πŸŽ‰ Simpan Emas with Odah πŸŽ‰
9.13K subscribers
2.63K photos
135 videos
2 files
1.35K links
Pearl 3 Star Founder Master Dealer Public Gold πŸ’Ž
Misi melahirkan 20,000 penyimpan emas tahun 2024. Jom capai financial freedom dengan simpanan emas!

t.me/magnetemas
Download Telegram
Ψ§Ω„Ψ³Ω„Ψ§Ω… ΨΉΩ„ΩŠΩƒΩ…
HARGA EMAS NAIK RM1 ‼️

Harga emas hari ini: RM258/g

Wahai diri,
Setiap kepayahan dan cubaan yang tidak diterima dengan sabar adalah seksaan. Apabila diterima dengan sabar ia akan berubah menjadi kemuliaan. Baiki diri. baiki hati.

http://www.wasap.my/01115427242/tabungemas
Simpan emas jangan salah faham, jangan set dalam mentaliti simpan emas cepat untung & nak untung dalam jangka masa pendek.

Jangka masa minimum 3 Tahun sederhana sehingga infiniti. semakin panjang jangka masa semakin bagus untuk simpanan.

Emas medium to long term. Jika kita terus konsisten beli emas, kita akan dpat harga purata. Ini adalah cara yang betul untuk penyimpan emas.

sebab tu walau murah atau mahal, kita tetap beli, yang penting konsisten, dan kita boleh puratakan harga tersebut. Itu caranya.

Harga emas rendah, beli, Harga emas tinggi, beli. Insyaallah anda akan "Menang" dan akan faham.

Ingat!! Nak dapat harga purata, beli secara konsisten.
Salah seorang guru kewangan saya adalah Robert Kiyosaki.

Antara kata-kata beliau adalah "Jangan fokus kepada duit. Sebaliknya fokus untuk belajar menjadi pelabur yang lebih baik"

Maksudnya, anda perlu fokus untuk meningkatkan skill pelaburan anda.

Apabila skill pelaburan anda meningkat, maka peluang untuk anda untung adalah lebih tinggi dan kebarangkalian anda rugi akan berkurangan.

Saya nak bagi contoh sebenar. Pengalaman saya di dalam pelaburan emas.

Semasa mula-mula berjinak-jinak dengan emas, saya main hentam aja beli emas.

Saya pernah beli emas kat Bank, waktu tu antara pelaburan emas yang famous adalah syiling Kijang Emas.

Walaupun bagus, namun susah benar nak beli sebab waktu tu saya kerja makan gaji. Kalau nak pergi, saya terpaksa ambil time off semata-mata nak beli sebutir syiling.

Saya pernah beli dinar Indonesia, Dinar Kelantan, gold bar yang dijual oleh bank, gold bar yang dijual oleh kedai emas dan macam-macam jenis emas semata-mata nak pengalaman.

Saya juga pernah join skim cepat kaya bertopengkan emas. kihkih.. waktu tu tak tahu pulak yang modus operandinya adalah skim cepat kaya.

Namun Alhamdulillah, saya tak kena tipu. Bila dah tahu pasal ciri-siri skim cepat kaya, saya terus tarik handbrake.

Kemudian, bila saya tahu pasal spot gold, saya try trade spot gold. Hehee.. rugi berbelas ribu juga. Lesson learn hard way.

Lepas tu, saya gunakan ilmu analisis teknikal harga emas untuk jual beli emas fizikal sahaja. Dah tak trade spot gold lagi. Sebab dah tahu risiko dia macammana.

Lepas tu saya try belajar beli saham lombong emas. Lombong emas tu bankrap, saya rugi RM12 ribu ringgit. Ingatkan lombong emas boleh bagi untung lumayan.
Tak juga. Lombong emas adalah bisnes dan bisnes boleh bangkrap. Lesson learn hard way.

Setelah 13 tahun berkecimpung dalam pelaburan emas, saya rasa saya dah jadi pelabur emas yang lebih baik.

Namun begitu, saya masih berpegang kepada kata-kata Robert Kiyosaki. Fokus untuk belajar menjadi pelabur yang lebih baik.

Ilmu emas itu adalah ibarat lautan biru. Ia luas dan ia dalam.
Tak ada orang yang boleh cakap dia terrer semua.

Sekarang nie pun... saya masih belajar πŸ˜€

Jadi, untuk anda yang nak jadi penyimpan emas atau pelabur emas yang baik. Teruskan belajar dan upgrade ilmu anda.

Syukor Hashim
Ψ§Ω„Ψ³Ω„Ψ§Ω… ΨΉΩ„ΩŠΩƒΩ…

HARGA EMAS NAIK RM2 ‼️

Harga emas hari ini: RM260/g

Wahai diri,
Janganlah sesekali engaku belajar ilmu tapi tidak engkau amalkan. Jika begitu, bagaimana ilmu itu akan bermanfaat kepadamu.

