Info Tentang Emas
14 subscribers
442 photos
31 videos
2 files
249 links
Download Telegram
Channel photo updated
Tiada paksaan untuk stay dlm group ini sesiapa nak keluar boleh.Sekadar berkongsi kepentingan menyimpan emas.

Terima Kasih 😉
Info Tentang Emas pinned «Tiada paksaan untuk stay dlm group ini sesiapa nak keluar boleh.Sekadar berkongsi kepentingan menyimpan emas. Terima Kasih 😉»
TUJUH (7) SEBAB UTAMA KENAPA KITA PERLU SIMPAN EMAS

1. Soal Keselamatan - Simpan duit di dalam bank, keselamatan simpanan duit kita itu tercela disebabkan prosedur - prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak institusi perbankan. Pelbagai caj dikenakan (bergantung institusi perbankan).

2. Soal Perlindungan - Simpan duit dalam bank tapi akhirnya nilai duit kita semakin berkurangan disebabkan INFLASI. Emas dapat menjadi pelindung nilai kekayaan kita daripada di makan inflasi. Emas adalah logam yang kalis inflasi.

3) Kecairan Tunai Mudah - Kecairan emas adalah mudah berbanding rumah dan tanah. Emas tidak perlukan masa yang lama untuk ditukarkan kepada tunai samada jual atau pajakkan saja.

4) Pusingan Modal Niaga - Emas mudah digunakan untuk pusingan modal niaga. Kita boleh gunakan emas sebagai sandaran untuk pinjaman jangka pendek.

5) Aset Mampu Dimiliki - Emas adalah aset yang bernilai dan ia adalah logam yang kekal menyimpan nilai. Dan ia mudah untuk dimiliki berbanding aset rumah dan tanah. Emas boleh dibeli dan dikumpul secara kecil-kecilan. Bila dah banyak baru tukarkan kepada aset yang lebih besar (rumah/tanah).

6) Pemilikan Sendiri - Emas adalah aset pemilikan yang mana kita sendiri uruskan tanpa perlu pihak ketiga. Sendiri beli, simpan dan jual.

7) Nilai Kekal Sepanjang Zaman - Emas adalah aset yang mana belum ada sejarah menunjukkan nilainya pernah jatuh kepada kosong. Lagi turun harga lagi berebut-rebut orang membeli. Jika duit kertas lagi turun nilai, lagi banyak orang "cabut lari".

Semoga bermanfaat, kongsikan pada rakan-rakan lain supaya mereka juga dapat manfaatnya.

Www.wasap.my /+601115159233
Wow.. Cantik harga hari ini
Cantik utk bermula menyimpan

Lekas klik wasap
www.wasap.my/+601115159233
Anda ingin menyimpan emass🎉🤑💰🤑🎉

3 KELEBIHAN SIMPAN #EMAS 1 GRAM 1 BULAN

#1 Tabiat Menyimpan Adalah Ciri-Ciri Orang Kaya

Sesiapa pun boleh jadi kaya sebenarnya. Yang penting attitude dalam pengurusan kewangan diri dan keluarga. Salah satu ciri-ciri orang kaya ialah menyimpan. Dengan menyimpan emas, kita dapat didik diri untuk menjadi lebih disiplin.

#2 Nilai Emas Lebih Tinggi Berbanding Wang Ringgit

Nilai emas pada zaman nabi 1 dinar boleh beli seekor kambing, hari ini 1 dinar emas bernilai RM1200+- juga boleh beli seekor kambing. Ya, nilai emas sentiasa kekal sejak 1400 tahun dulu.

#3 Simpan Emas Elak Kebocoran

Simpan kat ASB atau Tabung Haji, anytime kita boleh withdraw balik dan guna duit tu. Tapi bila kita simpan emas, auranya berbeza. Kita akan sayang untuk jual emas tu, dan sanggup usaha untuk tidak menjual emas kecuali bila betul-betul terdesak.

Dah ready nak simpan 1 gram emas pertama korang?

Lekas klik
www.wasap.my /+601115159233
5 Kelebihan Aset Emas 💰Berbanding Aset Hartanah

1. Modal Emas Lebih Kecil Berbanding Hartanah

Yes, hari ini sesiapapun boleh simpan emas sebab harganya mampu milik. Affordable. Dengan permulaan RM100 anda sudah boleh simpan emas dalam bentuk akaun.

