🎉 Simpan Emas with Odah 🎉
9.2K subscribers
2.63K photos
135 videos
2 files
1.35K links
Pearl 3 Star Founder Master Dealer Public Gold 💎
Misi melahirkan 20,000 penyimpan emas tahun 2024. Jom capai financial freedom dengan simpanan emas!

t.me/magnetemas
Download Telegram
1/7/2022 Jumaat.

Ketika saya menulis artikel ini, harga emas berada di bawah USD1800 (to be exact USD 1795).

Sentimen pasaran sekarang negatif untuk emas, pasaran saham dan juga crypto currency.

Apa sebabnya? Inflasi dan kadar faedah di US.

US Federal Reserved menaikkan kadar faedah bagi melawan kadar inflasi.

Federal Reserved juga memberikan gambaran bahawa mereka akan menaikkan kadar faedah di masa hadapan.

Risiko peningkatan kadar faedah menyebabkan pasaran kurang stabil. Ini kerana pelabur akan mengalihkan duit kepada instrument yang berkait dengan kadar faedah seperti Treasury Bills dan Treasury Notes dan Treasury Bond.

Peningkatan kadar faedah juga akan meningkatkan risiko berlakunya kemelesetan ekonomi. Ini kerana bila kadar faedah meningkat maka kos meminjam duit akan meningkat dan kos membayar hutang juga akan meningkat. Orang akan kekurangan duit. Perbelanjaan jatuh dan ekonomi akan menguncup.

Jika anda lihat gambar chart, harga dibawah 1800 usd adalah antara harga yang cantik (tengok candle paling hujung)

Kalau nak tunggu? Pun boleh juga.

Tengok ke mana harga minggu depan

#NotaEmasSyukorHashim
Gais,

Kekuatan matawang USD menyebabkan harga emas jatuh merudum malam tadi.

Emas jatuh ke paras 1797.90 USD, iaitu jatuh usd 15.10 usd per oz.

Kenapa USD menguat?

Sebab pasaran menjangkakan bank pusat US, Fed akan mengambil langkah menaikkan kadar faedah.

Kenaikan kadar faedah akan menguatkan matawang US.

Ini kerana pelabur / pasaran akan berpusu-pusu membeli USD untuk tujuan membeli instrument seperti Treasury Bond, T-bills dan T-notes atau simpan dalam bank untuk mendapat faedah yang tinggi.

Ini menyebabkan emas hilang tarikan.

Justeru harga emas merudum malam tadi

#NotaEmasSyukorHashim