercipta pada bulan tersebut dan kemudian ia akan dibandingkan dengan data sebenar.

Jika jumlah pekerjaan sebenar melebihi anggaran, ia memberikan gambaran bahawa pasaran kerja semakin kuat dan ia memberikan gambaran ekonomi semakin pulih.

Ekonomi US yang kuat menyebabkan duit USD turut menguat. Ia akan merancakkan pasaran saham namun akan MENJATUHKAN HARGA EMAS. Pelabur akan menjual emas dan menukarkan aset ke dalam bentuk USD.

Sebaliknya jika data NFP lemah, maka ia menggambarkan ekonomi US yang tidak kuat. Jadi pasaran saham akan jatuh, US Dollar akan jatuh dan harga emas akan naik. Sebab pelabur akan menjual aset USD dan membeli emas.

Semalam ada kejutan di dalam NFP.

Pakar ekonomi US membuat jangkaan peluang pekerjaan bulan Julai adalah 870,000 sahaja.

Namun apabila laporan sebenar dikeluarkan, didapati jumlah pekerjaan yang dicipta pada bulan Julai 2021 adalah 943,000. Ini menggambarkan pasaran kerja US semakin pulih.

Angka ini menyebabkan kadar pengangguran di US menurun kepada 5.4% , kadar yang terbaik sejak Mac 2015.

Kejutan inilah yang menyebabkan emas jatuh sehingga USD41 per OZ dalam ketika sesi dagangan New York (lebih kurang 2.06%).

Adakah harga emas akan terus jatuh selepas ini?

Jawapannya tidak juga. Sebab harga emas sekarang berada pada paras support 1763 USD (strong support)

Samada harga emas akan terus jatuh atau naik, ia bergantung kepada data-data ekonomi yang akan datang, contohnya data inflasi CPI pada 11/8/2021 jam 8.30 malam waktu Malaysia. Ini adalah satu lagi laporan ekonomi impak tinggi. Kita tunggu dengan senyuman :)

Sesuai tak beli emas pada harga ini?

Secara teknikal, saya cakap YA. sesuai beli sebab harga emas berada di support USD1763 (tengok gambar)

Anda boleh #share posting ini dengan rakan-rakan anda.

Enjoy your weekend!
Menurut Robert Kiyosaki, emas satuยฒnya aset kewangan yang tiada rekod dalam sistem kewangan dunia.

Ya, tak ada dalam rekod bank, rekod pejabat tanah atau pun rekod percukaian. Sebab tu, orang bankrap pun boleh simpan emas. Tak siapa pun boleh ambil dan bekukan simpanan emas tu.

Berbeza dengan asetยฒ lain yang akan dibekukan bila kita diisytiharkan bankrap. Ini istimewa nya bila kita simpan emas.

Bukan saja dapat 'tali hayat' terakhir kalau ada keruntuhan sistem kewangan dunia. Tapi dapat jadi 'tali hayat' terakhir kalau berlaku keruntuhan kewangan peribadi ๐Ÿ˜‰
Hari nie 1g bersamaan dengan RM256... Cantik sgt dh sape nk mula...

http://wasap.my/60133997980/DealerPG
TIADA MASA & HARGA TERBAIK,
Selagi tidak mulakan tindakan

Niat nak simpan emas dah ada, tapi selalu beralasan nak tunggu masa terbaik dan harga terbaik.

Untuk pengetahuan semua, masa atau harga terbaik untuk beli emas adalah waktu kita ada duit yang tidak digunakan ataupun maksudnya duit tu nak disimpan untuk jangkapanjang.

Katakanlah kalau hari ini harga emas cecah harga lantai sekalipun tapi waktu tu duit dah habis, ianya bukan lagi masa atau harga terbaik.

Sebab tu kalau kita sebagai penyimpan emas, jangan lihat pada harga, lihat pada duit yang ada ditangan tu.

Agak-agak boleh bertahan lama tak duit tu untuk tunggu masa & harga terbaik?

