Gold4U@pgmall
24 subscribers
990 photos
113 videos
6 files
794 links
Channel ini ditubuhkan untuk berkongsi ilmu emas dan juga membuka peluang menjana income dengan PG Mall beli dan share dengan semua org.


Untuk mendapat maklumat lanjut boleh hubungi saya di http://www.wasap.my/60102255274

t.me/fishapublicgold
Download Telegram
Cara Tebus Emas Fizikal Dari Akaun GAP

1. Call/whatsapp cawangan pilihan untuk collection. Mention PG Code dan unit gram yang hendak ditebus (cth Bungamas 10 gram 1 unit)

2. Jika stok available, boleh buat appointment terus untuk collection. Jika stok tidak available, minta cawangan inform bila stok ready
Lagi kisah Myanmar. Kali ini point yang diketengahkan oleh Syukor Hashim. Semoga bermanfaat untuk semua dan untuk kita tahu keadaan sekeliling kita dan beringat.

***************
Bayangkan situasi ini.

Bulan lepas, anda simpan duit sebanyak RM1,000 dalam akaun bank.

Tiba-tiba bulan ini, anda dapati nilai duit anda jatuh sebanyak 60%!

Nilai RM1000 boleh beli barang bernilai RM400 sahaja. Harga barang dan perkhidmatan meningkat dengan giler. Inflasi menggila di sekeliling anda dalam masa sebulan sahaja.

Bagaimana kalau orang yang kerja makan gaji?

Bayangkan anda menerima gaji RM2000 sebulan tetapi asbab barang-barang naik harga, maka gaji anda cuma boleh beli barangan bernilai RM800 sahaja.

Kuasa beli RM1200 lagi hilang! Anda jatuh miskin dalam masa sebulan sahaja.

Ini cerita benar yang berlaku di Myanmar! (tengok komen pertama)

Apa sebabnya?

Untuk pengetahuan anda di Myanmar berlaku rampasan kuasa oleh tentera pada bulan Februari 2021. Pihak tentera telah menggulingkan kerajaan demokrasi pimpinan Aung San Suu Kyi.

Semenjak tarikh itu, situasi politik di Myanmar tidak stabil Berlaku rusuhan dan pertempuran diantara rakyat dan junta tentera.

Bila politik tidak stabil, maka ekonomi tidak stabil dan apabila kedua dua perkara ini terjejas maka ia memberi kesan langsung keatas nilai duit negara Myanmar iaitu kyat.

Rakyat Myanmar sekarang sedang menderita. Ini kerana ketidakstabilan ini menjejaskan nilai duit seterusnya menjejaskan aktiviti harian mereka.

Gais. Ini contoh sebenar bagaimana situasi yang ekstreme boleh menjatuhkan nilai wang kertas.

Jika anda jutawan duit di Myanmar, maka dalam masa sebulan kekayaan anda hilang 60%.

Buat masa ini tidak ada tanda-tanda sinar harapan di Myanmar.

Untuk pengetahuan anda, dalam situasi ini emas bukan lagi simpanan dan pelaburan.

Emas akan jadi talian hayat hidup anda!

Sebab itu anda perlu simpan10% daripada kekayaan anda dalam bentuk emas fizikal (minima, tapi kalau anda simpan lebih lagi bagus)

Emas adalah insuran untuk anda jika berlaku malapetaka. Kita minta dijauhkan daripada tragedi seperti ini. Namun jika ia berlaku, maka anda telah bersedia.
Sebenarnya Malaysia telah mengalami situasi begini tapi tak seteruk situasi di Myanmar. Di Malaysia ia berlaku semasa Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997 yang telah mengambil masa 2 tahun iaitu sehingga 1999 untuk pulih. Krisis kewangan Asia ini telah mempengaruhi matawang, bursa saham dan telah menyebabkan matawang ringgit Malaysia jatuh lebih dari 50%.

Malaysia dan beberapa negara lain turut menerima nasib yang serupa. Nilai Ringgit berbanding USD telah susut dari RM2.52 pada Jun 1997 kepada RM4.62 pada Januari 1998.

Sekiranya kita ada duit dalam bank memanglah dari segi jumlah ia tidak berkurang, tetapi dari segi nilai ia telah jatuh teruk bila keadaan seperti ini berlaku.

Sebagai contoh, jika sebelum krisis kita memerlukan RM250,000 untuk tukar kepada 100,000 US Dollar, setelah krisis berlaku ia memerlukan RM470,000 untuk tukar kepada 100,000 US Dollar.

