Info Tentang Emas
14 subscribers
442 photos
31 videos
2 files
249 links
Download Telegram
Hari ini saya nak berkongsi sedikit berkenaan inflasi supaya sikit sebanyak kita faham dan boleh bersedia menghadapi situasi ini. Kesannya bukan hanya akan terasa pada kita sendiri tetapi juga pada negara secara keseluruhan.

Inflasi adalah komponen utama dalam mengukur kekuatan atau kelemahan ekonomi sesebuah negara.

Inflasi ni berlaku bila nilai ringgit menurun. Macam mana kita tahu bila nilai duit menurun? Kita akan tahu nilai duit turun bila kita perlu lebih banyak duit untuk dapatkan barangan atau servis yang sama pada waktu yang berbeza.

Ini bermaksud harga barangan dan servis yang diperlukan meningkat yang menyebabkan kos sara hidup turut meningkat.

Bagaimana sesuatu negara mengatasinya bergantung pada banyak mana daya tahan (resiliency) yang telah dirancang dan disediakan terlebih dulu untuk menghadapi keberangkalian “worst case scenario” berlaku.

Sama juga seperti kita, bagaimanakah persediaan kita untuk mengatasi situasi begini?

Mengikut Gabenor Bank Negara Malaysia, kenaikan kadar inflasi dijangka melepasi 5% pada suku kedua tahun ini. Dengan statistik ini simpanan kita dengan dividen 4.5% pun tak boleh nak cover apa2. Semua tahu, untuk ekonomi pulih kepada tahap sebelum Wabak Covid-19 akan mengambil masa yang sangat lama (bertahun).

Dalam keadaan yang akan berlanjutan panjang, apa pilihan pelabur? Apa pilihan kita?

Pilihan pelabur adalah untuk beralih kepada pelaburan yang boleh melindungi nilai kekayaan mereka. Bila inflasi berlaku, nilai duit akan turun, ia juga mempengaruhi harga saham di pasaran saham kerana kos pengeluaran sesuatu produk dan servis syarikat akan meningkat.

Untuk melindungi duit mereka, pelabur akan beralih kepada pelaburan emas “as safe heaven investment”.

Jadi apa tindakan anda?

Kalau saya ada duit simpanan cash dalam bank, saya akan alihkan jumlah yang tak akan dipakai dalam masa 3-4 tahun kepada emas. Kerana membiarkan saja di situ seperti membiarkan saja untuk melihat nilai duit itu jatuh.

Kalau saya belum ada lagi simpanan emas, saya akan “review” balik pelaburan saya di tempat lain dan mengalihkan kepada simpanan emas kerana saya tahu pembayaran dividen tidak akan boleh diberi banyak semasa ekonomi mengalami inflasi.

Kepada sesiapa yang ada pelaburan di tempat lain, elok di semak semula ROInya kerana ROI juga bergantung kepada keadaan ekonomi semasa.

Kalau kita bandingkan dengan nilai duit dan nilai emas. Bayangkanlah dari tahun 2000 sehingga sekarang nilai emas meningkat lebih dari 600%. Manakala nilai duit sentiasa dalam trend menurun.

Kenaikan harga emas jangka masa panjang terbukti mampu mengatasi kenaikan kadar inflasi itu sendiri. Emas terbukti kalis inflasi dan pemegang nilai sejak zaman berzaman.

Shuhaida Ramli
6 April 2021

#inflasi
#simpananemas
#pelaburanemas
Saya tertarik dengan penulisan Dr Azizul Azli Ahmad ini mengenai pengurusan wang. Harap ia bermanfaat untuk semua.

Tips: Perancangan kewangan sangat penting untuk membolehkan anda mengurus kewangan anda dengan bijak dan justeru membuat simpanan dengan konsisten

************************

#TabungSikap

MELAYU DAN URUS WANG

1. Kita tiada contoh yang baik untuk diikuti ketika kali pertama terima gaji, rujukkan kita sama ada ibubapa atau rakan sekerja.

2. Bila nak hadir atau baca buku urus gaji dan duit, kawan mula sindir "Nak kaya cepat lettew", "Alah ini semua buat seminar nak bagi penganjur kaya"

3. Kita bangsa yang mudah emosi bila sebut bab gaji, gaji kawan tinggi kita mula rasa jaki nak tinggi juga sedangkan datang kerja tak tepati masa. Suruh Kerja lebih tarik muka

4. Bagi bangsa kita bab gaji itu sensetif, jangan ditanya berapa, malu meminta dan biarlah rahsia. Sedangkan kita dibayar dibawah harga pasaran sebenarnya.

5. Apa formula gaji kita guna waktu mula terima gaji? Belanja hingga habis baru simpan atau simpan dulu baru belanja.? Dah susah pinjaman pribadikan ada.

Pesan pada anak bila mula kerja buat simpanan 10%-30% dari gaji mereka tak pernah ada.

