Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
38.3K subscribers
2.42K photos
85 videos
77 files
2.92K links
Sebaran info semasa berkaitan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Download Telegram
Ramai para mutawwif, termasuk mereka yang akan mengerjakan umrah dan haji tercari-cari buku panduan yang komprehensif berkenaan haji dan umrah.

Dengan terjemahan dan syarahan ringkas kepada kitab al-Idhah fi Manasik al-Hajj wa al-Umrah oleh Imam al-Nawawi ini, insya-Allah banyak permasalahan fiqh umrah dan haji akan terjawab.

Dapatkan dengan harga istimewa di https://umrahdanhaji.com
Banyak fitur menarik dalam aplikasi Al Inarah V2.0!

Bersama Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam Pelancaran Al Inarah V2.0 di Surau Al-Makrifah, Kompleks Al-Abqari, Nilai, Negeri Sembilan pada 15 Disember 2024 jam 9.00 pagi.
AL-INARAH V2.0: Revolusi Teknologi dalam Dakwah Digital

Alhamdulillah, selepas lebih setahun pelancara aplikasi soal jawab agama pertama di Malaysia, Al-Inarah, kini hadir dengan versi terbaharu yang lebih canggih dan komprehensif. Al-Inarah V2.0 dibangunkan sebagai satu platform Islamik yang menyatukan teknologi dengan keperluan kehidupan berteraskan agama.

Antara ciri khas terkini:
1. Tafsir Ringkas al-Bayan dan al-Qur’an dengan terjemahan dalam Bahasa Inggeris
2. Panduan Kiblat, waktu solat, dan carian masjid berhampiran
3. 8,000 artikel soal jawab agama, Qira’atul Fatwa dan Sauq al-Kitab
4. Pilihan sewaan homestay
5. Koleksi Hadis 40 Pilihan

Beberapa ciri khas yang akan dimasukkan adalah:
1. Tempahan korban dan aqiqah
2. Pendaftaran langsung untuk menunaikan umrah

Sejak dilancarkan lebih setahun lalu, jumlah muat turun aplikasi ini telah mencecah 80,000 - satu tanda penerimaan luar biasa daripada masyarakat. Buat masa ini, kemas kini versi 2.0 tersedia untuk pengguna iOS, sementara pengguna Android bakal menyusul dalam masa terdekat, insya-Allah.

Muat turun atau kemas kini Al-Inarah V2.0 sekarang untuk pengguna iOS di https://apps.apple.com/my/app/al-inarah/id6472252666
1. Saya telah menerima pertanyaan berhubung penglibatan saya dalam program pelaburan, penjualan ubat, dan kutipan derma.

2. Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak terlibat dalam mana-mana bentuk pelaburan, penjualan ubat, dan kutipan derma yang didapati di media sosial.

3. Sebaran video yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) telah memanipulasi wajah dan suara saya. Tidak sedikit yang telah tertipu, terutamanya warga emas yang kurang literasi media sosial.

4. Beberapa aduan telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan tindakan telah diambil. Namun, penipu (scammer) ini tetap menjalankan kegiatan dengan berleluasa.

5. Saya ingin menyeru orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam menerima apa jua maklumat berkaitan di media sosial. Sebaran rasmi berkaitan saya hanya didapati di media sosial Facebook, X, Instagram, Telegram, Tiktok, dan Youtube saya.

DATO’ SERI DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
TERJEMAHAN MINHAJ AL-ABIDIN BERSERTA HURAIAN RINGKAS, DAN TAKHRIJ HADITH

Alhamdulillah, dengan izin-Nya kami telah berjaya menyiapkan terjemahan Bahasa Melayu bagi antara kitab agung Imam al-Ghazali iaitu Minhaj al-Abidin.

Kelebihan terjemahan ini adalah:

Huraian ringkas maksud Imam al-Ghazali oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Tafsir ringkas ayat-ayat al-Qur’an
Takhrij hadith
Biodata ringkas tokoh-tokoh yang dinyatakan Imam al-Ghazali

Bagi yang menempah sekarang, buku akan dipos kepada anda selewat-lewatnya Januari 2025.

Klik https://bukudrzulkiflialbakri.onpay.my/order/form/minhajalabidin
Telah sampai ke meja kami menerima pertanyaan dari sebahagian anak bangsa kita yang kini menuntut pengajian tinggi di Jepun, berkenaan:

1. Pelaksanaan solat Jumaat di universiti mereka yang hanya mempunyai kira-kira tiga orang pelajar Muslim, dan
2. Pelaksanaan solat jamak tamam ketika bertembung antara jadual dan waktu solat yang singkat.

Saya sertakan di sini kajiannya dalam bentuk ebook untuk manfaat bersama. Maktabah Al-Bakri berbesar hati menerima sebarang bentuk infaq serendah RM10, untuk kelangsungan operasi dan penyediaan lebih banyak bahan-bahan ilmiah percuma untuk ummah.

https://maktabahalbakri.com/al-inarah/