Sebagai penyimpan emas bukan masa atau harga terbaik menjadi ukuran, tapi jumlah gram dalam simpanan yang perlu diutamakan.

Perlu pastikan gram sentiasa bertambah, baru kekayaan kita turut bertambah.

Bagi sesiapa nak makcik guide cara beli dan simpan emas paling selamat, paling murah, paling mudah, lekasklik link ini www.wasap.my/60133997980/sayanaksimpanemas
Sam Zell, seorang pelabur billionaire dari US telah membuat kejutan apabila beliau membeli emas buat kali pertama dalam hidupnya.


Bayangkan, billionaire ini membeli emas ketika usianya 79 tahun!

Selama 78 tahun, beliau tidak pernah membeli emas. Malah sepanjang kariernya sebagai pelabur, beliau tidak menyarankan pembelian emas.

Alasannya adalah 1) Emas tidak mendatangkan pendapatan dan 2) Emas memerlukan kos penyimpanan.

Namun pada usianya 79 tahun, paradigma Sam Zell berubah sama sekali.

Di dalam temubual beliau di Bloomberg, Sam Zell berkata, beliau boleh melihat inflasi sedang melanda US.

Beliau berkata "kami melihat kesan inflasi di semua tempat, anda mungkin membaca tentang kenaikan harga kayu, tetapi kami melihat kesan inflasi di semua perniagaan kami"

"Justeru, saya membeli emas sebagai perlindungan daripada inflasi" kata Sam Zell lagi.

"Kerajaan US dan negara-negara lain turut mencetak wang yang banyak. Jadi ini akan mengkibatkan kesan inflasi"

Zell merasakan bahawa kesan inflasi ini bukan kesan jangka pendek, malah boleh menjadi kesan jangka masa panjang.

Dulu saya selalu memperlekehkan orang yang membeli emas. Namun kini saya sendiri membeli emas.

Kesimpulan.
Jika pelabur bertaraf billionaire membeli emas untuk melindungi kekayaan beliau, apatah lagi kita yang bertaraf pelabur marhein ini.

Saya cadangkan anda ikut ajer jejak langkah Sam Zell.

Alihkan sebahagian kekayaan anda ke dalam bentuk emas.

Anda akan berterima kasih kepada diri anda sendiri!
Bagi yang masih bekerja...Masih ada sales... Masa pkp ini adalah masa terbaik untuk menyimpan...Simpan lebih sikit... ๐Ÿ˜Š Nak simpanan yang melekat, payah nak bocor...Simpan emas... Mudahkan

Tak payah duk tanye untung ke tidak simpan emas...Duit tak bergerak bila simpan emas...takut kena rompak... Tak nampak untung emas... takut kena tipu... dan banyak lagi alasan...

Beli diam2, simpan diam2 ๐Ÿ˜

Uols...Menyimpan atau memiliki emas ini lebih daripada mendapat keuntungan semata-mata...emas ini istimewa... emas salah satu nikmat daripada Allah untuk hamba Nya...Jadi kenapa tak mau simpan emas...๐Ÿค” Tepuk dada tanye iman... Saje bagitau... ๐Ÿ˜‡

#makcikpublicgold #AmazingJE24K #magicalgoldcircle
http://www.wasap.my/60133997980/sayanaksimpanemas
Menyimpan RM di bank dengan menyangka nilainya akan bertambah itu silap.

Walaupun bank menawarkan deviden kepada penyimpannya tetapi kadar inflasi secara purata lebih tinggi sebenarnya.

Inflasi ini macam anai-anai. Walaupun kecil tetapi kesannya boleh meruntuhkan sebuah rumah. Nilai RM kita berkurang setiap tahun.

Sebab itu antara nasihat pakar kewangan meminta simpan RM di bank sekadar untuk kegunaan semasa. Tak sesuai untuk simpanan masa depan.