6. Kebanyakkan ibubapa tidak menyokong usaha simpanan anak anak mereka kerana mereka terpaksa berlumba dengan jiran tertangga. Anak siapa "paling berjaya dan bergaya"

7. Kita mintak anak buat pembiayaan peribadi untuk tambah dapur adik nak kenduri nanti. Anak takut jadi derhaka, maka dia ikut saja.

8. Kita suka dan sokong anak beli kereta bila mula kerja, "bila lagi mak nie nak merasa kereta kau Angah, sempat hidup atau tidak nanti". Mereka suka main jual emosi

9. Pelaburan bagi orang kita hanya ASB dan TH, itupun sebab kawan yang ajak bukak buku waktu jumaat rehat kerja.

10. Selain itu bagi kita pelaburan mesti nak cepat kaya, tak suka melabur lama lama. Merugikan katanya. Bila datang skim nama arab sedikit dah percaya giler. Nama hibah, wakalah, meca fund, wadiah, afifah, alif semua mudah cair dan ikut sahaja .

11. Ibubapa tak pernah cerita tentang pelaburan selain beli tanah kampung yang tiada orang usahakan. Duit kita tertanam didalam itu sahaja. "Dah pencen nanti, boleh buat rumah disini"

12. Anak bila mula kerja ibubapa dan mula cerita apa keinginan mereka, "Seronok mak tengok Mak Long kau ker umrah dan Turkie, depa main salji ya". Maka anak buat pembiayaan peribadi tunaikan impian mak ini. Anak dah tentu nak yang terbaik buat bondanya walau tidak diminta.

13. Kita banyak bergantung pada anak anak untuk bersara nanti, kita tak bersedia apa nak jadi. "Alah anak aku ramai, risau apa".

14. Kita suka lebihkan anak yang beri wang lebih, anak yang beri sedikit wang kadang kala terpinggir.

15. Pendidikan pada kita hanya bergantung pada PTPTN sedangkan tanggujawab ibubapa sediakan pendidikan anak anaknya. Saya pernah dengar seorang Profesor berkata, "alah biar mereka bayar sendiri nanti, baru berdikari".

16. Orang kita tak kisah mati bila, sebab itu tak kisah langsung takaful dan hibah perlu ada. Mereka beranggapan, lambat lagi mati jadi jangan ambil takaful lagi.

17. Faktor kedua tertinggi bangsa kita bercerai adalah faktor urus wang, ramai yang gagal urus hingga jadi punca bercerai.

18. Kita miskin bukan sebab ibubapa kita tak kaya, tapi semua yang ibubapa beri kita habiskan belanja begitu sahaja.

Belajar urus wang dengan bijak, saya dah jumpa ramai bijak pandai bergaji besar akhirnya bersara masih kena kerja.

Azizul Azli Ahmad

#pengurusanwang
#simpananemas
#PelaburanEmas
Fakta Menarik Tentang Dinar Emas

Pada tahun 2016 anda perlukan 10 Dinar untuk mengerjakan umrah. Public Gold ada sediakan pakej umrah VIP dengan kos 10 Dinar dalam akaun emas GAP (rujuk gambar). Tahun 2016 nilai 10 Dinar dalam RM 5,900

Pada tahun 2019 anda hanya perlukan 8 Dinar sahaja untuk mengerjakan umrah kerana nilai 10 Dinar dah naik sekitar RM 8,500.

Pada tahun 2021, anda hanya perlukan 6 dinar saja untuk mengerjakan umrah. Kerana Nilai 10 Dinar dah naik sekitar RM 13,000

Tahun 2016 = 1 Dinar RM 590
Tahun 2019 = 1 Dinar RM 850
Tahun 2021 = 1 Dinar RM 1,130
Tahun 2025 = 1 Dinar RM ?????

Fakta menariknya anda dapat jimat kos umrah dengan menyimpan emas. Katakan kos umrah naik pun. Jika disimpan dalam bentuk emas. Ia tidak tergugat sama sekali. Jika disimpan dalam bentuk wang fiat anda terpaksa cari lebih banyak wang untuk mengerjakan umrah.

Saya boleh bayangkan nilai 10 dinar lagi 4 tahun akan datang. Masa itu ramai yang akan menyesal kerana tak mula simpan harini. Plan simpanan sekarang agar lebih mudah tercapai impian kita untuk menunaikan haji/umrah satu hari nanti. InshaAllah

Saya yakin Public Gold akan buat Pakej umrah kembali satu hari nanti. Tugas kita adalah konsisten simpan emas dari sekarang dengan niat yang baik. Kumpul hingga 20 Dinar agar boleh bawa isteri dan anak anak sekali menunaikan umrah pada masa akan datang

Kredit kepada penulis asal🤩

Jom mulakan simpanan emas. Nak saya bantu? www.wasap.my/601115159233/NakMulaSimpanEmas
Notes : 1 Dinar = 4.25 gram emas

#matawangsunnah
#dinardirham
#simpananemas