Tetapi bagi siapa yang telah menyimpan emas waktu itu, memang tidak terkesan dengan keadaan ini, malah mendapat keuntungan kerana emas tetap memegang nilai. Harga emas adalah tetap di seluruh dunia. Pada tahun 1997, 1 ounce (oz) berharga USD350 atau USD12.34 segram. Jika kadar tukaran adalah RM2.70, maka 1 gram di Malaysia bernilai RM33 sahaja.

Kalau ada 7.57 kg emas, ia hanya bernilai RM250,000. Apabila berlaku krisis kewangan, walaupun harga emas tidak naik, nilai emas 7.57 kg telah meningkat menjadi RM470,000.

Nampak tak? Emas tetap memegang nilainya sendiri apabila berlaku sebarang krisis kewangan atau inflasi. Disinilah kenapa ramai yang berkata emas juga ibarat insuran kekayaan kita.

Sekarang dah nampak kan? Sebab itulah pelabur-pelabur, bank-bank pusat negara seluruh dunia termasuk kuasa besar dunia menyimpan emas untuk melindungi kekayaan mereka.

Jika kita merupakan orang berduit, dan mengambil kira keadaan ekonomi global sekarang yang tidak stabil, saya kira tidak salah selain hartanah dan saham yang kita ada, kita tukarkan kepada emas untuk menjadi insuran kekayaan kita.

Jika berlaku perkara tidak diingini, kita masih mampu membawa lari emas, tetapi amat mustahil untuk kita memikul hartanah kita atau mendapat pulangan yang tinggi akan saham kita kerana syarikat-syarikat saham juga terkesan.

Nak tahu berapa nilai duit kita sekarang berbanding US dollar???

USD to MYR
1 USD = 4.18199 MYR
Oct 8, 2021

#NotaShuhaidaRamli
Akaun GAP?

Ye Akaun GAP.. sesiapa sj blh buka akaun GAP. Daftar percuma.

http://bit.ly/daftarsimpanemas

Selepas daftar dah boleh beli emas serendah rm100.00 atau 1 gram simpan dlm akaun emas.. gram akan bertambah mcm kita simpan duit.. dibank cuma ini dlm bentuk gram.. boleh bawa keluar bila cukup berat yg kita nak.. simpan sendiri...haa best kan boleh letak bawah bantal@tilam...

Apa yang bestnya akaun emas GAP

🎗Tiada cas simpanan
🎗Boleh simpan serendah rm100.00
🎗Akaun tetap aktif walaupun tidak menyimpan setiap bulan
🎗Emas dlm akaun GAP tetap ada selagi tdk bawa keluar
🎗Boleh gadai online
🎗Boleh jual online

http://www.publicgold.com.my

*public gold akan transfer duit dlm akaun yg kita bg.*

Maksudnya boleh simpan dan ambik bila2 yg kita suka... best kan.. kita tak payah strees setiap bln mesti nak beli..

Emas dlm GAP tidak bertambah.. selagi tiada pembelian stsnya.. dan akaun tu tetap aktif sekali kita tak ambik keluar semuanya...

Begitulah
https://publicgold.me/simpanemas
Jom baca article kenapa harga emas naik hari ini. Harga emas dalam jangkamasa pendek akan naik dan turun kerana reaksi jangkamasa pendek pelabur di pasaran saham.

Semalam selepas pasaran saham US dibuka kita lihat harga emas naik tinggi kerana reaksi pelabur besar beralih kepada emas. Pembelian tinggi menyebabkan harga emas naik tiba-tiba tetapi masih di bawah USD 1,800/oz.

Headline mencatatkan CPI inflation berada pada tahap 5.4%, naik dari kadar 5.3% dalam bulan August 2021. Tahap tertinggi sejak 13 tahun lepas.

Nasihat saya sebagai penyimpan atau pelabur emas, strategi kita berbeza bukan seperti pelabur saham spot gold, kita lebih kepada pengumpulan grams emas untuk jangkamasa panjang. Target kita bukan harga emas sekarang target kita ialah harga emas pada masa hadapan dan kita mahu bila harga emas tinggi grams emas kita sudah berpuluh atau beratus grams.

Saya tahu ada penyimpan emas bawah saya target mengumpul emas sebanyak 2 kilo dalam masa 2 tahun untuk capai matlamatnya membeli rumah.

Ok harap memberi sesuatu ilmu. Happy Reading

#Gold4uNetwork
#Emas2u
#AmazingJE24K

https://publicgold.me/simpanemas
Kisah 100 Dinar Emas.

