Info Tentang Emas
14 subscribers
442 photos
31 videos
2 files
249 links
Download Telegram
nak miliki 10 dinar emas 999.9 daripada public gold? 10 dinar beratnya ialah 42.50g

jom saya share caranya.

pilih cara mana yang sesuai, yang penting ada usaha untuk cuba menyimpan.

ambil langkah hari ini, bayangkan sekiranya anda sudah memilikinya 5 tahun lepas, nilainya sudah meningkat dari rm7,225 kepada rm11,097.

wow!!! peningkatan sebanyak %53.6.

ada 3 cara belian :

1. beli secara tunai. bayar *rm11,097

2. ansuran selama 6 bulan. sebulan sekitar rm1,834

3. beli secara sikit-sikit dalam akaun gap dengan pembelian emas serendah rm 100. bila grams emas dah mencukupi boleh tukarkan kepada 10 dinar.

saya doakan yang belum pernah ada 10 dinar ni, anda akan dapat juga milikinya satu hari nanti dengan azam dan usaha.

nak?

klik link whatsapp di bawah untuk saya bantu

https://wa.me/601115159233
Menyimpan Rm di bank dengan menyangka nilainya akan bertambah itu silap.

Walaupun bank menawarkan deviden kepada penyimpannya tetapi kadar inflasi secara purata lebih tinggi sebenarnya.

Inflasi ini macam anai-anai. Walaupun kecil tetapi kesannya boleh meruntuhkan sebuah rumah. Nilai Rm kita berkurang setiap tahun.

Sebab itu antara nasihat pakar kewangan meminta simpan Rm di bank sekadar untuk kegunaan semasa. Tak sesuai untuk simpanan masa depan.

Begitu
Rm yang disimpan di bank selamat pada nombornya tetapi risiko hilang kuasa belinya di sebabkan inflasi dan kejatuhan ringgit.

Berbeza dengn emas.

Emas selamat pada nilai dan kuasa belinya. Nak lihat keupayaan emas pada nilainya? Kita lihat harga bagi seekor kambing .

Walaupun 1400 tahun dahulunya berharga 1 Dinar. Hari ini 1 Dinar yang sama masih kekal dengan harga seekor kambing.

Haaa, gituuu...
4 perkara mudah yang sukar dibuat oleh kebanyakan orang

1.Menyimpan

Menyimpan sangat mudah,tidak perlu bekerja keras atau pecah kepala memikirkannya.hanya perlu buka akaun dan simpan setiap kali pendapatan atau gaji Simpan dahulu sebelum belanja.Namun ramai yang gagal melakukannya kerana menggunakan kaedah yang salah

Mereka berbelanja dahulu,kalau ada baki baru simpan.
Malangnya tiada baki yang dapat disimpan

Simpanan disini merujuk kepada simpanan atau tabung
Kecemasan yang bernilai sebanyak 6x gaji bagi yang bekerja makan gaji atau setahun pendapatan perniagaan bagi yang berniaga

5 sebab utama gagal menyimpan

1.Tidak mahu menyimpan
2.Tiada matlamat jelas kenapa perlu menyimpan.
3.Tidak menjadi keutamaan dalam hidup untuk menyimpan
4.Dilahirkan dalam budaya yang tidak menyimpan
5.Tidak mencari ilmu

2.Membuat bajet

Bajet atau belanjawan bukan bermaksud menjadi kedekut,seperti diet bukan bermaksud tidak makan.Bajet
Atau belanjawan adalah menetapkan sesuatu perbelanjaan mengikut keutamaan keperluan pada nilai yang telah dikira dan ditetapkan mengikut masa dan tempoh tertentu.

Perkara ini pun ramai yang gagal buat kerana ambil sikap tidak peduli dan hanya mengikut hati dan perasaan ketika berbelanja

3.Mengira atau berkira-kira

Kenapa orang kaya berkira? Berkira bukan bermaksud bakhil atau kedekut tetapi seperti namanya,berkira bermakna kira,menggunakan Aritmetik yang dipelajari disekolah dahulu.campur,tolak,bahagi dan darab.

Daripada kiraan yang dibuat barulah kita tahu akan kesan aliran tunai,untung atau rugi,berbaloi atau tidak sesuatu perkara yang ingin dibelanjakan atau dilaburkan

4.Menyediakan tabung kecemasan

Mengikut perangkaan,lebih 50% rakyat malaysia tidak mempunyai minimum RM1000 sebagai tabung kecemasan.kita sering dengar ungkapan 'lari bajet' kerana berlakunya kecemasan.

Sering kali juga apa yang dikatakan sebagai kecemasan bukannya kecemasan pun,sebagai contoh tiada siapa pun akan mati kalau kita tidak beli,berbelanja atau bayar sesuatu produk atau perkhidmatan yang tidak melibatkan nyawa

Namun mengikut definisi hati dan perasaan,ia dianggap satu kecemasan!.

Hanya sekadar memyebarkan ilmu
Tiada yang lain hanya memberi peringatan.

Sumber inspirasi oleh:
Tuan Zaidi Ismail
[Alert Harga] 🔺Harga emas GAP naik RM1/g berbanding semalam

Harga hari ini:

MYR 100 = 0.3774 gram
MYR 265 = 1.0000 gram


Statistik Ogos 2021

Tertinggi: RM267 (01/08)
Terendah: RM256 (10/08)

Statistik 2021
Tertinggi: RM277 (06/01)
Terendah: RM240 (09/03)
Saya tertarik dengan penulisan Dr Azizul Azli Ahmad ini mengenai pengurusan wang. Harap ia bermanfaat untuk semua.

