πŸŽ‰ Simpan Emas with Odah πŸŽ‰
8.96K subscribers
2.63K photos
135 videos
2 files
1.35K links
Pearl 3 Star Founder Master Dealer Public Gold πŸ’Ž
Misi melahirkan 20,000 penyimpan emas tahun 2024. Jom capai financial freedom dengan simpanan emas!

t.me/magnetemas
Download Telegram
July 22, 2022
July 23, 2022
July 23, 2022
EMAS vs INFLASI

Perasan tak, kita selalu dengar dan baca bahawa,

β€˜Emas dikatakan aset kalis inflasi’


Apa itu inflasi?

Inflasi bermaksud peningkatan harga sesuatu barangan atau perkhidmatan dari semasa ke semasa, sementara kuasa mata wang semakin menurun.

Inflasi bermaksud kuasa beli duit kita makin susut. Jika inflasi 5% setahun, maksudnya kuasa beli duit kita susut 5% berbanding tahun sebelumnya.

Jika kita ada simpanan di medium pelaburan yang menawarkan dividen 5%, maksudnya β€˜nombor’ dalam akaun bertambah tetapi hakikatnya kekayaan kita tidak bertambah.

Jika kenaikan gaji kita tak sampai 5% dalam setahun, maksudnya kita lebih β€˜miskin’ dari tahun sebelumnya walaupun β€˜nombor’ dalam gaji kita bertambah.
.
Inilah yang dikatakan inflasi.

Antara langkah terbaik untuk mengurangkan inflasi ini adalah dengan menukarkan β€˜duit’ simpanan kita kepada aset yang lebih selamat seperti tanah, rumah dan emas.

Ketiga-tiga aset ini mampu menyelamatkan duit kita daripada terus dimamah inflasi.

Orang yang berkemampuan mungkin tiada masalah untuk membeli tanah ataupun rumah, tapi rakyat marhein agak sukar untuk memiliki kedua-dua aset ini kecuali emas.

Emas adalah satu-satunya aset yang paling mudah dimiliki oleh semua lapisan rakyat baik kaya mahupun sederhana.

Buktinya,
Kita boleh beli dan simpan emas serendah RM100 di Public Gold melalui simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP)

Emas adalah anugerah tuhan yang paling bernilai kerana ianya terhad di muka bumi.

Tidak boleh dimanipulasi nilai
Tidak boleh diganti nilai.
Itulah emas.

Malah dalam tempoh jangka masa yang panjang, harga emas meningkat, meningkat dan terus meningkat.

Sekiranya anda telah mulakan simpanan emas, teruskan simpan secara konsisten.

Sekiranya masih belum bermula, usah bertangguh. Mulakan sekarang dan buat bersungguh-sungguh sehingga capai gram yang kita target.

Dapat sesuatu?
Ayuh! Kita mulakan ye.

#PG1M
July 23, 2022
July 23, 2022
5 Dinar fresh from Oven!! 😍😍

5 Dinar = 21.25 gram
Harga pada hari ini RM 5,694
Atau boleh ambil pakej bayaran selama 10 bulan.

Bayaran adalah:
Bulan pertama RM 621
Bulan seterusnya RM 567
July 23, 2022
July 23, 2022
July 23, 2022
GUYS, MALAM INI‼️

⚜️ HARI BERSAMA PELANGGAN PG1M⚜️

Jom esok sabtu belajar ilmu emas bertajuk β€œSaving Booster dengan Simpanan Emas” dan β€œMy Kilau My PG Jewel”.

Program ini bukan sahaja membuka peluang dan ruang untuk anda lebih faham tentang emas tetapi anda juga akan mempelajari beberapa tips shopping barang kemas dan terima pendapatan pasif dengan platform Public Gold.

πŸ“ Slot Pertama: Saving Booster dengan Simpanan emas
Speaker: Pn Aishah Binti Abdul Wahab

πŸ“ Slot Kedua: My Kilau MY PG Jewel
Speaker: Pn Nurul Hidaya Mustafakamal (Mami Ayu)

Moderator hebat: Pn Ainimazlin Abd Malek Shahar

Program ini diadakan secara Live Di FB Page. Berikut merupakan butiran program :

Tarikh : 23 Julai 2022 (Sabtu)
Masa : 9.00 malam
Lokasi : FB Page Public Gold By PG1M (https://www.facebook.com/publicgoldbypg1m)

πŸŽ‰ Psssttt.. Kami juga akan live di Tiktok. Sembang santai bersama penyimpan emas PG1M. Tanyakan apa sahaja soalan kepada kami!

Masa: 10.45 malam
Lokasi: Tiktok Live @shukrieepg
(https://www.tiktok.com/@shukrieepg?_t=8UCIrKCQamY&_r=1)

Kami bawakan tetamu misteri! Nantikan.

Terbuka kepada semua dan paling penting ianya dibawakan secara PERCUMA.

Ajak rakan, kawan & sabahat.
Ajak abang, adik & kakak.
Ajak keluarga, adik-beradik & saudara mara.

Sama-sama meriahkan program menarik ini.

