Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
38.2K subscribers
2.42K photos
85 videos
77 files
2.92K links
Sebaran info semasa berkaitan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Download Telegram
Rebut Pahala Infak Ilmu di Bulan Ramadhan!

Ramadhan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga peluang terbaik untuk menyebarkan ilmu yang akan terus mengalir manfaatnya.

Tahukah anda?
Ramai dalam kalangan saudara kita daripada masyarakat Orang Asli masih belum berpeluang memahami perjalanan hidup Rasulullah SAW secara mendalam. Sirah bukan sekadar sejarah, tetapi panduan hidup—tanpa pemahaman yang jelas, bagaimana mereka dapat mencontohi ajaran Baginda SAW dalam kehidupan seharian?

📖 Kelas Pengajian Kitab "Garis Masa Hayat Al-Rasul SAW"
📍 Bersama masyarakat Orang Asli
🤝 Anjuran Pertubuhan Kembara Dakwah Jalanan Perak dengan kerjasama Maktabah Al-Bakri

Untuk menjayakan misi ini, kami memerlukan 50 naskhah kitab sebagai bahan rujukan utama!

🎯 Sasaran: 50 naskhah
💰 Harga senaskhah: RM80

💡 Mengapa ini peluang terbaik untuk bersedekah?
Pahala berganda di bulan Ramadhan
Infak ilmu yang berterusan manfaatnya—dalam setiap bacaan, pemahaman, dan amal mereka
Membantu saudara baru lebih dekat dengan Rasulullah SAW—menjadikan sunnah sebagai pedoman hidup

Satu naskhah mungkin kecil bagi kita, tetapi besar nilainya di sisi Allah!

📌 Pembelian buku boleh ke:
🔹 https://app.senangpay.my/payment/174255408922

Mari sama-sama membimbing hati yang dahagakan ilmu. Infak anda, cahaya hidayah untuk mereka!
Selamat Hari Polis kepada seluruh warga PDRM! Terima kasih atas jasa, pengorbanan, dan komitmen menjaga keamanan negara. Semoga Allah memberkati setiap langkah anda
https://www.facebook.com/share/v/1Jzous2AqB/?mibextid=wwXIfr

Gencatan senjata sepatutnya menjadi titik tolak kepada keamanan yang berkekalan. Namun, kita melihat bahawa komitmen terhadap gencatan ini tidak dihormati sepenuhnya walaupun umat Islam sedang menyambut Ramadan.

Inilah kekejian sikap Zionis.
https://www.facebook.com/share/p/1ACRQEJLSh/?mibextid=wwXIfr

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Fadhilat al-Syeikh Usamah al-Rifa’i atas pelantikan beliau sebagai Mufti Besar Republik Arab Syria. Semoga Allah membimbing dan menguatkan beliau dalam menunaikan amanah besar ini, menetapkan langkahnya di atas kebenaran dan keadilan, serta menjadikan kepimpinannya sebagai rahmat dan kebaikan untuk negara dan rakyatnya.
Di sebalik kemeriahan Syawal, marilah kita berhenti sejenak untuk merenung satu nikmat yang sering kita terlepas pandang kesempatan untuk bersyukur.
Ramadan telah mengajar kita erti sabar, pengorbanan, dan kasih sayang.

Kini, Syawal tiba sebagai peringatan bahawa segala nikmat yang kita kecapi adalah kurniaan Allah yang perlu disyukuri. Dari rezeki yang melimpah hingga keluarga yang menyayangi, dari sahabat yang setia hingga kesihatan yang masih dikurniakan; semuanya adalah anugerah yang tidak ternilai.

Syukur itu bukan sekadar di bibir, tetapi dalam amal. Syukur itu terzahir dalam tangan yang memberi, hati yang memaafkan, dan jiwa yang reda dengan ketentuan-Nya. Maka, di hari yang penuh barakah ini, marilah kita panjangkan rasa syukur dengan memperbanyak kebaikan dan memperkukuh silaturahim.

Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga Syawal ini membawa keberkatan buat kita semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Meja saya dihujani dengan pelbagai persoalan berhubung fatwa yang dikeluarkan oleh Al-Ittihad al-'Alami li Ulama al-Muslimin (Kesatuan Ulama Islam Sedunia) dan Dar al-Ifta’ al-Misriyyah terkait jihad di Palestin.

Sejujurnya, ia isu yang amat besar dan memerlukan perhatian serius oleh semua pihak terutamanya Kerajaan Malaysia.

Mengambil kira keperluan untuk umat Islam di Malaysia mempunyai asas yang jelas berhubung intipati utama kedua-dua fatwa daripada institusi berautoriti dunia Islam ini, saya telah mengeluarkan sebuah artikel khas bertajuk “Jihad di Palestin: Satu Pandangan Awal” di aplikasi Al-Inarah.

Insya-Allah, penghujahan penuh akan saya kemukakan dalam masa beberapa hari lagi.

Baca Al-Mawaqif Siri 53 “Jihad di Palestin: Satu Pandangan Awal” dengan memuat turun Al-Inarah di iOS https://apps.apple.com/my/app/al-inarah/id6472252666 atau di Android OS https://play.google.com/store/apps/details?id=com.maktabahalbakri.alinarah&hl=ms
Kuliah Dhuha Mingguan di Kompleks Al-Abqari, Nilai, Negeri Sembilan
8.30 pagi - 9.30 pagi (Ahad)

Semua dijemput hadir.
Insya-Allah jamuan raya diadakan hari ini dengan menu utama Nasi Arab Mansaf Ayam. Potluck dialu-alukan.
Pagi ini berada di Masjid Negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5.

Tokoh yang besar jasanya kepada pembangunan dan penerapan nilai-nilai Islam di Malaysia.

Antara jasa besar almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam bidang pendidikan Islam ialah pelaksanaan program j-QAF pada tahun 2005. Ini adalah salah satu inisiatif penting zaman beliau yang memberi impak besar kepada pengukuhan pendidikan Islam di sekolah kebangsaan, termasuk membuka peluang pekerjaan kepada ramai graduan Pengajian Islam.

https://www.facebook.com/share/p/1Xe9923T3g/?mibextid=wwXIfr
BIDAAH: MEMANDANG KE HADAPAN DALAM PENGHASILAN KARYA DAKWAH

Kritikan itu amat mudah. Namun, menyediakan alternatif yang baik itu lebih sukar.

Ada beberapa aspek teguran saya — sebagai orang luar — kepada orang seni, berkenaan bentuk klise drama atau filem dakwah di Malaysia. Ada juga cadangan penambahbaikan saya untuk diteliti krew produksi Bidaah.

Apa yang lebih utama, saya mencadangkan perlunya wujud satu naratif baharu karya dakwah yang mengikut kerangka kisah-kisah al-Quran.

Baca di aplikasi Al-Inarah https://al-inarah.com/article/8635-54-bidaah-memandang-ke-hadapan-dalam-penghasilan-karya-dakwah
Ikuti pengajian dalam talian bersama saya setiap hari Isnin sehingga Khamis selepas Subuh secara tetap dan berdaftar, anda layak mendapat sijil dan rakaman pengajian.

Daftar segera di https://bukudrzulkiflialbakri.onpay.my/order/form/madrasahalbakri