πŸŽ‰ Simpan Emas with Odah πŸŽ‰
9.12K subscribers
2.63K photos
135 videos
2 files
1.35K links
Pearl 3 Star Founder Master Dealer Public Gold πŸ’Ž
Misi melahirkan 20,000 penyimpan emas tahun 2024. Jom capai financial freedom dengan simpanan emas!

t.me/magnetemas
Download Telegram
July 13, 2022
August 16, 2022
August 17, 2022
Gais,

Saya nak share sikit pengalaman menjual emas terpakai ketika Gold Cultural Day di Menara Public Gold.

Gold Cultural yang dianjurkan oleh Public Gold berlangsung selama 3 hari mulai hari 16-18/9/2022.

Ceritanya macam nie…

Customer saya ada seutas rantai tangan dengan berat 100gram dan berketulenan 999.9

Rantai tangan nir dah dibeli lama, ketika zaman skim pelaburan emas secara Arrahnu 30:70

Company yang jual emas nie dah lama bungkus.

Namun Alhamdulillah, sebab beliau ambil emas fizikal pegang sendiri, maka tak kisahlah kalau company tu bungkus ke, kena serbu dengan Bank Negara ke.. asalkan emas dalam tangan maka selamatlah dia…

Setelah banyak tahun pegang, beliau ambil keputusan untuk menjual emas nie kat Public Gold.

Asalnya dia nak buat x-plan dan ambil jongkong emas 999.9 namun setelah berfikir panjang, beliau cakap nak jual ajer.

Jadi saya bawa ke kaunter khas trade-in/buyback di Gold Cultural Day. Saya bagi kepada staff Public Gold untuk ditimbang berat dan diuji ketulenannya.

Memang sah dapat berat 100g dan kualiti 999.9 πŸ₯°

Harga Public Gold beli hari ini adalah RM233 se gram.

Jadi beliau dapat RM23,300 untuk seutas rantai tangan ini.

Seingat saya, waktu dia beli rantai tangan nie, katanya dalam belas-belas ribu shj (beliau tak ingat harga)

So, far beliau berpuas hati dengan harga RM23,300 nie.

Kesimpulan yang boleh saya bagitau anda adalah.

First, paling kurang risiko adalah emas fizikal yang anda pegang sendiri.

Sebab:

Tiada risiko anda akan rugi bila company bungkus.

Kedua. Emas untung simpan dalam jangka masa panjang.

Ketiga. emas, walaupun tidak berjenama, namun ia masih berharga. Ada ajer pihak ketiga yang sanggup beli.

Sebab dia boleh lebur emas nie dan buat produk baru πŸ₯°

Dapat sesuatu?

#NotaEmasSyukorHashim
September 19, 2022
September 27, 2022
November 17, 2022
December 9, 2022
Apa cerita emas hari ini?

Hari ini saya mendapat soalan daripada peminat emas. Namanya En. Muhammad Hafiz daripada Cheras.

(Soalan) Apa objektif En Hafiz nak simpan emas?

(Jawapan) Dia beritahu saya yang dia berminat untuk membeli emas 1 gram setiap bulan. Kemudian, dengan sangat spesifik, En. Hafiz memberitahu kepada saya yang beliau nak beli emas 1 gram yang "dalam seal" (dalam bentuk kad).

Apa jawapan saya kepada En. Hafiz?

Jika objektif beliau adalah untuk simpan 1 gram setiap bulan DAN beliau nak "emas 1gram dalam seal" maka produk yang terbaik untuk En. Hafiz adalah membuka akaun GAP Public Gold (Gold Accumulation Program).

Sebab GAP adalah produk yang memenuhi objektif pelaburan En. Hafiz. Ia mudah, murah dan patuh syariah.

Kenapa mudah? Sebab urusan belian emas dan pengeluaran emas boleh dibuat secara online, hanya melalui handphone. Guna internet banking ajer dah boleh selesai.

