Gold4U@pgmall
23 subscribers
990 photos
113 videos
6 files
794 links
Channel ini ditubuhkan untuk berkongsi ilmu emas dan juga membuka peluang menjana income dengan PG Mall beli dan share dengan semua org.


Untuk mendapat maklumat lanjut boleh hubungi saya di http://www.wasap.my/60102255274

t.me/fishapublicgold
Download Telegram
kredit Artikal 2017 ,

GAP DARI KACAMATA SYARIAH.

Gold Accumulation Program atau GAP adalah salah satu kaedah belian emas di Public Gold. Ia kaedah yang paling mudah dan murah untuk semua orang memiliki dan mengumpul emas dengan modal mampu bayar serendah RM100.

Kaedah yang digunakan ialah :

1. Pembeli memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold sebagai hamisy jiddiyyah (deposit sekuriti).

2. Public Gold akan merekodkan jumlah wang dan gram yang setimpal dalam akaun pembeli (ketika ini akad jual beli berlaku).

3. Pembeli mempunyai pilihan samada untuk mengeluarkan emasnya atau membiarkan sahaja di dalam akaun yang akan dijaga oleh Public Gold tanpa upah.

GAP telah pun mendapat Sijil Patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisor.

Ini bermakna, GAP boleh dimanfaatkan oleh semua samada belian mengikut gram atau mengikut RM.

Mungkin ada di antara kita yang mahukan penjelasan yang lebih tentang patuh Syariah GAP. Maka di sini saya jelaskan beberapa perkara.

1. Pembelian GAP secara asasnya memang tidak mempunyai masalah dari sudut Syariah sebelum ini. Jadi, tidak timbul isu hanya GAP sekarang yang patuh Syariah, GAP dahulu tidak patuh Syariah. Sijil yang dikeluarkan ini, mengesahkan bahawa GAP memang patuh Syariah dari dahulu hingga sekarang.

2. GAP boleh dibeli samada dalam gram yang lengkap atau gram yang tidak lengkap. Sebagai contoh, jika harga segram hari ini ialah RM189, ia boleh dibeli dengan nilai RM189 dan juga RM100.

( tahun 2021 1 gram RM 261 , RM 100 @ 0.3817 gram )

3. Jika dibayar RM189, maka gram yang akan dicatatkan ialah 1 gram. Jika dibayar RM100, maka gram yang dicatatkan ialah 0.5291 gram.

4. Timbul beberapa persoalan - antaranya - seperti; bolehkah dibeli dengan RM sedangkan gramnya tidak genap? Bolehkah dikeluarkan 0.5291 gram?

5. Belian GAP sebenarnya; kita membeli gram emas yang dimiliki oleh Public Gold dalam simpanannya. Ini bermakna, selagi pembeli tidak mengeluarkan emasnya dalam bentuk gold bar atau dinar, maka secara kasarnya, semua pembeli berkongsi emas yang disimpan oleh Public Gold secara bersama-sama.

6. Sistem yang dimiliki oleh Public Gold (Oracle) adalah sistem yang terbaik, yang dapat merekod dengan jelas jumlah gram yang dimiliki oleh pembeli dalam 4 titik perpuluhan.

7. Persoalan samada emas yang dimiliki oleh Public Gold itu sama dengan jumlah wang yang masuk atau tidak, biarlah juru audit dalaman dan luaran yang mengesahkannya. Ini kerana, GAP memang diaudit oleh juru audit luaran.

8. Tidak cukup dengan itu, Amanie Advisor juga telah melakukan pemeriksaan ke tempat-tempat simpanan emas milik Public Gold sebelum mengeluarkan Sijil Patuh Syariah.

9. Apabila belian GAP adalah sebenarnya; semua pembeli berkongsi bahagian emas masing-masing dalam emas yang disimpan oleh Public Gold, maka Public Gold boleh menyerahkan emas yang sama berat milik pembeli dalam apa bentuk yang pembeli kehendaki samada gold bar atau dinar.

