🎉 Simpan Emas with Odah 🎉
9.16K subscribers
2.63K photos
135 videos
2 files
1.35K links
Pearl 3 Star Founder Master Dealer Public Gold 💎
Misi melahirkan 20,000 penyimpan emas tahun 2024. Jom capai financial freedom dengan simpanan emas!

t.me/magnetemas
Download Telegram
#TabungRumah

PERCINTAAN JARAK JAUH (PJJ)

1. Jika kita suami isteri lepas kahwin tinggal berjauhan dan berasingan, jangan ambil masa lama untuk beli rumah pertama.

2. Dilema kita, bilalah nak dapat duduk bersama menjadikan kita tak tahu nak beli rumah dimana.

3. Jangan ragu ragu nak tinggal dimana atau rumah pertama dimana, pertimbangkan maklumat ini ;

+ Jangan ambil masa terlalu lama, sebaiknya sebelum 5 tahun mesti ada rumah pertama.

+ Sebaiknya kediaman dibeli yang dekat dengan kerja isteri.

+ Tempat kerja siapa yang ada potensi pelaburan hartanah yang baik, dekat dengan kemudahan awam.

+ Pekerjaan siapa paling stabil dan boleh bertahan lama dan belilah disana.

+ Jangan beli 'ditengah' antara tempat kerja suami & isteri. Bila dah anak anak sekolah nanti pasti ada barang tertinggal. Jika ada yang dekat sekolah itu lebih mudah.

+ Mulakan dengan kediaman kecil dan sederhana, jangan yang banyak bilik jika hidup masih berdua.

+ Utamakan rumah pelaburan dari rumah impian, tangguhkan dulu kemahuan.

+ Suami sewalah ditempat yang murah, jangan dua dua sewa rumah. Bagi isteri sewa sebuah rumah dah memadai.

Jangan bersedih bila berjauhan dengan pasangan anda, rancang cepat cepat rumah pertama dimana.

Manfaatkan berjauhan untuk bina harta bukannya main mata dengan gegadis yang tumpang kereta 😜

Azizul Azli Ahmad

#JagaDiriDanSalingHormatMenghormati