Nasihat Emas Makcik
429 subscribers
620 photos
79 videos
2 files
356 links
Segala Tips tentang emas; pelaburan, barang kemas 916, aurora italia & pelindung masa depan
Download Telegram
Rukun untung dalam emas ada 3.

1. Emas anda mesti semakin banyak.

Sebab itu orang yang konsisten dan istiqamah akan lebih untung berbanding orang yang beli sekali lepas tu tunggu harga emas naik.

Sebab itu orang yang beli emas dengan kuantiti yang banyak boleh untung lebih banyak.

Sebagai contoh, jika harga emas naik RM50 segram, maka orang yang ada 10gram emas hanya untung RM500 tetapi orang yang ada 1kilo akan untung RM50,000.

Jadi, fokus untuk tambah gram emas anda, especially bila harga emas jatuh.

2. Harga emas semakin tinggi.

Anda akan untung dengan emas bila harga semakin meningkat. Ini sangat obvious kan?

Namun, apa strategi yang anda boleh gunakan jika harga emas jatuh?

Well, ketika harga emas jatuh, anda boleh gunakan teknik pemurataan harga supaya harga emas-emas yang anda beli akan menjadi rendah.

Sebagai contoh, anda beli 1 gram pada harga RM320.

Jika emas jatuh kepada RM310 segram, anda beli lagi 1gram. Maka harga purata segram menjadi RM315.

Jadi anda berjaya merendahkan harga emas milik anda.

Jadi bila harga emas kembali meningkat maka anda dapati harga emas semasa lebih tinggi daripada harga purata emas anda.

Sebab itu, orang yang beli emas satu kali dan tunggu harga emas naik, bagi saya itu adalah strategi ala gambling.

3. Aware dengan kos-kos pemilikan emas tersebut (holding cost)

Kos pemilikan emas boleh memberi kesan terhadap keuntungan anda.

Sebagai contoh, spread emas, Gold premium, kos menyewa peti safe deposit box, kos arrahnu (jika anda arrahnukan emas), kos management fee (jika company emas anda charge kos ini).

Holding cost ini akan mengurangkan keuntungan anda.

Pelaburan emas adalah untuk jangka masa panjang. Jadi prepare mental anda untuk bertahan dalam jangka masa panjang.

Pastikan anda beli emas anda dapat emas. Kalau beli dalam akaun simpanan emas, pastikan anda boleh keluarkan emas fizikal bila -bila masa (seperti akaun GAP Public Gold).

Emas adalah logam berharga yang warna kuning tu. Anda boleh pegang dalam tangan dan simpan.

Emas bukanlah digit dalam akaun yang kita tak tahu emas kat mana.

Semoga panduan ini membantu anda.

Ps: harga emas tengah murah sekarang nie. Sila tambah gram dengan senyuman 😃

#nasihatemasmakcik
Apabila nilai ringgit semakin jatuh, ramai orang mengeluh sebab nilai duit kita semakin kecil.

Kuasa beli makin kurang. Kita rasa makin miskin.
Rasa susah hati.

Namun berbeza dengan emas. Bila harga emas jatuh, ramai yang bergembira.

Sebab ini adalah peluang membeli aset yang mahal pada harga murah.

Ingat uols

Emas adalah aset yang mahal. Bila harganya jatuh maka itu peluang membeli aset mahal pada harga murah.

Contoh sebenar.

Customer makcik berpusu-pusu membeli emas sepanjang minggu ini.

Majoriti customer makcik pandai beli sendiri.

Senang ajer pakai apps PG untuk order emas dan buat pos kerumah pakai GIT (gold in transit).

Asalkan customer beli emas dapat emas dalam tangan, makcik happy.

Jangan beli emas tak nampak emas sudah!