10. Gold bar terkecil yang boleh dikeluarkan dari GAP ialah 1 gram. Jadi, pembeli boleh mengeluarkan gold bar miliknya apabila cukup 1 gram.

11. Jika pembeli ingin mengeluarkan dalam gram yang lebih kecil, itu tidak mungkin kerana syarat asas pengeluaran GAP ialah 1 gram. Jika pembeli bertegas, penyelesaian boleh dilakukan dalam bentuk RM.

12. Berkenaan dengan syarat pengaktifan akaun yang memerlukan pembeli memiliki sekurang-kurangnya 1 gram dalam akaun GAP pada setiap masa, ia dibenarkan oleh Syariah. Tiada halangan juga untuk mengeluarkan kesemua sekali tetapi GAP akan dikira sebagai telah ditutup.

Harapan saya, dengan sedikit penerangan ini akan menambahkan ilmu dan pemahaman kita tentang GAP. Seterusnya kita boleh membeli emas menggunakan GAP dengan yakin dan tanpa was-was :)

Untuk bermula boleh whatsapp saya di http://www.wasap.my/60102255274

https://publicgold.me/simpanemas
Simpanan Emas atau ASB?

ASB bertujuan untuk memberi pulangan jangka masa panjang, secara konsisten dan kompetitif kepada pelabur dengan risiko yang rendah dari modal yang dikeluarkan. Disebabkan itu, ASB direka sebagai fixed price equity income fund di mana harga seunit dana telah ditetapkan pada RM1.00. Apakah maksudnya? Ini bermaksud nilai setiap unit kekal RM1 tanpa mengira prestasi dana tersebut. Manakala untuk unit amanah biasa, harga seunit berubah mengikut nilai turun naik pelaburan itu.

Sejak dilancarkan pada tahun 1990, ASB kekal sebagai salah satu dana paling popular di negara ini dengan RM170+b dalam aset  dan 10 juta pemegang unit. Dengan pelaburan awal serendah RM10 dan pelaburan tambahan dengan minimum RM1, hampir 8 juta pemegang unit dengan akaun kurang dari RM5,000 adalah bukti popularitinya. Walaupun terdapat trend penurunan jangka masa panjang yang dapat dilihat sejak dana ini wujud pada tahun 1990, ASB terus memberi pengagihan yang lebih, jika dibandingkan dengan deposit tetap atau fixed deposits dari bank (lihat grafik di bawah). Bagi mereka yang tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk melabur dengan ASB, anda juga boleh memohon pembiayaan sehingga 100% untuk memulakan pelaburan ini. Pembiayaan yang menarik ini pada dasarnya akan memberi keuntungan mudah selagi pengagihan yang diterima melebihi kos pembiayaan anda – pada ketika ini pada kadar sekitar 3.5%. Namun begitu, trend penurunan jangka masa panjang yang dilihat menimbulkan persoalan – adakah ASB akan berjaya memastikan pengagihan akan sentiasa melebihi kos pinjaman anda? Setakat tahun 2020, kadar pengagihan secara keseluruhannya adalah 5%.

Dengan adanya ASB, mengapa anda perlu masih mempertimbangkan emas sebagai salah satu pelaburan anda? Pada pendapat saya, sebab paling utama adalah kepelbagaian atau diversification. Pada tahun 2020, 94% portfolio ASB adalah pelaburan dalam Malaysia. Contoh percabangan portfolio dalam Malaysia dapat dilihat dengan pulangan KLCI Malaysia (2.4%) berbanding MSCI All-Country World Equity (12.8%) pada tahun 2020. Secara ringkasnya, jika anda mahukan cara mudah untuk mempelbagaikan simpanan anda di luar Malaysia, masukkan pelaburan emas di dalam portfolio anda.

Tukarkan wang kertas dan konsep simpanan anda ke emas sekarang untuk masa depan anda dan keluarga.

https://publicgold.me/simpanemas
Jom tonton video ini, risau juga tenguk keadaan ini, semoga allah lindungi negara kita.

