Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
38.2K subscribers
2.42K photos
85 videos
77 files
2.92K links
Sebaran info semasa berkaitan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Download Telegram
Hayati detik demi detik kewafatan Rasulullah SAW. Sempena Rabi’ul Awwal ini, penuhi masa yang terluang untuk menekuni dan memahami sirah Rasulullah SAW sebaiknya.

Itulah antara tanda rindu, cinta dan kasih kepada Baginda.

Dapatkan buku Ringkasan Sirah Rasulullah SAW di sini https://bukudrzulkiflialbakri.onpay.my/order/form/ringkasansirah
𝙈𝙖𝙣𝙛𝙖𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣 𝘽𝙪𝙡𝙖𝙣 𝙍𝙖𝙗𝙞' 𝙖𝙡-𝘼𝙬𝙬𝙖𝙡 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙇𝙚𝙗𝙞𝙝 𝙈𝙚𝙣𝙜𝙚𝙣𝙖𝙡𝙞 𝙍𝙖𝙨𝙪𝙡𝙪𝙡𝙡𝙖𝙝 𝙎𝘼𝙒

melalui kitab Mukhtasar Sirah al-Nabi oleh al-Hafiz ‘Abd al-Ghani al-Maqdisi yang telah diterjemahkan dan disyarahkan secara ringkas oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Pelajari segalanya tentang Rasulullah ﷺ dalam Majlis Bacaan dan Pengkhataman Mukhtasar Sirah al-Nabi bersama Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

📆 22 September 2024 (Ahad)
8.45 AM - 10.00 AM
📍 Kompleks Al-Abqari, Nilai, Negeri Sembilan https://g.co/kgs/ntqceBv

📖 Kitab terjemahan dijual di tempat pengajian.
📜 Sijil penyertaan disediakan bagi yang hadir. Daftar di sini untuk mendapatkan sijil https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfWuPzfHnYlwpfvDDMCeA_b4y-hubzCEaGhIGyxxuLoiMT4KA/viewform

Dibawakan kepada anda oleh Maktabah Al-Bakri
Forwarded from Rufayda Academy
Jemputan ke Program Rufayda Book Club!

Sertai kami dalam sesi bedah buku bersama Dr. Nur Ainul Basyirah Alias, pensyarah UPSI dan penulis buku Wakaf Kesihatan di Istanbul. Beliau akan mengupas sejarah dan kepentingan wakaf kesihatan di Istanbul, serta peranannya dalam masyarakat dari dahulu hingga kini.

📚 Butiran Program:

Tarikh: Ahad, 29 September
Masa: 11:00 Pagi
Tempat: Pelita Dhihin Bookstore, Menara Mutiara Majestic

Jika anda berminat dengan sejarah Islam, kesihatan, atau wakaf, sesi ini pasti akan memberikan pandangan mendalam dan perkongsian ilmu yang bermanfaat.

📌 Daftar Sekarang: https://docs.google.com/forms/d/1QnHIZHkPVzdyrwMX8ma13rOr6KJaw3q2Fmaxg9lvwqk/edit

Program ini dibawakan oleh Rufayda Academy, anak syarikat Andorra Healthcare Berhad dengan kerjasama Pelita Dhihin Bookstore
Masih berbaki 16KG Kurma Ajwa Aliyah. Jika berminat, pautan pembelian di bawah

🔗 https://kurmanabi.com/product/pakej-a/
Ketika makan, Zulkifli mendengar kisah-kisah yang tidak pernah didengarinya sebelum ini—pesakit yang berada di antara hidup dan mati, detik-detik genting di bilik pembedahan, dan bagaimana ilmu perubatan terus berkembang, tetapi tetap menzahirkan kekuasaan Ilahi.

Tiba-tiba beliau bertanya, “Boleh saya lihat sendiri pembedahan jantung? Saya nak memahami apa yang berlaku agar fatwa terkait isu-isu jantung lebih jelas.”

Prof. Datuk Dr. Ezani tersenyum. “Tak ada masalah. Kami akan aturkan semuanya. Datuk cuma beri kepada kami tarikhnya.”

******

Ikuti sambungan Bab 78 daripada buku Memoir Anok Tranung: Autobiografi Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

https://zulkiflialbakri.com/bab-78-kajian-kefatwaan-di-institut-jantung-negara/
𝐃𝐢𝐥𝐞𝐦𝐚 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚: 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚, 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧, 𝐒𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠, 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚

https://www.facebook.com/share/p/Et18Evqxkzs4eAet/?mibextid=WC7FNe
ANIMASI SIRAH NABAWIYYAH

1. Usaha mendidik anak-anak dengan panduan sirah Rasulullah SAW adalah satu jihad dalam era keruntuhan akhlak masa kini.

2. Kehidupan Rasulullah SAW secara keseluruhannya adalah modul yang amat berkesan dalam membina generasi rabbani yang berkualiti.

3. Ketika pertemuan kali pertama Durioo+ yang diwakili saudara Sinan dan pihak pengurusan tertinggi Durioo+ di pejabat saya, mereka menayangkan beberapa klip episod awal animasi Sirah Nabawiyyah yang telah mereka siapkan.

4. Ketika itu, saya beri Durioo+ gred A dari sudut kesungguhan tetapi gred D dari sudut kualiti penyampaian. Alhamdulillah, itu tidak mematikan semangat mereka. Malah, mereka menawarkan kepada Maktabah Al-Bakri untuk bekerjasama dari sudut seliaan, tapisan, dan semakan jalan penceritaan agar bertepatan dengan riwayat yang sahih atau sekurang-kurangnya diterima sebahagian besar para ulama sirah.

5. Esok (25 Oktober 2024) adalah tarikh bersejarah animasi pertama Sirah Nabawiyyah di Malaysia akan ditayangkan di platform Durioo+. Apa yang saya impikan untuk pendidikan sirah kanak-kanak, dizahirkan dalam pembikinan animasi ini.

6. Saya yakin, anda selaku ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Maka, inilah yang kami usahakan.

Untuk menonton, boleh langgan Durioo+ di https://bit.ly/MaktabahAlBakriDurioo
Medan Ilmu Kota Bharu amat signifikan dengan almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Lokasi yang pernah menggamit ribuan masyarakat Muslim dan bukan Muslim di Kelantan untuk mendengar untaian mutiara hikmah daripada beliau.

Terima kasih kepada kerajaan Negeri Kelantan atas jemputan.

Insya-Allah, kita “temu mato” pada 1 November 2024 di Medan Ilmu Kota Bharu.