Baiki diri, Baiki hati.
Sape tekan calculator angkat tangan? 🀣

Saya dah kirakan sebab saya sendiri teruja tadi. 42% in 2 years, that means 21% increment within just a year. Fakta tidak boleh dimanipulasi isn't it? 😍

Lepas tolak spread emas (refer PG Sell dan PG Buy), return sebenar adalah 16.76% per year. Ok tak ok tuh? πŸ˜­πŸ‘
Simpan duit: ada kuasa disiplin yang kuat, maka anda akan menang.

Simpan emas: double kemenangnya πŸ˜‚
Ψ§Ω„Ψ³Ω„Ψ§Ω… ΨΉΩ„ΩŠΩƒΩ…
HARGA EMAS NAIK RM1 ‼️

Harga emas hari ini: RM261/g

Wahai diri,
Orang yang menghendakkan syurga, penanaman modal dan sahamnya adalah hari ini bukan hari esok. Lakukan amalan hari ini bukan bertangguh ke hari esok. Baiki diri, Baiki hati
Pesan Mentor.

Sam Zell, seorang pelabur billionaire dari US telah membuat kejutan apabila beliau membeli emas buat kali pertama dalam hidupnya.

Bayangkan, billionaire ini membeli emas ketika usianya 79 tahun!

Selama 78 tahun, beliau tidak pernah membeli emas. Malah sepanjang kariernya sebagai pelabur, beliau tidak menyarankan pembelian emas.

Alasannya adalah 1) Emas tidak mendatangkan pendapatan dan 2) Emas memerlukan kos penyimpanan.

Namun pada usianya 79 tahun, paradigma Sam Zell berubah sama sekali.

Di dalam temubual beliau di Bloomberg, Sam Zell berkata, beliau boleh melihat inflasi sedang melanda US.

Beliau berkata "kami melihat kesan inflasi di semua tempat, anda mungkin membaca tentang kenaikan harga kayu, tetapi kami melihat kesan inflasi di semua perniagaan kami"

"Justeru, saya membeli emas sebagai perlindungan daripada inflasi" kata Sam Zell lagi.

"Kerajaan US dan negara-negara lain turut mencetak wang yang banyak. Jadi ini akan mengkibatkan kesan inflasi"

Zell merasakan bahawa kesan inflasi ini bukan kesan jangka pendek, malah boleh menjadi kesan jangka masa panjang.

Dulu saya selalu memperlekehkan orang yang membeli emas. Namun kini saya sendiri membeli emas.

Kesimpulan.

Jika pelabur bertaraf billionaire membeli emas untuk melindungi kekayaan beliau, apatah lagi kita yang bertaraf pelabur marhein ini.

Saya cadangkan anda ikut ajer jejak langkah Sam Zell.

Alihkan sebahagian kekayaan anda ke dalam bentuk emas. Anda akan berterima kasih kepada diri anda sendiri!

Artikel dan temubual asal, baca di sini
https://www.bloomberg.com/news/articles/2021-05-04/sam-zell-buys-gold-with-inflation-reminiscent-of-the-1970s
6 tips simpanan modal kecil gaya hipster :

1. Fokus berapa jumlah simpanan nak buat

Contoh nak beli rumah perlukan deposit RM 50,000,
bahagikan 50,000 dengan 1 gram hari ini.

50,000 Γ· 258 = 193 gram

2. Letak sasaran nak capai berapa gram emas dalam masa setahun.

Contoh nak capai kahwin lagi 3 tahun, 193 gram /3

Setahun 64 gram. Sebulan 5 gram.

3. Dapat gaji atau bonus terus asingkan 10% jadi emas.

Supaya kita konsisten simpan emas, daripada belanja tempat lain.

4. Belajar buat bisnes keciI-kecilan.

Dapat duit bisnes, simpan 50% dari keuntungan kepada emas.

5. Belajar berjimat cermat .

Belajar rendahkan kehendak dan ikut orang lain.

6. Buka Akaun Emas GAP untuk belajar simpan emas.

Gold Accumulation Program atau GAP adalah salah satu kaedah belian emas di Public Gold. Ia kaedah yang paling mudah dan murah untuk semua orang memiliki dan mengumpul emas dengan modal mampu bayar serendah RM100.

Anak muda mesti bertindak segera membeli emas GAP serendah RM100 untuk mengumpul emas fIzikaI.