Selain itu, emas yang dikeluarkan daripada akaun GAP boleh terus diposkan ke rumah anda dengan berinsurans oleh Public Gold. Anda hanya perlu tunggu dengan senyuman. Nanti emas tu sampai kat depan anda. Best kan?

Kemudian, ada terlalu banyak pilihan emas 1 gram yang boleh anda keluarkan daripada akaun GAP.

Ada edisi emas yang special edition dan ada yang limited edition (cetakan terhad). Ada design koleksi (yang nie of cos mahal sket premiumnya)

Kedua, Ia murah kerana emas 1 gram dalam seal adalah jauh lebih murah jika dikeluarkan melalui akaun GAP, berbanding dibeli pada harga runcit.

Gold premium untuk emas 1 gram yang biasa adalah RM15 sahaja manakala kalau special edition/limited edition, gold premium mahal sket.

Ketiga. Jual beli melalui akaun GAP ini disahkan patuh syariah.

Ada sijil kepatuhan syariah daripada Amanie Advisor. Jadi anda boleh jual beli tanpa ragu-ragu.

Dengan kata lain, GAP adalah produk yang boleh memenuhi matlamat simpanan dan budget En. Hafiz.

Setelah saya expain tentang GAP, maka beliau pun membuka akaun GAP dengan belian pertama 1 gram.

p/s: Nak bagitau juga. Akaun GAP bukan sekadar simpanan 1 gram. Anda juga boleh simpan gram emas dalam akaun GAP sehingga 1 kilogram emas ye.

Lepas tu keluarkan terus 1kg gold bar dan pegang dalam tangan. Ada customer saya yang simpan akaun GAP sampai dapat sekilo ya πŸ˜„

p/p/s: Sila tengok gambar. Banyak giler design emas 1 gram yang boleh dikeluarkan dari akaun GAP anda.

#NotaEmasSyukorHashim
Mentor emas saya.
January 3, 2023
Apa cerita emas hari ini? 24/1/23

Seorang customer saya nekad untuk memiliki sekeping 250g pada tahun 2023.

Jadi dia bulatkan tekad untuk buat belian secara Epp10x (bayar selama 10 bulan).

Dia buat belian ini pada bulan 3, 2022.

Kalau anda tengok jadual pembayaran, dia kena bayar sebulan RM6864.00 (bukti belian dan bayaran selama 10 bulan)

Akhirnya, setelah 10 bulan konsisten membayar maka gold bar 250gram ini akan menjadi milik beliau πŸ₯°πŸ‘πŸŒΉ (habis bayar bulan 12, dan akan collect emas nie bulan Januari 2023)

Gais.

Bila kita nekad untuk memiliki emas, nescaya ia akan berada di dalam genggaman.

Tips. Untuk orang yang baru nak bermula, anda tak perlu target 250gram terus.

Anda boleh start kecil-kecil. Contohnya 1 dinar, 5 Dinar, 10 gram ke, 20g ke.

Ukur kedalaman poket anda.

Namun pastikan anda nekad untuk memiliki harta emas!

InsyaAllah anda akan berjaya.

#NotaEmasSyukorHashim
January 24, 2023
Apa cerita emas hari ini? Jumaat 3/2/2023

Gais,

Malam nie harga emas jatuh banyak dan mendadak! Harga emas sekarang adalah USD1880 usd/Oz iaitu kejatuhan sebanyak 32.20 usd/Oz.

Apa sebabnya? Baik let me explain.

Hari ini adalah hari dimana Biro Statistik Pekerjaan mengeluarkan laporan pekerjaan NFP (Non Farm Payroll).

Laporan ini bertujuan mengukur kekuatan pasaran kerja negara US.

Laporan malam nie menunjukkan jumlah pekerjaan yang dicipta pada bulan lepas adalah 517,000 pekerjaan berbanding jangkaan 193,000 sahaja.

