Nasihat Emas Makcik
430 subscribers
616 photos
78 videos
2 files
355 links
Segala Tips tentang emas; pelaburan, barang kemas 916, aurora italia & pelindung masa depan
Download Telegram
🚨🚨 Price Alert 🚨🚨

Harga emas tengah NAIK sebanyak RM4 daripada RM480 kepada RM484 sekarang.

Make sure topup akaun emas GAP anda sebelum harga dikemaskini nanti.
Analisis harga emas 19/5/2025.

Uols.

Harga emas dibuka dengan lonjakan melonjak naik pagi ini.

Walaupun ada penganalisis yang mengatakan harga emas akan jatuh minggu ini namun agak tersasar ramalan tersebut.

Kenapa harga emas naik? Ini analisis daripada mentor makcik.

Pada 16 Mei 2025 (Jumaat), agensi penarafan kredit antarabangsa, Moody’s, telah menurunkan penarafan kredit rating Amerika Syarikat daripada Aaa kepada Aa1.

Langkah ini didorong oleh kebimbangan terhadap peningkatan beban hutang melebihi AS$36 trilion, serta tekanan pembayaran faedah yang semakin meningkat.

Penurunan penarafan ini telah mencetuskan reaksi dalam pasaran kewangan global, khususnya terhadap harga emas.

Jam 8.26 pagi waktu Malaysia, harga emas naik πŸ“ˆ 62.08 USD/ Oz menjadi 3247.94 USD/Oz.

Kenapa?

Bila credit rating US jatuh, ia menyebabkan nilai USD jatuh dan harga emas naik.

Apabila kepercayaan terhadap sekuriti kerajaan seperti Bon Perbendaharaan AS mula goyah, para pelabur cenderung beralih kepada emas sebagai simpanan nilai yang lebih stabil.

Kenaikan hasil bon (bond yields) yang kini mencecah 4.5% turut menandakan peningkatan risiko serta kos pinjaman yang lebih tinggi bagi kerajaan AS, sekali gus meningkatkan daya tarikan emas.

Untuk pengetahuan anda, buat masa nie makcik dapati harga emas sukar dijangka.

Ia boleh turun naik dengan banyak dan cepat bergantung kepada news yang keluar.

Kadang-kadang ada news yang tidak dijangka seperti ini keluar dan ia boleh menggerakkan harga emas.

Kita ingat emas boleh turun, tetapi tiba-tiba dia naik.

Jadi sebagai pelabur dan penyimpan emas; kalau emas turun banyak, ia adalah peluang kita membeli aset mahal pada harga yang lebih murah.

Ingat 2 strategi simpan emas.

1. Tambah gram emas anda.
2. Fikir long term

Sila share jika bermanfaat.

19/5/2025
#nasihatemasmakcik
#notaemasmentormakcik
#Emas
#publicgold
[Alert Harga] πŸ”»Harga emas GAP turun, RM3/g lebih rendah berbanding semalam.

Harga hari ini:

RM 100 = 0.2037 gram
RM 491 = 1.0000 gram

Statistik Mei 2025
Tertinggi: RM502 (10/05)
Terendah: RM469 (15/05)

Statistik 2025
Tertinggi: RM533 (22/04)
Terendah: RM409 (01/01)

Tertinggi dalam sejarah: RM533 (22/04/2025)
Bila waktu terbaik beli emas?

Jawapannya, ketika kita ada duit.

Dah Gaji kan πŸ˜‰

Waktu harga emas turun dan kita ada duit lebih, itu bonus untuk kita tambah lagi emas lebih banyak.

Jangan tunggu harga turun baru nak beli. Kalau tak turun, tak beli? Anda rugi dan silap!

Menabung emas untuk jangka panjang dan tak perlu risaukan harga. Emas naik 10% setahun.

Mulakan dan konsisten sahaja ok!
𝟭𝟬𝟬 π——π—”π—Ÿπ—”π—  π—šπ—”π—£

Kenapa seratus yang di simpan dalam akaun emas GAP lebih berbaloi?

Dan kenapa saya selalu galakkan anda semua simpan sekurangΒ²nya RM100 dalam akaun GAP?

Ini contoh bagi kiraan selama setahun, konsisten menyimpan minimum RM100 di GAP. Dari Jun 2024 hingga May 2025 .