Bahagia ke bahagia sangat?
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Dunia akhir zaman...Makcik sarankan yang ada simpanan duit yang banyak... Alih jadi emas... Yang tak ada lagi simpanan duit... Mulakan dengan simpanan emas serendah RM100 secara konsisten dan mungkin perlu di paksa... Kurangkan perbelanjaan kehendak... In Shaa Allah ada jalan untuk menyimpan....
Anak muda yang bergaji RM2,000 tak nak lagi fikir langsung pasal simpan dan labur. Nak enjoy dulu katanya.

Setakat manalah kau nak enjoy dengan gaji RM2,000 tu dik. Tapi abang yakin satu hari nanti, kau akan berubah.

Macam biasa, masa dapat hidayah untuk berubah tu, mesti kau akan termenung dan bermonolog sendiri.

โ€œKenapalah aku tak simpan duit daripada dulu. Nak kahwin pakai duit, nak beli rumah lagilah banyak duit kena ada. Kalaulah aku simpan duit sejak dulu, sekarang banyak dah duit aku.โ€

Itu cerita dia kalau kalau kalau.

Jadi, sebelum kau berkalau-kalau, baiklah kau jumpa personally dengan kawan kau yang umur sekitar 40-an dan tanya pengalaman mereka.

Mesti ramai yang cakap,

โ€œItulah bro. Baik kau simpan duit daripada sekarang. Kau muda lagi. Nanti bila dah kahwin, lagi susah nak simpan duit. Kau jangan jadi macam aku, lambat sedar.โ€

Benda ni sama ada kau nak belajar daripada pengalaman orang lain atau kau sendiri buat silap dan kerugian masa muda kau.

Pilihlah.

Kredit: Harith Faisal
Harga beli RM300 lagi... Masih murah kalau nak mula... ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜‚
Tetap kan matlamat uols... Baru seronok menyimpan emas
Ini 10 Dinar Public Gold... 10 Dinar bersamaan 42.5g.. Harga dalam RM11,300... Jika tukar duit RM11k lebih tue ke 10 Dinar... In Shaa Allah... Kuasa beli uols utk masa depan tak terjejas sangat... Terselamat jugak dari riba... ๐Ÿ˜ŠBiiznillah...

Jika uols beli sekarang hingga 31 Aug 2021...uols blh upgrade jadi Priority dealer (PD) .... Apa best jd PD? Setiap pembelian atau penyimpanan emas selepas ini akan dpt blk cashback 1.5% dan juga uols boleh mula bisnes sebagai tokey emas.... ๐Ÿ‘

http://www.wasap.my/60133997980/sayanak10dinar
Bukan return of invenstment (ROI) yang membuatkan kita kaya. Ramai orang yang mencari pelaburan mana yang paling tinggi pulangannya.

Tetapi bila dapat pulangan, mereka tak puas selagi tak habiskan wang dari pulangan itu. Akhirnya ROI pun sudah tidak dapat dikesan lagi.

Duit bocor disebabkan desakan emosi yang kuat untuk berbelanja apabila 'ada duit'.

Selagi ada duit, emosi kita terganggu. Apabila duit sudah habis baru rasa lega. Betul tak?

Kalau itu masalahnya, mungkin emas adalah ubatnya. Rasa lega bila duit habis beli emas tak apa, sebab emas itu duit juga. Cuma dalam bentuk berbeza.

Emas bukan sekadar kalis inflasi tetapi emas juga kalis boros.

Bahagia ke sangat bahagia?
Apa kelebihan akaun emas Public Gold?

1. Bagi saya yang paling bagus ialah orang ramai boleh mula serendah RM100 je untuk mula menyimpan emas.

2. Setiap kali beli, akan terus ditukar kepada nilai gram (ikut harga semasa).

3. Katakan korang bajet RM100 setiap bulan, kurang-kurang ada 4 gram ++ dalam masa setahun.

Majoriti klien emas saya beli 1-2 gram setiap bulan. Ikut kemampuan sendiri.

Ada yang dah biasa menyimpan, tak sampai 2 bulan dah ada 100 gram emas dalam akaun emas dia.

Haa gitu.

Mula dengan RM100, lepas tu adjust ikut kemampuan.

Wasap.my/60133997980/AkaunEmasPublicGold