KENAPA HARGA EMAS TAK NAIK MENDADAK WALAUPUN ADA PERANG AS-IRAN?
Ramai orang tertanya, bila dunia bergolak — contohnya perang AS-Iran
-bukankah harga emas sepatutnya terus melonjak tinggi?
Tapi realitinya, kenaikan harga emas berlaku secara berperingkat, bukan mendadak.
Kenapa?
👇 Inilah 3 SEBAB UTAMA — dari sudut pandang ekonomi global dan tingkah laku pasaran:
📌 1. Risiko Sudah 'Diambil Kira' oleh Pasaran (Risk Priced In)
Pasaran kewangan bergerak berdasarkan jangkaan masa depan, bukan semata-mata apa yang sedang berlaku.
Ketegangan antara AS dan Iran bukan isu baru — ia sudah lama berakar. Jadi pelabur-pelabur besar sudah lama “masuk” posisi emas lebih awal.
➡️ Bila perang tercetus, ia bukan kejutan besar. Maka, tiada lonjakan mendadak.
Pelabur bijak tak beli waktu panik — mereka beli sebelum panik.
📌 2. Dolar Amerika Masih Dominan Sebagai Safe Haven
Emas memang aset selamat (safe haven), tapi bukan satu-satunya. Dolar Amerika juga jadi pilihan utama pelabur semasa krisis geopolitik.
➡️ Bila pelabur lari kepada USD, ia menguatkan mata wang itu dan menekan harga emas.
Selagi USD kuat, emas tak boleh 'terbang' terlalu tinggi.
📌 3. Tindakan Dasar & Campur Tangan Monetari Global
Institusi besar dunia — seperti Federal Reserve, IMF dan bank pusat lain — pantas bertindak untuk menstabilkan sentimen pasaran.
➡️ Kalau mereka lihat pelabur panik, mereka akan beri jaminan, ubah dasar faedah, atau suntik kecairan.
➡️ Ini menenangkan pasaran dan menyekat emas daripada naik secara liar.
Emas naik, tapi terkawal — sebab dunia tak mahu panik tercetus.
🎯 Kita tak boleh tunggu emas naik mendadak baru nak beli. Bila dunia kelam-kabut, harga emas bukan melonjak — tapi merayap naik perlahan-lahan.
Kerana pasaran moden sangat kompleks dan tidak bergerak hanya atas satu faktor.
✅ Simpan emas bukan untuk jadi kaya masa perang, tapi untuk kekalkan nilai kekayaan masa ekonomi runtuh.
💬 Kalau anda masih belum mulakan simpanan emas, sekarang masa terbaik. Bukan bila perang berlaku, tapi sebelum krisis menjelang.
#IlmuKewangan #HargaEmas #PerangASIran #KenapaEmasTakNaik #SimpananEmas #FinancialAwareness #PublicGold
#nasihatemasmakcik

Tips Ringkas, Tapi Padu
Simpan duit bukan tentang kuat atau lemah. Tapi pasal sistem.
Saya jumpa orang bergaji RM1,200 tapi ada RM3,000 simpanan.
Saya pun jumpa orang bergaji RM7,000 tapi tak sampai hujung bulan.
Bezanya? Yang satu ada sistem. Yang satu harap semangat.
Bulan ni, cuba satu:
• Auto transfer
• Simpan duit RM5
• Atau tukar terus ke emas GAP
Jangan paksa disiplin. Bina sistem.

Trump berkata bahawa "Mana-mana Negara yang menyelaraskan diri mereka dengan dasar Anti-Amerika BRICS, akan dikenakan Tarif TAMBAHAN 10%.
Tidak akan ada pengecualian kepada dasar ini. Terima kasih atas perhatian anda terhadap perkara ini!"
@mtww3my

Analisis harga emas 7/7/2025.
Hari ini harga emas mengalami penurunan sekitar 0.7%, mencecah sekitar $3,311 setiap auns.
Penurunan ini berlaku disebabkan gabungan beberapa faktor penting yang saling berkait rapat:
1. Penangguhan Tariff Amerika Syarikat.
Presiden Trump mengumumkan bahawa tarif baru yang sepatutnya bermula 9 Julai telah ditangguhkan ke 1 Ogos.
Penangguhan ini telah memberi nafas lega sementara kepada pasaran global dan menyebabkan permintaan terhadap emas sebagai aset selamat (safe haven) menjadi lebih perlahan.
2. Ancaman Tarif Tambahan ke atas Negara BRICS.
Walaupun ada penangguhan, Trump turut memaklumkan perancangan untuk mengenakan tarif tambahan 10% terhadap negara-negara BRICS (Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan).
Meskipun butiran lanjut masih belum jelas, pengumuman ini meningkatkan risiko geopolitik yang boleh melonjakkan semula harga emas pada masa depan.
3. Kemungkinan berlaku penurunan kadar faedah US semakin kurang.
Data pekerjaan AS yang kukuh sebelum ini sudahpun melemahkan jangkaan bahawa Fed akan menurunkan kadar faedah secara agresif dalam masa terdekat.
Kini, pasaran hanya menjangkakan dua kali penurunan kadar faedah menjelang akhir tahun.
Kadar faedah yang lebih tinggi biasanya menyokong nilai Dolar AS, sekali gus menekan harga emas.
4. Dolar AS Masih Kukuh
Dolar kekal stabil dan agak menguat sedikit, menambah tekanan ke atas logam berharga.
Ini kerana emas diniagakan dalam Dolar, jadi apabila mata wang AS menguat, kos pegangan emas bagi pembeli luar AS meningkat.
Secara ringkas, terdapat tekanan jangka pendek ke atas harga emas kerana:
✅ Penangguhan tarif.
(mengurangkan permintaan safe haven)
✅ Dolar AS yang lebih kukuh.
✅ Jangkaan penurunan kadar faedah yang semakin pudar.
Namun, risiko jangka sederhana dan panjang masih tinggi, antaranya:
1. Potensi tarif tambahan terhadap BRICS
2. Ketidaktentuan rundingan perdagangan lain (EU, Jepun, India)
3. Risiko inflasi dari pakej perbelanjaan besar Trump bernilai $3 trilion
Jangkaan harga emas bulan depan.
1 Ogos 2025 – Tarikh akhir tarif baru: Jika tarif dilaksanakan secara menyeluruh, permintaan terhadap emas boleh melonjak semula.
Mesyuarat Fed seterusnya: Sebarang kenyataan dovish (cenderung pelonggaran) boleh memberi sokongan kepada harga emas.
Data inflasi AS dan global: Jika inflasi melonjak, emas berpotensi menjadi lindung nilai (hedge) yang lebih menarik. Jadi harga akan naik.
Kesimpulan
Penurunan harga emas hari ini lebih bersifat sementara kerana pasaran menyesuaikan diri dengan berita penangguhan tarif.
kredit: Syukor Hashim