Gold4U@pgmall
23 subscribers
990 photos
113 videos
6 files
794 links
Channel ini ditubuhkan untuk berkongsi ilmu emas dan juga membuka peluang menjana income dengan PG Mall beli dan share dengan semua org.


Untuk mendapat maklumat lanjut boleh hubungi saya di http://www.wasap.my/60102255274

t.me/fishapublicgold
Download Telegram
Bila kita buat environmental scanning tentang keadan ekonomi global sekarang kita akan sering terdengar 2 istilah ini!

Inflasi
Apa itu inflasi? Infasi adalah satu keadaan ekonomi dimana harga barang dan perkhidmatan meningkat yang menyebabkan kuasa beli mengurang dan justeru menurunkan nilai matawang sesebuah negara.

Dalam keadaan ini, pelabur akan mengalihkan pelaburan atau simpanan mereka kepada instrumen pelaburan pelindung nilai seperti emas atau perak, kerana sekiranya mereka tidak mengambil langkah ini, mereka akan mengalami kerugian yang besar bila nilai matawang jatuh.

Dari pespektif inflasi, bank pusat Amerika dan Eropah telah mengeluarkan kenyataan bahawa kadar inflasi akan meningkat pada tahun hadapan.

Terkini kerana keadaan inflasi negara kita semakin meningkat, satu keadaan yang dirasai sendiri oleh rakyat dimana harga barang meningkat mendadak, telah menyebabkan semakin ramai dikalangan pelabur besar sudah beralih kepada emas sebagai pelindung nilai duit mereka.

"Tapering"
Bank pusat Amerika ie Federal Reserve memberi kenyataan akan melaksanakan “tapering”. Apa itu tapering? "Tapering" ialah satu pembaharuan polisi untuk mengurangkan pembelian aset (Quantitative Easing) secara berperingkat dan progresif, bertujuan untuk membaik pulih kadar faedah balik kepada kadar asal.

Quantitative Easing QE (Percetakan wang) ialah satu kaedah yang diguna oleh bank pusat untuk merangsang pertumbuhan ekonomi ketika sesebuah negara mengalami krisis ekonomi. Dengan QE, ia meningkatkan "money supply" dan menurunkan kadar faedah jangka panjang. Dengan cara ini, ia memudahkan bank memberi tawaran pinjaman pada kadar faedah yang rendah, justeru dapat merangsang pertumbuhan ekonomi.

Federal Reserve dalam minit mesyuarat bulan November mengatakan bahawa mereka sudah boleh mula mengurangkan rangsangan ekonomi yang diberikan ketika krisis pandemik, walaupun dalam keadaan kebimbangan terhadap inflasi yang semakin naik.

Apa impak kedua-duanya terhadap harga emas?
inflasi - harga emas akan naik bila berlakunya hyper inflasi.
Ketika inflasi meleset , emas biasanya diburu kerana pelabur-pelabur besar akan beralih kepada emas untuk melindungi duit mereka kerana kejatuhan nilai matawang.
Inflasi yang meleset dan apabila pasaran ekonomi negara tidak menentu membuatkan emas diburu sehingga menyebabkan harga emas naik kerana naiknya permintaan.

Terkini, Bank Pusat Singapura dan Irish telah menambah pegangan emas mereka dengan Singapura penambahan sebanyak 20%, setelah sekian lama. Harga emas, selain dipengaruhi oleh situasi ekonomi dan politik dunia, juga dipengaruhi oleh permintaan emas yang tinggi. Bila permintaan untuk pembelian emas naik, harga emas akan naik.

Dalam simpanan emas, kita harus ambil strategi pandang jauh. Bila harga emas turun, ambil peluang untuk menambah simpanan emas anda supaya dapat membeli semasa harga emas rendah.

Pendapat saya, kepada sesiapa yang masih mengumpul, simpanan masih kecil, harus ambil peluang membeli bila harga emas rendah kerana simpanan anda masih sikit dan anda perlu terus konsisten menyimpan supaya bila harga emas naik, simpanan anda sudah banyak.

Kesilapan besar penyimpan yang masih belum memahami sepenuhnya strategi simpanan yang terbaik ialah bila harga emas turun mereka berhenti membeli. Sepatutnya teruskan dan leverage teknik pemurataan kos untuk menurunkan kos pembelian emas mereka.

https://publicgold.me/simpanemas
Jom datang PG Factory Sales @ PG Ampang
EPP6 Bayaran bln ke-4 (14 Jan 2022)