Gold4U@pgmall
24 subscribers
990 photos
113 videos
6 files
794 links
Channel ini ditubuhkan untuk berkongsi ilmu emas dan juga membuka peluang menjana income dengan PG Mall beli dan share dengan semua org.


Untuk mendapat maklumat lanjut boleh hubungi saya di http://www.wasap.my/60102255274

t.me/fishapublicgold
Download Telegram
TUKAR WANG KERTAS JADI WANG EMAS

Kita ubah mindset beli kepada tukar. Selalunya kita selalu beranggapan ada duit beli emas, cuba ubah mindset ada duit tukar kepada emas.

Bila kita berjaya ubah mindset macam ni, adalah lebih mudah untuk kita mengumpul emas. Sebab selalunya bila beranggapan beli, mindset kita akan berkata "abis la duit aku".

Tukar duit jadi emas, duit kita tak habis pun, cuma ia bertukar dari kertas kepada logam emas.

Lagi seronok kumpul emas berbanding duit kertas. Feel dia lain macam, silap haribulan sampai ketagih nak tukar duit jadi emas!

Jadi, mulakan langkah bijak untuk beli dan simpan emas sikit-sikit , lama-lama nanti jadi banyak! Mulakan simpanan anda serendah RM 100 sahaja

Nak simpan emas... klik ni👇
https://publicgold.me/simpanemas

https://bit.ly/3qiRayp
5 SEBAB UTAMA KENAPA KITA PERLU MEMILIKI/MENYIMPAN EMAS :

1. EMAS IALAH KEKAYAAN YANG SEBENAR

Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang. Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:

1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.

Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu kereta, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

Emas sifatnya berbeza dengan benda lain.. ia tidak boleh dibinasakan. Emas akan tetap bernilai walaupun ianya patah, penyek, calar dan bengkok asalkan ianya emas ia tetap bernilai.

2. HARGA EMAS SENTIASA MENINGKAT DALAM JANGKA MASA PANJANG

Harga emas akan meningkat dalam jangka masa panjang. Cuba kita ingat kembali pernahkah datuk nenek ataupun emak kita sendiri yang pesan bahawa belilah emas sebab kalau beli emas kamu xkan rugi. Kita buat xendah pun sebab kita berjiwa muda.. kita lebih gemarkan membeli barangan untuk bergaya. Beli pakaian yang berjenama, kereta yang sporty, joli belanja awek dan sebagainya. Sebenarnya kita telah silap.. kita membuat pelaburan yang silap. Itu tidak akan menjadi aset kepada kita. Kita perlu membezakan antara aset dan liabiliti. Pengetahuan yang mendalam mengenai aset dan liabiliti, insyaAllah kita akan melalui financial freedom yang diidam-idamkan selama ini.

Perbezaan antara aset dan liabiliti akan saya buat pada posting yang lain, panjang lebar jugak penerangannya. Di sini saya sertakan graf kenaikan harga emas sejak 10 tahun yang lepas.
Jadi jelaskan bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang. Beli emas simpan… bila terdesak nak pakai duit baru jual. Nanti kita akan terkejut bila nak jual balik sebab nilainya dah jauh lebih tinggi berbanding masa kita beli dulu.

3. NILAI WANG KERTAS SEMAKIN JATUH DALAM JANGKA MASA PANJANG

Wang kertas (fiat money) adalah duit yang tiada nilai pada asalnya. Ia hanya berharga RM0.10 sen untuk kos membuatnya. Tetapi yang membuatkan ianya bernilai adalah kerana ia telah dijamin oleh pihak pemerintah (dalam konteks Malaysia, ianya dijamin oleh Kerajaan Malaysia). Jika tidak ianya tiada nilai dan hanyalah kertas semata-mata.
Wang kertas akan susut nilainya dalam jangka masa panjang. Ia adalah disebabkan wang kertas dikikis oleh kadar inflasi yang pada setiap tahun. Sebagai contoh, pada zaman persekolahan saya dahulu 18 tahun lepas 20 sen boleh membeli sepinggan nasi lemak. 10 sen boleh membeli segelas air sirap tetapi sekarang nasi lemak paling kurang berharga RM 1.50 (yang tiada lauk apa-apa kecuali sambal dan ¼ telur sahaja) dan air sirap pun berharga RM 1.00 segelas. Kadar susut nilai wang ringgit Malaysia hampir mencecah 700% selama 18 tahun.

Berbeza dengan nilai emas. Nilai emas hampir sama sejak zaman Rasulullah hinggalah sekarang. Pada zaman Nabi 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 999.9) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing (harga 1 dinar pada hari ini 6 November 2022 adalah lebih kurang RM 1,170).

www.publicgold.me/simpanemas