Nasihat Emas Makcik
429 subscribers
620 photos
79 videos
2 files
356 links
Segala Tips tentang emas; pelaburan, barang kemas 916, aurora italia & pelindung masa depan
Download Telegram
“Ada beza tak simpan duit & simpan emas?”

Ini antara soalan yang saya terima. Kebanyakkan daripada kita bukan tidak boleh simpan duit cuma kaedah dan cara simpanan mungkin tidak selamat daripada #kecurian. Kecurian yang saya maksudkan bukanlah daripada pihak ketiga tetapi kecurian yang berlaku dalam diri kita.

Istilah yang selalu kita gunakan ialah

Ter guna.
Ter pakai.
Ter pinjam.
Ter ambil.
Ter sentuh.
Ter lupa.

Kiranya ayat ‘Ter’ itulah yang menyedapkan hati kita bahawa kita sebenarnya tidak bersalah.
.

Kawan-kawan,

Simpanan bukan soal Jumlah tetapi soal Tabiat & Perancangan.

Gaji besar tidak semestinya simpanan juga besar.
Gaji kecil tidak semestinya simpanan juga kecil.
Ianya soal Tabiat & Perancangan individu tersebut.

Contoh,

(A) - Jika gaji kita RM1000, belanja kita RM1001, itu bermaksud kita #Miskin RM1 setiap bulan.

(B) -Jika gaji kita RM1000, belanja kita RM1000, itu bermaksud kita #TidakKaya dan #TidakMiskin setiap bulan.

(C) -Jika gaji kita RM1000, belanja kita RM999,itu bermaksud kita #MungkinKaya RM1 setiap bulan.

(D) -Jika gaji kita RM1000, belanja kita RM999 dan kita Simpan RM1, itu bermaksud kita #Kaya RM1 setiap bulan.

.

Kawan-kawan,

Kaya bukan bermakna kita boleh boleh urus kewangan dengan baik sahaja.

Kaya bukan bermakna kita boleh boleh berjimat sehabis mungkin sahaja.

Kaya bukan bermakna kita boleh boleh simpan wang kita sahaja.

Tetapi kaya bermakna kita berjaya #kekalkan & #pertahankan wang kita. Itulah maksud kaya.

Jika setiap bulan kita dapat kekalkan & simpan RM1, bermakna setahun kekayaan kita adalah sebanyak RM12.

Jadi jika kita amalkan selama 5 tahun, bermakna kekayaan kita selama 5 tahun adalah RM60.

Itu kalau RM1, cuba kita tukarkan RM1 kepada 1gram.

Bermaksud 5 tahun paling kurang pun kekayaan kita adalah sebanyak 60gram. Tapi itu hanya teori.

Aura simpan emas ni, lebih banyak simpan, otak kita lebih waras untuk kumpul banyak-banyak.

Aura simpan duit pula, lebih banyak simpan, otak kita ligat mengatur langkah manfaatkan duit tersebut.

Nampak beza antara #Habis & #Simpan?
.

Dapat sesuatu?
Jika dapat ucapkan Alhamdulillah.

Kredit Fairuz Aziz