Tips: Perancangan kewangan sangat penting untuk membolehkan anda mengurus kewangan anda dengan bijak dan justeru membuat simpanan dengan konsisten

************************

#TabungSikap

MELAYU DAN URUS WANG

1. Kita tiada contoh yang baik untuk diikuti ketika kali pertama terima gaji, rujukkan kita sama ada ibubapa atau rakan sekerja.

2. Bila nak hadir atau baca buku urus gaji dan duit, kawan mula sindir "Nak kaya cepat lettew", "Alah ini semua buat seminar nak bagi penganjur kaya"

3. Kita bangsa yang mudah emosi bila sebut bab gaji, gaji kawan tinggi kita mula rasa jaki nak tinggi juga sedangkan datang kerja tak tepati masa. Suruh Kerja lebih tarik muka

4. Bagi bangsa kita bab gaji itu sensetif, jangan ditanya berapa, malu meminta dan biarlah rahsia. Sedangkan kita dibayar dibawah harga pasaran sebenarnya.

5. Apa formula gaji kita guna waktu mula terima gaji? Belanja hingga habis baru simpan atau simpan dulu baru belanja.? Dah susah pinjaman pribadikan ada.

Pesan pada anak bila mula kerja buat simpanan 10%-30% dari gaji mereka tak pernah ada.

6. Kebanyakkan ibubapa tidak menyokong usaha simpanan anak anak mereka kerana mereka terpaksa berlumba dengan jiran tertangga. Anak siapa "paling berjaya dan bergaya"

7. Kita mintak anak buat pembiayaan peribadi untuk tambah dapur adik nak kenduri nanti. Anak takut jadi derhaka, maka dia ikut saja.

8. Kita suka dan sokong anak beli kereta bila mula kerja, "bila lagi mak nie nak merasa kereta kau Angah, sempat hidup atau tidak nanti". Mereka suka main jual emosi

9. Pelaburan bagi orang kita hanya ASB dan TH, itupun sebab kawan yang ajak bukak buku waktu jumaat rehat kerja.

10. Selain itu bagi kita pelaburan mesti nak cepat kaya, tak suka melabur lama lama. Merugikan katanya. Bila datang skim nama arab sedikit dah percaya giler. Nama hibah, wakalah, meca fund, wadiah, afifah, alif semua mudah cair dan ikut sahaja .

11. Ibubapa tak pernah cerita tentang pelaburan selain beli tanah kampung yang tiada orang usahakan. Duit kita tertanam didalam itu sahaja. "Dah pencen nanti, boleh buat rumah disini"

12. Anak bila mula kerja ibubapa dan mula cerita apa keinginan mereka, "Seronok mak tengok Mak Long kau ker umrah dan Turkie, depa main salji ya". Maka anak buat pembiayaan peribadi tunaikan impian mak ini. Anak dah tentu nak yang terbaik buat bondanya walau tidak diminta.

13. Kita banyak bergantung pada anak anak untuk bersara nanti, kita tak bersedia apa nak jadi. "Alah anak aku ramai, risau apa".

14. Kita suka lebihkan anak yang beri wang lebih, anak yang beri sedikit wang kadang kala terpinggir.

15. Pendidikan pada kita hanya bergantung pada PTPTN sedangkan tanggujawab ibubapa sediakan pendidikan anak anaknya. Saya pernah dengar seorang Profesor berkata, "alah biar mereka bayar sendiri nanti, baru berdikari".

16. Orang kita tak kisah mati bila, sebab itu tak kisah langsung takaful dan hibah perlu ada. Mereka beranggapan, lambat lagi mati jadi jangan ambil takaful lagi.

17. Faktor kedua tertinggi bangsa kita bercerai adalah faktor urus wang, ramai yang gagal urus hingga jadi punca bercerai.

18. Kita miskin bukan sebab ibubapa kita tak kaya, tapi semua yang ibubapa beri kita habiskan belanja begitu sahaja.

Belajar urus wang dengan bijak, saya dah jumpa ramai bijak pandai bergaji besar akhirnya bersara masih kena kerja.

Azizul Azli Ahmad

#pengurusanwang
#simpananemas
#PelaburanEmas
[Alert Harga] 🔻Harga emas GAP turun RM1/g berbanding semalam

Harga hari ini:

MYR 100 = 0.3788 gram
MYR 264 = 1.0000 gram


Statistik Ogos 2021

Tertinggi: RM267 (01/08)
Terendah: RM256 (10/08)

Statistik 2021
Tertinggi: RM277 (06/01)
Terendah: RM240 (09/03)
Bukan return of invenstment (ROI) yang membuatkan kita kaya. Ramai orang yang mencari pelaburan mana yang paling tinggi pulangannya.

Tetapi bila dapat pulangan, mereka tak puas selagi tak habiskan wang dari pulangan itu. Akhirnya ROI pun sudah tidak dapat dikesan lagi.

Duit bocor disebabkan desakan emosi yang kuat untuk berbelanja apabila 'ada duit'.

Selagi ada duit, emosi kita terganggu. Apabila duit sudah habis baru rasa lega. Betul tak?

Kalau itu masalahnya, mungkin emas adalah ubatnya. Rasa lega bila duit habis beli emas tak apa, sebab emas itu duit juga. Cuma dalam bentuk berbeza.

Emas bukan sekadar kalis inflasi tetapi emas juga kalis boros.

Begitulah.