πŸŽ‰ Simpan Emas with Odah πŸŽ‰
9.16K subscribers
2.63K photos
135 videos
2 files
1.35K links
Pearl 3 Star Founder Master Dealer Public Gold πŸ’Ž
Misi melahirkan 20,000 penyimpan emas tahun 2024. Jom capai financial freedom dengan simpanan emas!

t.me/magnetemas
Download Telegram
Harga Emas dan Minyak Mentah Melonjak Kerana Rusia Menyerang Ukraine πŸ”₯

Presiden Rusia Vladimir Putin baru sahaja mengumumkan β€˜operasi ketenteraan’ di wilayah Donbas Ukraine pada pagi Khamis waktu tempatan.

Beliau membuat pengisytiharan tersebut dalam ucapan yang disiarkan di televisyen pada masa yang sama ketika Majlis Keselamatan PBB mendesaknya untuk berhenti menimbulkan ancaman.

Memetik kepada laporan terbaharu BBC, Putin juga menggesa supaya angkatan tentera di zon pertempuran di timur Ukraine untuk meletakkan senjata dan mengundurkan diri. Tambah beliau lagi, sekiranya berlaku pertumpahan darah Ukraine akan dipersalahkan.

Selain itu, beliau juga berkata β€˜keadilan dan kebenaran’ berada di pihak Rusia, memberi amaran bahawa tindak balas Moscow akan lebih pantas jika sesiapa cuba untuk menentangnya.

Presiden Rusia itu turut mengatakan bahawa tindakannya adalah sebagai mempertahankan diri dan de-Nazifikasi Ukraine.

#JunoFundamentals