🎉 Simpan Emas with Odah 🎉
9.2K subscribers
2.63K photos
135 videos
2 files
1.35K links
Pearl 3 Star Founder Master Dealer Public Gold 💎
Misi melahirkan 20,000 penyimpan emas tahun 2024. Jom capai financial freedom dengan simpanan emas!

t.me/magnetemas
Download Telegram
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

#PG1M mengucapkan takziah yang mendalam atas kepergian sahabat kami, Tuan Muda Abdur Rahman Al-Amin Ismail yang telah kembali ke rahmatullah petang semalam.

Semoga Allah SWT memberikan kesabaran kepada keluarganya. Semoga roh sahabat kami diberikan tempat yang mulia di sisi-Nya.

Nabi Muhammad SAW bersabda,

“Apabila mati seseorang anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kedua-dua ibu bapanya.”

Al-Fatihah.
Basahkan lidah dengan zikir & selawat baginda Rasulullah SAW.

Pahatkan hati dengan sifat baginda Rasulullah SAW.

Mantapkan keyakinan kepada baginda Rasulullah SAW.

Tingkatkan kecintaan kepada baginda Rasulullah SAW.

Hayati al-Quran dan Sunnah baginda Rasulullah SAW.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 12 Rabiuawal 1445H.

Perbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas junjungan mulai Nabi Muhammad SAW. Semoga kita memperoleh syafaat agung Baginda di akhirat kelak.

Ikhlas
Cik Odah Solehah
Founder Master Dealer

#PG1M
Alhamdulillah harga emas jatuh ke paras TERENDAH bulan ini! 😍

Harga Akaun GAP:
RM 310/gram (murah gila uollss)

Harga tertinggi: RM320 (21 Sept)

Ambil peluang tambah simpanan masing-masing sempena minggu gaji + harga menjunam ni okey! 💪

Tahniah kepada 50+ penyimpan emas baru semalam! Yang tak sempat simpan emas semalam, boleh ambil peluang laju- laju harini! Jom odah bantu 🤩👍🏻

Klik sini untuk bermula: https://publicgold.me/odahsolehah/akaun-gap
EMAS SEBAGAI BOT PENYELAMAT KEKAYAAN KITA

Berapa banyak duit kita dalam akaun bank, bila-bila masa boleh dibekukan oleh kerajaan kalau nama kita terpalit dengan AMLA.

Walaupun kita tak bersalah, tapi kalau terkena, hidup kita akan amat susah bertahun-tahun sebelum kita dapat buktikan kita tak bersalah.

Tak ada belas ihsan!

Jadi kalau ada harta beratus ribu atau berjuta, tukarkan sebahagiannya kepada emas. Pakar kewangan Tuan Azizi Ali sarankan 10%.

Kalau harta RM1 juta, RM100k tukarkan kepada emas.

Itu akan jadi 'bot penyelamat' kewangan keluarga kita.

Ada emas, maksudnya ada duit.

Simpan emas, tak ada siapa tahu berapa banyak emas yang kita ada. Dan tak ada siapa yang boleh bekukan kekayaan kita.

Bahkan kalau berlaku pergolakan politik atau peperangan, emas tu boleh kita bawa ke mana-mana untuk memulakan kehidupan baru di tempat baharu. InsyaAllah.

#TipKayaDenganEmas

Alang-alang harga emas berada di tahap terendah, ni peluang keemasan untuk lock item emas fizikal yang besar (50g/100g/250g/1kilo). Ada yang nak?

Whatsapp odah:
http://www.wasap.my/601115427242/naklockitembesar
Soalan yang kerap ditanya sekarang,

"𝙆𝙖𝙠, 𝙠𝙚𝙣𝙖𝙥𝙖 𝙝𝙖𝙧𝙜𝙖 𝙚𝙢𝙖𝙨 𝙨𝙚𝙠𝙖𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙪𝙧𝙪𝙣.. 𝙠𝙚𝙣𝙖𝙥𝙖 𝙝𝙖𝙧𝙜𝙖 𝙚𝙢𝙖𝙨 𝙧𝙚𝙣𝙙𝙖𝙝 𝙮𝙚 𝙨𝙚𝙠𝙖𝙧𝙖𝙣𝙜...?
𝙍𝙖𝙨𝙖 𝙜𝙚𝙡𝙞𝙨𝙖𝙝 𝙥𝙪𝙡𝙖𝙠 𝙨𝙖𝙮𝙖.."

Wahai adikku sayang..

Inilah petanda minda & jiwa tidak merdeka dalam menyimpan emas.

Elak diri dibelenggu harga! Harga emas naik atau turun itu perkara biasa.