Cerita ini adalah pengalaman peribadi Mahaguru Emas Malaysia Tuan Syukor Hashim. Kisah ini terjadi pada zaman sebelum GST, kira-kira sebelum 2015.

Ada seorang lelaki yang hobinya mengumpul 1 Dinar (4.25g) emas. Setiap kali ada duit lebih atau dapat bonus, beliau akan beli 1 Dinar Emas. Beliau sangat konsisten hingga akhirnya berjaya mengumpulkan 100 keping Dinar Emas.

Satu hari, beliau telah menghubungi Tuan Syukor sebab nak jualkan 100 keping Dinar Emas tersebut. 100 keping Dinar Emas tersebut adalah dinar edisi 916.

Lelaki tersebut nak jualkan dinar itu sebab nak beli tanah secara tunai tanpa hutang. Ini sangat bagus. Kumpul aset kecil, kemudian ditukarkan kepada aset besar.

Tahukah anda berapa nilai 100 dinar tersebut pada masa itu?

Jumlahnya RM46,500, cukup untuk membeli tanah pada masa itu.

Hari ini pda tahun 2021,

100 dinar emas Public Gold edisi 916 bernilai hamper RM90,000. Wow! Best ke best?

Apa yang kita boleh ambil dari kisah 100 dinar emas ini?

kalau kita nak sesuatu, perlu sabar dan konsisten berusaha. Ia mungkin akan mengambil masa, tapi pasti akan nampak hasilnya.



Begitulah
https://publicgold.me/simpanemas
Harga karipap 30 tahun lalu, tahun 90-an sekitar RM0.10 ke RM0.20 sebiji. Hari ini jadi RM0.50 sebiji. Ada yang jual RM1 sebiji. Bermakna dalam masa 30 tahun, harga karipap naik 5 kali ganda.

Harga karipap naik 5 kali ganda, tak perlu buat analisis teknikal harga etc. Dan kalau ada orang buat analisis teknikal kepada kenaikan harga sebiji karipap, saya risau dia tak lama.

Harga barang lain pun memang naik saban tahun. Ini berlaku kerana kuasa beli duit jatuh setiap tahun.

“Kalau macam itu, simpanlah karipap sampai berpuluh tahun, nanti harga dah naik boleh jual. Ataupun kalau perlukan duit, gadai saja karipap tersebut”.

Cuma masalahnya karipap tak boleh disimpan berpuluh tahun. Memang harga naik, tapi kalau nak jual balik karipap itu selepas 3-5 tahun pun, ia sudah selamat jadi debu atau sudah dimakan lipas. Tak bertahan.

Apa lagi barang yang bertahan dan naik harga? Boleh lindungi inflasi? Tak lain tak bukan, ia adalah emas ataupun perak. Tak berkarat, tak perlu simpan dalam peti sejuk, tak susut berat.

Simpan emas tak perlu rumitkan minda kita duk fikir pasal analisis harga. Nak mula satu gram pun ambil masa sampai bertahun tak mula-mula. Tak perlu.

Asas simpan emas mudah saja. Ada duit, tukar kepada emas. Ramai orang fikir susah nak ada simpanan duit RM30 ribu. Tapi cuba simpan emas. Tengok-tengok sudah ada 100 gram sekejap saja.

https://publicgold.me/simpanemas
Akaun simpanan emas GAP Public Gold

1. Nak simpan emas tapi saya risau emas hilang…
 
2. Nak simpan emas dalam akaun pelaburan emas dalam bank yang tidak boleh keluarkan emas, tapi rupanya ramai ulama’ sepakat kata haram..
 
3. Nak simpan emas tapi bajet beli emas selalu terbelanja habis…

Perkenalkan GAP Public Gold, akaun emas pertama dengan jaminan 100% wujud emas fizikal dan patuh syariah. Lihat sijilnya dibawah:


Kemudahan GAP Public Gold

1.Boleh beli emas ketulenan 999.9 dengan bajet minimum 1 gram. Minima permulaan buka akaun adalah RM100.

2.Simpan emas dengan Public Gold secara percuma. Tanpa had masa, tanpa had jumlah emas yang nak dibeli. Tiada yuran simpanan dikenakan!

3.Boleh tambah simpanan emas dengan gandaan 1 gram pada bila-bila masa. Tiada sebarang syarat wajib beli dalam jumlah tertentu setiap bulan. Takde komitmen bulanan.
Minima Rm100 setiap kali belian (top-up emas). 

4.Boleh keluarkan emas fizikal (gold bar 999.9) minima 1 gram di mana-mana 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia, & Indonesia!