2. Proses Belian/Jualan Emas Lebih Mudah

Tak perlu buat loan, isi borang, dapatkan slip gaji dan isi macam-macam dokumen, pembelian emas jauh lebih mudah, bayar dan terus dapat emasnya. Jualan dan belian emas juga boleh dibuat secara online, saya pernah buat video tutorial di sini.

3. Lebih Senang Pencairan & Pengagihan Emas

Tukar milik emas tidak perlu proses panjang penukaran nama seperti aset hartanah. So senang nak agih kepada anak-anak atau waris. Nak jual pun mudah, terus ke cawangan dan dapat cash.


4. Risiko Menyimpan Emas Lebih Rendah

Risiko menyimpan emas adalah lebih rendah berbanding membeli aset hartanah. Simpanan emas berdepan dengan harga turun naik short term, tetapi long term sentiasa bernilai dan permintaan sentiasa ada, Aset hartanah, jika tidak kena caranya boleh jadi beban kewangan yang amat berat. Bayangkan nak beli rumah untuk tujuan disewakan, tapi sampai ke sudah tiada penyewa, macam mana tu?

5. Emas Laku Di Seluruh Dunia

Permintaan emas sentiasa ada di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Tidak seperti hartanah yang bersifat geometrikal. Emas mudah dibawa dan dijual di mana-mana sahaja.

Kesimpulan

Apapun, tujuan artikel ini ditulis bukanlah untuk mengetepikan pelaburan hartanah, tetapi agar pembaca nampak yang aset emas lebih mudah dimiliki, diuruskan dan dijual.

Nasihat saya pelbagaikan pelaburan. Wang, emas dan hartanah. Sebab masing-masing ada kelebihannya. Wang penting kerana kita berbelanja dengan wang. Emas, sebagai backup dan kunci kekayaan kita, berguna bila nilai matawang jatuh dan ekonomi teruk. Hartanah, jika betul caranya, boleh buat pendapatan pasif.

Ada cadangan lain?🤔
Kalau ada RM100, kita boleh beli emas dan dapat 0.3831 gram emas hari ini.

Tetapi kalau ada bajet lebih, kita beli sahaja emas 1 gram. Harganya RM261.

Ikutkan hari ini adalah harga yang terendah pada tahun ini. Sebab harganya sama dengan harga terendah pada 12 Januari hari tu.

So kalau nak beli emas dengan harga terendah (setakat ini pada tahun ini), inilah masanya. Sebab harga paling tinggi RM277.

Jimat sebanyak RM16!

Belum ada akaun emas Public Gold? Boleh WhatsApp saya di bawah.

Klik sini: www.wasap.my/601115159233 sayanaksimpanemas
[Alert Harga] 🔺 Harga emas GAP naik RM1/g berbanding semalam. Harga hari ini:

MYR 100 = 0.3817 gram
MYR 262 = 1.0000 gram
8 Ayat Tentang Emas Dalam    Al-Quran

Tahukah anda terdapat 8 ayat dalam Al Quran🔰 yang membicarakan tentang emas💰. Antaranya seperti berikut:

#1 – Emas Dijadikan Indah Pada Pandangan Manusia
Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia; kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga).”
(Surah Ali-Imran : 14)

#2 – Emas Adalah Barang Tukaran Paling Bernilai
Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Sesungguhnya, orang-orang yang kafir lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun.”
(Surah Ali-Imran : 91)

#3 – Emas Sebagai Simpanan Sebenar
Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya, banyak di antara pendeta dan ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan, (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
(Surah at-Taubah : 34)

#4 – Emas Sebagai Perhiasan Dalam Syurga
Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Mereka itu disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah syurga tempat berehat yang sebaiknya.”
(Surah al-Kahfi: 31)

#5 – Perhiasan Bagi Orang Mukmin
Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Sesungguhnya, Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.”
(Surah al-Hijr: 23)

#6 – Balasan Bagi Mereka Yang Beroleh Syurga
Firman Allah SWT yang bermaksud;

“(Balasan mereka ialah) syurga-syurga Adn, yang mereka akan memasukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera.”
(Surah Fatir: 23)

#7 – Emas Lambang Dan Bukti Kekayaan Sebenar
Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Jika benar ia seorang Rasul), maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?”
(Surah az-Zukhruf: 71)

#8 – Barangan Berharga Buat Penghuni Syurga
Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta dipandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): ‘Kamu adalah tetap kekal di dalamnya’.”

