Gold4U@pgmall
24 subscribers
990 photos
113 videos
6 files
794 links
Channel ini ditubuhkan untuk berkongsi ilmu emas dan juga membuka peluang menjana income dengan PG Mall beli dan share dengan semua org.


Untuk mendapat maklumat lanjut boleh hubungi saya di http://www.wasap.my/60102255274

t.me/fishapublicgold
Download Telegram
Quick Update dari #NotaEmasSyukorHashim mengenai Perkembangan Harga Emas

โ€œHarga emas sekarang sedang menaik. Apa sebabnya?

Jawapan: Ia disebabkan oleh pandangan daripada Janet Yellen, bakal setiausaha kewangan US.

Yellen menggesa penggubal undang-undang US untuk MENAMBAHKAN PERBELANJAAN untuk program bantuan Covid-19 us.

Bayangkan.

Bakal presiden US, Joe Biden mencadangkan pakej bantuan/ransangan bernilai 1.9 trillion USD yakni cetakan duit yang terlalu tinggi. Tambah pula dengan cadangan Yellen untuk tambah lagi nilai bantuan.

Bila duit yang terlalu banyak masuk kedalam ekonomi, ia menyebabkan risiko inflasi naik. Maklumlah, semua orang ada duit. Semua orang spend duit. Jadi risiko inflasi adalah tinggi.

Jadi, emas dilihat sebagai aset yang boleh melindung nilai daripda inflasi.

Jadi pelabur mula memberikan perhatian kepada emas.

Sebab itu kita lihat harga emas sudah naik.

Gais. Ini adalah contoh bagaimana news boleh menggerakkan harga emas.

Yellen baru buka mulut nak suruh tambah duit bantuan, emas dah naik.

Tapi kita kat Malaysia nie, majoriti adalah pelabur emas fizikal.

Bila harga emas turun, kita rasa gembira. Sebab kita boleh beli aset mahal pada harga murah.

Bila harga menaik balik, kita juga gembira. Sebab aset kita naik harga.

Apapun. Pelaburan emas adalah pelaburan jangka masa panjang.

Keep that in your mindโ€

Klik untuk whatsapp https://www.wasap.my/60102255274/nakbelidinar
Perkongsian Nota Syukor Hashim berkenaan emas 99.99 dan 999.9

Baru-baru ini saya menerima soalan berkenaan emas yang berketulenan 99.99 dan emas 999.9


Apa bezanya ke ketulenannya?

Jawapan: Kedua-duanya merujuk kepada ketulenan yang SAMA.

1) Apabila pengeluar emas mencetak nombor 99.99 (biasanya tanpa tanda %) diatas jongkong emas tersebut , mereka merujuk ketulenan di dalam bentuk peratus (tengok gambar gold bar Perth Mint)

99.99 bermaksud emas ini berketulenan 99.99% daripada 1000 bahagian emas (99.99% from 1000 part of gold)

2) Apabila pengeluar mencetak nombor 999.9, mereka merujuk kepada kandungan emas adalah sebanyak 999.9/1000 bahagian emas (999.9 per 1000 part of gold). Tengok gambar jongkong emas Public Gold.

Mari kita convert 99.99% kepada per thousand part of gold.
Pengiraannya adalah seperti berikut:

(๐Ÿต๐Ÿต.๐Ÿต๐Ÿต/๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ) ๐˜… ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ = ๐Ÿต๐Ÿต๐Ÿต.๐Ÿต <== ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐Ÿต๐Ÿต๐Ÿต.๐Ÿต
Dengan kata lain, ketulenan 99.99 dan 999.9 adalah sama.

Cuma bila pengeluar tak letak tanda peratus, itu yang orang jadi keliru.

Kemudian, apa beza diantara fine gold dan pure gold?
Jawapan tiada beza. Itu adalah istilah bahasa Inggeris sahaja.
Contoh, madu asli dan madu tulen. Apa beza tulen dan asli? Sama ajer.

Last sekali, kalau nak bagi senang faham, saya bagi konteks yang lain sikit.
Apakah beza tali panjang 100 cm dan tali panjang 1 meter?
Jawapan: Sama ajer panjangnya.

Cuma satu disebut dalam cm dan satu lagi disebut dalam meter.

Dapat tangkap sekarang?

#NotaEmasSyukorHashim
Baru-baru ini saya menerima soalan berkenaan emas yang berketulenan 99.99 dan emas 999.9


Apa bezanya ke ketulenannya?

Jawapan: Kedua-duanya merujuk kepada ketulenan yang SAMA.

1) Apabila pengeluar emas mencetak nombor 99.99 (biasanya tanpa tanda %) diatas jongkong emas tersebut , mereka merujuk ketulenan di dalam bentuk peratus (tengok gambar gold bar Perth Mint)

99.99 bermaksud emas ini berketulenan 99.99% daripada 1000 bahagian emas (99.99% from 1000 part of gold)

2) Apabila pengeluar mencetak nombor 999.9, mereka merujuk kepada kandungan emas adalah sebanyak 999.9/1000 bahagian emas (999.9 per 1000 part of gold). Tengok gambar jongkong emas Public Gold.