Perbezaan besar ini jelas menggambarkan keadaan pasaran kerja US adalah mengukuh, dan sekali gus menggambarkan pengukuhan ekonomi US.

Apabila ekonomi US sedang kuat, maka kebarangkalian untuk kadar faedah naik adalah tinggi menyebabkan permintaan terhadap emas berkurangan.

Asbab inilah, emas menghadapi tekanan jualan yang tinggi malam ini.

Sekian melaporkan, silakan share dengan rakan-rakan anda πŸ˜„

#NotaEmasSyukorHashim
February 3, 2023
February 10, 2023
February 13, 2023
Gais.

Bukan semua emas martabatnya sama.

Jom belajar daripada pengalaman customer saya nie.

Dia orang Melaka.

Dia beli emas jenama XYZ dari sorang agen emas di KL. Dalam 120 gram (6 ketul).

Beliau ingatkan semua emas 999.9 nie sama aja.

Namun bila beliau nak jual emas balik emas nie, maka mula lah timbul masalah.

Syarikat nie takde agen kat Melaka. Pastu takde branch kat Melaka.

Kalau nak jual maka dia kena travel pergi KL.

Ini proses yang renyah, buang masa dan menyusahkan beliau. Jadi beliau tak mahu menempuh susah payah tersebut.

Akhirnya dia contact saya. Ketika itu saya berada di Indonesia.

β€œEn. syukor, Public Gold beli tak emas jenama lain?” Tanya beliau.

β€œYa Public Gold memang beli emas jenama lain. Takde masalah untuk jual kat Public Gold balas saya”

Berapa harga Public Gold beli? Tanya beliau (soalan pada hari Khamis 16/3/2023).

Bila saya check dengan office Public Gold, harga beli balik masa tu adalah RM5180 untuk 20gram.

β€œOk saya nak jual, saya tunggu En. Syukor balik dari Indonesia dahulu” balas beliau.

Namun, pada hari saya balik pada Sabtu, tiba-tiba Public Gold buat offer belian balik emas 999.9 pada harga 275 segram.

Jadi sekarang nie kalau dia jual, maka dia akan dapat RM5500 sekeping!

Saya terus call beliau dan bagitau offer belian balik pada harga RM275 segram. Beliau sangat teruja! Jadi saya minta beliau terus ke Public Gold Melaka untuk berurusan.

Beliau jual 120gram dgn nilai RM33,000 (tengok resit belian balik).

Alhamdulillah, beliau memanjatkan kesyukuran kerana Public Gold sanggup membeli emas jenama lain dengan harga tertinggi.

Pada waktu itu, beliau sedar bahawa bukan semua jenama emas nie sama standardnya.

Ada emas yang senang dibeli tapi susah dijual. Leceh! Macam kes beliau.

Emas Public Gold sangat senang dibeli dan dijual.

Ini kerana Public Gold mempunyai berpuluh ribu dealer aktif di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapore. Jadi anda anda ketenangan fikiran.

Kalau anda rasa semua emas yang sama, kisah ini boleh merubah persepsi anda.

Beli ajer jenama yang established macam Public Gold. Tenang fikiran πŸ€—

#NotaEmasSyukorHashim
March 21, 2023
Mentor kongsi !!

Saya pernah berjumpa orang yang simpan 1 gram emas sahaja.

Lepas tu dia berhenti.
Lepas tu dia tutup akaun emas.

Mula 1g, penutup pun 1g

Saya juga ada customer yang beli setiap bulan 1 gram sejak tahun 2014.

Saya juga ada customer yang beli akaun emas sampai dapat 1kg emas fizikal.

Dia suka sebab berjaya genggam 1kg.

Ikut pengalaman saya, orang yang berjaya simpan banyak emas, biasanya dia simpan dengan matlamat.

Sebagai contoh, kalau nak simpan dana untuk pendidikan anak, rasanya bolehlah 1 gram sebulan dan simpan 17 tahun.

Namun kalau nak beli rumah dan tanah, biasanya 1gram sebulan nie tak cukup.