β€˜Simpan Emas Dengan Ilmu’

Terima kasih!
PG1M committee
July 23, 2022
July 24, 2022
July 24, 2022
1. Scam pelaburan emas terbesar di Malaysia ialah Genneva Gold yang melibatkan 35 ribu orang pelabur. Mengapa orang ramai terjebak dengan scam emas ini?

2. Genneva Gold ini adalah brand bagi sebuah syarikat perniagaan menjual emas yang ditubuhkan sejak tahun 2002. Syarikat ini mendakwa mendapat pengiktirafan "patuh syariah". Mereka sebut dalam profil syarikat, "The one and only gold company that is shariah compliant".
Ayat ini sebijik macam tagline kedai mamak Syed Bistro". The one and only Bhukhara Briyani" Amma!

3. Genneva Gold mempunyai 11 buah pejabat di Malaysia termasuk wakil perniagaan di China, Indonesia, Filipina dan Singapura. Keadaan Ini menggambarkan Genneva Gold sebuah perniagaan yang kukuh.

4. Genneva Gold mempunyai seorang pengarah daripada orang Melayu Muslim, Ahmad Khairuddin Ilias danseorang daripada kerabat Diraja Pahang.
Genneva Gold menawarkan pelaburan emas menarik iaitu menjual emas kepada pelanggan pada harga premium 29%-30% daripada harga pasaran tetapi pelanggan mendapat 'hibah' (hadiah) 1.5% pada setiap bulan. Selepas kontrak 6 bulan, pelanggan boleh menyimpan emas atau menjualnya semula kepada Genneva Gold pada harga belian asal atau menjual kepada pihak ketiga.

5. Sekali pandang pelaburan emas Genneva Gold amat berbaloi! Hibah sebanyak18% setahun. Emas fizikal dapat, hibah pun dapat, patuh syariah pula. Warren Buffet mesti terkejut!

6. Genneva Malaysia dilancarkan secara rasmi pada tahun 2010 oleh Tun Mahathir. Mungkin Tun Mahathir dipergunakan dalam hal ini. Beliau antara tokoh besar yang mendukung penggunaan emas. Beliau menyebut dalam ucapannya:
"Wang (mata wang) hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenarnya, namun emas dapat mewakili nilai sebenarnya kerana itu adalah logam berharga di seluruh dunia."

7. Masa berlalu dan dilaporkan seramai 8 ribu pelanggan yang telah membeli 4 ribu kg emas masih belum menerima emas mereka. Genneva Malaysia berhutang sebanyak RM80 juta. Mengikut kertas siasatan, Genneva Gold beroperasi dengan menanggung liabiliti (tanggungan) 10 kali ganda lebih besar berbanding aset yang dimilikinya. Bank negara Malaysia menyebut:
"Initial forensic accounting has uncovered considerable losses being experienced by the company in 2012 and the company has liabilities exceeding 10 times its assets."

8. Pada 1 Oktober 2012, Genneva Gold diserbu oleh pihak berkuasa Malaysia dan Singapura atas kesalahan pengambilan deposit secara haram, pengubahan wang haram dan sebagainya.

9. Sebelum peristiwa itu, penasihat-penasihat Syariah telah menarik diri daripada Genneva Gold. Syarikat ini menggunakan label "patuh Syariah bagi mengkaburi operasi scam mereka.

10. Jika ada penasihat Syariah tiba-tiba menarik diri maka berhati-hatilah. Pokok tidak akan bergoyang jika tidak ditiup angin.

11. Semasa serbuan, Bank Negara Malaysia menyita aset Genneva Gold iaitu RM99.8 juta wang tunai dan 126kg emas untuk siasatan lanjut.

12. Perbicaraan Genneva Malaysia amat panjang. Pada bulan Ogos 2020, Mahkamah Tinggi mendapati Genneva Malaysia bersalah dan didenda RM450 juta, 8 orang individu dijatuhkan hukuman penjara 4 hingga 9 tahun dan denda RM 1 juta dan RM4 juta setiap seorang.

13. Namun pelabur-pelabur Genneva Gold tidak mendapat semula wang mereka dan mereka perlu melalui proses undang-undang yang panjang. Sebab itu, mangsa scam keberatan untuk melaporkan skim pelaburan yang diragui supaya aset syarikat tidak dibekukan.

14. Kesimpulannya, syarikat perniagaan yang sah menjual emas, mendakwa patuh syariah dan mempunyai nama besar tidak semestinya bukan scam. Duit tak dapat, emas tak dapat, habuk pun tak dapat. Amma appa!!

15. Jika sesuatu pelaburan ada bau-bau scam maka cepat-cepat tarik diri sebelum nasi menjadi basi. Sejarah tidak menipu. Pengalaman mengajar kita menjadi lebih matang dan dewasa. Salam hormat.

Dr. Abdel Rahmanov
20 julai 2022
July 24, 2022
July 25, 2022
July 25, 2022
July 25, 2022
Pernah kah anda tertanya-tanya bagaimana Public Gold menyimpan emas fizikal, termasuklah emas customer dalam akaun GAP yang 100% bersandarkan emas fizikal?

Jemput tengok Public Safe yang terletak di HQ PG di Relau, Pulau Pinang.

Kita boleh sewa safe deposit box di sini yer 😚

Kredit video:
MamiAyu Emas
July 25, 2022