Mari kita convert 99.99% kepada per thousand part of gold.
Pengiraannya adalah seperti berikut:

(๐Ÿต๐Ÿต.๐Ÿต๐Ÿต/๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ) ๐˜… ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ = ๐Ÿต๐Ÿต๐Ÿต.๐Ÿต <== ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐Ÿต๐Ÿต๐Ÿต.๐Ÿต
Dengan kata lain, ketulenan 99.99 dan 999.9 adalah sama.

Cuma bila pengeluar tak letak tanda peratus, itu yang orang jadi keliru.

Kemudian, apa beza diantara fine gold dan pure gold?
Jawapan tiada beza. Itu adalah istilah bahasa Inggeris sahaja.
Contoh, madu asli dan madu tulen. Apa beza tulen dan asli? Sama ajer.

Last sekali, kalau nak bagi senang faham, saya bagi konteks yang lain sikit.
Apakah beza tali panjang 100 cm dan tali panjang 1 meter?
Jawapan: Sama ajer panjangnya.

Cuma satu disebut dalam cm dan satu lagi disebut dalam meter.

Dapat tangkap sekarang?

#NotaEmasSyukorHashim
Gais,


Ada orang tanya saya tentang situasi harga emas yang menurun. Apa nak buat?

Jadi saya nak bagi 3 tips untuk anda.

Ini adalah pengalaman saya dan ibu saya (seorang peminat emas tegar)

Saya melabur emas secara serius sejak tahun 2008 (dah 13 tahun).

Mak saya pula dah beli emas sejak tahun 80an (40 tahun ++ gais). Dengan pengalaman sebegitu lama dengan emas, maka kami boleh berkongsi tips ini dengan anda.

๐Ÿ. ๐“๐ข๐ฉ๐ฌ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฆ๐š:
Letak dalam minda anda. Emas adalah simpanan @ pelaburan untuk jangka masa panjang. Paling bagus 3 tahun minima. Paling bagus, beli dan pegang selama yang mungkin (anggap emas sebagai harta)

Semakin lama anda memegang emas, maka semakin bagus untuk anda. Waktu saya nak kahwin ) tahun 2001, saya beli emas 916 dengan hanya RM45 segram. Sewaktu serius melabur emas tahun 2008, harga emas 999.9 lebih kurang RM100 segram.

๐“๐ข๐ฉ๐ฌ ๐ค๐ž๐๐ฎ๐š: ๐Š๐จ๐ง๐ฌ๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ง.
Strategi pelaburan emas yang terbaik adalah konsisten membeli.
Strategi paling tak boleh pakai ialah beli emas sekali, lepas tu harap harga emas naik (namun ini adalah benda yang sering saya jumpa). Ini bukan strategi pelaburan. Ini adalah perjudian (gamble)

๐“๐ข๐ฉ๐ฌ ๐ค๐ž๐ญ๐ข๐ ๐š: ๐Œ๐ข๐ง๐๐ฌ๐ž๐ญ
Bila harga turun, anggaplah itu peluang untuk anda beli barang mahal pada harga murah.
Memandangkan emas ialah aset fizikal yang mahal, maka anggaplah anda berpeluang beli benda mahal pada harga diskaun.

Seronok kan?

Dengan kata lain, pelaburan emas boleh jadi mindset game. Jika anda faham game ini maka anda akan menang.

Senang kan?

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Selain daripada emas, silver juga pelaburan yang saya rasa sangat bagus.

Saya sangat recommend untuk anda memasukkan silver ke dalam portfolio pelaburan anda.

Minima letakkan 20% dalam silver dalam portfolio (jika baru nak start)

Jika anda lihat prestasi silver sejak setahun lepas, peratus kenaikan harganya lebih bagus untuk emas.

Jadi jika silver pun boleh untung, masukkan silver kedalam portfolio anda.

Kelebihan silver adalah harganya jauh lebih murah berbanding emas dan potensi kenaikan harganya lebih tinggi dari emas.

Kelemahan silver adalah, jika trend harganya adalah menurun maka peratus penurunannya juga lebih banyak dari emas.

Ia juga sukar digadaikan di Arrahnu. Biasanya mereka tak terima. Tapi kalau jenama Public Gold, anda boleh gadaikan silver bar tersebut kat mana-mana opis Public Gold (under koperasi dagang emas).

Untuk melabur di dalam silver, saya cadangkan anda pegang sekurang-kurangnya 3 tahun. Itu yang terbaik.

Terdapat 2 cara melabur silver di Public Gold.

Paling mudah, murah dan patuh syariah adalah membuka akaun simpanan silver SAP (Silver accumulation program)

Cara kedua, anda boleh terus beli jongkong silver 250g, 500g dan 1kg.

Public Gold menyediakan kemudahan pos jongkong silver kerumah anda dengan berlindungan insurans (maksima 1kg dalam 1 parcel).

Jika emas boleh untung, silver boleh untung. Maka masukkan aje kedua-duanya dalam portfolio pelaburan anda ๐Ÿ˜„

#NotaEmasSyukorHashim
24/6/21
https://www.instagram.com/p/CRiFzpUDhhU/?utm_medium=share_sheet
Gais,

Semalam (Jumaat 6/8/2021) harga emas jatuh mendadak ketika sesi dagangan New York.