Hasil setahun dah simpan 2.8483 gram emas. Nilai untuk 2.8483 gram emas mengikut harga semasa ketika ini (4 Jun 2025) ialah RM1415+.

RM1415 ni jika disimpan dalam bentuk duit masih lagi RM1200.

Selepas di alihkan kepada emas, simpanan dah meningkat sebanyak RM215 dalam tempoh setahun saja.

Tanpa berbuat apaΒ². Hanya tukar simpanan dari RM kepada gram emas saja.

Jika anda terus konsisten hingga hari ini, tentu lebih banyak lagi yang dapat disimpan.

Hakikatnya, lebih banyak gram emas bermakna lebih banyak simpanan dan lebih tinggi nilainya.

Hari ini 2.8483 gram pun dah bernilai lebih dari RM1400 tanpa kita buat apaΒ² dengan simpanan tersebut. Jadi teruskan menyimpan sehingga berjaya ok πŸ˜‰

#nasihatemasmakcik
[Alert Harga] πŸ”Ί
Harga emas hari ini:

RM 100 = 0.2066 gram
RM 484 = 1.0000 gram

Statistik Jun 2025
Tertinggi: RM509 (15/06)
Terendah: RM481 (27/06)

Statistik 2025
Tertinggi: RM533 (22/04)
Terendah: RM409 (01/01)

Tertinggi dalam sejarah: RM533 (22/04/2025)
KENAPA HARGA EMAS TAK NAIK MENDADAK WALAUPUN ADA PERANG AS-IRAN?

Ramai orang tertanya, bila dunia bergolak β€” contohnya perang AS-Iran
-bukankah harga emas sepatutnya terus melonjak tinggi?

Tapi realitinya, kenaikan harga emas berlaku secara berperingkat, bukan mendadak.

Kenapa?

πŸ‘‡ Inilah 3 SEBAB UTAMA β€” dari sudut pandang ekonomi global dan tingkah laku pasaran:

πŸ“Œ 1. Risiko Sudah 'Diambil Kira' oleh Pasaran (Risk Priced In)

Pasaran kewangan bergerak berdasarkan jangkaan masa depan, bukan semata-mata apa yang sedang berlaku.

Ketegangan antara AS dan Iran bukan isu baru β€” ia sudah lama berakar. Jadi pelabur-pelabur besar sudah lama β€œmasuk” posisi emas lebih awal.

➑️ Bila perang tercetus, ia bukan kejutan besar. Maka, tiada lonjakan mendadak.

Pelabur bijak tak beli waktu panik β€” mereka beli sebelum panik.

πŸ“Œ 2. Dolar Amerika Masih Dominan Sebagai Safe Haven

Emas memang aset selamat (safe haven), tapi bukan satu-satunya. Dolar Amerika juga jadi pilihan utama pelabur semasa krisis geopolitik.

➑️ Bila pelabur lari kepada USD, ia menguatkan mata wang itu dan menekan harga emas.

Selagi USD kuat, emas tak boleh 'terbang' terlalu tinggi.

πŸ“Œ 3. Tindakan Dasar & Campur Tangan Monetari Global

Institusi besar dunia β€” seperti Federal Reserve, IMF dan bank pusat lain β€” pantas bertindak untuk menstabilkan sentimen pasaran.

➑️ Kalau mereka lihat pelabur panik, mereka akan beri jaminan, ubah dasar faedah, atau suntik kecairan.

➑️ Ini menenangkan pasaran dan menyekat emas daripada naik secara liar.

Emas naik, tapi terkawal β€” sebab dunia tak mahu panik tercetus.

🎯 Kita tak boleh tunggu emas naik mendadak baru nak beli. Bila dunia kelam-kabut, harga emas bukan melonjak β€” tapi merayap naik perlahan-lahan.

Kerana pasaran moden sangat kompleks dan tidak bergerak hanya atas satu faktor.

βœ… Simpan emas bukan untuk jadi kaya masa perang, tapi untuk kekalkan nilai kekayaan masa ekonomi runtuh.

πŸ’¬ Kalau anda masih belum mulakan simpanan emas, sekarang masa terbaik. Bukan bila perang berlaku, tapi sebelum krisis menjelang.

