Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
38.2K subscribers
2.43K photos
85 videos
77 files
2.92K links
Sebaran info semasa berkaitan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Download Telegram
KULIAH DHUHA MINGGUAN DAN PELANCARAN TABUNG IKHLAS RAMADHAN

Dalam usaha menghidupkan bulan Ramadhan (ihya’ Ramadhan) yang bakal menjelang, Surau Al-Makrifah berhasrat untuk membuka tabung sumbangan IKHLAS RAMADHAN yang akan dimanfaatkan untuk 6 komponen penting iaitu:

I- Iftar
Menyediakan jamuan iftar untuk orang ramai sepanjang bulan Ramadhan

K- Kebajikan
Bantuan barang makanan asas, baju raya, duit raya dan lain-lain untuk mereka yang memerlukan

H- Hadiah
Edaran hadiah berupa buku-buku agama kepada orang ramai bagi menghidupkan budaya ilmu dalam bulan Ramadhan

L- Lailatul Qadar
Program khas persediaan 10 malam terakhir merangkumi pengajian dan ibadah.

A- Al-Qur’an
Agihan al-Qur’an dan program tadabbur al-Qur’an secara harian di media sosial

S- Sedekah
Infaq khusus bagi program-program dakwah Surau al-Makrifah

Program ini yang dijenamakan semula daripada “DapurFEST!” telah dilaksanakan dengan jayanya buat 2 tahun berturut-turut, lengkap dengan laporan kutipan dan agihan.

Bagi tahun ke-3, kami mensasarkan jumlah kutipan sebanyak RM200,000. Tabung maya akan mula dibuka pada hari Ahad ini (18 Februari 2024).

Semoga Allah SWT menggolongkan kita dalam kalangan hamba-Nya yang IKHLAS dalam melaksanakan ibadah.
TEROKAI PERJALANAN KEROHANIAN TERAGUNG MELALUI ISRA’ DAN MI’RAJ

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki ebook terbaharu tulisan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri!

Sarat dengan perbahasan berkenaan Isra’ dan Mi’raj yang dinukilkan daripada sumber-sumber yang muktabar dan takhrij yang lengkap
Sesuai sebagai rujukan para asatizah dan juga masyarakat awam yang ingin menghayati peristiwa Isra’ dan Mi’raj dengan lebih mendalam.
Perincian bab ada di poster 👇🏻👇🏻👇🏻

Perjalanan kerohanian anda bermula di sini https://bukudrzulkiflialbakri.onpay.my/order/form/israkmikraj/3
TABUNG IKHLAS RAMADHAN

Pada 2022, kami berjaya membelanjakan keseluruhan kutipan berjumlah RM161.6K sepanjang Ramadhan.

Pada 2023, kutipan meningkat ke RM221.8K dan kesemuanya telah dibelanjakan untuk manfaat ramai.

Bagi tahun 2024, Surau Al-Makrifah mensasarkan infaq sebanyak RM200,000. Jumlah tersebut akan diagihkan kepada 6 kluster sebagaimana tertera dengan laporan agihan - seperti biasa - akan dipaparkan setiap hari di media sosial.

Ibadah yang IKHLAS adalah puncak pengabdian seorang hamba. Kami mendoakan semoga infaq anda untuk Iftar, Kebajikan, Hadiah, Lailatulqadar, Al-Qur’an dan Sedekah beroleh ganjaran tertinggi di sisi-Nya.

Sampaikan sumbangan anda melalui akaun Bank Islam 05058010036419 atau ke laman web

https://suraumakrifah.com/donations/tabung-ramadhan/
BUKU AKHIR ZAMAN TUAN GURU DATUK DR ZULKIFLI MOHAMAD AL BAKRI

3 buku ini memaparkan watak utama dalam kejadian akhir zaman yang akan berlaku seperti yang telah dinyatakan dalam Al Quran Dan Hadis. Setiap buku ini menghuraikan fakta yang telah dilakukan kaji selidik mengikut panduan Al Quran Dan Hadis.

Hanya RM30 sahaja untuk ketiga buku siri akhir zaman ini.

Cepat tempah sekarang dengan menekan link ini

https://pck.onpay.my/order/form/akhirzaman

Ini adalah pra tempah. Buku dijangka akan dipos pada 29 February 2024
TENTANG IMAM AL-MAHDI

“Mungkinkah dia al-Mahdi?”

Saya pernah terbaca komen sebegini dalam beberapa kandungan di Tik Tok. Video-video tersebut memaparkan wajah seorang lelaki berketurunan Arab, berkulit putih bersih, segak dan berkaca mata. Ada ketikanya menunggang kuda, atau berceramah, atau hanya sekadar menjeling tajam kepada yang merakam.

Malaysia sememangnya subur dengan kehadiran pelbagai pendakwah dan ulama luar terutamanya daripada Timur Tengah. Dari sudut yang positif, ia adalah satu rahmat daripada Allah SWT kepada umat Islam di Malaysia.

Dalam masa yang sama, kita juga harus mengakui ada juga yang mengambil kesempatan atas sikap lemah lembut, tolak ansur, dan sifat amat bersangka baik yang ada pada masyarakat awam Melayu.

Sepanjang pengalaman saya sebagai Mufti dan Menteri, terlalu banyak dakwaan-dakwaan seperti Imam al-Mahdi atau keturunan tertentu yang sering melatari individu dan ajaran yang bermasalah di negara kita. Antara faktornya adalah kurangnya pemahaman dalam agama yang mendorong kepada sikap taksub dalam kalangan masyarakat awam.

Peranan Pihak Berkuasa Agama Negeri sememangnya diakui cekap dan berkesan. Namun, saya amat yakin bahawa benteng awal bagi mengekang perkara ini daripada berlarutan adalah ilmu.

Kurangnya ilmu dan ketaksuban yang membarah akan membawa kepada banyak fitnah kepada agama.

Saya telah menyelesaikan penulisan sebuah buku ringkas tentang Imam al-Mahdi menurut al-Qur’an dan al-Sunnah. Pautan untuk pembelian ada di bawah.

https://bukudrzulkiflialbakri.onpay.my/order/form/akhirzaman
Selamat menyambut malam Nisfu Syaaban!

Ibn Rajab al-Hanbali ada menyebutkan mengenai malam nisfu Syaaban, para tabiin dalam kalangan penduduk Syam seperti Khalid bin Ma‘dan, Makhul, Luqman bin ‘Amir dan lain-lain, mereka memuliakannya dan bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah pada malam tersebut. Bahkan, melalui merekalah orang ramai mengetahui kelebihan dan kemuliaannya.

Selain itu, terdapat riwayat daripada Umar bin ‘Abd al-‘Aziz bahawa beliau menulis surat kepada pekerjanya di Basrah agar berjaga-jaga — yakni memberi perhatian — dengan empat malam dalam setahun kerana Allah SWT memenuhkannya dengan rahmat-Nya, iaitu malam awal Rejab, malam nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha. Walau bagaimanapun, kesahihan riwayat ini perlu diteliti. (Lihat Lata’if al-Ma‘arif, hlm. 137)

Walaupun tiada amalan khusus untuk malam Nisfu Syaaban, umat Islam amat digalakkan untuk menghidupkan malam ini dengan pelbagai acara ibadah.