5.Boleh keluarkan emas fizikal (gold bar 999.9) minima 1 gram & request diposkan terus ke rumah anda.

6.Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan tu pada bila-bila masa. Cuma kalau tak tinggalkan baki 1 gram, akaun GAP kita dianggap tak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold ada caj pengaktifan RM50.

ada caj pengaktifan RM50.

7..Urusniaga24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online, dan jual pun secara online

https://publicgold.me/simpanemas
LARANGAN MEMBELI EMAS BILA MANA...

Gais,

Saya mendidik orang tentang pelaburan emas dan menggalakkan orang ramai membeli emas. Sebab saya tahu emas mempunyai banyak kelebihan.

Namun ada situasi di mana saya sangat tidak menggalakkan orang membeli emas MALAH SAYA MELARANG orang tersebut membeli emas.

Ini kerana ia boleh mendatangkan keburukan kepada individu tersebut jika dia teruskan hasrat membeli emas.

Contohnya, saya menerima whatsapp seperti dalam gambar di atas.

Orang yang bertanya memaklumkan bahawa isterinya ada lebihan loan sebanyak RM38k.

Namun ada kemungkinan bulan 2@3 tahun depan dia nak pakai duit tu untuk beli barang rumah dan renovate rumah.

Sementara tunggu bulan 3 tahun depan, adakah bagus membeli emas?

Jadi saya bagitau dia. TAK PERLU beli emas.

Lebih baik simpan cash tersebut. Jangan buat apa-apa.

Sebab duit tersebut dah ada objektif dan akan digunakan kurang setahun.

Tidak perlu untuk ambil risiko untuk melabur duit tersebut dalam-mana instrument pelaburan yang ada turun naik harga (contohnya emas, saham, cryptocurrency).

Ingat! Tanya diri anda.

Bolehkah saya tidur lena jika buat pelaburan tersebut? Boleh tak ia jatuh harga dan menjejaskan matlamat saya nanti (renovate rumah)

Jika YA. Tak perlu ambil risiko.

Nanti sampai bukan 2@3, renovate ajer rumah dengan senyuman :)

#NotaEmasSyukorHashim
Jom baca penulisan sifu Tuan Syukor Hashim in the next posting. Tapi sebelum itu, semua kena faham ya, kita kena set minda kita bahawa simpanan emas ini untuk matlamat jangkamasa panjang. Paling kurang 2 tahun. Lagi lama simpan lagi tinggi nilai emas kita.

Yang penting sebagai penyimpan kita focus kepada pengumpulan grams emas kita, bukan pada harga. Sebabnya kalau terlampau menunggu-nunggu harga yang sesuai, grams pun tak bertambah dan duit pun mungkin habis ke lain. Lebih-lebih lagi kalau dalam perancangan kita ialah membeli sedikit-sedikit. Lagi pun perbezaan harga emas bila naik turun hari-hari mungkin sedikit dalam +- RM2 - RM3 per gram.

Semua kena faham, dalam jangkamasa pendek, harga emas memang akan naik dan turun sebab di pasaran saham ada pelabur-pelabur yang membeli dan menjual. Activiti jual beli di pasaran saham ini juga sangat dipengaruhi oleh fakta-fakta semasa. Yang paling asas ialah bila matawang US menurun, tentulah harga emas menaik.

Lagi satu bila kita pandang jauh, kita bukan aim untuk harga emas hari ini, harga emas minggu depan, harga emas bulan depan, etc, kita aim harga emas paling kurang beberapa tahun akan datang, dan kita juga perlu masa untuk mengumpul grams emas kita. Mestilah dalam proses mengumpul kita pun tak nak lah harga naik bila kita membeli. Betul tak?

Lagi satu anda kena tahu juga emas diklasifikasi sebagai aset (harta). Bagus sangat sebab anda sekarang sedang mengumpul harta yang boleh dibeli sedikit-sedikit. Ramai yang bermatlamat mengumpul emas untuk membeli harta yang lebih besar seperti tanah atau rumah. Dan ramai yang dah faham bila simpanan dalam bentuk emas, matlamat lebih cepat boleh dicapai dibandingkan dengan simpanan duit kerana nilai emas meningkat, nilai duit menurun.

Jadi bila dah faham, kita kena set matlamat, target dan buat perancangan supaya simpanan anda lebih teratur dan sentiasa tingkatkan ilmu kerana dengan ilmu anda lebih beruntung. (Code name iMTP).

Jom baca next posting by Tuan Syukor 👇

#NotaShuhaidaRamli
#Gold4uNetwork
#Emas2u
#AmazingJE24K