Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
38.2K subscribers
2.42K photos
85 videos
77 files
2.92K links
Sebaran info semasa berkaitan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Download Telegram
“MISTERI” BURAQ, HAIWAN MULIA TUNGGANGAN RASULULLAH SAW

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri kemukakan dalam buku Isra’ & Mi’raj: Perjalanan Kepada Yang Maha Agung, satu bab khusus tentang Buraq dan Sifat-Sifatnya.

Maha suci Allah SWT yang menciptakan haiwan seperti ini, menjadi tunggangan para Nabi, termasuk Rasulullah SAW.

Untuk pembelian, klik https://bukudrzulkiflialbakri.onpay.my/order/form/israkmikraj
Perjanjian gencatan senjata Januari 2025 menandakan satu pencapaian besar bagi Hamas dalam perjuangan menentang pendudukan Israel. Setelah 15 bulan konflik yang membawa kemusnahan besar di Gaza, Hamas berjaya mencapai persetujuan yang melibatkan pertukaran tahanan—satu elemen penting dalam strategi perjuangannya.

https://zulkiflialbakri.com/48-analisis-ringkas-gencatan-senjata-di-gaza/
JADUAL KULIAH FEBRUARI 2025

Sebarang permohonan jemputan kuliah, boleh ke pautan https://docs.google.com/forms/d/1vqbcfhku56IliE8TRr5YxCqsNqiSWJChdvO8D5u0eqk/viewform
Follow Rufayda Academy untuk info berkaitan Islam, Perubatan dan Kesihatan.

https://www.instagram.com/rufaydacademy?igsh=OHphYmVtbzd3eDI2
Forwarded from Rufayda Academy
“Solat tetap wajib ditunaikan mengikut kemampuan, sama ada secara duduk, berbaring, atau melalui isyarat, dan jika tidak mampu, ia perlu diganti kemudian. Darah yang keluar sebelum bersalin dianggap darah fasad seperti istihadah, maka solat tetap wajib dengan bersuci terlebih dahulu, kecuali jika ia bersambung dengan haid yang memenuhi syaratnya. Air ketuban yang keluar sebelum bersalin adalah najis dan membatalkan wudhu’, maka perlu bersuci selepas ia kering. Jika keluar berterusan, hendaklah membasuh faraj, menggunakan tampon atau kapas, menukar setiap kali masuk waktu solat, berwudhu’ selepas masuk waktu, dan menyegerakan solat.”

DATO’ SERI DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Pengerusi, Rufayda Academy
Forwarded from Rufayda Academy
“Para ulama’ bersepakat tentang haramnya penggunaan najis sebagai bahan ubat namun berbeza pada keharusannya atas sebab darurat. Bagi mazhab Syafie, penggunaan tulang yang dikira najis, tidak dibenarkan kecuali pada keadaan yang amat mendesak dan tidak ada alternatif lain daripada tulang yang suci. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3/145). Maka, pemindahan organ khinzir kepada manusia adalah dibolehkan dengan syarat ia adalah darurat yang disahkan oleh pakar perubatan dan tidak ada alternatif lain yang lebih sesuai. Jika sudah ada alternatif lain yang halal, maka terbatallah keharusan ini.”

DATO’ SERI DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Pengerusi, Rufayda Academy
Forwarded from Rufayda Academy
“Hukum pendermaan organ dan tisu adalah harus dan amat digalakkan. Dengan perkembangan semasa dan penemuan perubatan masa kini, maka perlunya diperluaskan organ-organ yang boleh didermakan dalam fatwa semasa seperti buah pinggang, jantung, hati (heper), paru-paru dan pankreas serta tisu-tisu yang boleh didermakan seperti mata, tulang, kulit dan injap jantung.”

DATO’ SERI DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Pengerusi, Rufayda Academy
Forwarded from Rufayda Academy
📖 Quranic Self Care: Kesihatan Rohani & Jasmani dengan Al-Quran

Ramadan semakin hampir! Sudahkah anda bersedia secara fizikal dan spiritual? Al-Quran bukan sekadar panduan hidup, tetapi juga sumber kesihatan holistik yang menyentuh minda, hati, dan tubuh.

📚 Siri Quranic Self Care—kerjasama Rufayda Academy & Tadabbur Centre membawa anda menerokai pendekatan unik dalam memahami hubungan antara Al-Quran dan Kesihatan. Melalui sesi ini, anda akan:

Meneroka ayat-ayat penyembuhan dalam Al-Quran
Memahami hikmah al-Quran dalam menjaga kesejahteraan diri
Bersedia menghadapi Ramadan dengan tubuh dan jiwa yang lebih sihat

🔗Jom mulakan perjalanan Quranic Self Care anda sekarang!
Daftar di sini 👉 https://learn.rufayda-academy.com/stm_lms_course_category/quranic-self-care/