Apabila al-Quran sendiri ada menyebut tentang emas – sama ada dalam hukum-hakam atau perbandingan – maka, sudah tentu emas menyimpan suatu maksud yang tersirat tentang nilainya.

Jika anda mencari sumber kewangan atau pelaburan terbaik pada masa hadapan, emas adalah jawapannya. Namun, perlu diingatkan sebelum membuat apa-apa tindakan, perlulah mendapatkan ilmu tentangnya terlebih dahulu.

Baginda Nabi SAW juga turut bersabda;

“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia melainkan dinar dan dirham.”
(Hadis dari Musnad Imam Ahmad Bin Hanbal)

Wallahua’lam.
Lihat harga emas 7 tahun lepas dan harga emas hari ini.!!! banyak bezaka!!!

Kalau betul jangkaan penganalisa harga emas akan naik sehingga rm500/g. Rugi sangat kalau tak ambil peluang menyimpan dari sekarang!!!

Hubungi saya di
www.wasap.my/+601115159233
Emas boleh jadi pengimbang inflasi dan juga harta.

Emas ini anugerah Allah yang cukup unik. Dia boleh jadi simpanan, dan boleh jadi harta / aset.

Siapa yang simpan emas sikit-sikit, lama-lama dia tersedar simpanan dia semakin bertambah. Sebab itulah Allah s.w.t. memberi peringatan khas kepada penyimpan emas & perak agar jangan lupa zakat dan infaq.

Dalam Surah At-Taubah ayat 34 ini Allah mengancam mereka ini dengan azab yang pedih. Kenapa? Ini kerana orang yang menyimpan emas dan perak, mereka sayang akan harta mereka sehingga enggan untuk keluarkan zakat emas.
Mana satu pilihan anda? 🤔

Jom kita mula sekarang, jangan lengah lagi ya. Selalunya bermula tahun baru, harga emas akan berada pada satu tahap di mana harga pada bulan-bulan hadapannya akan lagi tinggi dari harga bulan Januari.

Ada banyak cara untuk menjadi penyimpan / pelabur emas, yang penting kita mengorak langkah pertama untuk membuat sesuatu.

Kerana dengan RM100 pun kita boleh beli emas. Emas 999.9 pula tu. Tanpa kita bermula apa2, kita tak akan ada walaupun 1 gram.

Bayangkan tahun depan bulan Januari 2022, kalau masih tak ada apa2, rugi sangat kan?

Harga hari ini akan menjadi sejarah kerana harga emas pada bulan Januari 2022 akan berbeza
DAPAT GAJI,BAYAR UNTUK DIRI SENDIRI DULU.

Hari yang paling menggembirakan bagi yang ada kerja,ada gaji, bilamana gaji dah masuk.

🎉Untuk pastikan kegembiraan itu bertahan lama, bila terima duit gaji,alihkan sebahagian duit sebagai simpanan PAKSA dan LUPA,selebihnya baru di belanjakan 🥣🍗🍗🍉🍉

Jangan tunggu duit lebih,baru nak menyimpan,sebab sampai bila-bila pun tak akan ada duit lebih.

Guru-guru kewangan sarankan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji perlu di simpan sebagai
👉 Dana kecemasan
👉 Pelaburan maaa depan
👉 Perbelanjaan penting masa depan

🎉Bagi penyimpan emas, sebahagian daripada 10% itu boleh digunakan untuk beli emas, melalui #Akaun Emas GAP Public Gold,#1 gram 1 bulan, disiplinkan yang itu dulu.

Nanti sedar-sedar hujung tahun kita dah ada 12gram, Itu bukan sahaja simpanan kalis inflasi, paling penting ia akan jadi simpanan Kalis Boros 😊

Semoga Bermanfaat
Klik wasap 01115159233