#IlmuKewangan #HargaEmas #PerangASIran #KenapaEmasTakNaik #SimpananEmas #FinancialAwareness #PublicGold
#nasihatemasmakcik
Tips Ringkas, Tapi Padu

Simpan duit bukan tentang kuat atau lemah. Tapi pasal sistem.
Saya jumpa orang bergaji RM1,200 tapi ada RM3,000 simpanan.
Saya pun jumpa orang bergaji RM7,000 tapi tak sampai hujung bulan.
Bezanya? Yang satu ada sistem. Yang satu harap semangat.

Bulan ni, cuba satu:
β€’ Auto transfer
β€’ Simpan duit RM5
β€’ Atau tukar terus ke emas GAP

Jangan paksa disiplin. Bina sistem.
Trump berkata bahawa "Mana-mana Negara yang menyelaraskan diri mereka dengan dasar Anti-Amerika BRICS, akan dikenakan Tarif TAMBAHAN 10%.

Tidak akan ada pengecualian kepada dasar ini. Terima kasih atas perhatian anda terhadap perkara ini!"

@mtww3my
Analisis harga emas 7/7/2025.

Hari ini harga emas mengalami penurunan sekitar 0.7%, mencecah sekitar $3,311 setiap auns.

Penurunan ini berlaku disebabkan gabungan beberapa faktor penting yang saling berkait rapat:

1. Penangguhan Tariff Amerika Syarikat.

Presiden Trump mengumumkan bahawa tarif baru yang sepatutnya bermula 9 Julai telah ditangguhkan ke 1 Ogos.

Penangguhan ini telah memberi nafas lega sementara kepada pasaran global dan menyebabkan permintaan terhadap emas sebagai aset selamat (safe haven) menjadi lebih perlahan.

2. Ancaman Tarif Tambahan ke atas Negara BRICS.

Walaupun ada penangguhan, Trump turut memaklumkan perancangan untuk mengenakan tarif tambahan 10% terhadap negara-negara BRICS (Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan).

Meskipun butiran lanjut masih belum jelas, pengumuman ini meningkatkan risiko geopolitik yang boleh melonjakkan semula harga emas pada masa depan.

3. Kemungkinan berlaku penurunan kadar faedah US semakin kurang.

Data pekerjaan AS yang kukuh sebelum ini sudahpun melemahkan jangkaan bahawa Fed akan menurunkan kadar faedah secara agresif dalam masa terdekat.

Kini, pasaran hanya menjangkakan dua kali penurunan kadar faedah menjelang akhir tahun.

Kadar faedah yang lebih tinggi biasanya menyokong nilai Dolar AS, sekali gus menekan harga emas.

4. Dolar AS Masih Kukuh
Dolar kekal stabil dan agak menguat sedikit, menambah tekanan ke atas logam berharga.

Ini kerana emas diniagakan dalam Dolar, jadi apabila mata wang AS menguat, kos pegangan emas bagi pembeli luar AS meningkat.

Secara ringkas, terdapat tekanan jangka pendek ke atas harga emas kerana:

βœ… Penangguhan tarif.
(mengurangkan permintaan safe haven)

βœ… Dolar AS yang lebih kukuh.

βœ… Jangkaan penurunan kadar faedah yang semakin pudar.

Namun, risiko jangka sederhana dan panjang masih tinggi, antaranya:

1. Potensi tarif tambahan terhadap BRICS
2. Ketidaktentuan rundingan perdagangan lain (EU, Jepun, India)
3. Risiko inflasi dari pakej perbelanjaan besar Trump bernilai $3 trilion

Jangkaan harga emas bulan depan.

1 Ogos 2025 – Tarikh akhir tarif baru: Jika tarif dilaksanakan secara menyeluruh, permintaan terhadap emas boleh melonjak semula.

Mesyuarat Fed seterusnya: Sebarang kenyataan dovish (cenderung pelonggaran) boleh memberi sokongan kepada harga emas.

Data inflasi AS dan global: Jika inflasi melonjak, emas berpotensi menjadi lindung nilai (hedge) yang lebih menarik. Jadi harga akan naik.

Kesimpulan
Penurunan harga emas hari ini lebih bersifat sementara kerana pasaran menyesuaikan diri dengan berita penangguhan tarif.

kredit: Syukor Hashim