Jadi saya nak berkongsi ilmu dengan anda, kenapa harga emas jatuh banyak?

Pelabur emas dan penyimpan emas patut belajar ilmu ini sebab ia akan berulang setiap bulan.

Baik, untuk pengetahuan anda kejatuhan harga emas semalam berpunca daripada Laporan pekerjaan US (Non Farm Payroll) atau singkatannya dipanggil NFP.

Laporan NFP mengukur berapa banyak pekerjaan yang dicipta atau hilang pada bulan lepas (Julai). Laporan ini biasanya dikeluarkan pada jam 8.30 pagi waktu US, hari Jumaat minggu pertama.

Laporan ini SANGAT PENTING kerana ia menggambarkan kekuatan ekonomi US. Kekuatan ekonomi US diukur dengan melihat berapa banyak pekerjaan yang tercipta (atau hilang) setiap bulan.

Mula-mula pakar ekonomi US akan MEMBUAT ANGGARAN berapa banyak peluang pekerjaan yang tercipta pada bulan tersebut dan kemudian ia akan dibandingkan dengan data sebenar.

Jika jumlah pekerjaan sebenar melebihi anggaran, ia memberikan gambaran bahawa pasaran kerja semakin kuat dan ia memberikan gambaran ekonomi semakin pulih.

Ekonomi US yang kuat menyebabkan duit USD turut menguat. Ia akan merancakkan pasaran saham namun akan MENJATUHKAN HARGA EMAS. Pelabur akan menjual emas dan menukarkan aset ke dalam bentuk USD.

Sebaliknya jika data NFP lemah, maka ia menggambarkan ekonomi US yang tidak kuat. Jadi pasaran saham akan jatuh, US Dollar akan jatuh dan harga emas akan naik. Sebab pelabur akan menjual aset USD dan membeli emas.

Semalam ada kejutan di dalam NFP.

Pakar ekonomi US membuat jangkaan peluang pekerjaan bulan Julai adalah 870,000 sahaja.

Namun apabila laporan sebenar dikeluarkan, didapati jumlah pekerjaan yang dicipta pada bulan Julai 2021 adalah 943,000. Ini menggambarkan pasaran kerja US semakin pulih. Angka ini menyebabkan kadar pengangguran di US menurun kepada 5.4% , kadar yang terbaik sejak Mac 2015.

Kejutan inilah yang menyebabkan emas jatuh sehingga USD41 per OZ dalam ketika sesi dagangan New York (lebih kurang 2.06%).

Adakah harga emas akan terus jatuh selepas ini?

Jawapannya tidak juga. Sebab harga emas sekarang berada pada paras support 1763 USD (strong support)

Samada harga emas akan terus jatuh atau naik, ia bergantung kepada data-data ekonomi yang akan datang, contohnya data inflasi CPI pada 11/8/2021 jam 8.30 malam waktu Malaysia. Ini adalah satu lagi laporan ekonomi impak tinggi. Kita tunggu dengan senyuman ๐Ÿ™‚

Sesuai tak beli emas pada harga ini?

Secara teknikal, saya cakap YA. sesuai beli sebab harga emas berada di support USD1763 (tengok gambar)

Anda boleh #share posting ini dengan rakan-rakan anda.

Enjoy your weekend!
#NotaEmasSyukorHashim
LARANGAN MEMBELI EMAS BILA MANA...

Gais,

Saya mendidik orang tentang pelaburan emas dan menggalakkan orang ramai membeli emas. Sebab saya tahu emas mempunyai banyak kelebihan.

Namun ada situasi di mana saya sangat tidak menggalakkan orang membeli emas MALAH SAYA MELARANG orang tersebut membeli emas.

Ini kerana ia boleh mendatangkan keburukan kepada individu tersebut jika dia teruskan hasrat membeli emas.

Contohnya, saya menerima whatsapp seperti dalam gambar di atas.

Orang yang bertanya memaklumkan bahawa isterinya ada lebihan loan sebanyak RM38k.

Namun ada kemungkinan bulan 2@3 tahun depan dia nak pakai duit tu untuk beli barang rumah dan renovate rumah.

Sementara tunggu bulan 3 tahun depan, adakah bagus membeli emas?

Jadi saya bagitau dia. TAK PERLU beli emas.

Lebih baik simpan cash tersebut. Jangan buat apa-apa.

Sebab duit tersebut dah ada objektif dan akan digunakan kurang setahun.

Tidak perlu untuk ambil risiko untuk melabur duit tersebut dalam-mana instrument pelaburan yang ada turun naik harga (contohnya emas, saham, cryptocurrency).

Ingat! Tanya diri anda.

Bolehkah saya tidur lena jika buat pelaburan tersebut? Boleh tak ia jatuh harga dan menjejaskan matlamat saya nanti (renovate rumah)

Jika YA. Tak perlu ambil risiko.

Nanti sampai bukan 2@3, renovate ajer rumah dengan senyuman :)

#NotaEmasSyukorHashim