Pemerintah faham kesusahan yang dihadapi golongan pencari kerja, dan mendengar kebimbangan dalam soal ini semasa sesi-sesi perbincangan Forward SG.
Pemerintah sedang melakarkan satu skim yang menawarkan sokongan kewangan sementara bagi pencari kerja, semasa mereka meningkatkan kemahiran. Pemerintah sedang perhalusi butiran skim ini, dan para pemimpin 4G akan berkongsi lebih lanjut apabila mereka menggulung inisiatif Forward SG.

❤10👍7
Pada Rapat Umum Hari Kebangsaan lima tahun yang lalu, PM Lee mengumumkan projek Jalur Budaya Geylang Serai.
Ada beberapa bahagian projek ini yang telah pun siap, seperti Wisma Geylang Serai (WGS) dan Anjung@WGS. Sebahagian kerja-kerja peningkatan masih bersifat ‘akan datang’, tetapi tidak lama lagi.
Pada zahirnya, projek Geylang Serai ini memaparkan keindahan dan kekayaan warisan budaya Melayu. Namun, apa yang tersirat di dalamnya mencerminkan masyarakat Melayu kita yang kembali bertenaga, bersiap siaga untuk menghadapi cabaran-cabaran masa hadapan.

❤12👎4👍1
58 tahun lalu, para pengasas kita menyatu-padukan rakyat dan melancarkan usaha Singapura membina watan kita. Sebagaimana dalam lagu kebangsaan kita, mereka didorong oleh semangat yang baru: seruan untuk bersatu padu, keazaman mengatasi cabaran, serta sedia bekerjasama demi membina sebuah negara baru dan masa hadapan yang cerah.
Memandang ke hadapan, generasi hari ini memerlukan semangat yang sama, yang lebih bertenaga untuk membawa Singapura maju lebih jauh lagi.
PM Lee menyeru agar kita memperkukuh semangat ini dalam kalangan rakyat Singapura demi membina sebuah masyarakat inklusif yang adil dan saksama. Marilah, kita berusaha bersama-sama ke arah masa depan yang lebih cerah sebagai satu rakyat, satu negara, satu Singapura!

👍20👎2
PM Lee Hsien Loong is now delivering his English speech at the National Day Rally 2023. You can watch the speech live on the PMO YouTube channel here: https://youtube.com/live/VW61kRjNtBo?feature=share
YouTube
National Day Rally 2023
Thank you for tuning in to National Day Rally 2023! Prime Minister Lee Hsien Loong will speak in Malay and Mandarin at 6.45pm. He will take a short break after that, and return to speak in English at 8pm.
English dubbing for the Malay and Chinese speeches…

❤26👍6