Anda kena simpan lebih.

Kenalpasti matlamat jangka panjang anda dan konsisten simpan.

Bila dah cukup nilainya maka anda boleh jual terus emas tu dan penuhi matlamat anda.

Sebagai contoh, saya pernah tukarkan hampir 80% duit saya ke dalam bentuk emas dan perak. Bertahun-tahun saya amalkan tukar duit jadi emas perak.

Namun bila ada peluang bina rumah secara tunai di Langkawi maka saya jual emas perak saya dan bina rumah. Itulah masa mencairkan emas tersebut.

Emas banyak membantu kehidupan saya 😁

#notaemassyukorhashim
April 8, 2023
Gais.

Semalam Public Gold telah berjaya mencapai 1 milestone terbaharu iaitu customer yang ke sejuta!

Tahniah kepada PG01000000
SHARIFAH NORIZAN BINTI WAN ZAIDI
KCB πŸ₯°

dan

Introducer beliau:
PG00936009
SH AZNIE NORIZA BINTI WAN ZAWAWIE

Sebagai tanda penghargaan, Public Gold akan menghadiah setiap seorang dengan gold bar 10gram (pemegang akaun dan introducer).

Simpanan permulaan RM100 je, terus dapat 10gram bernilai RM3100+, fuh!

Untuk semua dealer dan customer,
Terima kasih kerana mempercayai Public Gold πŸ™

(Psttt, ada satu lagi cara nak dapat 10gram goldbar secara percuma setiap bulan! Korang boleh daftar akaun GAP dan setkan auto debit minima RM200!)

#PublicGold #since2008 #sejutapenyimpanemas
#NotaemasSyukorHashim
May 22, 2023
Perkongsian Mentor Odah, Mahaguru Emas En Syukor Hashim
____________________________

Throwback,

Tahun 2014 (9 tahun lepas)

Saya di interview oleh RTM berkenaan pelaburan emas.

Waktu nie harga emas berada dalam trend menurun.

Banyak skim-skim cepat kaya yang bertopengkan pelaburan emas muncul ketika ini.

Contohnya Tok Belagak dan Khazanah Bangsa.

Ramai terjebak sebab mereka dijanjikan pulangan lumayan.

Kata penganjur β€œBeli emas dan simpan rugi sebab harga emas tengah jatuh. Namun kalau beli dengan kami, nescaya untung sebab kami niagakan emas nie”

Lepas tu semua sekali terlungkup. Pelabur-pelabur rugi jutaan ringgit.

Nak untung cepat dan banyak, namun semuanya tersontot.

Saya terselamat. Sepuluh sen pun tak rugi, sebab saya elakkan pelaburan emas seperti ini. Saya tahu dari awal.

Gais.

Kalau ada syarikat yang offer untung cepat dan banyak dan takde risiko, maka orang yang melabur awal ajer yang untung.

Yang melabur di belakang-belakang semua lingkup.

#NotaEmasSyukorHashim

Nak mula simpan emas: https://publicgold.me/odahsolehah
July 21, 2023
Sebulan satu keping…

Akhirnya lengkaplah sudah koleksi 1 gram edisi bulan-bulan Islam.

Bagaimana cara mendapatkan gold bar ini?

Jawapan: Anda boleh keluarkan daripada akaun GAP Public Gold dan minta Public Gold poskan ke alamat anda menggunakan git (gold in transit)

Ia berinsurans.

Anda tunggu dengan senyuman.

Seronok rasanya bila anda boleh tengok satu persatu gold bar ini, especially kalau anda susun dalam gold card folder πŸ₯°

Memang cantik!

#NotaEmasSyukorHashim
July 24, 2023
πŸŽ‰ Simpan Emas with Odah πŸŽ‰
Photo
Gais.

Tahukah anda siapa pemilik jongkong emas 50gram ini?

