Info Tentang Emas
14 subscribers
442 photos
31 videos
2 files
249 links
Download Telegram
Hari ini saya nak berkongsi sedikit berkenaan inflasi supaya sikit sebanyak kita faham dan boleh bersedia menghadapi situasi ini. Kesannya bukan hanya akan terasa pada kita sendiri tetapi juga pada negara secara keseluruhan.

Inflasi adalah komponen utama dalam mengukur kekuatan atau kelemahan ekonomi sesebuah negara.

Inflasi ni berlaku bila nilai ringgit menurun. Macam mana kita tahu bila nilai duit menurun? Kita akan tahu nilai duit turun bila kita perlu lebih banyak duit untuk dapatkan barangan atau servis yang sama pada waktu yang berbeza.

Ini bermaksud harga barangan dan servis yang diperlukan meningkat yang menyebabkan kos sara hidup turut meningkat.

Bagaimana sesuatu negara mengatasinya bergantung pada banyak mana daya tahan (resiliency) yang telah dirancang dan disediakan terlebih dulu untuk menghadapi keberangkalian “worst case scenario” berlaku.

Sama juga seperti kita, bagaimanakah persediaan kita untuk mengatasi situasi begini?

Mengikut Gabenor Bank Negara Malaysia, kenaikan kadar inflasi dijangka melepasi 5% pada suku kedua tahun ini. Dengan statistik ini simpanan kita dengan dividen 4.5% pun tak boleh nak cover apa2. Semua tahu, untuk ekonomi pulih kepada tahap sebelum Wabak Covid-19 akan mengambil masa yang sangat lama (bertahun).

Dalam keadaan yang akan berlanjutan panjang, apa pilihan pelabur? Apa pilihan kita?

Pilihan pelabur adalah untuk beralih kepada pelaburan yang boleh melindungi nilai kekayaan mereka. Bila inflasi berlaku, nilai duit akan turun, ia juga mempengaruhi harga saham di pasaran saham kerana kos pengeluaran sesuatu produk dan servis syarikat akan meningkat.

Untuk melindungi duit mereka, pelabur akan beralih kepada pelaburan emas “as safe heaven investment”.

Jadi apa tindakan anda?

Kalau saya ada duit simpanan cash dalam bank, saya akan alihkan jumlah yang tak akan dipakai dalam masa 3-4 tahun kepada emas. Kerana membiarkan saja di situ seperti membiarkan saja untuk melihat nilai duit itu jatuh.

Kalau saya belum ada lagi simpanan emas, saya akan “review” balik pelaburan saya di tempat lain dan mengalihkan kepada simpanan emas kerana saya tahu pembayaran dividen tidak akan boleh diberi banyak semasa ekonomi mengalami inflasi.

Kepada sesiapa yang ada pelaburan di tempat lain, elok di semak semula ROInya kerana ROI juga bergantung kepada keadaan ekonomi semasa.

Kalau kita bandingkan dengan nilai duit dan nilai emas. Bayangkanlah dari tahun 2000 sehingga sekarang nilai emas meningkat lebih dari 600%. Manakala nilai duit sentiasa dalam trend menurun.

Kenaikan harga emas jangka masa panjang terbukti mampu mengatasi kenaikan kadar inflasi itu sendiri. Emas terbukti kalis inflasi dan pemegang nilai sejak zaman berzaman.

Shuhaida Ramli
6 April 2021

#inflasi
#simpananemas
#pelaburanemas