Apa anda perlu buat ialah kena cuba sedaya upaya untuk berjimat dan buat persediaan dari sekarang. Nak buat simpanan pun satu usaha, kena tenguk balik perbelanjaan dan rancang kewangan anda dengan teratur supaya boleh buat simpanan secara konsisten.

Tips: buat masa ini buangkan perbelanjaan yang bukan keperluan dari list perbelanjaan bulanan anda.

Kenapa perlu konsisten? Sebab dengan konsisten, anda akan dapat menmanfaatkan pendapatan anda tiap-tiap bulan untuk simpanan. Dengan simpanan secara konsisten juga anda dapat mengumpul gram emas yang banyak.

Apa-apa pun jangan rasa terlambat kerana kalau anda tak mula dari sekarang, lagilah lambat nanti. Ambil peluang dengan kemudahan yang ada sekarang. Tak siapa jangka emas boleh dibeli dengan serendah RM100 dan juga boleh dibeli secara Easy Payment Purchase patuh syariah. Emas berketulenan 999.9 pula.

Semua mampu, hanya perlu berusaha dan ubah cara hidup.

Harap video ini membuka mata kita ☝️
Kenapa Ar-Rahnu?

Sekiranya anda mempunyai emas 18K hingga 24K, anda boleh Ar-Rahnu kan emas anda untuk dapat wang tunai dengan segera.

Kenapa tak mahu pinjam bank?

Bukan semua orang mampu buat pinjaman di bank. Ada beberapa dokumen perlu disertakan & beberapa syarat yang diperlukan.

Di sini saya senaraikan beberapa kelebihan Ar-Rahnu KDE:

Tidak menggunakan kadar faedah (unsur riba).
Gadaian/pajakan mengikut syariah.
Pinjaman sehingga 70% daripada nilai marhun.
Had pembiayaan terkumpul sehingga RM200k.
Tiada kos tersembunyi.
Bayaran ansuran diterima.
Menerima jongkong perak.
Perlindungan insuran.

Dengan emas, sesiapa sahaja boleh buat pinjaman dengan mudah. Anda hanya perlu menyerahkan emas anda kepada Ar-Rahnu. Ar-Rahnu akan menyimpan emas anda untuk satu tempoh.

Sekiranya anda ingin tebus semula emas anda, anda hanya perlu membayar jumlah pinjaman serta kos upah simpan.

https://publicgold.me/simpanemas
Simpan emas untuk diri sendiri. Bukan untuk orang lain.

Bila mula simpan emas,
Duit kita lebih selamat. Selamat daripada ekonomi yang tidak menentu.

Lebih penting selamat daripada terbelanja yang bukan bukan.

Simpan emas, bukan untuk kaya cepat. Emas tiada dividen. Tiada pendapatan bulan bulan.

Tapi simpan emas, bermakna kita bekukan duit kita. Kita kekalkan kekayaan.

Bila sesak boleh jual balik. Untung jika jual pada harga yang tinggi. Sebab itu emas adalah long term investment.

Simpan emas macam simpan duit saja. Tapi bila dah jadi emas, susah lah nak terbelanja.

Bagi saya ia dapat kawal nafsu saya untuk berbelanja.

Anda bagaimana suka simpan emas atau simpan duit kertas?


https://publicgold.me/simpanemas
BAGAIMANA NAK BUKA AKAUN GAP ?

MASUKKAN DUIT

Bank in duit ke akaun PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD berdasarkan harga per gram GAP harian di www,publicgold.com.my atau minima RM100.00

5571 3923 8048 ( Maybank)
3167 52 0833 ( Public Bank)
 
Whatsapp maklumat berikut kepada saya 
www/wasap.my/60102255274/daftarGAP

Nama seperti dalam IC
No IC
Email address
Contact no
salinan slip bank

atau daftar di web link.saya

https://publicgold.me/simpanemas