Jawapan: Beliau adalah customer saya, seorang wanita peniaga pasar malam. Kita boleh panggil dia kak R.

Dia jual pakaian kanak-kanak.

Kalau anda jumpa kak R secara berdepan, memang anda takkan sangka dia simpan banyak emas.

Kenapa dia simpan emas?

Pertama, dia berhasrat untuk membeli rumah. Jadi dia target 1.5kg emas sebagai simpanan terlebih dahulu then baru tukar ke dalam bentuk emas.

Kedua, dia percaya kepada kenaikan harga emas dalam jangka masa panjang.

Ketiga, dia percaya kepada emas fizikal yang boleh dipegang dalam tangan dan disimpan sendiri.

Dia pun tak percaya untuk simpan duit banyak-banyak dalam akaun bank. Sebab ada kes duit dalam akaun bank boleh lesap juga.

Keempat, dia tak percaya kepada pelaburan emas yang menjanjikan pulangan, apatah lagi kalau takde emas dalam tangan.

Sebab beliau pernah kena tipu sebanyak RM3,000 dengan satu syarikat nama Khazanah Bangsa.

Syarikat nie janji pulangan lumayan namun akhirnya satu sen pun kak R tak dapat pulangan, malah lesap semuanya duit dia RM3,000.

Bagi kita mungkin nilai 3k tu kecil, tapi bagi peniaga pasar malam yang jual baju budak-budak, itu sangat besar.

Dia dah serik dengan konsep β€œbeli emas tak nampak emas”

Biar lambat asal selamat.

Kak R punya style adalah kumpul duit sampai dapat beli seketul emas fizikal. Kalau duit belum cukup maka dia senyap ajer…

Tapi bila duit simpanan dah cukup, maka dia akan contact Jonaina Nordin CikJun dan cakap β€œAkak nak beli emas. Berapa harga untuk jongkong emas x gram?”

Lepas tu dia bankin duit full payment. Lepas tu kitorang pun beli dan serahkan kepada kak R.

Itulah cerita unik salah seorang penyimpan emas saya πŸ˜„

#NotaEmasSyukorHashim
August 2, 2023
September 14, 2023
Gais,

Harga emas menaik sejak jam 3.00 petang tadi.

Dalam masa 8 jam harga emas naik mencecah paras 1907.20 (naik 38.70 USD se Oz.

Apa sebabnya?

Jawapan: konflik antara Israel dan Hamas semakin tegang.

Sangat tegang.

Ini kerana tentera Israel telah meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk memindahkan 1.1 juta rakyat Palestin yang tinggal di bahagian Utara Gaza dalam tempoh 24 jam.

Apa maksudnya?

Maksudnya tentera Israel ingin masuk menyerang tentera Hamas di kawasan tersebut. Ini adalah perang gais!

PBB telah memaklumkan bahawa pemindahan 1.1 juta rakyat Palestin dalam tempoh 24 jam adalah mustahil untuk dilakukan. Ia akan menyebabkan krisis kemanusiaan terhadap pelarian Palestin.

Sekarang nie, ketegangan sangat tinggi, ketidaktentuan sangat tinggi.

Adakah tentera Israel akan masuk menyerang setelah tempoh 24 jam berakhir?

Jika ya, ia bermaksud satu peperangan akan berlaku. Ramai orang yang tidak bersalah akan menjadi korban.

Selepas itu, kita tidak tahu apakah respon daripada negara-negara Arab jika perang betul-betul meletus. Jika ya, maka emas, perak, minyak akan naik melambung.

Buat masa nie, saya memerhatikan situasi di Israel dan Gaza dengan penuh perhatian.

Sila share kepada rakan-rakan anda.

#NotaEmasSyukorHashim

https://www.facebook.com/620021355/posts/pfbid0G5aBuSscDaYfPmo7tFonrTq9J4c5ea7ikNodrvrGFS16vT2XB64AWs1tPgrePNJul/?mibextid=kK6hii
October 13, 2023