Kita fokus je kepada simpanan emas. Jika kita terperangkap dengan harga, maka bila naik resah, turun gelisah. Resah gelisah!

Fokus berapa gram yang kita belum dan mahu capai. Saya pun tanya semula;

𝟭𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗵 𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶?

𝗝𝗶𝗸𝗮 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵,
𝟭𝟬𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗵 𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶?

𝗝𝗶𝗸𝗮 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵,
𝟱𝟬𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗵 𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶?

𝗝𝗶𝗸𝗮 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵,
𝟭𝟬𝟬𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗵 𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶?

𝗝𝗶𝗸𝗮 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵,
𝟮𝟬𝟬𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗵 𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶?

𝗝𝗶𝗸𝗮 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵,
𝟭𝗸𝗶𝗹𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗵 𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶?

Tiada jawapan yang diberikan.

Kawan-kawan, kalau 200 Gram simpanan pun belum kita capai maka simpanan kita tak sekukuh mana.

Rugi kita berhenti menyimpan emas hanya kerana turun naik harga emas.

Cool and steady! 😁

Yang penting saya happy harga emas rendah, sebab saya masih dalam proses menyimpan & mengumpul!

Jauh lagi perjalanan.

So, harga emas tolong jangan naik cepat sangat please!
Alhamdulillah,

Hari ini, odah berkesempatan untuk berkongsi ilmu pengurusan kewangan & simpanan emas bersama mahasiswa/wi UiTM Tapah.

Di saat pelajar lain sedang berehat hujung minggu, mereka hadirkan diri ke program finance edu untuk menuntut ilmu kehidupan yang tak diajar di dewan kuliah.

Masya-Allah, untung sangat tau, baru tahun pertama masuk alam universiti dah ada pendedahan awal tentang cara urus kewangan dengan baik.

Terima kasih sekali lagi kepada UiTM Tapah dan semua students yang hadir hari ini! Moga bermanfaat ilmu yang dikongsikan.

Next, universiti mana lagi nak invite odah? Sentiasa bersedia untuk berkongsi 😁

#MahasiswaPoketTebal #IlmuKewangan #UiTMTapah #TalkKewangan
Ulang cara yang sama tapi harapkan hasil yang berbeza, itu insane namanya.

Sama seperti simpanan.

Dah cuba berjimat-cermat
Dah potong sana-sini
Dah cut-off 'wants' yang keterlaluan
Dah jimat masak sendiri dan kurangkan makan di luar
Dah praktikkan konsep 'simpan dulu baru belanja' each time dapat gaji
Dah allocate 10% gaji kepada savings

Tapi kenapa simpanan masih tak bertambah dan selalu bocor?

Itu bermakna mungkin cara kita menyimpan tidak betul dan tidak efektif.

Ramai yang kata, mereka dah simpan duit tapi hujung bulan selalu tak cukup.

Ramai juga yang simpan RM300 sebulan tapi hujung tahun tak cukup RM3,600 pun, bocor katanya.

Jadi mungkin kita boleh tanya diri, antara RM300 dan 1 gram emas, yang mana satu lebih kekal lama dan tahan hingga ke hujung bulan atau hujung tahun?

Nampak kan perbezaannya?

Hanya dengan mengubah gaya simpanan, simpanan akan lebih kukuh dan bertahan lama.
UNTUNG MENABUNG EMAS, KUNCINYA PADA ILMU

Simpan emas tak untung katanya...
Dia jual emas, masuk skim cepat kaya!

Itu kes yang banyak berlaku kepada sebahagian penyimpan emas.

Lepas beli emas, tak pernah pergi seminar, tak berminat ikuti webinar, malas baca buku (tentang emas dan kewangan), dan tak pernah cari guru.

Tapi dia nak kaya!...

Yang dia tahu, beli emas dan tunggu harga naik untuk jual. Bila tak naik seperti diharapkan, dia jual emas masuk skim cepat kaya!

Saya senyum... 🙂

Bukan kerja saya selamatkan dunia... Kerja saya cuma beritahu sahaja. Tunjukkan jalan untuk kaya berdasarkan ilmu dan pengalaman saya lebih 13 dalam emas (dan kewangan).

Samada dia terima atau tak, kerja saya telahpun selesai.

Sebab itu saya tak terima penyimpan emas yang malas belajar; malas membaca, malas beli buku, malas datang seminar, dan malas berguru!

Nanti bila dia rugi, semua orang dia salahkan... Bahkan emas pun bersalah! Menyesal beli emas katanya...

Dia beli awal tahun, lepas tu jual pertengahan tahun, rugi katanya...