Dapat sesuatu, silakan share pada kawan-kawan yang lain juga.
Ψ§Ω„Ψ³Ω„Ψ§Ω… ΨΉΩ„ΩŠΩƒΩ…

HARGA EMAS KEKAL ‼️

Harga emas hari ini: RM261/g

Wahai diri,
Taubat adalah tiang penyokong keimanan, manakala berterusan dalam berzikir dan taat kepada Allah merupakan penawar dan ubatnya.
Baiki diri. baiki hati.
#TabungWang

KEJAYAAN KEWANGAN

1. Kejayaan kewangan adalah keupayaan mengumpul wang dan menerima pulangan dari simpanan.

2. Berapa banyak PENDAPATAN kita dan PERBELANJAAN kita bukan penentu kejayaan

3. Penentunya ialah berapa banyak anda menyimpan!

Jangan simpan lama lama perasaan kita pada gadis yang kita suka, luahkan segera. Ia penentu kejayaan :-p

#AsasKejayaanKewanganAdalahMenyimpan

#AzizulAzli
Pesan Mentor saya...

Waktu tak ada duit, jangan terus nak melabur. Sebabnya nanti duit yang ada tu akan cepat lebur.

πŸ’° Bila tak ada duit, fokus simpan duit-duit tu dulu, dan tambah ilmu kewangan banyak-banyak.

πŸ“š Labur pada diri sendiri dulu dengan banyak membaca buku-buku kewangan, bisnes, dan pelaburan. Itulah pelaburan terbaik dan tak akan pernah rugi.

πŸ’° Nanti bila ada ilmu, barulah duit akan datang. Kalau tak ada ilmu, duit yang ada di tangan itu pun akan terbang!
Ψ§Ω„Ψ³Ω„Ψ§Ω… ΨΉΩ„ΩŠΩƒΩ…
HARGA EMAS KEKAL ‼️

Wahai diri
Gunakanlah butir bicaramu yang mambawa MANFAAT kepada makhluk lain.
Baiki diri. Baiki hati.

GAP RM 261/g
SAP RM 433/100g
π—”π—Ÿπ—”π—¦π—”π—‘ π—žπ—˜π—‘π—”π—£π—” π—£π—˜π—₯π—Ÿπ—¨ π— π—˜π—‘π—¬π—œπ— π—£π—”π—‘

Kalau kita boleh sediakan 1001 alasan untuk tidak menyimpan, demikianlah juga begitu mudah untuk kita sediakan 1001 sebab kenapa perlu menyimpan. Jom lihat:

1) Kalis boros
2) Jaga nilai duit ditelan inflasi
3) Tabung pendidikan anak
4) Tabung tunai haji
5) Tabung tunai umrah
6) Tabung deposit rumah
7) Supaya cepat bayar habis rumah
8) Tabung kecemasan
9) Tabung masa persaraan
10) Dapat elak pembaziran
11) Back up duit KWSP
12) Tabung dana perkahwinan
13) Masa senang masa untuk menabung
14) Hari ini cerah, esok mungkin mendung
15) Cepat Bebas Hutang
.
.
.
1001) Isteri paksa untuk menyimpan.

Hidup ini adalah pilihan. Kita boleh memilih untuk bertindak positif atau sebaliknya.

Keberadaan kita di zon selesa kini adalah peluang untuk kita menambah dan menggandakan lebih banyak simpanan.

Teman-teman, usia kita semakin hari semakin meningkat, semakin cepat kita bertindak semakin banyak manfaat kelak yang kita perolehi. Manfaatkan keselesaan kita hari ini, demi kelesaan di hari tua.

Biar kita merasa susah sedikit hari ini daripada menyusahkan orang-orang di sekeliling kita di kemudian hari.
KELEBIHAN SIMPAN 1 GRAM 1 BULAN

Nampak kecil, tapi impaknya sangat besar.

Ini yang boleh saya katakan tentang tabiat menyimpan emas 1gram 1bulan sebagai simpanan dilupakan.

Saya sendiri bermula simpan emas dengan 1 gram pada tahun 2017.

Apa yang saya perhati, walaupun Gold Investor mahir tentang analisis pasaran emas dan boleh buat untung dengan naik turun harga emas.

Tetapi akhirnya penyimpan emas tegar (Gold Saver) juga yang menang sebab:

(1) mereka memiliki emas yang banyak,

(2) duit simpanan yang ditukar jadi emas tak bocor,

(3) harga purata emas dalam simpanan rendah,

(4) mereka untung dengan kenaikan harga emas dalam jangka panjang

Ia ibarat kisah perlumbaan arnab dengan kura-kura. Walaupun kura-kura itu perlahan, tetapi akhirnya kura-kura juga yang memang sebab ia KONSISTEN!

Dah faham kan? Bagi yang berminat nak simpan emas 1gram 1bulan, klik sini:
http://www.wasap.my/601115427242/emas+RM100
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
In three weeks, you can be in a completely different place..

When you push yourself beyond limits, you discover inner reserves, which you never thought existed earlier.

People often fail to take action and create a better future for themselves because they're too focused on important unimportant things.

LET'S MAKE A CHANGE! πŸ”₯
Ψ§Ω„Ψ³Ω„Ψ§Ω… ΨΉΩ„ΩŠΩƒΩ…

HARGA EMAS NAIK RM 1 ‼️

Harga emas hari ini: RM 262/g
Harga perak hari ini: RM 429/100g