#nasihatemasmakcik
Lebih mudah asingkn siap2 simpanan... Sebelum terpakai... 😂
Nak kawin? Hadiah kan Dinar sebagai hantaran
[Alert Harga] 🔺Harga emas GAP naik, RM2/g lebih tinggi berbanding semalam

Harga hari ini:

RM 100 = 0.3300 gram
RM 303 = 1.0000 gram

Statistik Oktober 2023
Tertinggi: RM304 (01/10)
Terendah: RM301 (03/10)

Statistik 2023
Tertinggi: RM320 (21/09)
Terendah: RM275 (07/02)
[Berita Emas] Harga emas mengakhiri sembilan hari kerugian berturut-turut tetapi masih di paras rendah.

Harga emas $1,833 per auns ketika ini.
[Berita Emas] Ketegangan yang semakin meningkat di Palestin terus menyemarakkan permintaan global terhadap aset selamat, termasuk emas. Harga emas melonjak melepasi paras $1,900.

Harga emas $1,912 per auns ketika ini.
DAH 5 TAHUN KERJA , RM1300 PUN TAK ADA!

Mengalami masalah seperti diatas ? Pernah tak korang ada masalah kewangan baru termenung dan terlintas di fikiran.

"Kalau lah aku simpan RM100 secara konsisten dari dulu , sekarang dah ada RM6500.00".

💡SUSAHKAN NAK SIMPAN DUIT ?

Ya betul duit kertas susah nak simpan. Duit kertas itu sendiri sifatnya untuk dibelanja.

Kalau boleh simpan pun, sekejap ajer . Bila dah terkumpul lebih sikit, ada jer yang nak dibeli.

💡EMAS FIZIKAL BOLEH SELESAIKAN.

Ubat untuk orang yang tak boleh simpan duit kertas adalah emas. TUKAR DUIT tu JADI duit EMAS.

💡KENAPA ?

Sebab fitrah manusia dengan emas adalah simpan dan sifat sayang pada emas lebih tinggi berbanding duit. Kebarangkalian nak di belanja amat sukar.

💡Tanya diri anda 2 soalan:

➡️ Kalau aku ada emas 5 gram, apa aku akan buat?
➡️ Kalau aku ada duit cash RM1000, apa aku akan buat?

Jawapannya tentu emas nak simpan dan RM1000 macam-macam boleh beli.

#nasihatemasmakcik
[Prediction Emas] "Harga emas dijangka naik $100+ setiap hari, jika ketegangan Timur Tengah meningkat dan 'bencana yang tidak dapat dielakkan' berlaku" - Equity Management Associates
Antara barang kemas atau Dinar & Jongkong emas yang mana lebih Untung?


Pertama sekali, Barang kemas berketulenan (916), manakala Dinar & Jongkong emas berketulenan (999.9). Jadi semestinya lebih tulen emas tersebut, maka ianya lebih bernilai.

Kedua, barang kemas mempunyai Caj upah tukang berbanding Dinar & Jongkong emas yang tiada Caj upah tukang.

Caj upah tukang mengikut rekabentuk emas tersebut. Lebih susah atau sukar pembuatannya maka ianya lebih mahal.

Jadi pilihlah belian emas yang tiada upah tukang.

Ketiga,
Kesimpulan paling mudah untuk difahami,

Barang kemas = Untung
Dinar & Jongkong = Lebih Untung

Jadi, bukan bermaksud barang kemas tidak untung tetapi dinar & jongkong emas lebih untung daripada barang kemas. Yang tak untung apabila hanya melihat dan bertangguh memiliki emas 😁


#JE24K #nasihatemasmakcik #magicalgoldcircle
[Alert Harga] 🔻Harga emas GAP turun, RM2/g lebih rendah berbanding semalam.

Harga hari ini:

RM 100 = 0.3030 gram
RM 330 = 1.0000 gram

Statistik November 2023
Tertinggi: RM332 (01/11)
Terendah: RM330 (02/11)

Statistik 2023
Tertinggi: RM335 (29/10)
Terendah: RM275 (07/02)
Hari ini harga emas turun RM8... Jom top up!