Bagi siapa nak kaya dengan emas, kuncinya pada ilmu. Bukan emas menjadikan kita kaya, tapi ilmu. Bermula dengan tabungan emas kukuh, dengan ilmu dia mampu UNLOCK kunci-kunci kekayaan yang lain. InsyaAllah.

Kalau tak minat belajar, lebih baik letak sahaja duit dalam ASB atau Tabung Haji. Itu lebih piece of mind.

Walaupun ia tak membuatkan dia kaya raya, sekurang-kurangnya dia tak jatuh miskin... InsyaAllah.

#TipKayaDenganEmas

Kredit mentor, Tn Zulkifli Shafie

Nak buka akaun emas, klik sini: https://publicgold.me/odahsolehah/akaun-gap
Ilmu paling asas yang kena tahu sebelum memulakan simpanan emas;

1. Beli emas dapat emas (fizikal), sama macam beli emas di kedai-kedai emas. Emas tu boleh simpan sendiri.

2. Simpanan emas tiada pendapatan bulanan atau tahunan seperti dividen ASB/ Tabung Haji. Yang ada cuma, beli harga rendah dan jual harga tinggi untuk dapat untung. Jika ada syarikat emas janjikan keuntungan tahunan cepat cepat lari. Apatah lagi jika ada jaminan keuntungan 10 x ganda.

3. Emas sesuai untuk simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya 3 tahun ke atas. Ia tak sesuai dibeli dengan duit yang nak digunakan pada waktu terdekat.

4. Harga emas confirm naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas confirm akan merosot dari tahun ke tahun

Sejarah 20 tahun harga emas menunjukkan harga emas naik secara purata 10% setahun.

5. Simpan emas bermaksud simpan duit. Beli emas duit tak habis. Bila nak pakai duit, boleh jual atau pajak sahaja bila-bila masa.

6. Waktu terbaik BELI emas ialah bila ada duit untuk simpanan jangka panjang, bukan tunggu harga rendah.

Beli dulu dengan bajet kecil sebagai benchmark, barulah akan faham harga tinggi rendah.

7. Waktu terbaik JUAL emas ialah bila :

(a) ada hal kecemasan,
(b) ada peluang untuk tukar kepada aset yang lebih menguntungkan e.g. beli rumah di bawah harga pasaran atau rolling bisnes, dan
(c) sudah capai target simpanan e.g. naik haji, pendidikan anak.

Ada banyak kelebihan simpanan emas. Ada yang berjaya selesai hutang lebih awal dengan emas. Ada yang berjaya ada kewangan kukuh dengan simpnan 5 angka

Mula simpan emas sekarang di sini
https://publicgold.me/odahsolehah
Gais,

Harga emas menaik sejak jam 3.00 petang tadi.

Dalam masa 8 jam harga emas naik mencecah paras 1907.20 (naik 38.70 USD se Oz.

Apa sebabnya?

Jawapan: konflik antara Israel dan Hamas semakin tegang.

Sangat tegang.

Ini kerana tentera Israel telah meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk memindahkan 1.1 juta rakyat Palestin yang tinggal di bahagian Utara Gaza dalam tempoh 24 jam.

Apa maksudnya?

Maksudnya tentera Israel ingin masuk menyerang tentera Hamas di kawasan tersebut. Ini adalah perang gais!

PBB telah memaklumkan bahawa pemindahan 1.1 juta rakyat Palestin dalam tempoh 24 jam adalah mustahil untuk dilakukan. Ia akan menyebabkan krisis kemanusiaan terhadap pelarian Palestin.

Sekarang nie, ketegangan sangat tinggi, ketidaktentuan sangat tinggi.

Adakah tentera Israel akan masuk menyerang setelah tempoh 24 jam berakhir?

Jika ya, ia bermaksud satu peperangan akan berlaku. Ramai orang yang tidak bersalah akan menjadi korban.

Selepas itu, kita tidak tahu apakah respon daripada negara-negara Arab jika perang betul-betul meletus. Jika ya, maka emas, perak, minyak akan naik melambung.

Buat masa nie, saya memerhatikan situasi di Israel dan Gaza dengan penuh perhatian.

Sila share kepada rakan-rakan anda.

#NotaEmasSyukorHashim

https://www.facebook.com/620021355/posts/pfbid0G5aBuSscDaYfPmo7tFonrTq9J4c5ea7ikNodrvrGFS16vT2XB64AWs1tPgrePNJul/?mibextid=kK6hii
Nak mula simpan emas, boleh terus follow step ni dan buat simpanan pertama sebelum harga emas melonjak naik:

https://publicgold.me/odahsolehah/cara-bermula

Yang dah ada akaun emas, boleh tambah tabungan macam biasa melalui akaun GAP! 🔥