Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
38.1K subscribers
2.46K photos
86 videos
77 files
2.95K links
Sebaran info semasa berkaitan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Download Telegram
March 8, 2024
Dengan sukacitanya diumumkan bahawa Fadhilatul Imam al-Akbar Dr. Ahmed al-Tayeb, Syeikhul Azhar merangkap Pengerusi Majlis Hukama Muslimin telah melancarkan program Mubadarah Qurra’ al-Qur’an di peringkat antarabangsa.

Atas arahan daripada Syeikhul Azhar, 4 orang imam daripada al-Azhar al-Sharif akan dihantar ke Malaysia bagi program-program ihya’ Ramadhan termasuk memimpin solat Tarawih, menyampaikan tazkirah dan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadhan di masjid-masjid terpilih seluruh negara.

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri selaku anggota Majlis Hukama Muslimin telah diberi kepercayaan oleh Syeikhul Azhar untuk menguruskan perjalanan program bagi kesemua delegasi imam daripada al-Azhar al-Sharif.

Pengiring tersebut berperanan sebagai pemudahcara dalam sebarang urusan berkaitan para imam sepanjang Ramadhan di seluruh Malaysia. Elaun disediakan oleh Majlis Hukama Muslimin.

Sehubungan dengan itu, Majlis Hukama Muslimin - Malaysia membuka peluang kepada semua umat Islam di Malaysia dalam lingkungan umur 25 tahun - 35 tahun yang fasih berbahasa Arab untuk menjadi pengiring dan penterjemah bagi program ini.

Bagi yang berminat, diminta menghantar resume ke emel m.razif@muslim-elders.com. Tarikh tutup adalah pada 10 Mac 2024 jam 10 pagi.

https://www.facebook.com/share/EcH7TmiQAa2heUrC/?mibextid=WC7FNe
March 9, 2024
March 10, 2024
March 10, 2024
March 10, 2024
March 11, 2024
March 11, 2024
March 11, 2024
March 12, 2024
March 12, 2024